Saturday, December 4, 2010

~Pasal MAHA 2010~

Spti yg digembar gembur smlm..akhirnya ke MAHA jugak ku. Ngeh ngeh..awal tak awal la. Dlm kul 10 camtu da masuk kut hospital Serdang dan akhirnya ter sepit kat jammed selama hampir sejam. Smpai keta aku mcm nak tersedak je sbb dok tekan brek. Perghh...kul 10 da jammed. Pergh..perghh dan perghh..
Keta penuh belakang dan dpn. Dan gmbr org beratur nak naik tram tu
Mujur ujan jd tak la membahang menggelegak otak. Mmg cuaca amat membantu la pada sapa yg pergi MAHA hari ni. Ujan renyai renyai which boleh la berjalan smbil berpayung (romantik lorr...) pastu bila tak ujan cuaca dia redup gitu je. Aku paking nak kata jauh tak la jauh, nak kata dkt tak la dkt. Tp nak tggu tram/traktor tak jauh. Dan kalo nak jalan kaki pi tapak ekspo yg hok hall bumbung biru tu pun buleh jalan kaki. So, kasik tggu tram je pagi tu. Dan masih ada yg bongok suka suki potong line. Smpai makcik yg q blkg aku kata 'kita ni org melayu ada budi bahasa, suma org nak cpt, beratur la'. Wahh..makcik ni leh jadi jurucakap kempen Budi Bahasa ni. Tehehehe...tp btul gak acik tu kata kan..tp sbb pagi lagi, cuaca tak panas, so aku pun..ha..tak kesah la org nak potong q, cuba kalo panas bahang..sure aku pot pet gak. 

Kiterang trus amik bas gi kat umah2 negeri tu. Nak pegi yg tgk lembu kambing tpt ternakan tu mmg tak kuasa sbb org da beratur panjang giler. Yg tu kena amik bas rapid. So, gi je Taman2 Negeri. Kali ni byk promo burung walit. Satu je aku sker pasal burung walit ni iaitu "burung walit ini hanya berpasangan dengan seekor sahaja seumur hidup dan hanya mencari pasangan sekiranya pasangannya mati". Oleh itu skang boleh buat perumpaan - setia bagaikan burung walit. Teheheheh.
Nenas-cili padi yg bikin aku geram sbb montok montok-ulau sawa batik yg aku geli geli. Amik gmbr pun guna zoom. Tu kat umah Perlis tu. Eii..gelissss
Kat umah negeri tu ujan renyai2. Tp oke je la. Suma umah masuk tgk. Smpai umah Kelantan ada samting membuat kami terlekat lama. Tehehehe... siap buat cek kesihatan. Siap tau apa tak kena ngan badan ni. Owh..ini nati aku buat entry khas lah. Tetiba risau sbb rupanya memacam penyakit dah aku ni. Gula tinggi, kolesterol tinggi. Huh! Sudahnya beli madu yg reganya da nak sama incik sembonia yg aku beli smlm. Ceh!. Beli gak sebijik betik yg besau dgn rega RM1 kat rumah Pahang. Hi...suke suke (padahal aku bkn sker betik..tetiba nak suka plak..apa kes)

Lps tu tggu tram balik semula nak ke bazar tu. Nak carik la makanan ke ubat apa apa ke. Nak makan  lunch kat situ mmg tak dapek la..penuh giler kat food court dia walo rasa nak makan laksa Sarawak. Ummm...takpe la...nxt other time okeh. Tp tah..tak jumpa la plak booth ubat ubat tu. Bukan la ubat misai kucing ke kacip patimah ke apa aku nak carik. Aku nak carik minyak angin je. Teheheheh.

Tp itu pun da memacam aku beli. Dgn kopok leko nyer, dgn tumpi nyer. Ceh! Ceh!. Then gi kat hall yg sykt swasta tu. Sbb last week kan aku da pi ngan opismet tu, so, aku tau kat mana tpt aku nak pi. Beli santan kelapa sawit tu. Ate, td kata da kolesterol tinggi, katanya santan Sawit ni takde kolesterol. So, kasik terai beli.

Lps tu tak memasal terbeli serbuk kari. Haha. Aku pun nak tergelak. Sbb apa tau..sbb masa tgk tu, ada plak Kak Kartina Aziz. Dia jadi duta produk kari tu la kutnya. Dah dia pung pang pung pang ngan aku, malu malu alah..beli gak la. Giler ko..10 pek kari ayam, 10 pek kari ikan aku beli. Harus aku derma kat kaum kerabat suma ni kan. Harap aku...next MAHA pun mau ada lagi tu. Haha.
Sepeket tu la aku beli. Huhu
Mula mula malas nak masuk hall International, tp my dear kata, masuk je da alang alang. Ok, masuk. Napak booth Halimah Batik, ni mmg usahawan yg salu join event kraf. Byk da baju batik aku beli kat dia. So, derang mmg kenai la aku. Ada lak Jaafar Onn. Jadi duta derang pulak. Wahh..amik gmbr lagik. Teheheh.
Sekali blur plak...tkpe..masuk kan je.
Then masuk hall agensi kerajaan plak which aku mmg mls nak masuk sbb last week da masuk. Umm.. booth kraftangan pun ada. Tu dept Promosi la handle. Deme hehari pegi situ. Tp bila da masuk...harap maklum je la. Boleh plak aku ter beli voucher apmt kat Bukit Merah Lake Town. Motip tul pegi MAHA beli tiket hotel kan. Haha. Tp murah. Amik 2 bilik. Call tnya abg aku dia kata ok, so kasik beli je. If dia taknak aku jual je kat member lain.

