Showing posts with label KSU Reno. Show all posts
Showing posts with label KSU Reno. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

KSU Reno : Progress [Part Last (Malas Dah)]

Malas dah nak buat satu satu cerita. Sekali harung je lah yer.
Ni kita part of renovation gak.
Dan penambahan aksesori dalam rumah tu.
Ini jugak antara rujukan aku kemudian hari. Jadi toksah cemuih ya.
Ni masa pasang Coway - date paling mudah ingat iaitu 31 Ogos 2012.
Mengong tau masa ni. MyDH yg tak senang marah2 tu pun dah naik hangin.
Yer lah, before kita pasang tu, hehari dia push push tanya bila nak pasang.
Padahal table top tak siap lagi. Mana nak letak kan? Atas bumbung?
So, bila kita fix date, boleh plak dia dtg lambat.
Kita fix - Jumaat tu - pukul 10pagi. Tp bila kita call boleh lak orang dia gi minum la apa la.
Tunggu lagi dah dkt kul 11 pun takde lagi.
Hurm. Dah la ptg tu after solat Jumaat kita ada nak gi Bukit Jalil tu kan.
Kiterang dah nak cancel dah. Padan muka.
Lps tu laju2 sales dia pun dtg skali masa technician dia tgh pasang.
Baru kau tahu kan.
Ni pasang hood n hob.
1 Sept. Seme dah oke, tapi buleh plak saluran wire utk hob tak buat.
Mengong giler.
Memula ingat nak tebuk top. Tp lagi macam leceh.
So, other option, kita panggil je apek wiring tu.
Suh dia buat lagi satu plugpoint.
Melayang RM250 utk pemasangan lagi satu plug point 15amp.
Ni pasang tv.
Hari yg sama dgn aku pindah - 8 Sept.
Ini paling sempoi. Aku beli tv, nun melantun kat kedai Cheras sanun. Dkt2 dgn Tesco Extra. Bukan sbb murah ke hapa, tp masa tu saja nak tengok. Sbb beli window dressing kat Baagus yg dkt dgn kedai dia. Tp rupanya terbeli pula. Tp oke la kedai ni. Tak byk hal. Letak downpayment. Datang buat bayaran final, esuknya dia dtg pasang. Senang. Lagipun murah gak rasanya. Upah untuk hantar n skali pasang bracket  (termasuk bracket tu) RM150 je dia amik.
Pegi gak Perfect Living ni. Pegi on 30 Ogos -after office.
Selagi tak dpt apa yg dimahukan kan. Jadi pegi. Dapat lah.
Lps tu beli gak kabinet utk letak dlm bilik air. Juga tpt sangkut2.
Ini plak masa ada sale kat Sogo. Yg MaybankCard dgn SCard tu. After office gak pegi - 6 Sept.
Borong menda2 dlm bilik ja. Comforter, bantal.

Ini temanya terpaksa akur.
Oleh krana built-in wardrobe da makan banyak ruang, aku tak buleh nak adjust divan ni.
Mencik!
Aku nak buat headboard dia kat tepi dinding, tp tak buleh.
So, terpaksa redha headboard dia kat tepi tingkap.
Mmg tak suka dan tidak seperti prosedur meletak katil di dalam bilik.
Tp apa nak buat.
Redhoo...

Perabot - datang masa aku kat ofis.
MyDH handle. So, mmg takde gmbr la.
Perabot pun aku just beli dining table, coffe table (yg tetiba rasa cam tak perlu pun, tp dah ter order), consul table, display cabinet, rak kasut, tpt letak dapo gas n cermin besar letak kat dinding. Lelain, sila guna barang lama.

Ini.

Yer, menyakitkan hati.
Malas nak cakap.
Sampai aku buat aduan melalui emel.
Padan muka kan. Sesenang hati je kan. Dekat 2 minggu dia tinggalkan rak tu camtu.
Dah bayar semua taknak dtg betulkan.
Aku call, dia buat tak hal je kan. Mendapat la kau.
Jangan buat lah dgn sykt tu. Cantik mmg cantik, tp terhapa je tah.
Nama syarikat - kalo tgk instagram aku, mmg ada la tulis.
Tp hari Sabtu tu ari dia betulkan dah sbb aku tulis dalam emel tu if derang tak amik apa2 tindakan, aku akan bagitau dalam laman sosial derang (FB page) n forum yg derang salu promote tu.

Begitu lah.
Skrg ni ada lagi menda tak kemas.
Jadi, kena kemaskan dulu.
Housewarming - kemungkinan besar pada 22hb ni.

Tuesday, September 4, 2012

KSU Reno : Progress [Part 7]

Motip?? ada smpai part 7 dah.
Tak habis habis lagi renovation ni rupanya.
Hari Jumaat hari Merdeka tu, orang Coway pasang filter kat KSU. Pagi.
Ada sedikit kemenyampahan dgn Coway ni. Nenati lah citer. Kalo rajin.

Lps tu Sabtu.
Orang pasang hood n hob.
Lps tu designer KC pun datang utk amik bayaran final.
Bagi tau ada masalah sket KC n wardrobe. KC tu ada rak bhgn atas yg terjatuh sbb dia tak pasang besi penahan tu. Ceh. Amenda la. Lps tu wardrobe yg pintu sliding soft-close tu cam tak buleh tertutup rapat. Cam bila tutup dia bounce. Mungkin sbb senget. Katanya nati orang dia datang betulkan. Ha. Ko jangan macam macam. Kang duit dah bayar semua ko tak dtg. Siap la. Ke tribunal kita. Haha.

Tp ada poblem lagi bila pasang hood n hob.
Hood dah oke. Dah elok terletak lah dia kat atas tu. [refer gmbr kat instagram hari Sabtu].
Tapi hob plak buat aku cam grrr...grrr...grr...
Taktau la salah sapa atau kebengongan siapa.
Utk hob, aku da sediakan plug point 15amp. Tambahan tu. Bkn looping sbb plug biasa adalah 13amp which utk hob kena guna 15amp. Tapi yg pandai lagi bijaksana, plug tu terletak atas dari top.
Oke, kalo takde ilustrasi mungkin tak buleh bayang. Tp camni la, aku dah sediakan plug point seme kat atas. Cam sesuai la utk rice cooker ke, microwave ke. Itu oke la. Ko letak barang tu atas top, lps tu cucuk je la plug kat situ. Tp utk hob, bila dah letak hob, wayar tu akan termasuk bawah top la. So, celah mana nak keluar wayar tu utk dicucuk ke plug 15amp. Grrrr..... aku pun leh bengong tua juga tak terpikir. Cina yg jual hob tu pun kata pasang plug point 15 amp ja. Idak la pulak dia kata pasang bawah top ya. Haiya. Watcha........

Top aku plak bukan buleh sebarang2 tebuk tebuk. Kang tebuk ke, drill ke kang terus crack. Batu quartz bukan leh sesuka hati nak drill. So, acena? Cina yang pasang hob tu dah nak drill dah. Aku kata tak buleh, ni top batu quartz. Kang pecah. Dia kata boleh, melamine saja. Helooooo... ko ketuk pun ko tau ni melamine ke solid surface ke granite (granite n quartz lebih kurang sama material dia).

Tp setiap masalah ada penyelesaiannya kan. Tanya balik kat apek yg buat wiring n yg also tanya kat kontraktor KC. Ah. Memang ada ada ja. Kut tak dah buleh la masak megi kat dapo baru. Haha. Megi halanya. Itu kat Coway tu pun buleh. Ngehhhh!

Jadi, pendek kata, renovation aku masih belum sempurna. Harus ada duit yg dicicirkan lagi utk hack semula bahagian dapur tu. Grrr... mampuih la orang dpn umah tu cakap lagi. Oh ya, kami dah kenalan ngan orang dpn rumah. Err.. mereka adalah muslim. Bukan sebagaimana aku ckp sebelum ni. Dun judge a book by its cover oke. Haha. Masa dpt sembang kejap tu la dia kata kat myDH uol buat renovation banyak, siap hack dinding luar semua. Err... itu sbb looping n tambahan plug point kat dapur. Mmg la kena hack. Tp jangan risau la..rumah ai..tak kacau pun rumah u. Huhu.

