Pages

Sunday, January 29, 2012

Perihal Macam Macam Kejadian

Lately ni memacam kejadian plak tpt aku tinggal nih. Last week kejadian menggemparkan negara tu. Yg pasal drama tebusan lebih 4 jam tu kan. Kalo tatau bleh la baca secara ringkas kat sini - Utusan
Abang aku siap call tu esuk nya lps dia baca kat paper. Huhu.
Aku pun tatau. Masa tu baru balik dr Bagan Lalang kot.
Lps tu my dear gi beli goreng pisang, dia kata ada la akak yg jual tu duk sembang2. Igt cam tak serius la. Rupanya.......
Tp apa pun aku tk dgr. Tembak2 ke apa ke. Dekat tak dekat la, tp aku rasa bleh dgr la kalo ada tembak2 ke apa. 


Sokay la tu. Dah settle pun kes tu kan. Umah aku pun ada grill dan mmg acapkali kami masuk umah, kami trus kunci grill tu. Pehtu kami ada lagi satu grill kat luar. Kira tu share ngan umah sebelah. Tp  umah sebelah ni sokmo tak kunci. Lantak p lah. Derang rasa selamat, derang buat la camtu. Dah la tak kunci grill tu, grill umah pun tak kunci. Skali masuk org camtu tau la. Eh. Kalo org tu masuk, kiterang pun susah gak. Nak kuar kut mana. Tu je jalan yg ada utk kuar. Lompat dari balkoni??? Hahahahha.



Tup2 pagi semalam lak. Balik dari pasar aku napak sorang budak pompuan, dlm 16-17 tahun camtu la umo dia. Dgn bapaknya. Budak tu cam tak berapa nak betul la. Jalan2. Tp kiterang tak dulik pun. Naik umah. Makan bekpas bagai, tetiba dgr org jerit2. Ah. Sudah.


Rupanya budak tu taknak balik umah. Jenuh bapaknya ajak balik. Taknak. 
Sudahnya dia masuk dlm longkang. Longkang tu dalam jugak la. Kira mmg kalo org dewasa masuk leh napak kepala je. So, dia masuk dlm tu. Jerit2 taknak..taknak..

Sudah..buat hal lagi.
Ni mmg dpn umah aku. Harus tgk kan, kang abang aku call lagi, tatau citer plak. Haha. Dasar keposhii... hahahah. Tp nyer, aku idak la turun g ke longkang tu cam org lain. Ilek je aku tgk dari dpn pintu umah sambil conteng2 tangan ni. Huhu.

Lama gak la baru budak tu tenang. Smpai ada polis peronda benti lah.
Aku pun tatau apsal family dia taknak call ambulans. Budak tu pun bkn duk kat area umah aku ni. Umah blkg2. Dia berjalan sbb tanak balik umah kot. Aku camtu terpikir satu je. Tp malas la nak tulis kan. Kang jadi fitnah plak. Tak baik.

Tu satu citer la.

Lps tu skang ni tatau la apa menda, asal tgh malam je mcm ada menda duk berjalan atas bumbung sblh umah aku ni. Kira bumbung org bawah la. Derang ada buat bumbung tambahan la. Aku idak la rasa something yg lain sbb rasanya kucing. Sbb ada bau2 cam kencing kucing gak. Mebi kucing carik tikus. Tp tu lah. Pelik2 je. Haih.

Entah. Lama kot aku duk sini. Sedari keja kat KL ni lah. 8 tahun gak la sudah. Tp sblm ni takde la memacam yg misteri, yg tak dijangka berlaku. Tp la ni kerap plak. Eh. Tu tak masuk citer yg org sebelah umah aku ni tetiba mengamuk2 cam kena rasuk apa je. Tu ada aku tulis dlm blog ni gak. Citer bln Januari thn lps la. Masa tu aku takde, outstation Langkawi. My dear la duk sorang kat umah time tu. Tp aku simpulkan yg org tu stress sbb byk duit kuar awal2 tahun. Ye lah, anak2 nak sekolah apa lagi, derang pun aku tgk tak la senang sgt. Tahun ni duk dpt seratus la, lima ratus la, idak la dia meronta ronta lagi. Huhu.

