Sunday, December 26, 2010

~Pasal Pakaian Seksi~

Pagi Ahad, cam biasa la. Harus la gedik santai smbil baca paper. Tgk gosip2 sepanjang minggu (baca paper utk tgk gosip???). Tertarik pada satu artikel utk di share bersama. Sbb ianya adalah teguran dari pak menteri kementerian aku kan. Huhu. Meh baca sket :

Rais tegur artis berpakaian seksi

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Kumpulan Media Prima Berhad perlu membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi pada Majlis Anugerah Skrin TV3 2010, semalam.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini kerana anugerah tersebut bertujuan memberi penghargaan kepada filem, drama dan pelakon terbaik.

"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis yang hadir.

"Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Krismas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan, Datuk Seri Vanatiah Anthony, di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan beberapa pihak terutama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kecewa dengan pendedahan aurat yang ketara oleh artis wanita pada majlis anugerah itu.

Rais berkata, setiap manusia ingin maju dalam kehidupan tetapi bukan bererti tamadun terutama sebagai orang Melayu dicabuli oleh kelakuan atau cara berpakaian yang tidak senonoh.

"Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya kerana saya dan pihak lain menyatakan pandangan ini dalam konteks sebenar," katanya.

Bacaan selanjutnya : Klik sini

Ha...kan Pak Rais kite yg kaya dgn bahasa yang cantik tu dah keluarkan peribahasa. Tp mungkin jugak ada yg buat buat kononnya tak makan pedas kan. 

Nak cakap lelebih pun aku tak reti. Anugerah Skrin tu pun aku tak tgk sgt. Sbb masa tu tgh makan2 ngan pamili kat Kajang. Tp buley bayang la sbb setiap kali ada anugerah, itu jugak la gaya mereka. Lagipun takpe, nati ada la memana mag akan kuarkan gmbr derang dgn tajuk pakaian terbaik, pakaian tercantik, pakaian yg jelak dsb. So, sendiri paham la. Mana yg elok kita jadi kan tauladan, mana yg buruk kita tolak ke sempadan.

8 comments:

~ain said...

rasanya mmg patut kena ada kod etika kot kak.. sebab melampau2 laa.. ala-ala hollywood dah malaysia ni.. kena ada batas-batas agama juga..

ejaMaria said...

oh... malam tu aku sempat tengok... ade sorang tu bukan artis... tp mmg baju dia fesyen kemban gile sendat & singkat... sampaikan penyampai Dato Aziz Satar sempat melawak... 'kenyang mata saya malam ni'... mmg patut tegur pun...:)

FatinJelita said...

artis zaman skrg semua nak up to date sampai sanggup bukak dedah sana sini.. konon up la sgt..

Yan said...

bole tak... yan tak tau anugerah skrin berlangsung jumaat lepas..

tp tgk mcm list pemenang2 seme tak beshpn..

puanstoberi said...

~ain :
Tu lah tu. Kena ada kod etika, tp sapa lak nak memantaunya dan kena pikir gak apa hukumannya kalo derang langgar. Susah tul kan. Patut cam gini bley pikir sendiri. Dah duduk negara Islam kan. Pepandai lah nak pikir. Payah tul.

maria :
sapa wes sapa?? meh la kepochi. hihihikk.

Fatin :
Geram kan?? tp itu gak la yg budak2 zmn skang idola kan. Tah..tatau nak kata apa lagi dah.

Yan :
Hihik. Dia nyer promo agak kurang. Yang menang tu lebey kuang sama je yg menang anugerah festival filem retu.

Unknown said...

tidak tgk. jadi tidak tahu.

Unknown said...

tidak tengok, jadi tidak tahu. wuuu.

♥cikmOt♥ said...

yeye pakaian mereka sangat menjolok mata...tak caya...tuuuu nengok adik beradik tiga orang tu...jap ek...baru nak up kat blog...