*spti biasa - gambar kat instagram ya. 

Thursday, August 30, 2012

KSU Reno : Progress [Part 6]

Alhamdulillah. Part 6. Semuanya perihal renovation dah settle. Sekali lagi syukur pada Allah. Masa yg diberi utk renovation mmg cukup cukup. Tak perlu mintak extend masa dari JMB. Pasni buleh claim balik deposit 1k dari JMB, then boleh lah buat belanja utk makan makan.
Start - ujung bln 7 dan ujung bln 8 seme dah settle. Alhamdullillah. Boleh dikatakan smoothly running. Tp biasa la, ada juga la pening kepala here n there. Tu kira minor minor je lah. Biasa la kan. Itu lah namanya pengalaman.

Tapi pun, cam aku kata la. Bukan buat major reno pecah sana, pecah sini. Aku amik 2 kontraktor.

Kontraktor 1, kerja2 dia buat :
# Grill whole unit (powder coated)
# Plaster work : 3 room cornice
# Living to dining : L-step (Double step)
# Panasonic aircond + installation (dia beli air-cond n pasang)
# Wiring work (hack dinding) + installation lamp,fan n water heater
# Piping toilet
# Paint whole unit
Utk ni, 3 kali bayo. Dan dah settle pun bayar petang semalam. Roughly berpuas hati jugak lah dengan kontraktor ni.  Tp sbb masa tu dia ada buat 2,3 rumah lain, agak cam lama dia amik masa. Padahal senang je kan. Tp masih la  tidak la terlebih masa. Kalo dia tumpu kat umah aku ja, seminggu pun aku rasa dah settle.

Aku sker sbb dia cuci rumah skali. Memula dia cuci time dia nak start buat renovation tu. Lps tu dia dah tampal balik dinding yg dia hack, dah pasang cornice- dia cuci lagi. Then dah siap seme pun dia cuci lagi. Mean, dah 3x dia cuci. Memula aku igt aku nak upah cleaner ofis ja cuci rumah, tp sbb da cuci 3x ni, tak perlu dah la nak upah. Buat sendiri je lah. Dah bersih pun, cuma nak cuci bebtul ja. Alhamdulillah sgt tang itu.
Kalo sesapa nak contact number kontraktor ni pun buleh. Orang nya pun senang bawak berbincang [walo pun blur blur sket. Haha]. Kalo kat LowYat forum pun dia ada promo syarikat dia. Muda je lagi pun. Smlm katanya nati buat makan makan i nak dtg rumah u. Hihi.

Kontraktor ni aku dpt dari brochure yg dia bagi. Mujo oke juga kerjanya. Tapi setimpal ke dgn bayaran, aku pun tak tahu. Mana aku ada pengalaman bab ni. Cuma bila compare dgn 2 lagi quotation, napak rega dia agak oke.

Then, kontraktor 2 :

# Built-in wardrobe (anti-jump sliding door - 8ft) + make up hanging table with mirror (ni kira dressing table lah. Senang. Custom made ja. Tak perlu dah nak beli dressing table hapa. Tampal ja kat beam bilik tu. Hihi.)
# Kitchen kabinet (3G base unit - 10ft, 3G wall unit - 6ft full height, Quartz table top - 8ft)

Ni pun dah siap. Tp belum finalize. Yg ni agak tak berapa memuaskan. Sbb byk cam dia tak cakap. Bila kita dah confirm baru nak bagitahu. Dia tak bagi tau jadual penuh, tup tup kata tak boleh nak buat cepat sbb tak buleh masuk dlm jadual. Dia tak communicate dgn orang buat table top (orang table top ni biasanya orang kilang, bkn sykt derang). Yg tahu mintak duit duit duit. Yg ni mmg aku selalu naik geram jugak. Tp bila dah buat, oke ja. Sehari pasang wardrobe n KC. Lps tu datang lagi skali utk install wall kabinet KC (boleh lak salah ukur, itu engkau tanggung la kan). Then last skali dia install top. 
Ini aku dapat dari survey kat forum cari.com. Entah, mungkin aku salah amik designer kut. Sbb derang kan banyak designer. Suppose aku direct call designer tu. Tp tu lah. Menda dah buat, bukan buleh nak undo. Redha je lah dgn apa yg ada. Cuma esuk, ada menda nak suh dia betulkan jugak. 

Jadi, skang ni hanya tunggu install water filter (esuk datang pasang. Penat dah. Hehari Coway ni call. Padahal aku suh dia deal ngan MyDH, nak jugak ganggu aku. Ada ramai lak tu. Kejap2 no lain, kejap kang no lain. Kejadahnya Coway ni, tak larat nak layan tau). Then Sabtu, Hood n Hob plak install. Ahad - cuci rumah/pasang blind. Next week - 8hb angkat barang. Dah confirm dah ngan movers.  Kotak2 pun dpt. So, nak taknak kena mengemas lah. Nati bila dah start kelas lagi kekangan masa kan. 

Hoi..hoi..hoi ya hoii....

p/s : Gmbr tiada. Kat instagram melambak. Naik menyampah orang tengok dah.
Tp kalo nak tgk, buleh tgk kat forum ni - lowyat
Salah satu ada gmbr wardrobe aku. For sure la yg pink pink tu. Memandai je tau apek ni amik gmbr kabinet aku. Saman kang baru tau.. Padahal bukan dia yg buat. 

p/s #2 : Mmg akan hehari dan setiap entry pasal rumah KSU. Bosan? Lantak lah. Takde citer lain dah. Lps ni blog ni tukar jadi pasal rumah je smpai bebila. Takde citer lain. Hahahaaa... Cam orang lain salu ckp, blog kita, sukati lah kita nak tulis pasai apa pun, nak baca, baca... taknak baca sudah..  *eii..nyombongnya ko kan?? ala, bkn ramai pun baca blog aku ni. Jadi, tak kesah pun aku nak tulis pasal apa pun.. lalallaa... lalaaa... selamat berhari raya... ampun maaf dipinta, betapa mesra ku rasa di hari mulia....

Saturday, August 25, 2012

KSU Reno : Progress [Part 5]

Err...sudah part 5. Oke, kali ni kita sekali kan progress before and after cuti raya.
Before cuti raya, apek tu sudah siap cat keseluruhan ruang. Malas nak citer balik. Citer pasal cat bagai tu dah buat entry pun.
Mmg btul, suppose dalam pakej kontraktor yg dia buat, after dia HACK, dia akan touch up kan semula dan cat macam cat asal. Tp kau tau lah kan. Memacam lah dia kata. Nati cat tak sama kaler lah apa lah. Jadi, kita top up lah.
Seterusnya sebelum cuti raya tu dia kata akan pasang grill n mungkin air-cond. So, kita pun dah puas hati. Tp sebelum tu, geram juga. Dia kata nak pasang lampu hari Rabu (15b). Dan dan la lps berbuka hari Selasa tu kiterang ngangkut lampu. Memalam tu ha. Sbb katanya pepagi dia nak pasang. Padahal aku nak hantar hari Khamis sblm balik kg. Tp dah dia kata nak pasang, kita hantar jugak. Skali kita pegi pagi Khamis tu tak pasang lagi. Hampagas tul apek ni tau. Jadi, dia kata lampu pun dia pasang skali air-cond n water heater skali.

Jadi, kita biarkan seme. Then, balik dari kg (Pahang) kita singgah. Tgk, grill da settle - we choose powder coated type - sbb tahan lama sket. Duk umah takde tanah ni tak buleh nak bagai2. Dia dah bagi std design. So, ikut je yg tu. Kaler pun std - cekelat. (tp aku napak satu rumah tu ada kaler putih. How??). No wrought iron ke bunga ke apa ke. Oke, jimat di situ. Grill mmg satu rumah lah. Termasuk yard n tingkap kecik kat toilet. Cuma aku tak buh kat balkoni ja (sliding door ada). Sbb aku rimas oh. Tp kalo ada anak kecik mungkin akan dipertimbangkan. Itu pun yg sekerat ja. Atau go for invisible grill. Tgk ramai yg pasang invisible tu.