Tu lah. Bila nyer la nak masuk 'mansion atas kayangan' aku ni. Da pegi melawat tapak gak smlm. Tak dpt masuk, amik gambo pun jadi ler. Swimming pool kemahin besau, takdek org mandi pun. Aku rasa bila block D ni bkk, sure ramai menjakun dok mandi nati nih. Hihi. Aww.. umah ai harus la yg ngadap pool nih. Aww....awww... *gediksss... padahal masuk pun entah tahun bila tah!*


Nak tgk perkembangan. Motip tak bleh masuk lagi? Napak umah tu cam da siap la. Cuma mungkin ada jalan2 yg tak siap lagi kot. Adoii..cpt la masuk umah tu. Kang tah hapa lagi drama yg muncul kat area aku duk skang ni.  Dah setgh tahun gaji kena potong ne. Adoyai nye pun.

Harap2 umah aku ni takde la masalah cam Banjaria Court yg kuar TV gak smlm. Adoi.. Tatau la samada masalah derang ni dah settle ke - Aduan Rakyat.

Saturday, January 28, 2012

Sharing Saturday #1 : Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran


Oh. Sekarang kita ada Sharing Saturday. Jadi, kalo rajin buat entry hari Sabtu, saya akan masukkan menda2 yg bleh di sharing kan pada setiap hari Sabtu.  Huhu.
So, utk yg Sharing Saturday #1 ni, saya share kan ini ya. Tabiat Wanita Mengikut Hari Kelahiran. Ce check hari lahir anda bila. Kalo tatau bleh check sini. 
Kredit : Here
Cara-cara nak check.
1) Carik tahun kelahiran anda. Let's say saya adalah 1979. Maka pegi pada 1900. Turun ke bawah. Cari no. 79.
2) Bila da dpt straight ke kanan - bawa ke bln kelahiran anda. Utk saya December. Maka saya dpt no. 7
3) Bila dapat 7, makanya ambil kotak ke 7 (pada kotak yg bawah). Dan pegi ke tarikh lahir anda. Utk saya adalah 14hb. 
4) Maka, dpt lah Hari Jumaat.
Mungkin ada yg lebih ringkas, tak kesah lah kan. So, dah tau hari apa, meh kita check perwatakannya pula.
Jika dilahirkan pada hari ISNIN:
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dalam pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
Jika dilahirkan pada hari SELASA:
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Jika dilahirkan pada hari RABU:
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal  kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.

Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jika dilahirkan pada hari JUMAAT: 
Wanita yang lahir pada hari Jumaat, tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tidak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

Jika dilahirkan pada hari SABTU:
Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Jika dilahirkan pada hari AHAD:
Wanita yang lahir pada hari Ahad, kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Taat pada suaminya, namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hatinya sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, dia akan cari jalan lain.

Sumber : Epetua

*utk tahun  baru ni da ada ke belum entry WW yer. Lupa plak...

Friday, January 27, 2012

Perihal Mengidam

Smlm merempan2 kat FB. Tetiba cam craving for spageti. Tatau nak kata, tp lps lunch tu terpikir2 nak makan spageti. Da terbayang2. Lps tu rasa cam nak masak. Dah pikir ni, dlm freezer tu ada daging cincang, balik masuk dlm microwave nak defrost kan dia. Lps tu sos ada. Tp cendawan segala takde. Mesti tak sedap.

Trus goggle kat mana nak dpt spageti. Google kuar Vivo la. Mmg ter leleh leleh la nengoknya. Super sedap napak dlm gmbr.

Dlm keta nak balik tu tnya my dear.  Nak gi KLCC ke BTS. Kalo BTS ada la Vivo. Kalo KLCC, Milano Cafe ke apa tah, yg kat food court tu. My dear kata KLCC. Lupa lak ramai still cuti. KLCC is penuh yaw. Tp tk kesah la. Mujo food court tak ramai. Maka terus order. My dear amik Bolognese n me Marinara. Tp bila siap dah tertukar. Ku plak amik Bolognese. Huhu.

Sedap. Mmg creamy. Yg putih2 tu adalah cheese. Sedap.

Dan hari ini.
Melayan tekak di kala tgh panas. Panas giler kot thari tadi.
Balik umah time lunch. Lps tu cam terpikir2 nak buat status 'sedapnya kalo dpt makan tuti frutti tgh panas ni'. Tp tak la tulis. So, masa nak balik semula ke opis, my dear tnya 
"nak eskrem ke?"


