Monday, December 20, 2010

~Pasal Wedding 18hb dan 19hb~

Ujung minggu ni dpt undangan pada kedua-dua hari. Oleh krn tiada aral melintang, Alhamdulillah kami dapat memenuhi kedua dua jemputan. Suka!

Wedding pertama on 18hb (Sabtu) di Bndr Tasek Selatan. Tpt yg tak pening pening nak pegi sbb sememangnya aku arif nau tpt tu. Yelah sbb biasa gi umah Dee kat situ. So, kuar after Zohor walo awal2 tu igt nak pegi dlm kul 12pm. Cuaca pun mendung je, sbb tu mcm lengah lengah jer. 

Dah jem kat Jln Tun Razak arah Sg. Besi tu. Tu aku suh my dear masuk MEX, kuar kat exit Bkt Jalil, straight smpai BTS. Bagus. Cpt je smpai. Mieheheheh. Suka!

Pengantin memakai rona biru dan family pakai purple. Oh. Skang mmg trend camtu eh. Pengantin kaler lain, family kaler lain. Baru cantik amek gmbr kan?.

Pengapit is my pren too. Dee. Umm..aku agak sukar nak  bagi jawapan bila tuan umah tanya "kawan Fiza yer?, kawan Sapura (opis dia) ke kawan lari?". Owh. Fiza ni rajin 'berlari'. Dia kenal asben dia ni masa derang satu team lari lari ni. Byk da marathon yg dia da take part. Aku smpai pengantin tgh makan beradap. Tp nak tgkp gmbr kemain payah sbb mmg glamer ah makcik tu. Ramai nau nak amek gmbr dgn pengantin.
My dear kata "1st time eh awak tak amek gmbr ngan pengantin". Haha. Ini je yg smpat di amek. 

Me-Pengantin-Pengapit (Dee)
Geng semesra dot net. Yg baju merah buat peace tu pun sama gak.
Masa ni beratur da org tggu turn nak amek gmbr. Teheheh
Oh, kami ini kawan yg kenal dari porem mesra dot net. Mmg internet mengenalkan kita dgn lebih ramai kawan :))

Seterusnya 19hb. Kenduri di Sentul plak. Kali ni undangan dari staff se opis yg da pencen thn lps. Agak baek dgn my dear so mmg harus pegi. Pun gerak pas zohor. Umm..pasni kalo yg dkt dkt leh pegi pas zohor sbb agak tenang. Kalo peak hour tu mcm panas melekit kan. Nak paking lagik.

Kat sini pun kaler kontra gak. Family suma guna tema hijau, tp pengantin pink. Gmbr ngan pengantin takde, tp gmbr ngan bapak pengantin ada. 
Us wig che khidir. :))
 Oh..dia da anggap kami ni mcm anak2 dia. Sbb tu gmbr pun napak mesra gitew.

So, nxt week rasanya takde undangan. Eh. Ada. Adik staff aku. Tp nun jauh kat Perak, dan mak aku plak ada kat sini. Jadi nan hado la kan. Umm..plan nak karoke wif Dee, tp tatau bila. Tggu my mom balik la. Takkan nak ajak mak aku karoke skali lak kan. Tehehehhehe

5 comments:

ryn said...

hasfiza ker nih reen yang kawen? aku tak kenal sgt rupe diorang2 nih... lama dah tak menjoinkan diri kat sanun

PUANSTOBERI said...

Ryn :
a'ah. hasfiza tu la. aku pun lama tak masuk sana, tp sbb da keep in touch selalu, jadi kawan2 mesra jugak la skang ni :))

LyNn HaMzAh said...

ada juga jemputan untuk lynn dan keluarga tapi x dapat pergi la kak reen...hubby kena kerja la plak sabtu tu...

Anitadahahs said...

kak reen:
kalau Anita kawin kang jemput kak reen agak2 datang tak ye? hehe. tapi mebi ke 4 or 5 tahun lagi la. keh keh keh

Irtiyah said...

Salam

Pada saya, kalau kaler sama dengan family.. takut ada yang lawan tokey [pengantin] je hehee.. gurau je.

Masa saya dulu.. family x pakai kaler tema2.