Tp air-cond, water heater tak pasang. Lampu pun ada setengah pasang, setengah tak. Downlight settle. Lampu2 bilik tak settle. Call apek tu, dia kata akan buat esuk (Rabu-22hb). Aku suh dia settlekan juga sbb 23hb KC n wardrobe nak pasang.

Seterusnya Rabu (22hb) kami cuti. Pegi lagi rumah. Haiyo. Penat tau, hehari pegi. Kalo dah duduk takpe jugak. Ini tidak juga dapat masuk lagi. Napak orang tgh pasang air-cond. Igt nak amik cek rebate tu, tp takde orang plak kat ofis developer. So, pasang air-cond settle. Air-cond ni kontraktor dah masuk skali dalam pakej dia. Dia yg belikan. Lantak. Aku malas nak amik tau. Dia kata kalo rosak ke apa call dia. Oke, aku pegang kata2 tu. Huhu. Cuma water heater yg kami beli and dia pasang.

Khamis (23hb) - waktu lunch lari jap. Sbb kami da keja. Kontraktor utk buat KC start keja. Meka buat satu hari ja. Buat wardrobe n buat KC. Wardrobe settle. Aku buat skali built in dressing table. Kebetulan ada beam sket kat bilik tu, jadi leh la letak cermin, and satu laci. Bilik kecik wes. Cukup la ada wardrobe ngan katil ja. Plan nak buh tv, tp aku tak napak celah mana buleh dibubuh. Dlm wardrobe?? Haha. Wardrobe 8kaki ja. And full-height smpai siling. Itu pun poblem juga sbb cornice dah siap pasang. Kena bukak la semula. Tp kontraktor cornice kata "takde hall punya" Dia cabut then nati derang pasang balik lah. Bahagian atas - swing (kena tutup kipas kalo nak buka sbb kena kipas), dan bawah sliding door. 3 pintu. Pheww... puas ati. 

Lepas tu, after office kita pegi lagi. KC pun da pasang base. Kabinet atas - spoiled. Entah cemana ukuran terlebih. Tak leh nak install lah. Takpe, nati dia akan install skali dgn top. Top kena amik ukuran lain dan tempah ikut saiz dia. Takes time juga tu. Top aku guna material quartz. Sbb dpt rega promo time tu. Kalo tidak, granite sudah....

Then 24hb (Jumaat) - ingat taknak ulang dah. Ulang lagi KSU. Org yg buat top nak ukur. Wiie... tak larat nyer.. aku bukan apa, nyampah tgk wayar2 yg masih tak dikemaskan. Tp smpai je, tenang sket sbb wayar seme dah kemas pun. Lampu dah boleh pasang.

Tp yg aku geram tu, boleh lak orang yg ukur tu suh bawak hob skali. Mana nak ada hob tu sbb aku lum suh orang hob tu hantar. Hari tu si designer KC tu kata tak perlu ada hob. Dia amik ukuran ja. Then skang orang tu nak hob plak. Hoi! saja la kan. Aku dah nak hangin dah. Yg ni kata camtu, yg tu kata camni. Aku tak la call lagi org nak suh hantar hood n hob sbb retu dia kata, derang ukur-buat ja tapak utk letak hob. Lagipun masa order hob ni, orang tu dah bagi ukuran utk cut-out-size. And aku mmg da bayar skali dalam pakej utk install hood n hob. La ni designer KC tu kata derang yg nak pasangkan. Eh, retu dia yg beria kata orang dia tak pasang hood n hob. Aku kata takpe, sbb aku mmg dah bayar utk orang install. Lagipun bukan stove biasa. Kang kalo ada apa2 poblem, payah. Bengong lah derang ni. Tgk aku dah bising2, orang yg datang ukur tu trus lari. Ha, padan muka. Patut ko kena communicate la dgn org yg design KC aku tu. Dia dah dtg ukur siap dah. Then designer KC tu call. Siap la kan. Retu cakap lain, ni cakap lain. Tu ari sekali dah jadi camni gak. Awal2 tak cakap kena tggu utk pasang. La ni, kes ini plak. Heh. Mmg aku tak puas ati walo pemasangan dia oke. Tp service mengarut ja. Kalo dari awal dia gitau yg hood n hob kena ada, dia yg pasang, aku pun call la suh orang hantar mendalah tu. Potong la duit installation tu. Ini tidak, tetiba ko dtg ukur, then ko mintak hob. Giler la. Aku mmg benci menda menda camni.

So, itu lah. Dah sampai Part  5 sebenarnya boleh dikatakan 80% siap. Tp aku takut nak cakap lelebih. Kang ada je yg tak kena kan. Risau tau. Mmg risau bila berhadapan dgn kerenah kontraktor ni. Aku berdoa sangat2 agar takde apa2 masalah. Macam kan aku buat major reno. Padahal minor je. Cuma buat re-wiring, cat, grill, install air-cond, water-heater, cornice, downlight, KC n wardrobe. Itu ja pun. Tp lama btul rasanya. 

Oh. Maaf. Tiada byk gmbr. Mulai skrg mungkin aku nak kurangkan gmbr dlm rumah KSU dalam blog. Sbb cam entah.. kalo ada tu ada la. Tapi.... haa... aku dgn gumbira nya masuk gambar2 dlm instagram. Situ tak ramai orang tgk. Jadi, aku rasa selamat. Kat blog n FB aku nak kurang kan dah. Tak bes lah. Hati orang kita bukan tau. Lagi satu, tak berapa nak nice kalo paparkan setiap sudut kan. Mana lah tau...

So, itu saja utk part 5. Rasa smpai part 10 tak?? Kalo ada pun part 10 - masa tu dah ada jemputan utk korang ke majlis jamuan makan makan a.k.a housewarming. Doakan lah yer :)

Friday, August 24, 2012

Coway...Coway... Kenapa Dengan Ko Ni?

Aduhai.
Masa Home Modern Fair sehari b4 puasa tu ari, aku dah booking skali Coway Water Purifier ni.

Memang lama dah kami decide yg kami akan guna Coway utk rumah KSU. Cuma tatau nak beli terus atau sewa beli. So, bila da nak masuk, trus la order time kat fair tu. Kami letak expected date untuk pasang 15 Ogos. Saja letak je la kan. Dia kata kalo lewat pun takpe.

Setelah dibagitau itu ini, kami buat sewa beli. Mmg rasa cam rugi la sbb sewa beli - kontrak 5 tahun. Which mmg lagi mahal dari beli trus. Tp kalo beli, maintenance kena bayar. Kalo sewa beli, dia akan dtg buat maintenance 2 bulan sekali. 

Aku amik yg ni sbb dia kecik ja (nama dia pun petit). Lps tu ada 3 function. Air sejuk cam peti ais, air panas dan air warm biasa. Sokay la. Lama dah aim katanya. Amik. (info : Water Purifier Petit CHP-06D)

So, 2,3 hari lps tu, SA Coway call, dia kata aku nyer kad kredit nak expired bulan 10, so tak buleh guna. Dia mintak card lain. Ah, aku time ni cam mula dah rimas. Itu hari taknak tgk bebetul. Aku mmg tak kuasa nak gi ofis dia, dia nak dia dtg la carik aku. Aku masa tu dah la sebuk interview segala. Then sebelum raya SA tu datang. Dah la sesat barat. Padahal ofis dia kat Wisma OUA tu ja. Jalan kaki pun leh smpai ofis aku. 

So, aku nak suh dia buat auto debit ja kat maybank. Takyah kad kredit bagai. Aku pun terang la kat SA tu yg aku tak buleh nak pasang 15hb. Kita akan call bila table top KC siap. Dia kata oke.

Settle bab tu. Sekali 15hb ada sorang pompuan. Kata dari Coway Shah Alam. Tnya "cik Ida boleh tak kami datang pasang water filter rumah cik hari ni?"

