Showing posts with label Redang. Show all posts
Showing posts with label Redang. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Edisi Soalan Berkenaan Redang

Banyak tak banyak la, tp ada yg bertanya berkaitan percutian Redang ni. Jadi, mari saya 'combo' kan seme soalan ini.


Nad @ MamaZN said...
kak
rase2 cam seswai tk perjalanan dr kl - tganu - redang tu utk 2 dewasa ngan 2 kanak2 ni?

Nad,
Kalo perjalanan KL-Tganu tu takde masalah jika ada kanak2 skali. Tp kalo nak Redang, elok tggu Baby Nayli besar sket. Sbb kat Redang ni bukan cam Pangkor seme tu. Tpt ni mmg utk xtvt berkaitan laut ja. So, nati kalo tak bawak baby Nayli ikut seme xtvt laut tu, Nad cuma duduk kat resort ja. Bosan plak kan. Lps tu macam nak transit2 feri tu pun tak berapa sesuai lagi. Xtvt pun byk yg snorkel apa seme. Tggu Nayli besar sket oke lah.

Masya said...
tak pernah sampai pulau redang ... nanti cerita lagi yer.. tidur kat mane?? makanan ok ke... ade aktiviti naik basikal jugak ke .. ape² jerlah info sy tunggu jer next entry ... tak sempat baca .. sy baca maraton hihihihihi...


eh² mcm nak pg pulak kan hahahaha...


Masya,
Alhamdulillah, ada la tempat tidur yang selesa yg walo dengar suara orang sebelah. Haha. Makanan pun oke. Pihak resort sediakan makan pagi, tghari, minum ptg dan malam. Sbb kat sana kalo resort tak sediakan menggagau juga kita nak cari makan. Dan resort yg akak duk ni run by Muslim, jadi, Insyaallah, sumbernya tak meragukan. 
Naik basikal tu akak tak pasti. Tp rasanya seme pun xtvt berkaitan laut dan pantai. Itu lagi bes dari berbasikal :)

Jaa said...
cam best jer Redang.. nk pergi jugak la nanti...redang lagoon ni berapa ringgit satu malam?

Jaa,
Kalo kat Redang ni biasanya orang tak kira satu malam cam tpt lain. Better amik pakej. Cam akak ni, amik pakej 3 hari 2 malam bersamaan RM340/pax. Dlm pakej tu dah ada makan, tambang feri (return) ke Kuala Terengganu, serta pergi ke tpt2 snorkeling. Peralatan snorkeling boleh sewa. Kalo pegi yg early season (waktu yg resort buka semula lps tutup - Dlm bln Okt - Feb resort seme tutup), dlm bulan Mac tu buleh dpt lagi murah. Utk info Redang Lagoon buleh tgk sini.

Bitt (doubleIS) said...
best2 tu la ingat nak jugak time anak beso skit lagi...oooo kena tukar bot la pulak yerr

Bitt,
Iyer, best kalo anak beso sket. Double IS pun buleh snorkeling skali. Mmg comel napak kids dgn life jacket dia tu. HIhi. Yer, kalo duk resort sini sini, kena tukar bot la. Mungkin kalo yg Fasha Sandha duduk tu tak perlu tukar kot. Hihi. Sebab sini takde jeti khas cam kat Pangkor/Langkawi :)

Nory Zoulkefle said...
berapa bajet kesuluruhan ni.? hehe

Nory,
Bajet keseluruhan, kalo hanya bas, hotel kat KT kurang 1k jugak tuk 2 orang. Roughly : Pakej resort - RM340.00/pax, tambang bas (return) - RM80, Hotel KT - RM108. Makan,minum cuma kat Kuala Terengganu lah. Yg kat Redang seme da includes dalam pakej resort.

myfara FLK said...
sangat menarik..kite yg penakut air nie nak gak merasa tapi perasaan takut tue sgt menebal..so tgk je lah org bersuka ria...

myfara,
Rugi lah kalo dah smpai sini tak cuba seme ni. Takpe.. kat Redang ni, tpt cetek pun dah ada ikan dan boleh snorkel. Akak pun penakut juga kalo open sea tu. Berenang tak pandai. Haha.

