Thursday, December 30, 2010

~Pasal Makan Di Penoreh Getah~

Ce gugel - Tapper tu apa? Penoreh Getah kan? Ke ada maksud lain?
Jadi smlm makan kat Penoreh Getah. Atau pun makan sambil jadi penoreh getah. Atau pun wat eva la. Yg pasti ada tempat makan yg bes namanya Tappers Cafe di Cap Square
Oke, mmg 1st time being there (Cap Square). Sblm ni tatau celah bedah mana tah nak paking kat situ. Skang da tau. Ada org kata tgk wyg kat situ bes. Tp masa aku nak redeem tiket pree tu aku tgk kat web TGV tak byk pun citer bes situ. Citer Tamil byk la. Tkpe, nati kut ada boleh tgk sbb mmg dkt nak mampus amat ngan umah aku. 

Ptg smlm pegi Ariani jap. Kul 5 je berdesup kuar ngan 3 org lagi adik unit aku. Nak beli adiah pada yg nak pindah la benti la ni kan. So, ke Ariani kita. Beli tudung utk bos. Takde la sale sgt mcm bln 11 ni yg dia kata utk members je tu (padahal suma leh pegi). Masa tu aku pegi yg kat Ipoh. Yg  tu mmg sale sbb platinum pun dpt rega giler giler. So, dah beli utk bos masuk lak Jakel. Beli kain lak utk lagi sorang staff aku yg kontrak SPS da benti. 

Dah abis tu masuk Hajra pulak. Tehehehehe. Mula takde apa nak beli. Sekali ter beli lak sesuatu. Ahahahaha. Aku pun tatau bila thn aku nak pakai tudung gaya gitu. Dah la beli sekali 3. Lantak. Gi kenduri buleh la kut pakai. Gi opis rasa cam tak sesuai. Mujur la incik asben tak marah. Tehehehehehe.

Lps da abis tu ajak bebudak tu gi makan Sany CKT kat IB. Derang pun oke lah. Lagi pun leh la si Fara ni nengok bola kan. So, balik la nak amik keta yg paking kat Cap Square tu. Singgah beli kek sikeret resipi cekelat indalgen jap. Pehtu terlalu la kedai penoreh getah nih.  Belek2 menu kat luar. Cam bes je. Dah la kedai pun cantik je kan. Bajet cam mahal la sbb kedai pun putih je suma. Tp rega oke  la. Kopitiam nyer konsep la kan. So, dah belek2 tu aku kata jum masuk. Kang org igt kita tak de duit duk belek2 resepi tapi tak masuk. Tehehehehe. Lagipun tak ramai. Then ada tibi kan. Boley la tgk tibi. 

So, memasing order. Harus menda menda lain sbb nak rasa kan.
Tatau apa motip neh.

Aku makan chicken snitzel ke apa ke tah nama dia. Tp cam ciken chop yg rangup tu la- bleh tahan la rasa dia. Then Fara amik chicken paramagiana ke apa ke tah- dia mcm ciken cordon blue tp cheese tu tak mengalir la dr dlm ayam tu. Rinie amik mee gulai ayam- sedap ayam dia sbb pedas kan. Rendang la dia buat. Kalo dpt pulut kuning bes nih. Eta amik spegeti meatball- biasa biasa je la.


Air ni besh. Aku ngan Rinie minum Soda Go Le Ping. Tah.. cam gitu la nama dia. Yg nyata dia adalah air bandung. Tp sedap oih. Tak rasa sgt susu dia. Suka!

Apa hal nak membongkok mcm kekura tu aku pun tatau.
Smbil makan smbil tgk bola. Sbb tu aku tulis kat status FB aku yg laki aku tgk bola kat umah, aku tgk kat Cap Square. Teheheheh. Ni kalo mak mentua baca harus kata menantu hantu. Teheheheh. Tp idak la aku sengaja tgk bola kat luar kan. Dah menyambil nyambil.

Lps tu da 2nd half bola kiterang pun kuar. Tp nyer baru je masukkan tiket nak bayar paking terdengar org jerit "golll!" teheheheh...kuangjo tauu...leklok kiterang lepak dlm tu takde plak nak gol. Nak tgk smpai abis tak buleh la. 2 org tu statusnya 'puan'. Suami pula tgk bola di rumah. Tak seswai konsepnya tu. Huhu.

Jap eh..nak tepek gmbr resit bagi harga makanan neh... hik hikssss.... teheheheheh.... miahahahahah... awww...

Hahahaha... takde de aku nak tepek resit lah. Tp harga makanan di sini berpatutan. Mcm rega Old Town suma tu gak.

Tp oke. Best jugak makan kat Penoreh Getah ni. Sapa nak terai buleh la. Dia sblh je ngan SR and Starbucks tu. Org pun tak ramai. Kut nak dating dating ke nak celebrate anniversary pun oke la. Nati nak repeat lah. Nak minum Soda Go Le Ping tu. Teheheheh.
Ha...kan dah berjela aku citer. Seriyes la weh. Aku kalo menulis mesti panjang. Dah habit la wes. Cannot do anything. Miahahahahaha. Oke. 

Err...nak celebrate new year kat ner eh??? jum kita plan...

2 comments:

~ain said...

nampak air bandung tu macam sangat menghairahkan.. hahahahaha

PUANSTOBERI said...

~ain :
Rasa nya juga turut mengghairahkan. Eh.. errr... teheheheh :P