Boleh?? 
Jawapan aku simple je "tak boleh!". Mmg itu aku jawab kat dia. Ada ke patut? Nak suh pasang tang mana? Lekat wayar dari idung ko? Kan aku dah kata biar aku yg call. Tak sesabar pasal? Aku kata aku dah cakap kat SA tu yg KC tak siap lagi. Takde ke dia cakap. Dia kata takde. Aihhh... Lepas tu aku call SA tu balik. Dia kata oke, oke, nati dia bagitau kat Shah Alam. Maknanya SA tu tak gitau la kat HQ dia agaknya. Harus dia amik date yg ada kat borang time aku beli kat fair tu.


Lps tu semalam (23hb) ada lagi sorang pompuan call. Cina lak kali ni. Dia dah tukar soklan. Dia tak kata nak pasang hari ni, dia tanya bila boleh pasang. Aku kata rumah aku tgh buat KC. Tggu aku call.

Dan hari ni (24hb) seko lagi call. Lelaki cina plak. Ha.. aku dah smpai 'seko' tu tahap menggelegak dah tu. Apa ke tak pepaham ni. Nak mentekedarah sgt duit aku bulan ni la ni. Jangan harap. Mmg awal bulan 9 la aku suh pasang. Nak untung je kan.

Ni kalo esuk ada lagi yg call, siap la. Naik rimas dah haku. Efficient beno pun nya. Dah kenapa? Aku smpai cakap kat dia, ni apsal hari hari call i ni, nati i  call lah bila table top i siap. Sekarang tak siap lagi, nak pasang kat mana? Atas bumbung?? Ha... kan. Hehari plak call. Macam dah kebulur sgt customer ke apa derang ni. Aku pun kalo boleh nak pasang cepat. Abis, kabinet tak siap lagi oii.. baru je pasang base semalam. Table top tu kena tempah, kat kilang. Bukan simple cam tu ja. Derang siapkan base baru naik table top. Heh. Dah la semalam kabinet bahagian atas tak dpt pasang. Terlebih ukuran plak. Tu tak kesah la, sbb nati dia pasang top, derang pasang la skali mendalah tu. Ni Coway ni yg buat rimas. Heh!

Ni nati kalo nak dtg 2 bulan skali ni mmg nahas la nih. Hehari call gaknya. Aduhainya pun.... ko jangan awal2 ni je kemain. Esuk dah pasang, dah dpt duit.. kalo ada apa2 problem, lambat dtg, mmg aku seranah lah.

p/s : Suppose tokei tupperware, pakai filter tupperware la eh. Hihi. Ni bes sbb ada 3 function.

KSU Reno : Pilihan Cat

Memula aku mmg tak berhajat nak cat rumah. Kalo nak cat pun hanya bilik tetamu. Itu pun cadang nak cat sendiri. Master bedroom niat nak buh wallcovering. Tp hajat tinggal hajat bila si apek yg renovate tu suh cat sbb kalo dia hanya cat yg dia hack tu akan napak cam comot. Saje la kan.. nak suh aku kuarkan duit cam air. Tp pikir pikir pun, better suh dia cat. If kiterang cat, kang dah siap cornice segala tu dah lawa, comot momot lak kena cat. So, dia cat, dia beli cat. Mudah. Tp apek ni mmg blur tau. Memula dia kata buat 2 kaler. Kawasan living,dinding,walkway kaler lain, bilik kaler lain. Sokay la. Kami pun pilih kaler. Utk living n walkway amek kaler kuning (sweet corn). Tak lari jauh la ngan kaler asal. Utk bilik kami sepakat pilih strawberry ice. Dedua ni menda kegemaran aku la kan.

So, bila dah siap cat, dtg la tengok. Tengok living oke la. Skali masuk bilik, buleh pulak dia buat dalam setiap bilik tu, satu dinding kaler strawberry, 2 dinding lagi kaler sweet corn. Aku cam ah...ko da pehal ni pek?? Dia nak buat feature wall plak dkt tetiga bilik tu. Mengarut! Aku suh dia cat semula. Ha..lantak. Masa kita tanya balik dia cam blur. Misscommunication lew nieee... So, aku suh dia cat master bedroom seme dinding kaler strawberry ice tu, and guest room kekal kaler sweet corn tu. Dan lebur lah harapan nak buh wallcovering kat dinding bilik. Sobss..
(kontraktor guna nippon paint - nak tgk kaler aku sebut tu, leh refer sini - nippon katalog)

Tp bila aku upload kat instagram sebelum balik raya tu seme pun sker. Haha.
Dan bila dah siap seme skali, aku amik lagi sekali gmbr dan upload kat FB pun ramai kata oke kaler tu. Aku dah nak pasrah dah sbb kalo boleh aku nak kaler light2 ja. Kalo tgk katalog pun strawberry ice tu pun kaler cam light ja kan. Bila dah kena kat dinding..humang aii... tgk dari bawah kan, napak menyerlah terang je bilik aku. Haha. Aduhainya pun.

Jadi begitu lah. Ini lah kaler master bedroom ku. Dan sepatutnya wardrobe ku ada campuran kaler purple. Lelaju ku call Alvin - kontraktor KC n wardrobe - suh tukar kaler pink. Aww... tetiba jadi gegurl sangat nehh..

Jumpa ini yg ada orang share kat FB.


Sedikit info berkaitan pilihan cat utk bilik tidur. Kredit:

When it comes to choosing bedroom paint colors there are a few things you should keep in mind. Most importantly, the bedroom is a place of rest and relaxation so for most people calm and soothing colors are best. That said, the bedroom is also a very personal room, so if wild and crazy colors make you happy and put you at ease, feel free to use them as you see fit. 

Neutrals 

Neutral colors are always a safe choice. Beige, ivory, taupe, black, gray and white can be great backdrops in bedrooms. They work with every other color so you can lighten and brighten the room using accents and bedding in different colors and patterns. Some people think that neutrals are boring but remember, with artwork, colorful rugs, fun bedding and great accessories a room can be transformed. 

When painting with neutral colors be very aware of the underlying tones of the color. For instance, white is rarely just pure white. It comes with undertones of pink, blue, yellow, brown and more. The sky's the limit. Decide if you want your color to be warm or cool and then choose the appropriate undertones (paint experts at the store can help you if you're unsure). 

Pastels - (ini la yg aku nak sebenarnya. Huhuu)

Pastel colors are wonderful for bedrooms. They're soft, relaxing, serene and can help contribute to a good night's sleep. Think about using soft blues, lavenders, greens, yellows and pinks. To keep them from looking too childish, try accenting them with brighter accessories and/or dark wood furniture. 

Bright Colors (sudahnya jadi kaler cemni)

Normally bright colors don't make the best bedroom paint colors. Energetic and bold tones aren't usually relaxing. However, in the bedroom it's important to create an atmosphere that is personal and puts you at ease. If you're the type of person who loves to be surrounded by bright and bold colors don't fight it. If you love bright, fresh interiors, a bold spring green might be ideal for your space. The bedroom is so personal that only you can decide what is best. 

Tips for Choosing Bedroom Paint Colors 

If you're having trouble deciding on a bedroom paint color keep some of the following tips in mind.
**Take a look at decorating magazines and study different photos of bedrooms. See which ones are the most appealing to you.
**Think about your existing furniture and bedroom accessories. What colors will complement them?
**Consider the size of the bedroom and the atmosphere you want to create. Generally a light color will make the space look larger while a darker or warmer color will make it feel a bit smaller and cozier.
**Is there a lot of natural light in the room? Natural light can make a space feel larger so keep it in mind when deciding on the colors. A small room with a lot of light can appear larger than a small room without light.
**If you're really having trouble deciding try using an online room planner to decorate the space. Many of them will show you exactly how the room will look so you can potentially save a lot of time and money.

Tuesday, August 14, 2012

KSU Reno : Progress [Part 4]

Oke. Mmg cam bosan kalo ada yg masuk tak habis2 citer pasal rumah kan. Ate' nak buat cemna, tuan kebun stoberi terlebih excited. Kome' baca je ler yer, if tak suka, masuk le balik kebun ni tahun dpn. Baru takde kut citer pasal rumah2 ni. Haha. Cite jalan jalan, cuti cuti cinta pun mmg seme dah dibekukan smpai awal tahun dpn. Itu pun tak tentu lagi, sbb kalo tgk jadual "sekolah" aku, awal tahun aku ada exam. Adakah kena 'burnt'. Just wait n see.