::EIDA:: said...

Eh? Eh? Orang resort ke orang boat tak bagi roti ke? Rasanya kalau amik pakej mestid apat roti.. Mana ada bawak or beli roti sendiri.. 



Tetiba ida baru tau, boleh ek sewa camera underwater? huhu... Ida ingtkan kekda beli camera baruuuuu.......


Zana Adieyza said...

kalau boleh sewa kamera mmg best la kan.. x payah beli kamera baru.. hihihi.. 


terteleng ok zana tgk signboard tu.. hahahahaha..



bestnya kekda.. review kekda membuatkan hati ni betul2 rasa nak pergi sana.. syoknya!!


Jawapan :
Yang ni jawap utk Eida n Zana sekali sbb lebih kurang sama ceritanya. Oke, cerita roti dulu. Yer, kat Redang ni cam seme orang pun bawak roti sendiri. Dlm pakej mmg takdak, unless nak cilok roti waktu breakfast. Haha. Tak baek oii.. ahahaha. Jadi, boleh je bawak roti sendiri. Kiterang je kelam kabut, langsung tak sempat nak beli. Kat sana, melantun la mahal reganya.

Yer, kat sana boleh sewa kamera. Berbaloi. Ada yg rega RM30, RM40 dan RM50. Lps tu dapat CD juga. Bes!

Zana Adieyza said...

kekda, nnti buat entry ttg budget semua.. hihihi.. boleh?? 


teruja sungguh baca entry cuti kat redang ni.. harus cari masa utk gie situ!


Zana,
Budget secara roughly akak da tulis kat atas tu. Boleh la bajet2 kan dan boleh la pegi nxt year :)

Masya said...
cek out hotel 9.30 pagi, bot tu kene booking ke nak amik dr jeti tu .. ke bot memang sentiasa ade.. sape² jer blh naik macam naik feri beli tiket huhuhuhuhu... kekda paham ke soalan sy ni ...

Masya,
Bot tu ada time2 dia. Jadi, kena alert. Pagi satu, lps tu tengahari ada satu. Kalo tak beli tiket, masih free n easy takpe. Takut kita da booking tiket bas/flight, lps tu terlepas feri yg pagi, susah juga. Tiket takde jual kat feri. Kena beli masa memula datang kat Jeti Syahbandar (Kuala Terengganu) lagi. Tp kalo guna pakej cam akak ni, takyah beli dah la. Seme dah siap skali pakej. Nati dia bagi je terus tiket :)


Thursday, July 19, 2012

Pulau Redang, Terengganu : Day 3

Last day at Redang. Bangun pepagi. Jalan2 lagi tepi pantai. Amik gmbr. Jalan dari ujung sini ke ujung sana. Dari ujung sana ke ujung sini. Fuh.. lps tu breakfast.

Ada yg buat jerung plak. Hihi
Semua pun ada amik gambau kat sini kan?
Laguna
Breakfast on d last day at  Redang
Then siap2 packing. Nak balik lah. Kena check out jam 9.30pagi. Pulang kan segala life jacket n peralatan snorkeling.



Kul 11pg, bot smpai. Selamat tinggal Redang. Will miss u. Nati kami datang lagi ya.

Smpai KT dalam kul 12.00 thari. Next entry cerita di Kuala Terengganu pulak yaw. Maka, cerita cerita di Pulau Redang sudah settle. Kut ada apa2 soklan ke apa ke, leh tanya, nati sy buat entry khas utk soklan tu :)

Cerita Redang :
1) http://pnstoberi.blogspot.com/2012/07/cuti-cuti-malaysia-pulau-redang.html
2) http://pnstoberi.blogspot.com/2012/07/pulau-redang-terengganu-day-1.html
3) http://pnstoberi.blogspot.com/2012/07/pulau-redang-terengganu-day-2.html

Pulau Redang, Terengganu : Day 2

Morning Redang....

