Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Monday, July 18, 2011

~Pasal Cuti Cuti CH : Wrap Up~

Dah. Cukup.
Aku nak wrap up da entry Cuti Cuti Pnstoberi di Cameron Highland.
Panjang berjela mcm pegi ober d sea je kekdahnya kan.
Bahaha.

Utk Zana (adieyza), moga entry review akak di Cameron Highland dpt membantu Zana bercuti sempena 1st wedding anniversary Zana nati yea :))

So, wrap up.
Dah abis seme ladang stoberi, kaktus da panjat.
Dah abis seme sayur, stoberi, bunga2 da beli.
So, kita pun balik lah.

Turun ikut Tapah.
Maka jalannya adalah berpusing2. Mujur je lah tak pening.

Lps tu singgah sini.

Ha... kejap je lah. Sbb tak bleh mandi pun. Towel seme takde.
Geram je.
Sbb org tak ramai. Kata ari Senin kan. Mmg la tak ramai.


Maka, aku ngan my dear da berkira2 nak gi mandi air terjun lak.
Kat mana eh?
Hurm. Ada this weekend je lagi nak berjimba jimba before puasa kan.
Panas2 ni mmg bes mandi ayor terojun ni.
Mmg dalam pala ni da ada 2,3 tpt nak pegi.

Jom korang...mandi ayor terojun.. lps tu leh wat bako bako skali. Ngeeee :D

~Pasal Cuti Cuti CH : Jalan2, Makan2~

Humang haih. Tak abis2 lagi citer cuti cuti aku kat CH. Peginya 2 ari 1 mlm je. Pulak tu Cameron Highland je pun, tp citer nyer mcm pegi OZ sanun. Bahahha. Lantak..

Oke. Skang citer pasal tpt2 yg aku pegi selain ladang stoberi dan kaktus tu.

MARDI
Aku sempat pegi MARDI. Masuknya sorang RM5. Tutupnya jam 5pm dan ari Isnin mmg tpt ni tutup.
Maka, walo da kul 4.15pm, kami masuk gak sbb ari Senin tu dah tttp, nati tak bleh nak pegi lak.
Akak jaga kaunter tu kata, bleh je kuar kul brapa pun walo ttp nyer kul 5pm.
Owh.
Tp sempat je pusing2 dlm tu dan kuar kul 5pm pun.



Ala, setiap kali gi Cameron, mmg ni jadi tpt wajib pun kan.
Dulu ngan Hana n Dee pun singgah gak sini.

Apa yg menarik kat sini? kawasan perkampungan melayu. Ada homestay. Ada gak ladang stoberi. Aku beli jem stoberi kat sini. Kat Al-Mashoor Farm.


Yang juga dikenali sbg Taman Agro-Tourism . Dkt pekan Brinchang.



Agak tinggi tptnya.
Mendaki gak naik keta.
Tu takpe lagi. Tp nak turun tu. Humang ai. Curam giler.
Ada memacam tanaman gak sini. Cam ala-ala Mardi la. Tp ni persendirian punya.
Lps tu ada kedai makan segala. Kut nak makan scone ke apa ke leh la. Tp masa aku pegi, kenyang lagi, maka takde la nak try eskrem ke segala.

KEA FARM
Ni pun tourist attraction. If pegi Cameron, tp tak singgah sini mcm tak lengkap lah percutian anda tu. Tp sini kalo cuti sekolah ke, wiken ke mmg sesak sket. Keta paking tepi2 jalan tu je. Mmg sesak. Cam aku, tak hal lah, sbb aku stay dkt ngan tpt ni. Jalan kaki sajork.


2 kali pegi. First, ptg tu gak lps letak beg seme. Then, sekali lagi, pepagi esuknya. Dlm kul 9 camtu. Beli sayur, bunga, strawberry, jagung manis. Ha. Begitu.
Oh. Beli korang nyer gift utk GA pun disini. Hihi.

Aku tak pegi Boh Tea - Sg Palas tu, sbb my dear mmg taknak lalu kut jalan sempit2 tu. Aku pun tak kesah sbb aku da penah pegi pun dulu. 