Dan pada kul 4ptg kami pun beransur balik. Tak larat dah.   Org nak balik ke paking naik tram beratur mcm ular kena palu, so mmg kami jalan kaki je trus smpai paking. Tu pun seb bek tak panas. Kalo tak..mmg tak sanggup la kan. Secara keseluruhan ok la kali ni pegi. Suma smooth je. So, kita jumpa 2 thn lagi. Insyaallah...
Tetiba ada Ferrari plak vroom vroom kat situ
Ku tahu ramai yg pegi gak tadi kan?? org ramai giler..so, tak perasan dah sesapa.. huhu

16 comments:

farah hairuddin said...

kak reen-sye pon g MAHA td..hehehe..tp g yg ekspo jual2 tu je..mls nk nek tram~

deqlis said...

Salam,
wah best kan g MAHA..

deqlis pun pergi tadi..
konon2 nak g awal..hehe..
tp tolak 11.50 pagi gak dari rumah..
sampai dpt parking kete 2.20 ptg...perrghh lama tul jammed giller2x.. sebenarnya jammed dari jam 8 pagi lagi...

deqlis balik malam...10 lebih dah haha..sampai rumah dekat 11 lebih tadi..sib baik tak 24jam MAHA tue hehe... dari MAHA balik ke rumah 20 minit jer...pergi jer mmg mcm nak balik kg hehe...

Irtiyah said...

Salam

Gigih la awak melawat.. hehe tahniah.

imanmom said...

best nya dapat g M.A.H.A ni kan..
leh beli barang ngan harga murah..
tak leh g r jauh...
baru la tau nuffnang tu bg tiket wayang tuk org kl je...
xpe lain kali ada kot tuk org kuantan..

cikbedahlaser said...

ai yg dok sepelaun dr maha pon x pegi... x berani nk cabar iman sendiri pergi sana..ehehehehe

cikCha said...

aduhh tergedik2 jiwa raga aku meronta2 x dpt pi MAHA kali nii..

sungguh aku kejelesan...uwaaa

cikCha said...

aduhh tergedik2 jiwa raga aku meronta2 x dpt pi MAHA kali nii..

sungguh aku kejelesan...uwaaa

Ina said...

Astaga..pic korg gan Jaafar Onn tu nmpk Lan dh sama gebu dgn JO...apa dh jd ni..???hehhehe.!!!

AdiaLuze said...

PnS...bestnye...siap leh bergambo ngan arts lg tuh...Nk g gak, tapi tak snggup la nak bersesak2...Lemasss...Hehehehe

MAMA MIRZA said...

bestnya jalan.. teringin gak nak pegi.. tapi biler pikirkan kegilaan kesesakan.. tu yang tak sanggup.. tambah nak bawak bby.. hmmm...

PUANSTOBERI said...

Farah :
Owh..abis jalan kat mana jer? kalo kat tpt jual2 bunga tu da dkt la ekspo jualan produk tu.

Deqlis :
Napak dari umah eh jammed dari kul 8pg?? tu la..ptt jalan kaki je dari umah deqlis tu..hihikkkss

PUANSTOBERI said...

Irtiyah :
Harus..gigih... teheheheh

Imanmom :
Kak..murah tu takde la sgt. Tp tak sedau je duit keluar. huhu
Ye kak..utk org residing kat KL je. Huhu

PUANSTOBERI said...

CBL :
kak reen laung gak nama CBL tadi.. ptt tak jawab.. huhuhu

Cikcha :
Aku tgk booth LKIM. Ada juai ikan segar lagik. teheheh... tak jauh ngan booth Kraf. Hihikkss

Kak Long Ina :
Itu la namanya JO Jr. Nga nga ngaaa...

PUANSTOBERI said...

AdiaLuze :
Teheheh..tk sgja je tu jumpa retis tu. Huhu.
Yg Reen gi smlm ok la..tak la lemas sgt dlm lautan manusia..gi pun cuaca sgt sgt membantu..tak pns langsung, so tak rasa lekit sgt

MAMA MIRZA :
Iyer..kalo bwk bb mmg kena pikir byk kali.. unless kalo pegi kat pavilion umah negeri tu, ok kut.. tak crowded. tp situ nak pegi kena tggu tram plak..beratur pjg giler..

Che Sue said...

JELES!

PUANSTOBERI said...

Che Sue :
Huhu...nati 2 thn lagi, ko pegi la..da balik 4 good kan?