Wieee.... boleh je bangun awal. Xcited. Breakfast dulu. Lps tu amik2 gmbr tepi laut. Hihi. Bes. Then ready utk gi Taman Laut. Tp pagi tu angin kuat. Risau je ujan then tk dpt pegi plak. 



Aku gi sewa kamera underwater dulu. Maklum la. Takde kamera underwater kan. Kasihann.. hihi. Tapi takde hal. Sebelah Redang Lagoon ada kedai yg bagi sewa. RM30 utk 50 keping. RM40 utk 80 keping. RM50 utk 150 keping. Kami amik RM40 sbb kamera biasa ngan mys2 pun dah ada. Cukup lah tu. Itu pun berbaloi tau. Dapat smpai 108 keping. Bes :) Boleh sewa dari jam 9pagi smpai 6ptg.

Tiket marine park yg beli semalam kat Jeti tu bagi pada beachboy yg bawak kita pi Taman Laut tu. Kalo tak beli tiket tu boleh ja beli dari derang kot. Itu aku kurang pasti.
Kul 9.30am gerak lah. Naik kelong yg naik smlm tu jugak. Haha. Jauh jugak dari resort ke taman laut ni. Dlm 45minit camtu gak lah. Taman laut ni cam ada pantai and bangunan la.
Taman laut dah nampak :)


Jadi, boleh snorkeling. Air cam dalam la sket. Jadi, kami main tepi2 ja. Haha. Eh. Kat tepi pun byk ikan. Kiterang ni tak bawak roti, tp ada satu couple tu bagi roti 2 keping. Hihi. Syok. Bleh bagi ikan. Byk giler ikan sini. Katanya kalo lucky boleh tgk turtle juga. Tp tu kena pegi tetgh lah. Mmg tak la aku kan. Penakut. Hoho.





Jalan2 sekitar Taman Laut tu. Takde la apa sgt pun. Alah. Pepaham ja la. Tpt kerajaan. Haha.


Dalam sejam situ, kembali ke resort. Dah kul 12 t.hari. Boleh makan lunch dah. Sila makan. Lps tu kami terjun balik dalam air. Haha. Dlm panas terik tu. Hadoii.. giler. 

Kul 2.30 suppose ada open sea tpt lain pulak. Tp kami tak pi. Hihi. Tido. Mengantuk. Lps tu kul 3pm bangun, snorkeling smpai muntah dpn resort. Yg bes tu kami gi bagi ikan makan roti spesel. Roti coklat. Kahh.. tu la bahana dia. Tak bawak roti. Tah. Kelam kabut mlm sebelum nak pegi tu. Langsung tak sempat beli roti.

Ni seme depan resort. Air putih sket sbb kawasan cetek sket. Bebtul depan resort ja ni.



Bagi ikan2 makan. Abiskan limit kamera underwater tu. Tp bongok. Dah abis, baru pi kat area lagi satu. Pun dpn resort juga. Tapi situ lagi cantikkkkk.... rasa berenang dlm akurium yang besar. Dia ada batu batu, lps tu napak jugak coral2. Ikan pun jinak. Takyah bagi roti, berkumpul seme kat kita. Smpai terpaksa tolak2 pulak. Ikan pun banyak situ. So, kalo duk Redang Lagoon tu, snorkeling kat tpt ada batu batu tu. Yg ada signboard camni tu. 
Ya Allah...geram plak aku. Pasal tak buleh nak rotate kan ni??
Aku rasa PC ni la giler. PC lama dulu oke ja. Haih.
Sori lah.. terpaksa teleng. Huhu (T___T)
Takpe. Dun wori. Kita kan senantiasa pakai life jacket. Tapi mmg Subhanallah lawa situ.
Lps tu lepak minum petang, antar kamera. Dpt CD. Then mandi lagi. Haha. Giler ah. Lps tu baru balik bilik. Mandi seme, amik2 gmbr plak. Satu ni je lah tunjuk. Lelain tu, tak berapa nak oke utk dipaparkan utk tontonan umum. Melompat la hapa lah. Ngeee :D
Kat area hujung tu lah yg ku katakan akurium besar tu.
Ready for BBQ. BBQ ni cam biasa la. Amik2 apa kita nak, then bako la sendiri. Nak bes, awal2 da buat. Kul 7 ready dah, kul 7 lah kita p situ. Senang sket. Orang tak ramai. Hihiw.