Dalam ati aku, eh, dia cam tau plak aku mmg nak eskrem.

"Eskrem mana?"

" Beli kat Petronas" katanya.

"Ala, Petronas takmo la"


"Abis, nak Tutti Frutti la tu"

Hiks.Hiks. Yep.. mmg other half kita ni bleh baca pemikiran kita kan.

Maka, sblm masuk opis singgah la TF kat Ampang Park.


Nom nom nom.


Itu lah dia kalo seme dpn mata. Nak Spageti ada, nak Tutti Frutti ada, segala gala lah kalo terliur. Kalo kat umah kampung aku tgk... harapan la ko nak dpt seme ni segera.

Perihal SBPA : 5 perkara utama semakan semula



Aku nak qoute yg ni

"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini. 


Ye lah. Harap kami ceria la lepas ni yer.
Huhu. Tp aku tak rasa ada apa2 perubahan pada semakan gaji aku kot. Tak mungkin naik lagi kot. Turun tatau. Kalo naik lagi berkicau2 lagi gred yg lain2. Takat ni mmg aku berpuas hati dgn kenaikan yg ada.
Sekian terima kasih.

Saya Yang Menurut Perintah.
*tweheheheheh*



Ketam Goreng Cili Campur Telur


Astaga. Citer ketam je aku ni kan. Haha. 
Lelama tukar nama blog ni jadi Dunia Cik Crab. 

Tah. Aku mmg peminat tegar ketam. Seafood lelain pun minat. Tp ketam mmg can't resist lah kata org tu.  Kali ni ketam yg aku masak sendiri plak. Beli kat Bagan Lalang retu lah. Ala, beli 2 eko je pun. Tp isi byk. Fresh kan. Sedap. Dap. 2 eko tu pun da dkt sekilo. 700gm.

Aku buat ketam goreng bercili. Biasa aku tak penah lagi buh telur. Kali  ni saja nak terai. Lps tu jadi cam kering plak. Tp takpe, meh share je resepi. *sebenar utk aku gak ni, nati lupa plak cena nak buat. Huhu

Ketam Goreng Bercili Campur Telur.

Bahan-bahan (utk makan 2 org) :

2 ekor ketam (dibelah dua)
Sebiji bawang besar (sederhana)
2 biji cili masak
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi.
Sedikit kiub ikan bilis *optional. If tak sker, tak perlu pun takpe.
Kalau nak rasa masam2 sket, bleh perah limau sket.
Garam
Kalo suka bleh tambah sos tiram, sos tomato. Tp aku letak sos tiram je. Sesudu kecil.

Cara-cara :

1. Bersihkan ketam. Kerat dua.
2. Blend segala bawang, cili seme tu.
3. Tumiskan bahan blend.
4. Tambah air. Sbb nati bila da masuk telur dia jadi kering sgt.
5. Masuk ketam.
6. Gaulkan smpai rata seme. Smpai ketam masak.
7. Pecahkan telur dlm mangkuk. Pukul kejap. Curah dlm kuali.
8. Kacau2 telur tu supaya tak berketul. Tp kalo berketul pun oke je. Lagi sedap telur tu nati.
9. Biarkan kejap. Pastikan ketam masak betul.
10. Tutup api.

Settle. Mudah je kan. Ada gak resepi yg goreng ketam dulu apa. Tp aku sker lagi goreng camni. Lagi meresap seme rasa bahan blend tu.

Tp aku ada baca petua mana tah, dia kata kalo nak bagi cili padi tu pedas, bilangannya mesti ganjil. Tp tatau la kebetulan ke apa kan, sehari sebelum aku masak ketam ni, aku ada buat ikan goreng cili. Aku buh 6 bijik cili. Mmg tak pedas apa pun. Aku pikir, cili tu tak pedas lah. So, the next day, masa buat ketam cili ni aku taruk la 9 bijik. Skali, pedas meletop. My dear tak kuat pedas, sian nengoknya berpeluh2 masa ratah ketam ni. Huhu. Kasihan. Jadi, btul la kot. Nak kasik pedas, bilangan mesti ganjil. Hihi.

*gmbr dari FB. Kalo FB di block mmg tak bleh tgk. Huhu.