Maka, on d way nak balik singgah je kat Bharat Tea tu. Dan belilah tea strawberry 2 kotak. Ngeh ngeh ngeh.

Pasal makan lak.
Sana mmg ssh sket nak carik kedai makan.
Tp ada je food court kat Brinchang, Tanah Rata seme tu.
Cuma malam la kot payah sket.
Aku google, ramai yg sajes Pak Nik Ikan Bakar. Tp tah tatau kat mana, tp ptg tu kebetulan napak, maka mlm tu kiterang makan kat situ la.
Oke. Just nice. Tp idak la amik ikan bakar. Apa kes lak kan. Udah puas ber baka2 kat Bagan Lalang, Tjg Lumpur seme, naik Cameron lagi mau berbaka baka. Haha.

Aku amik nasik paprik while my dear nasik goreng kampung, telur dadar. Eh. Tp telur tu sedap lah. 

Kedai ni kat Brinchang. Kat blakang2 masjid tu.

Siang tu, makan kat kedai mamak, n ari Ahad nak balik tu makan kat food court Tanah Rata. Ok la. Tp kalo ada kedai melayu yg buat steamboat misti best sbb byk kedai cina yg buat style steamboat tu.

Itu je lah pun yg aku pegi. Tak pegi pun Bee Farm, Butterfly Farm seme tu. Bkn tak sempat. Tp mcm eh, tak ter lalu plak. Time Tunnel pun tak masuk. Time Tunnel ni kat tpt  yg aku pegi petik stoberi tu. RM5 masuknya sorang tpt tu. My dear kata tak payah, so takyah la. Sbb tgk barang2 lama je kan.

Sehari pun leh cover seme kan. So, mmg tujuan nak naik atas ni utk rest, maka rest je lah selebihnya. Tp rasa kejap je pun. Huhu.
Tkpe, ada masa, leh dtg lagi.

Friday, July 15, 2011

~Pasal Cuti Cuti CH : Kaktus~

Selain stoberi, yg glamer jugak kat Cameron Highland ni adalah KakTus.
Banyak sgt. Yg kecik, yg besar, yg berbulu, yg panjang, yg tajam.
Eih. Geram tgknya.
Aku singgah Cactus Point sbb tpt ni dkt ngan penginapan n Kea Farm.
Ni dkt2 area nak ke Pekan Brinchang la. Kalo naik dari Simpang Pulai, jumpa ini dulu baru Pekan Brinchang. Banyakkkk... btol cactus nya. Buat aku geram geram.


Satu lagi tpt ada cactus ni kat Cactus Valley tp aku tak pegi.

Aku beli gak kaktus. Tp bkn kat Cactus Point ni lah. Beli kat Big Red. Sbb dpt 6 pokok - RM10.
Tpt lain 5 pokok - RM10


Aku beli 12 pokok utk adik2 unit aku.
Sorang dpt satu pokok.
Nak tgk tangan sapa paling sejuk, yg dpt jaga kaktus ni paling lama.
Salu balik jalan2 beli keychain, makanan, kali ni belikan kat deme kaktus plak.
Kut sng nak pos, mau gak aku beli buat adiah GA tu kan. Bahahaha.

Jadi itu lah citer nya pasal kaktus plak. Eh. Menda ni cena nak tukar kan pasu dia sbb aku kalo tukar misti tak panjang hayat dia. Kak Maria kita yg pakar ttg pokok2 ni.. bleh bagi advise. Hihihi :D

Thursday, July 14, 2011

~Pasal Cuti Cuti CH : Ladang stoberi~

Citer pertama tama jalan2 kat Cameron Highland, haruslah tentang ladang stoberi/ladang strawberi/strawberry farm.
Mmg melambak sana sini strawberry farm kat Cameron Highland.
Udah la lawak. Kat keta aku, lapik tempat duduk tu bentuk stoberi. Boleh plak masa aku nak kuar keta gi ladang stoberi ni, dia terjun skali. Bahahah.
My dear kata nati org tu jual balik.
Agaknya dia napak kawan dia reramai dia pun rasa teruja. Hik hik.