Lps tu baru masuk bilik, solat maghrib bagai, kuar semula. Jalan2 tepi pantai lagi. Lepak2 smpai la kul 10. Masuk bilik tidowww.. penat oh..duk dlm akurium besar. Hihi.

Tuesday, July 17, 2012

Pulau Redang, Terengganu : Day 1

Yer. Aku jarang bercerita ikut day. Kali ni guna ikut day lah. Skali harung. Senang. Mmg panjang lah jadinya. Tp takpe lah.
Day 1 bermula dengan hari aku berpergian ke Terengganu lah. 7 Julai. Kali ni kami saja nak bebtul cam backpackers. Kami naik bas. Transnasional. Igt kut tak ramai la Hentian Putra tu. Skali kau. Hambikk.. da macam nak balik raya kekdahnya.

So, bas kul 11pm. Mmg tepat2 kul 11 lah jalannya. Excited. Bas 2 tgkt. Kami pun duk di tgkt atas. Bas penuh. Dlm bas pun tido2 ayam ja. Bas benti kat hentian mana tah dlm kul 3pagi tu. Mamai ja. Turun kejap utk regangkan otot2. Huhu. Smpai KT dalam lebih kurang jam 6 pagi. Turun bas dah cam mamai2. Maklum la tempat tak biasa pegi. Ada member kata (yg kebetulan dia ada di Redang sehari sebelum aku), boleh solat dan bersihkan diri kat Masjid dkt area KFC. Idak la dia beritahu secara jelas.

So, carik KFC. Jumpa. Tp masjid tak kelihatan. Just jalan sket. Alhamdulillah. Jumpa masjid.
[tips : Kuar depan bus stand. Ada simpang empat. Napak KFC, amik belah kanan. Masjid tu tak jauh dari KFC. Dlm 50meter ja. Masjid Abidin namanya].

Lps bersihkan diri, solat seme, pegi Pasar Payang. Oke. Kali ni guna GPS kat phone. Haha. Rupanya dekat ja. Igt nak breakfast kat atas tu,  tp tak jadi sbb kedai makan kat atas tu cam tak buka ja lagi. Jadi, kiterang lepak ja dkt2 ngan jeti nak ke Redang tu. Awal lagi. Time tu baru jam 7pagi. Hihi.

Lepak2 situ. Jeti tu namanya Terminal Jeti Penumpang Kuala Terengganu. Tp seme pun kata Jeti Syahbandar. Dkt dgn Dataran Syahbandar. Kalo dari masjid Abidin tu pun boleh. Kuar kat pagar lagi satu, terus ja. Jumpa istana Maziah. Sampai ujung jalan (t-junction), masuk belah kiri. Jeti tu dpn post office. Kalau bawa kereta, buleh la parking dkt ngan jeti tu. Ada byk kwsn parking. Bayaran sehari berapa tu, aku tak tahu la plak. Sbb tak bawa kereta kan.