Oke. Progress rumah minggu ini. Alhamdulillah. Wiring seme dah siap.

Gambar ini je boleh tunjuk. Lps ni tak payah tunjuk dah la. Nati orang naik menyampah pulak. Hihihiw. Kotak itu adalah kotak downlight. Agak mencomot sbb kena re-paint balik. Apek ni mmg saja la kan. Dok tanya u taknak cat ka, u taknak cat ka. Sudahnya.. hurm..hurm...pffftt... cat jugak!. Sbb katanya kalo dia cat balik yg dia hack tu akan jadi tak sama dgn kaler asal. Napak cam tampung2. Humphhttt.... mmg tau.  Dari ingat nak cat sendiri, kasik la dia cat. Satu rumah, dgn ceiling segala lah dia cat. Dia belikan, dia cat. Itu yg aku kata nama cat tu cam sedap. Ini bermakna, upah pun kena la tambah. Humphhh... itu lah dia..takkan below punya bajet. Harus above lah. Itu kalo tak, aku bajet utk wallpaper. Skang dah cat plak. Hummpphh... mencik tau!

Jumpa kontraktor wiring hari Sabtu. Kasik lagi duit utk 2nd deposit. Pasni bayar bila dah settle seme. Yg dia tak settle kan lagi - pasang air-cond, water heater n grill. Grill katanya dalam 2,3 hari ni lah dia pasang. Air-cond n water heater dia pasang lps cat. Aku tak kesah lah. Yg aku tau aku balik 23hb nak tgk seme tu dah complete.

So, hari Khamis before balik kampung aku kena hantar lampu, water heater, kipas yg aku dah beli. Air-cond dia belikan dan dia terus pasang.

Hari Ahad plak pegi hunting utk perabot n window dressing (poyo kan guna ayat tu). Memula gi kedai perabot. Sbb dah survey sesiap, smpai kedai tunjuk2 ja. Ewahh... cam duit jatuh dari langit je bunyi nya kan. Haha. Padahalll.... rasa nak pitam masa tunjuk tu. Tp mmg bes la sbb kalo tak masuk rumah, takkan beli barang segedebuk camtu. Harus beli seketul, seketul.  Tp aku tak la beli beria pun. Byk menda dari umah lama yg dibawa pergi skali cam sofa, rak tv, seme tu elok lagi. Letak deposit, set kan skali date hantar. Org kedai tu cam takut ja aku nak sebelum raya. Eh...dun wori..kite pun paham. Kalo nak sblm raya, lama dah order. Abis citer, amik satu kedai ja. Dgn rak kasut segala pun beli. Sng, takyah nak pikir2 dah.

Lps tu g carik window dressing. Hihi. Ini utk bilik. Sbb bilik aku tak guna langsir. Hanya sliding door ja ada langsir. Nun smpai ke Cheras dkt area Leisure Mall tu halanya. Pergi Baagus. Bagus ke Baagus? Entah. Bagus tak bagus lah, tp aku tau kedai tu ja ada menda aku nak. Dan mmg rambang mata jap (aku ni seme pun rambang mata) sbb ada diskaun hari raya. Tp kaler purple tak lawa. Tkpe lah. Amik kaler gelap. Coklat2 camtu. Kat situ gak dpt beaded curtain. Ingat nak beli string curtain, tp kang nak beli rod kayu tu mencekik lak reganya. Terus beli beaded curtain. Walo mmg mencekik gak, tp pejam mata je lah. Pasang situ, ko duduk la smpai bebila tak tukar2 dah. 

Tp bes la kedai Baagus ni. Aku sker je kot. 



Lps tu masuk kedai eletrik yg satu row dgn kedai Baagus nih. Haha. Mula nak 'tgk saja', tp ter ambil juga satu menda. Bayar sudah deposit. Apa nak jadi neh???? Ah, lantak ah. Mmg dah survey dari thn lps pun kan. Macam kan kedai di KL takde smpai ke sana. Tp tak la jauh pun. Lagipun penghantaran tetap free. Apadahal! Dah, jgn aku ternampak memana lagi menda tu lagi murah. Tp kalo murah pun, sila pasrah ya. 

Jadi itu lah utk KSU minggu ni. Sebelum balik kampung tgk lagi skali. Lps tu seminggu pastu baru tgk. Insyaallah. Harap2 seme dah siap. Lps tu 23hb kontraktor utk KC n wardrobe plak masuk utk pasang  kabinet. Settle seme tu dah boleh cuci rumah. Tp rumah pun tak kotor sgt la sbb kontraktor yg buat wiring tu mmg cuci rumah sesiap. Dia suh cleaner situ cuci. Retu pun lps dia dah pasang segala cornice, wiring tu, dia suh orang tu cuci. Toilet seme dia cuci. Nati lps cat pun dia kata cuci gak. Bagus la kontraktor ni. Kalo end-result dia oke, baru aku war warkan kontraktor tu ya. Mujur jugak pilih dia ni sbb dia tak buat byk sgt rumah.

Ni lah salah satu sbb pun aku tak kesah cuti raya sekejap ja. Gila tak excited nak tgk hasilnya. Skang pun rasa cam seme dah complete beli. Kut nati nak beli aksesori ja kot kat IKEA ke apa. Tp takde apa dah sgt pun. Hai la hai.... dan duit pun mengalir cam air sungai lajunya....

Thursday, August 9, 2012

KSU Reno : Ceiling Cornice

Sebenarnya ini mmg tiada dlm plan mahupun dlm "keberanganan".
Walo mmg hati suka. Tp memula pikir takyah la kut.

Lps tu bila didatangi oleh pelbagai kontraktor, seme pun quote harga oke la. Utk satu rumah bla bla bla. *ni utk cornice yer, bukan plaster ceiling.

Aku taknak buat sbb aku takut lambat nak masuk. Lagipun rumah aku ceiling dah oke. Tak perlu la nak plaster balik buat bunga2 bagai.

Tapi nak dijadikan citer, akibat terlalu byk tgk majalah apartment, dah bertahun2, maka, ada la terminat satu design. Jadi, masa kontraktor datang utk quote harga aku pun tunjuk la mendalah itu. Boleh buat katanya. Rega sekian sekian. Itu lah jadinya aku terbuat juga 'double step' (ke apa tah namanya) utk bhgn depan dan cornice di setiap bilik.

Mmg aku tak plaster la ceiling segala. Just tambah double step tu utk buh lampu downlight. Itu saja. Takde bunga2 kat tengah kipas segala. Kotak camtu ja. Simple.

Aku buat simple camni je. Hok tepi2 yg ada lampu. Tp aku tak guna lampu celah situ. L-box ke apa namanya tu kan. Aku buat lampu downlight sajork 8 bijik.

kredit : Here
Dan tidak juga buat begini. Ada bunga2, lampu candeliar bagai tu kan. Tiada itu seme. Walo cam bes, tp takpe lah. Esuk dah kaya, beli rumah banglo atas bukit, leh buat camni. Haha. *entah bila taktau lah kan*
kredit : Here

Itu saja lah. Eka kata balik ke aku tu ari "retu kekda kata taknak buh cornice sbb atas sapa nak tgk" Iyer, ramai pun rumah orang lain buh ja kipas trus. Tp bila dapat qoute rega yg still within bajet, apa salahnya kan. Lagipun idak smpai nak plaster bagai. Yg simple2 tu ja. Buh lampu. Tp aku rasa rumah aku ni dah penuh lampu la area dining n living. Tu pun ada hati nak beli floor lamp plak. Udah la tu kan, wall light, down light. Kang jadi umah pokok krismas lak kang. Itu tak pe lagi, kut orang igt rumah 'bangsa' lain kang, lagi haru. Huhu.

Dan sebenaunya.... mmg aku tak sesabau nak tgk hasil mendalah ni. Kata orang tu apa, teruja ya. Aww...aww..aeee... Hahaha. *pang skali... kasik sedau sket*

Wednesday, August 8, 2012

KSU Deco : Wall Clock

Carik jam plak. Retu dulu kat kedai DIY byk jam menarik2 dan unik. Skang aku pegi dah takde pun nampaknya.

