Thursday, December 16, 2010

~10 Muharam~

Hari Khamis. 10 Muharam. Dikenali juga sbg Hari Asyura. Owh. Kalo kat kg ni sure ada masak bubur asyura. Aku sker yg manis tu. Sedap kalo simpan dlm peti ais. Umm...

Kalo di google mcm2 amalan sunat yg boleh dibuat pada hari Asyura. Tp kuar jugak pelbagai pendapat mengenai amalan ni. Sahih tak sahih dan sebagainya.
Pada aku sng je. Kalo menda tu tak memudaratkan, tak salah pun kan. Mcm puasa tu. Esuk pun hari Khamis. Kan bagus sesangat tu. 

So, copy dari al-azim.com

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

   1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
   2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
   3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
   4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

   1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
   2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
   3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
   4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
   5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
   6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
   7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
   8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
   9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

****
Apa pun, sucikan hati, bersihkan jiwa, moga semua amalan kita akan diberkati dan diterima Allah. Insyallah.

p/s : Terima kasih to :
Follower ke 237 : Tunzhotspot
Follower ke 238 : iedaimmi
Follower ke 239 : angahsayang
Follower ke 240 : melor.
Tapi dlm pukul 1pagi ini ia kembali menjadi 239. Terima kasih juga pada 'org tu' yg telah follow lps tu agaknya mungkin dia rasa blog aku ni kategori  hampagas or sbb aku tak follow kembali blog dia, maka dia dah berenti follow (walo aku tak follow back, tp aku 'kenal' suma follower' aku). Apa pun terima kasih krn pernah membaca blog saya ni. Anda dihargai :))

3 comments:

deqlis said...

Salam HAri Asyura...

pnstoberi nnati baca my reply kat sini ya

http://ellismelia.blogspot.com/2010/12/top-commentator-award.html

LyNn HaMzAh said...

salam hari asyura untuk kak reen...

puanstoberi said...

Deqlis :
Da baca, da komen pun awal2 lagi retu :))

Lynn :
Selamat utk Lynn jugak :))