Awal2 sgt pun tak buka lagi kaunternya. Utk ke Pulau Redang, dgn resort yg dah aku booking ni, kena carik kaunter feri Sejahtera. Mostly pun resort guna Feri Sejahtera lah. Walo blum buka lagi kaunter tiketnya, boleh bertenggek dah depan kaunter tu. Ada cam bangunan yg boleh duduk jugak. Kiterang lepak dulu dlm tu (ada tandas, tpt duduk selesa seme). Lps tu dlm kul 8 camtu, tgk kaunter da bukak trus pegi. Smpai situ, gitau lah kita duk resort mana. Nanti dah ada nama kita. Lps tu dia suh tulis nama n no. IC. Dan dibaginya lah 'boarding pass'. Mmg tak payah bayar sbb amik pakej ngan resort. Kalo tak, pergi sahaja dah RM55/person (kalo tak silap. Tp mmg camtu la lebih kurang)


Lps amik tiket, jgn lupa beli tiket Marine Park skali. Seorang RM5.


Dah tu, tggu lah kejap. Member aku yg naik feri semalamnya kata orang ramai. Tp aku pegi hari Sabtu, tak ramai plak. Hihi. Tepat kul 9pg feri pun gerak. Alhamdulillah. Semuanya smooth. Perjalanan kurang lebih sejam gitu. Feri selesa. Cam feri gi Pangkor tu. Ada atas bawah. Boleh kuar gak kat atas 'dek'. Tapi kiterang tido ja. Masih mengantuk.

Dah nak sampai ke tepian Redang tu kena tukar feri. Ha.. klaka plak rasa time ni. Cam PATI pun ada kena tukar2 feri. Hihi. Sbb feri tak boleh la smpai ke tepi pantai tu. Takdak jeti kan. Jadi tukar bot. Tp kejap je dari bot tu ke tepi pantai. 5 minit camtu ja. 
Masa nak tukar bot tu pun da napak beach dah. Kelihatan itu adalah Laguna yer. Itu kalo nak honeymoon sesuai tu. Rate? Sila search. Hihi :P

Memasing teruja bila tgk air yg ijau...eh, biru. Clear crystal water you...


Dah smpai nati, seme wakil resort dah tggu. Memasing ada signboard dgn traktor nya utk bawak beg. Tapi Redang Lagoon takdak ya. Haha. Ada, tp lambat. Tak mengapa. Redang Lagoon dkt ja. Jalan kaki ja ke arah kanan. Bumbung ijau. Di situ lah Redang Lagoon. Jangan lak turun bot tu ke kiri. Jumpa Laguna Redang lak kang.
I is stay kat Redang Lagoon. Rate - utk 3 ari 2 mlm adalah RM340/pax. Ini kira pakej lah. Makan, resort, g snorkeling. Tp peralatan snorkeling tak termasuk. Ini nati ujung2 akan diceritakan dgn lebih lanjut ya.


Kiterang check in kul 11 camtu. Sila bawa cash yer utk resort ni. Mean, aku da bayar RM100 as deposit, so bayar la selebihnya. Lepak bilik dulu. Tido jap ke apa ke. Pastu kul 12.30pm buleh la lunch. 

Masuk bilik igt kut ada katil single ni ja.
Senget plak dah. Cena jadi camni tah. Bila view oke ja.
Rupanya ada katil queen juga. Keadaan bilik so so je lah. Padan lah dengan rega kan. Bilik air pun... boleh la. Tapi rumah papan. Kadang tu cam ternampak pulak bilik orang sebelah. Haha. Tapi kalo orang bercakap kuat tu, mmg dgr lah. Jadi.... resort ini mmg tak sesuai utk berbulan madu ya. Sila ke Laguna jika nak bermadu, eh, berbulan madu. Hahah (T____T). Mujo pun aku tak gi bertema Cuti Cuti Cinta. Kahhhh....


Lps tu kul 2.30pm baru ada open sea snorkeling. Maka, kita akan dibawa bersama orang2 yg da dtg semalam tu. Dia takde proper amik nama ke apa cam kat Krabi tu. Ko nak pegi, ko ready ja. Taknak pegi - tinggal. Kiterang pegi la. Open sea snorkeling kat Pulau Kerengga. Dlm setgh jam la dari resort.