So, ke ladang stoberi kita.


Mmg byk ladang stoberi yg menawarkan 'self plucking' skang ni. Mcm masa aku pegi time 2006 tu, sket je tpt yg leh petik. Kena pandai pilih. Skang byk dah. Cumanya derang guna style deposit.
Memula aku pegi KL (Kok Lim) Strawberry Farm. Yg dkt Time Tunnel Galeria. Kalo naik ikut Simpang Pulai, jumpa Kea Farm, Cactus Point dan akan jumpa tpt ini (sebelum Pekan Brinchang).


Bayar deposit sebanyak RM20 utk 2 org yg masuk ke ladang. Leh petik sebanyak 1/2kilo. Dia bagi kotak plastik lutsinar tu, dia siap tanda takat mana 1/2 kilo tu. Kalo nati dah kuar, tak cukup dia akan tambahkan, dan kalo terlebih bayar RM4 bagi setiap 100gram tambahan rasanya. Kalo tak silap lah.
Duit yg kita bayar ni bkn lah sebagai tiket masuk, tp harga buah stoberi yg kena petik. Kena genapkan 20hengget bagi 1/2 kilo. Huhu.
Takde gunting pun. Petik guna tangan je. Masa aku gi dulu (tpt lain), dpt gunting skali utk petik.

Oh. Ladangnya luas sgt. Dan bleh wat kita rasa gila gila excited dlm tu (aku la kot sbb aku kan giler stoberi).


Dah siap. Timbang

Maka ini lah RM20 yg dibayar tadi yer anak anak. Hihi.

Seterusnya ladang stoberi lagi ada kat MARDI. Tp sini tak bleh la kau nak petik sesoka hati sbb ini tpt penyelidikan. Maka tgk je bleh ya anak anak. Hihi.

Lagi, ari Ahad tu sebelum balik singgah di Big Red Strawberry Farm. Sini pun leh petik stoberi kot. Ke tak bleh? Aku tak pasti lak sbb aku jalan2 je kat sini.
Selepas itu aku jalan2 gak ke Kampung Taman Sedia. Situ pun ada kawasan ladang strawberry. Org melayu punya.


Dah namanya tpt stoberi, harus lah kita tak lepaskan peluang makan eskrem stoberi. Dulu aku penah makan dah eskrem yg berkrim2 tu. Skang aku makan eskrem Malaysia perisa stoberi cukup. Dah naik taraf eh eskrem ni. 1.50 seketoi. Tp beli gak la. 


Aku cukup sker eskrem yg ladang EQ Farm ni. Yg dkt dgn resort aku n Kea Farm ni. Oh. Sini pun leh petik stoberi gak.

2 kali aku beli eskrem ni. Skali masa baru2 dtg, sekali lagi masa nak balik. Sedappp.. ada masam2, manis2, masin2. Hihi.

Kalo ikut nak je aku masuk seme ladang stoberi ni. Tp kang kena hamuk2 lak dek my dear. Baek toksah. Tp bes lah. Stoberi yg petik sendiri tu, manis. Bawak turun pun still rasa manis. Idak la masam cam org salu kata tu. Sedap oh. Cicah garam (tetiba kecur.. hik hik)

~Pasal Cuti Cuti CH : Penginapan~

Penginapan kami utk 2 ari 1 malam adalah di Natasya Resort.
Letaknya di area Kea Farm.
Atau secara specific nya di Equatorial Park.
Memula aku igt Natasya Resort ni ada macam area resort besar dia punya lah.
Rupanya apartment. Kena check in dulu kat opis dia yg dkt entertainment complex yg dkt Equatorial tu. Pehtu nati kena masuk kat area apartment dlm Equatorial tu.

Apartment dia 1 bilik tidur, 2 bilik air. Tp luas.
Fully furnished lah. Ada peti ais, microwave, day bed pun ada. LCD TV (ke LED TV ke tah).
Dan lebih berbaloi baloi sbb dpt rega promosi.
RM150 sahaja per nite. Lagi plak aku check in ari Ahad.
Leh tgk web dia lah utk rega2.
Kalo takde promo reganya RM250 (weekday)

Apa yg bes adalah, leh jalan kaki je gi Kea Farm!
Bes gilak. Sesampai lepas letak barang segala kiterang dah jalan kaki gi tgk2 dulu.
Lps tu pepagi esuknya pegi lagi utk soping2 sayur jagung segala.