Hari Ahad tu ari, di saat ramai orang pun pi berhimpit2 kat jalan TAR, Sogo dan kawasan sewaktu dengannya, aku cuci cuci services mata kat Home24. Menarik juga ya. Sebelum ni salu napak iklan dia kat porem cari. Tp tak penah klik. Skali tgh baca gosip2 kat CARI tu, trus rasa nak klik. Skali masuk, eh, mmg bes oh. Trus like FB dia jugak.

Jadi, igt nak order jam lah. Ini antara yg dah masuk dlm wishlist. Cam bes. Ini untuk jam kat living plak. Sbb kitchen ngan dining dah beli ngan Ayang tu ari.
Ini nampak ke nombor tu. Kang mak aku dtg susah lak dia nak tgk jam camni. Tp lawa. Bunga itu purple. Ai loike.
Ini oke kut.


Ini pun oke. Besar jugak ni. 

Nak tgk lelain ada kat sini.

Selain jam, banyak lagi menda2 deco ni.
Sapa nak cuci mata leh la gi web Home24 ni.
Igt nak order gak la satu 2 barang. Esuk gaji + imbuhan (bonus) dah masuk kan. Tehehehehewwww :P

Tuesday, August 7, 2012

KSU Reno : Progress [Part 3]

Pegi KSU jap Ahad tu ari [5 Ogos 2012].
Hantar wall light n ceiling light [3 wall light bilik, ceiling light utk 2 bilik air, 1 dapur, 1 balkoni and 1 yard]. Tgk ada la perubahan sket.
Berselirat wire dah. Kat luar pun derang 'hack' jugak sbb nak buat looping kat dapur. Aku tgk umah lain takde pun hack dari luar umah. Huhu.
Yg kat atas berjuntaian tu seme pun wire untuk downlight. Hurm. 4 hari (dari Rabu last week tu) ini je dia buat. Harus dia ada buat keja umah lain gak ni. Takpe lah. Jangan takde langsung la kan. Apek tu kompiden leh siapkan. Lps ni dia buat "double step" (ye ke tah namanya ni), pastu install air-cond & water heater. Then baru dia install grill. Harap2 settle lah sebelum aku balik cuti raya.

Pas balik raya baru naik KC kotnya. Lps tu time orang duk sebuk nak gi open house sana sini, kiterang kena pikir lori, cuci rumah segala. Adui. Barang pun aku lum start pack lagi ni. Aduhai.

Oh. Jangan lupa claim elaun perpindahan. Buleh juga dibuat belanja untuk kenduri doa selamat masuk rumah baru nati [housewarming la tu]. Kut ada sapa taktau, elaun perpindahan ni layak utk govt servant yang guna loan MOF utk beli rumah baru. Jadi, bila pindah ke rumah baru tu, dpt la elaun. Rujukan pekeliling http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp041995.pdf

Oke, hujung minggu ni, kita pegi tgk lagi. Sbb selepas itu sudah cuti hari raya lor.

"Selamat hari raya... hari untuk kita bersuka ria" 
Wah... puasa tak cukup, lagi mau berlagu gembira. 

Thursday, August 2, 2012

KSU Reno : Progress [Part 2]

Rentetan entry Reno Progress, kira itu part 1 lah.
1 Ogos.
Waktu lunch berkejaran ke KSU. Kena tgk gak progress apa meke dah buat after 1 week dpt approval tu ari. Sbb kontraktor kata Sabtu retu pun dia da boleh buat wiring. Tp bila aku p ari Ahad tu, smpai ke sudah tak buat. Yg dia buat cuma sambungan bidet kat toilet.

Jadi, kena tgk gak, sbb kalo dibiarkan entah bila si apek tu nak buat. Haha. Apek je ku panggil.

Smpai je umah still takde apa kat umah tu. Cuma yg ada "bongkah2" utk yang nak buh downlight tu. Apa ke nama tah. Doublestep ke apa tah, kurang pengetahuan aku mendalah tu.

Sementara tu gak kontraktor KC call. Ha, just nice la kan mmg aku kat dlm umah tu. Tetiba si apek ni pun buat aku nak hangin jugak. Lagi mau mintak duit deposit. Itu tak kesah lah, dia mintak deposit sbb katanya dia nak book buat umah aku ujung bln 8. Sbb katanya schedule dia penuh. 

Hoi! Ha... tu dah buat hal la tu. Hari tu masa aku mintak quotation, idak la pulak kau kata schedule penuh. Ni baru nak kata penuh la hapa la. Kalo tak buleh buat, aku pun buleh carik yg lain. Bukan aku tak boleh nak carik kontraktor lain. Kena "harok" la kau kan. Aku dah bayar 'lock' harga RM400 tu ari [sbb material table top dia tgh promo time tu, jadi kena lock harga lah], so aku tanya boleh tak aku refund duit tu, dia kata tak boleh. Tu mmg aku tau lah, saja aku tanya. Tp aku dah geram, aku cakap, oke lah, kalo u tak boleh buat, takpe lah, burnt itu duit, i cari kontraktor lain!. Hari tu masa bagi qoutation u tak cakap pun schedule penuh apa. I bukan macam rumah biasa, ini renovation semua kena mintak approval management, diaorang bagi smpai 26 Ogos saja [sebulan lah]. Aku cakap, kalo dia nak buat waktu hari raya pun tak kesah. Aku bagi kunci ko masuk la rumah tu. Bukan ada masuk barang apa pun. Lepas tu baru dia kata dia nak book utk aku 23hb.

Heh! Leceh btul lah. Masa jumpa bagi quotation ko tak cakap plak. Bila kita dah lock harga baru nak cakap. Ni pun cam nak menipu gak ni. Tp silap la kan. Aku bukan nak menda tu segera sgt, tp kalo dah cam nak main2 ni, mmg sengaja carik pasal la kan. Kat KL ni pun takde kedai lain buat KC. Melambak kot. Ada 2,3 kedai lagi [yg mmg aku dah survey] yg aku boleh terjah anytime. Baik kehilangan 400 dari hati sakit kan. Rumah aku ni bukan sesenang. Seme pun kena mintak approval. Mmg boleh extend date tu, tapi kang bagai2 la kan. Nak kena pi lagi ofis mgt tu apa seme. Heh!

Oke, pastu berbalik pada orang buat wiring. Call kontraktor tu, tak lama pastu budak2 wiring dia turun. Sbb dia tengah siapkan rumah kat atas. Aku dah tempek sesiap tempat2 yg nak tambahan plug point, wall light segala lah. Senang derang nak refer. Lps tu bagitau sekali lagi tempat2 yg perlu nak wiring tu.

Dah. Sabtu ni kena pegi lagi. Kalo tak ditengok, tak dipantau, tak berbuat. Geram rasa. Memang btul lah, aku pun bukan nak masuk lagi, tp since ko da bayar deposit kan, harus la ko nak tgk perubahan rumah tu. Ni lah dia, amik lagi banyak2 job. Ni pun seb bek si apek  ni amek 10 buah rumah ja. Yg satu lagi tu dah 30 buah kot. Melayu. Dgn nak raya apa seme kan.

Siap dia cakap "jangan takuttt". Ye lah, bkn masalah takut tak takut, masalah duit dah bayau, jalan la keja. Harus barang dah ada kan. Aku tak la risau sgt sbb si apek ni menipu ke apa sbb segala guard, management situ seme kenal kan. Buat 'taik' kalau mmg nahas la dia. Mmg takkan dpt job dah la.

Tapi tu lah. Dgn rumah aku skang yg sekangkang kera dah tinggal sebelah kaki kera je sbb penuh dgn kotak2 lampu, kipas. Naik rimas kot tgk. Mmg takde la aku panggil sesapa pun berbuka puasa kat umah tu. Tu water heater belum ada tu. Wash basin. Kut tak, mmg jalan mengiring lah kami dalam rumah tu. Hahaha.