Memula aku nak fobia dah sbb igt naik speedboat cam kat Krabi dulu tu. Itu yg buat aku pening. Tp tak.. naik bot kelong cam bot nelayan tu ja. Haha. Skali lagi cam PATI ja. Hotel lelain seme pun speedboat. Ngeee. (tp aku da sesiap makan ubat muntah. Kang jadi cam kat Krabi. Kuasa tau). Itu pun ada gak 2,3 orang yg ter pening. Hihik. Aku tgk ja la.. hihi *belagakkk.....padahallll*
Tapi, walo naik bot nelayan, kami naik kat jeti, resort lain yg naik speedboat kena meranduk air laut tu nak naik bot. Kalo bawak beg tak kalis air harus la basah abis. Huhu.
Oh. Aku tak turun pun open sea. MyDH turun. Sebab?? Takottt... miahahaha... lagi pun ada sebab yg menyebabkan aku tak boleh turun. Haha. Amik gmbr je lah. Mmg cantik. Napak coral dari atas bot. Crystal clear water lah.


Kul 4.30ptg kembali ke resort. Minum petang lak. Tp lps tu kiterang snorkeling lagi dpn resort. Tgk ikan. ikan.ikan. Bes lah. Berendam la smpai kecut tgn. Naik bilik, mandi2, siap utk makan malam lak.

Malam, takde apa xtvt sgt. Jalan2 tepi pantai lah. Bersama insan tersayang. Hikhikkkkkk....


*Oke, kalo ada soklan nak tnya pasal Redang ni, leh drop komen, nati saya akan buat satu entry khas utk jawab seme soklan bila entry Redang dah settle :)
*Nak buat GA Redang kah??? Hurm... pasti ada sesuatu juga utk reader2 tersayang nih. Hihiks :))

Monday, July 16, 2012

Cuti Cuti Malaysia : Pulau Redang, Terengganu

Oke, asik kan cerita rumah ja. Skip jap. Citer pasal cuti cuti Malaysia plak.
Eh, why don't be Cuti Cuti Cinta? Haha/
Sebabnya sepanjang masa kat sana, duk terngiang2 ja kat telinga aku ni lagu Cuti Cuti Malaysia. Haha. Tapi seriyes. Ini la kali pertama aku rasa benar2 cam "menghayati" Cuti Cuti Malaysia. Eh. Kat Sabah retu pun  menghayati juga. Hihik. 


Tahun ni mmg tema Cuti Cuti Pantai dan Pulau. Kalo tak cuti pun, course aku mmg kat tempat ada pantai. Bermula dengan bulan Januari ke Langkawi, hujung bln 1 ke Bagan Lalang, bulan 2 course kat Morib, bulan 3 ke PD, bulan 4 course di Pangkor, bulan 5 cuti cuti ke Krabi, bulan 7 ke Redang. Dah. Cukup. Ini last kut utk tahun ni gi bercuti. Kut la. Haha. Bleh tahan ker? Boleh la.. sbb skang dah ke hulu ke hilir settle hal rumah kan.

Actually plan ke Redang ni pun secara adhoc ja. Lps aku balik Krabi tu, nampak gmbr kak Julie kat Redang. Lps tu baca lak citer EidaBaharom kat Perhentian. Then waktu yg sama ada juga member yg buat trip ke Perhentian. So, dptkan info sana sini, katanya Redang much better than Perhentian.
So, pikir. Kalo utk anniversary mmg tak buleh la. Sbb my anniv on Disember. Redang ni dari Okt - Feb derang tutup. So, bila nak pegi. Tahun dpn? Tak boleh tahan dah ni nak tggu Mac. Kut smbg blaja ka, pregnant ke apa karang kan. Haha. Jadi, suitable date is before Ramadhan 7 - 9 Julai. Katanya bulan Jun, Julai ni mmg bulan yg bagus kat sana.

