Sunday, December 26, 2010

~Pasal PTPTN~

191,262 ingkar bayar pinjaman PTPTN

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUALA KRAU 25 Dis. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya menerima bayaran balik pinjaman RM2.1 bilion berbanding RM5 bilion yang sepatutnya diterima sehingga bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, RM2.9 bilion lagi gagal dikutip daripada 191,262 peminjam yang telah tamat pengajian.

"Pembayaran secara sukarela oleh peminjam tidak berkesan apabila 191,262 daripada keseluruhan peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan pakaian dan beg sekolah, meraikan pelajar cemerlang dan miskin peringkat Parlimen Kuala Krau di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar dan ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau kesal dengan tindakan segelintir peminjam terbabit yang liat untuk membayar balik pinjaman.

Sehubungan itu, tegasnya, mulai Jun tahun depan, semua peminjam PTPTN akan diwajibkan membayar balik pinjaman secara potongan gaji bagi menangani masalah hutang tertunggak.

"PTPTN akan membentangkan cadangan meminda Akta PTPTN 1997 berhubung perkara itu di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya.

Sambung baca di sini : Utusan Online

**
Haha. Ari ni nak tempek news dari sokkaba je. Maklum lah. Ari Ahad je lah dpt ber rilek rilek baca sokkaba, hari lain harapkan berita kat tibi je lah. Kut tak mmg katak bawah tempurung. Tu pun kadang ter katak jugak. Tau citer bila citer tu da nak 'masam'. Haha.

Aku rasa rata2 yg grad sama dgn aku dan abis bayar PTPTN ni. Aku harap la kan. Cam aku retu, masa wat Dip mmg tak guna PTPTN sbb aku on loan ngan Yayasan Perak. Walo tak byk mana, tp boleh la. Lelain guna akaun FA-MA la (father - mother). So, ngan Yayasan Perak, da setel. Alhamdulillah. Tp PTPTN blum. 

Ya...saya mmg akui kelalain saya. Ouch. Agak ter abai t/jawab awal2 retu. Bkn per, aku nyer loan tu ada something sket. Sbb ms wat degree tu, sem 2 ke sem 3 tah, tetiba aku dpt biasiswa JPA. Pastu PTPTN stop. Lpas tu dia suh bayar segedebuk suma camtu. Mana nak cekau duit kan. So, ter drag lah. Dan pastu thn 2006 baru aku start bayar. Dan kesannya, mmg menyesal giler lah.

Mana tak nya, interest 3% tu buat loan tu makin bertambah. So, aku advise pada yg amik loan PTPTN, abis belajar tu cepat2 la mulakan bayar. Byr la 50inggit sebulan dulu pun takpe, kut tak interest tu yg tak tahan. Eh. Tp skang interest just 1% eh. Ok la kan. Tp knpa kita pinjam lain, bayar lain eh? Owh. Itu namanya caj perkhidmatan. Owhhhh... tp kalo buat loan ngan Yayasan Negeri bayar apa yg kamu pinjam shj. MARA pun camtu kan? Ke ada caj perkhidmatan gak. Tp kalo taknak byr bley. Dapatkan 1st Class Degree. Owh. Aku penah buat surat pengecualian ni dulu. Tp bkn utk aku la, utk bf aku (ketika itu, skang udah xbf. Huhu). Dia dpt la pengecualian. Hukss..

Dulu masa awal2, proses dpt loan ni amat mudah. Tk mintak pun, tau tau dimasukkan 2K dlm akaun masa daftar awal sem. Apa ke nama nya tah duit tu. Lps tu tak perlu penjamin segala. Mudah amat. Suma org dapat tak kira kaya miskin. Ummm...tu dulu la. Masa tu baru org nak berkenalan apa itu PTPTN. Skang aku tatau la cena prosedur dia.

Aku cdg nak setelkan lah baki PTPTN ni. Kuwasa dah aku nak bayar sket sket nih. Berapa lagi tah. Nati nak tgk statement aku tu. Online je kan. Gi pun aku byr pun online thro Maybank2U.  Aku kena kumpul kan semua statement yg ada agar tak terjadi menda2 tak sepatutnya nati. Mau kang ada adegan chase meng chase plak kat  Chase Perdana tu. Huhu. Satu hal gak nak pi sana tu. Harus kena amik cuti tu. Yg pasti kena call dulu. Kut tak mau aku di'lambung' dari sana ke sini kembali ke sana. Tp ada ke duit 'terselit' nak setelkan neh?? Jap...nak check bawah tilam. Hahahhaha.

So, pada yg meminjam, bayar jgn tak bayar ya. Kalo mcm keja kat opis aku ni, derang check sapa yg pinjam dan derang terus buat potongan gaji. Huhu. Iye lah, kut tak payah plak kalo nak anta gi luar negara.

2 comments:

Aida Tamrim said...

Bagi juta2, dapat balik bilion2...Ni gara2 bunga yang mengalahkan pinjaman kt bank....erk...yeker?Hmmmm

Aida Tamrim said...

Reen, Aida dah check email....Takde pun... :/