P/s : kami mmg dah decide sedari dapat kunci tak pindah rumah sebelum raya. Tak perlu rush rush maa... kasik settle bebtul.. motto kami adalah - biar lambat, asal perfect dan selesa utk diduduki. Hihiwwww :P
Kita dah buat Gantt Chart/checklist Projek Pindah Rumah - masa yang diberi utk segala renovation, mekap itu ini adalah adalah 3 bulan dari date dpt kunci  (1 Julai). Jadi, kalo boleh by 1st Oktober dah pindah sbb mak nak dtg utk kenduri kawen adik ipar. Harus mak kena g umah besan dia. Jadi, selesa sket la mak dtg nati

Tuesday, July 31, 2012

Edisi Idea Susun Tudung

Eh. Cop, bukan saya nak bagi idea nak susun tudung.
Saya yang nak mencari idea nak susun tudung.
Eh... pesal lain macam je nih. Tetiba bersaya saya. Haha. Terbaca blog orang tulis "saya" trus rasa nak tulis "saya".
Tp takyah la ek. Too formal. Masuk kebun stoberi ni, kena sempoi2 ja. Belasah je!
So, any idea my lovely friend?
Cena nak susun tudung seelok yg mungkin.
Oke, dulu... entah tahun bila aku ada share gmbr aku susun tudung. Mls nak godek entry mana tah. Jap..
Ha..jumpa.. ini
Dari entry tahun 2009 rupanya. Entry penuh di sini.
Itu tahun 2009. Baru nak berjinak2 dgn tudung Awning. Masa tu mana mampu nak berAriani kan. Yelah, time tu Ariani tahap ratus2 tuh. Skang tahun 2012 sudah.. penuh sendat mendalah tu. Tudung Ariani segala ada. Tudung tu mmg makan ruang. Pulak tu, mendalah ni memanjang ke blkg. Jadi aku buat 2 bhgn, satu dpn, satu blkg. Tp yg tak bes nya, yg blkg tu mmg tak la aku pakai dah sbb tak napak. Apa yg napak je aku tarik. Dulu buleh la buat ikut kaler, skang tak terikut dah. Sumbat ja mana dan (tp still terlipat la, jgn sumbat je kan).

Aku plak tak suka hanger tudung bulat2 tu. Tah, kalo masuk lemari cam pack je napaknya. Aku ni, tudung awning pun aku lipat. Tp ada la cara tak bagi awning dia tu penyek. Buat cam salesgirl Ariani buat time kita beli tudung tu.

So, aku google "cara susun tudung"
Ada uols kengkawan kita bagi idea.

Susun cam menegak tu kan. Begini
kredit : Blog Suri
Tapi wardrobe aku tak banyak drawer. Ada byk compartment. Sbb tu retu, masa ada deal kat MAD tu aku nak beli yg storage gini.

Tp dok sempat... nak beli je tgk dah due..  
Hurm. Kat IKEA pun ada kan.. tp mahai sket la. Tgk cena nati, retu kontraktor tu dah tunjuk design wardrobe tu. 2 bhgn utk letak baju hanger. Satu lagi mmg compartment storage. Petak2 kecik tu. Mebi aku consider letak situ je lah. Cuma, takut tak muat kan.. eish.. tak mungkin la kan. Cam byk nau tudung nya.
Tapi seyes, buntu cena nak susun tudung nih. Tu la.. beli lagi..beli lagi... (tu kata myDH la kalo aku komplen2 tepi tinger dia. Haha)

Monday, July 30, 2012

KSU Deco : Menghias Dapur Rumah Yang Sempit


Maaf. Lagi lagi cerita berkenaan KSU. Ini deco pulak. Bosan plak yer. Tapi nak buat cemana. Idea itu je yg ada. Haha. 
Diambil dari dekorumah. Blog yg byk info tentang rumah. Bes!

Oke, jum baca.

Ruang dapur adalah antara ruang utama sebuah rumah yang sering digunakan. Jika dahulu, aktiviti di dapur hanya terhad untuk memasak, namun dengan pelbagai rekaan dan konsep ruang masa kini, dapur semakin diberi tumpuan bagi menarik perhatian terutama tetamu yang bertandang. Jangan risau jika saiz ruang dapur anda agak terhad. Dengan mengikuti beberapa tip berikut, ruang yang kelihatan sempit tadi mampu memberi keselesaan ketika memasak...bahkan mampu mencuri perhatian.

*Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak-anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minima. (takde anak lagi pun, kena gak ringkas, takkan nak crowded sgt kan)

*Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra. Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah.  (kalo buleh aku nak buat KC kaler purple, tp kontraktor tu kata nak cpt jemu. Betul gak tu, then kalo nak tukar tema ke apa, takkan nak tukar kaler KC tu pulak. So, guna kaler 'selamat' la. Huhu)

*Elak menggunakan wallpaper secara menyeluruh, dan yang bercorak padat. Jika perlu, hanya gunakan sebagai garis sempadan. (tak plan pun nak buh wallpaper ke dapur. Tambahan dapur mmg developer buat tiles smpai atas)

*Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil adalah yang paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi adakalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding. (meja makan taruk kat dining)

*Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur. Seeloknya anda menggunakan blind curtain yang mana selalunya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang. (mmg opt for roman/roller blind sahaja)

*Rancang pemasangan kabinet lekap (fixed cabinet) dengan teliti mengikut kesesuaian ruang. Gunakan kabinet di bahagian atas dinding untuk menyimpan segala peralatan dapur dan bina sekali ruang untuk menempatkan alatan elektrik seperti ketuhar. Jangan lupa peti sejuk satu kemestian bagi sebuah dapur. Sedia/tinggalkan ruang untuk alatan tersebut semasa memasang kabinet. Lebih bagus jika mempunyai ruang khusus untuk meletakkan tong sampah. (yer, harap harap muatlah segala bekas kat cabinet yg ada tu. Mmg buat full height).

*Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah alatan elektrik di dapur. (ni belum buat planning lagi)

*Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk, periuk belanga, dan lain-lain di tempatnya sejurus selepas dibasuh. (wah..ini mmg la kena buat sbb aku takde dish rack segala. Pakai - basuh - lap - simpan)


****Hari minggu tu hari dah jumpa kontraktor utk KC. Dia dah siapkan 3D drawing. Tapi nyer tu lah. Lambat lagi rupanya leh install. Sbb katanya schedule dia penuh smpai 15Ogos. Hurm. Kena mintak kat JMB extend lagi la renovation process tu. Retu sblm lantik takde plak nak kata penuh ke hapa. Takpe lah. Biar lambat asal selamat.

Saturday, July 28, 2012

Edisi Kering dan Lamp Hunting

Ya Allah...puasa hari ni bebtul memerlukan kesabaran. Panas. Kering rasa badan. Mmg teruk la rasa dan aku tahu pun kenapa.
Biasa la. Dkt2 nak bulan mengambang nih. Raya dulu lah nampak nya yer uols. Haha. Dah raya baru leh nyanyi lagu raya. Ini belum 8 hari puasa, radio da start pasang lagu raya. Aduhai. Tak menyabarnya kome' yer. Bukan ke 15 Ramadhan nati baru buleh pasang. Even, ko pasang lagu Yuna ke sapa tah yg terhapa hapa tu.
Ah. Ikut suka mengkome' la yer.

Oke, lagi sbb aku rasa penat dan kering ialah aku buat edisi meng-hunting lagi.
Kali ni hunting lampu plak.
Ke mana lagi hala tujunya kalo tak ke Puchong.
Ce google kedai lampu murah, harus ke kedai itu semenya pergi - Houses Lightings Sdn Bhd. (ada yg kata, Lighting House, House of Lighting, tp sebenarnya adalah Houses Lightings)

Ramainya lah orang hai. Terlanggar bontot segala lah.
Tapi its oke. Kedai ni banyak Sales Assistants (SA) . Skali ko dapat tgkp sorang SA, sila suh beliau itu membontoti kita. Haha. Berapa lama ek aku dlm kedai tu. Ada dlm 2 jam je kot. Tak la lama sgt cam orang lain. Orang lain dengarnya dok smpai 3,4 jam. Pening dah kepala aku. Pilih pilih, amik. Mendongak je kejanya kan.

Memula pilih lampu downlight. 8 ketoi. Adui. Nak pilih downlight ni pun poblem. Eh, ni cantik, ni cantik. Eh, tu plak cantik. Susah susah.. pilih je lah kan.