Bila da pikir2, riki2, emel lah ke 2,3 resort. Ada yg dah penuh on date aku nak tu. Pulak tu, aku nak carik resort yg boleh turun dari Syahbandar. Dlm web derang, tak byk yg ada turun dari Syahbandar. Mostly dari Merang. Jadi emel ke Redang Lagoon. Kak Julie pun kata situ bes. Dari apa yg dikatakan ini lah satu satunya resort melayu kat Pulau tu.
Rezeki. Date aku nak tu available. Jadi, trus bayar deposit RM100.

Ha. Kalo sesapa nak booking tu, aku nasihatkan direct trus ke resort lah. Guna agen ni kang mana la tau, kut ada yg tak kena ke kan. Situ dah la tmpt cam terhad.

Tapi. Sumpah Ohsem lah Pulau Redang.
Tempat ni mmg sesuai utk orang yg dah 'sendat pikiran', duk tension kerja kerja kerja, ha..tpt ni mmg sesuai amat. Lupa trus perihal keja. Cam aku ni, baru je lagi balik bercuti. Pulak, keja kat unit baru pun tak sendat lagi kan. So, pegi cam santai santai la. Tapi, ini salah satu tempat yg aku pasti akan pilih kalo aku rasa dah sendat palotak. 

Aku ada tulis kat FB masa kat sana.
Tak perlu jauh2 utk menikmati keindahan laut. Ternyata di Malaysia semuanya lebih indah :) - at Pulau Redang

Tapi, kiranya, aku tulis camni, aku compare, nyamuk dengan nyamuk lah. Bukan compare nyamuk ngan gajah. Mmg tak boleh lah. Kira paham je lah apa aku maksudkan tu kan. Mengkalo compare nyamuk ngan gajah, mmg mampuih la nyamuk kena pijak.

Aku pernah pegi tpt yg lebih kurang sama. Yg ada open sea snorkeling juga. Yg ada pantai utk snorkel. Kat Krabi. Pun tak se oh-sem Redang yea. Aku tatau tpt lain. Kut kat Ostolia ke mana bagai tu. Tapi kalo dah berenang dalam akurium besar hanya depan resort, apa lagi nak dicari kan? Ya Allah. Mmg cantik giler hoke depan resort aku duduk tu. Dia ada cam batu batu, kat situ pun cam ada la gak sesket coral, dah la tpt tu tak dalam, still leh pijak dasar laut tu. Boleh snorkel dengan ikan2 berenang2 di keliling kita. Ya Allah. Cantik..... 

Aku ni mmg penakut nak open sea, jadi bila ada yg cuma lompat ja da masuk dlm akurium, apa lagi nak?? Bes. Cuma... tu lah.. tak dpt amik gmbr. Masa tu pun aku sewa ja kamera underwater. Jadi time tu, da limit gmbr yg boleh diambil.

3 hari 2 malam mmg la cam tak cukup. Tapi, rasanya oke lah. Nanti boleh datang lagi. Bajet pun tak la tinggi sangat. Nanti last last kita cerita pasal bajet ya.


Jadi, sapa yg belum pernah pegi lagi ke Redang, pegi lah. Toksah la pegi Krabi ke mana dulu. Habiskan dulu dalam Malaysia ni. Aku kalo da ke Redang ni, mmg tak tingin pun kot nak ke Krabi tu. Cuma Krabi tu ada la lain2 xtvt lain cam jungle tour seme tu kan. Tapi, mmg bes la Redang. Bes. Bes. Insyallah, ada masa, pasti akan ku jejak lagi. Tapi mebi nak ke Perhentian/Pulau Kapas/Sipadan atau lelain pulak kan. Tgk mana yg bes utk di pergi kalo da otak da sendat. Hihiwww.

Marilah bergembira 

Cuti rehatkan minda 

Semuanya kita ada 

Malaysia mempesona 

Wednesday, July 11, 2012

WW : Sekolah Ikan?

School Of Fish


Di Taman Laut.


Di Depan Resort.