 Mmg leh napak resort kiterang tu dari Kea Farm.
Tanpa perlu pening kepala nak paking tepi jalan yg sempit tu.

Lps tu dkt gak ladang stoberi - EQ Farm.

Ada balkoni yg leh lepak2 minum teh sambil makan scone.
Eh. Masa tu takde scone. Makan ngan stoberi je.

Pehtu napak pemandangan yg menghijau.

Err..tak terlalu menghijau, sbb ada bukit da kena tarah.

Hurm..sbb ni lah makin panas CH ni kan.

Tp sbb rega promo takde breakfast lah disediakan. Tp tak menjadi kesusahan. Beli roti, makan je lah.

Apa pun oke la. My dear kata, lenkali kalo dtg leh la duk situ lagi.
Err.. bila lain kali tu bang??? Teeheeee :D

Wednesday, July 13, 2011

~Pasal Cuti Cuti Cameron Highland~

Oke. Skang kita mulakan citer Cuti Cuti Pnstoberi di Cameron Highland yaw.
Cam biasa, kalo citer cuti cuti Pnstoberi mmg takdak ikut part by part.
Dia ikut sukahati ekau yo lah Pnstoberi. Ha. Begitu kekdahnya. (T___T)

10 Julai 2011 - Bertolak naik ikut Simpang Pulai. Sbb aku mmg blk kampung dari ari Jumaat tu kan (eh. citer makan duyan kat kg tak up lagi). So, tak perlu masuk hway, terus je ke Simpang Pulai dari Ipoh. Dari simpang ke atas dalam lebih kurang sejam ja. 70km camtu. Jalan luas, so, tak la mencabar minda sgt nak drive.


Ekceli plan ke Cameron Highland ni cam adhoc je sbb utk bln Julai, takde tpt nak gi bercuti lagi. Wat proposal kat yamtuan besau. Diluluskan plak. Yeahu. Tu yg terus carik tpt penginapan n booking. Lama dah nak pegi, tp yamtuan aku ni takut sket nak drive tpt tinggi2, curam2 ni. Tp sbb da pegi merata Kundasang (esp tpt tgk lembu tu), gi naik Wang Klian lagi thn lps, maka kira gi Cameron Highland ni kacang je la kan.

Tepat waktu Zohor tiba kat resort yg aku booking - Natasya Resort. Leh tgk dia nyer web. Ada rega promo. Sbb aku pegi bkn weekend, maka aku dpt rega promo tu. Sgt la berbaloi-baloi. Plak tu bkn cuti sekolah, so, mmg la selesa. Heaven! itu je mampu aku ckp bila aku gi bercuti bkn time cuti sekolah
**(akan diceritakan lebih lanjut pada entry khas pasal penginapan nati)

Tapi..... walo tak cuti sekolah, kami naik tu tgk jem gak org nak turun. Jem pun sbb kat Kea Farm tu la. Situ apsal takde proper parking sdg kan dalam kalendar pelancongan da sebut tpt tu. Suppose kena upgrade la sistem parking dia. Tgk ada mcm bangunan tgh naik, mebi nak buat proper la kot tpt tu. Tp macam tak bes plak kalo da moden2 ni. Dia lagi bes kot kalo gerai2 camtu. Cumanya kena pikir proper parking. Dgn bas, lori lalu lagik. Bahaya oh.

Ari Sabtu tu mmg diperuntukkan utk jalan2. 
Gi petik strawberry (eceh. eja btul2 nih), 

gi MARDI, 

gi tpt jual2 kaktus. 

Seme tpt ni akan diciterkan lagi pada entry2 khas. Jgn muntah stoberi sudah ye. Hik hik.

Pehtu ari Ahad tu baru la soping soping smpai penuh keta. Bahahaha.

Dan balik dlm kul 2pm camtu. Lalu ikut Tapah plak. Genap la cuti cuti 24jam kat Cameron Highland. Insyaallah, panjang umur kita dtg lagi, dgn anak2 mungkin :)

~Pasal Cameron Highland : Tempat Menarik~

Oh. Lately ni aku mcm sker gi tempat2 tanah tinggi eh.
Last year berkesempatan ke Fraser Hill -  1,280 meter dari aras laut.
Awal thn this year berkesempatan ke Kundasang -  3,000meter dari aras laut.
Jalan2 ke Penang bln 2, pun sempat ke Balik Pulau - 630 meter dari aras laut.
Dan latest ke Cameron Highland - 1,829 (wikipedia)/1,524 (MDCH) meter dari aras laut.
*(seme info berkenaan tinggi diperolehi dari hasil carian Google, tidak boleh dijadikan bahan rujukan maklumat yg tepat - kalo ada salah, dipersilakan utk memperbetul)

Namo citer2 pasal tanah tinggi yg lain, just nak citer secara serba sedikit ttg tpt yg aku pegi utk short vaccay kali ini.
Biasa dengar org sebut Cameron, Cameron. Mana dpt nama tu?
Memetik dari Wikipedia,
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Wah. Begitu. Sket punya lama tu. Beratus2 tahun dah.
Dulu mmg Cameron ni sejuk. Tp pegi skang tgk. Berpeluh tiak gak lah kalo nak berjalan2. Kul 6ptg, matahari still terik oh. Tp mujur ada angin2 sejuk je kan.

Mana taknya, byk bukit kena tarah. Nati aku tunjuk yg bbtul dpn resort aku duduk. Haih.

Sbb tu tak setanding dgn Kundasang yg cakap pun leh kuar asap. Mmg bebtul sejuk. Cameron ni cuma malam je la sejuk. Tu pun idak la tahap gigil2.

Apa yg menarik di Cameron. Ekceli byk je yg menarik, tp 1 hari leh abis kot. Duduk bercuti mmg cam bes, tp keja situ tgk. Mati kutu gak kut, eh, bkn mati kutu, mati stoberi kot. Bahahaa. Udahnya kiri kanan, depan blakang penuh stoberi. Tp oke je kut, nak hiburan, nak tgk Transformer 3D turun je Ipoh. Dlm 70km camtu je. Ikut Simpang Pulai dalam. Mujur takde cawangan opis aku kat Cameron, kut tak leh mintak dah. Eh?? Bahahahha.

Antara yg aku google sblm aku pegi Cameron, tpt yg bes adalah :
1) Ladang Stoberi - ada byk stoberi farm yg kita leh petik sendiri. Antaranya :
EQ Farm (ni dkt banget ngan tpt aku menginap)
KL Farm
KH Farm
Big Red Strawberry Farm
dan byk lagi lah.

2) Ladang Teh
ada ladang teh Boh, Bharat

3) Butterfly Farm

4) Bee Farm

5) Time Tunnel Gallery

6) Mardi

7) Pasar Malam Brinchang - Sabtu mlm

Begitu lah. Aku last pegi Cameron ni thn 2006. Agak berlainan sket la. Mcm Big Red tu, masa aku pegi mmg takde. Lelain ada dah. Kira oke la kan, sekali 5 tahun baru pegi. Sebelum thn 2006 tu aku pegi time aku form 1 yakni pada tahun 1992. Humang haih. 

Tpt menginap mmg tak jadi masalah, tp kalo pegi time cuti sekolah mmg kena book awal.
Dan bes kat sini tgk bunga bunga yg gomok2. Geram giler. Haih.
Nati kita citer panjang2 lagi yaw.

Oh. Ada yg mintak map di tepek skali. So, meh nak tepek map. Aku pun sblm pegi, aku print gak map ni. Maklum la. Org guna GPS manual kekdahnya. Hihi.
Kredit : Here

Tuesday, July 12, 2011

~Pasal Just Flower~

Amik mood before citer pasal Cuti Cuti Pnstoberi yaw
Kita tgk gambar bunga dulu. Dulu masa kat Kundasang pun aku giler amik gambar bunga gak.