Seterusnya, wall light. Bilik seme pun pakai wall light sbb aku re-wiring semula. Wire yg ada tu buat utk kipas.

Susah jugak. Mencik tau. Rambang mata. Sbb byk yg cantik dan murah. Tp kalo wall light semata nak buat lampu bilik dia cam tak terang. Jadi, amik yg utk master bedroom dulu. Lps tu wall light utk living (sedia ada) dan satu lagi re-wiring wall light dkt dining. Aku gatai nak buh painting plak... Haha. Eh, lama tau dah beli painting tu. Jauh lagi beli, kat Hongkong sanun, harus la kena buh cam kat galeri. Huhuhu... gediksss. Utk ini mmg terlari sket bajet sbb gatai napak LED light. "Mengcongkam" la rega. Leh dpt seketoi kipas KDK reganya. Tp lantak ah. Pejam mata ja. Lagipun comei. Sbb ada corak epal. MyDH pun kata suka... jadi amik je lah. Hihi.

Lps tu pilih utk bilik air, dapur and lampu bilik2 tetamu. Yg ni amik bentuk bulat ja. Yg lampu putih tu. Utk bilik tetamu tu jadikan je dia wall light sbb nak terang.
Lampu utk yard je yg amik lampu kalimantang tu.

Habis pasal lampu, pilih kipas lak. Skali lagi pening. Menyampah! Utk bilik amik kipas KDK biasa ja. Utk living, amik yg unik sket. Apa namanya tah. Kipas ada lampu then blade tu buleh tertutup kalo tak pasang kipas. Kipas dining, amik yg biasa jer. Tp bukan la putih tu.

Settle. Bayar. Ada sistem nombor. Udah rasa cam kat bank plak. Haha. Bila dah bayar, tetiba yg assist aku tu leh terkejut " sudah bayar ka" katanya. Ha la, aku kata. Katanya biar cek barang baru bayar. Ah. Sudah engkau, tadi taknak cakap. Mana wa tau... belasah la. *eh, bkn salu kita bayar dulu baru check barang. Sama je kot kan. Apa masalah?* Lps tu kemain ramai staff dia cek barang. Zup zap zup zap, dia letak kat luar. Re-check balik. Ada satu lagi ceiling light tertinggal. Mujo. Settle, amik keta, staff dia tolong masuk dlm keta.

Penuh keta kotak kasut aku tu ha.. termasuk skali ngan bonet2 skali penuh. Lampu n kipas je tu. Kalo nak beli water heater segala, mau kena ikat atas keta. Haha.

Sokay la. Good customer service. Lagipun tak sesak sgt. Tanya ke orang kedai tu dia kata puasa ni tak la sesak, tp kalo tak puasa lagi la ramai. Weekday pun cam gitu jugak. Ye lah kan, berapa blog dah citer pasal kedai dia. Pree promotion je dia dpt, walhal kedai website pun takdak kutnya. Haha.

Oh, kut ada yg pening kat mana, aku tak dpt nak sediakan koordinat GPS bagai. Just buleh bagi tau, kalo dari area PJ/Bandar Sunway, terus la ke Puchong, smpai jumpa flyover utk exit ke Bandar Bukit Puchong. Amik exit tu, ada traffic light, ambil belah kanan. Lps tu jalan sket, ada lorong ke kiri, nati nampak signboard tulis BPU 6, sila lah masuk situ. Ada la kedai dia - dpn hway tu. Aku pun tak berapa familiar area ni, tp sbb da penah smpai sini masa amik kek aiskrim Haven dulu tu, jadi buleh tau dah la.

Kalo dari area Putrajaya/Seri Kembangan, alert dgn stesen minyak BP (if I not mistaken), ada la dia area situ2. Kiterang pegi lalu kut PJ, balik lak trus kut Seri Kembangan.


Puchong ni mmg bes la nak carik barang utk renovation/decoration rumah. Byk kedai2 lampu la, elektrik la, wallpaper, jubin bla bla bla.. On d way balik napak lak kedai Baagus (kedai jual curtain/blind), myDH kata nati leh dtg lagi sbb mmg nak carik blind (eh..bukan Baagus ni kat KL pun ada ke, siap leh nak smpai ke sini. Haha).

Lps tu masa tgh dok nak beli lampu tu, kontraktor wiring ni call, sbb dia nak bidet utk toilet. Sbb aku nak sambung bidet ni. So, dia suh beli. Trus la beli kat Puchong tu. Ala, dkt area2 kedai lampu tu gak lah. Murah gak. Eh. Memang pendek kata segala lah ada kat Puchong ni kan. Sng nak carik sbb dia cam setempat.

Alamat, ke detail kedai leh tgk resit aku ni. Haha. 
Ingat, dia tutup Isnin ya. 
Selamat membeli lampu.

Thursday, July 26, 2012

KSU Reno : Renovation Progress

Alhamdulillah. Urusan lantikan kontraktor dah settle. Dah dpt approval dari JMB utk start kerja. Alhamdulilah. Aku letak completion date sebulan. Nak berharap sesgt pun takut juga, tp mungkin dgn izin Allah, lps balik raya tu, diharap rumah dah sedia lah. Moga moga lah. Takut wey... igt tak takut ke, sbb biasa pun orang ada kes ngan kontraktor. Jadi, bermula lah fasa duit mengalir cam ayo sunge Perak. Deras dan laju. Haha. 

Oke, toksah duk bebel berkenaan itu. Kisahnya diri sendiri kan, mampu - buat, tak mampu tak payah buat. Bukan orang duk paksa pun kan. Jadi, kita buat mana yg termampu. Jangan sebuk duk buat itu ini, nati nak gi bercuti pun tak dapat. Eh? Cam rasa tak berapa nak relevan plak kan statement ni. Abaikan.

Seharusnya da lama aku lantik kontraktor. Rumah lain seme pun da sebuk trett...trett... hack sana sini, drill sana sini, rumah kiterang je rilek (eh, tp rumah dpn kiterang pun napak tak buat apa2 pun, adakah disewakan? MyDH da sonok2 dah..katanya umah depan tu anak dara yg sewa. Ekewahh... tapi oke la, nati ai outstation u suruh derang antar kuih yer. Haha).

Tapi nak cepat cemna. Byk urusannya. Sibuk nak amik quotation la apa la. Last 2 week dpt quotation. Suppose last week da settle la kan. Tp sbb mula puasa kat kampung on weekend tu, maka terpaksa postponed.

So, minggu ni la kena jmpa balik kontraktor. Pulun la waktu rehat lari jap p KSU. Fuh. Mujur la dkt ngan ofis. Pulak ditambah bulan puasa. Tak jem sgt jalan waktu tghari. Kalo tak.... area McD yg drive thru tu jammed smpai ke jalan. Alhamdulillah. Ada hikmah juga lewat mula ni. :)
Image : Google
Setelah dibuat analisa dari sebut harga yg diterima (hah...! ni la bahana pernah buat perolehan dan biasa dgn keja kat admin. Huhu), maka kiterang sebulat suara nak lantik satu kontraktor ni. Ala, amik q dari 3 kontraktor ja pun. Yg satu tu, byk dah dia dapat kontrak dari blok tu, rega not bad tapi.. entah ek, mungkin bukan rezeki dia utk dgn kiterang. Then satu lagi, wohoo...manyak mahal woh. Lagi, dia jauh. Third, yg ni lah nak dilantik. Rega oke, harap2 keja pun oke. Dia pun tak byk amik kerja sgt kat blok situ. Sokay la kan. Hopefully sgt takde masalah. Bayaran dia 3 peringkat. 1/4 dibayar masa sebelum dia mulakan keja, lps tu bila dia da start keja tambah lagi 1/4 n selebihnya bila dah settle seme. Dah settle pun lah bayaran pertama tu. Aku pun bukan buat major reno kan, jadi Insyaallah, harap2 tiada masalah.

Itu utk kontraktor wiring/grill/ceiling/piping. Kita amik 2 kontraktor. Satu lagi kontraktor utk kabinet (KC n Wardrobe). Tu pun dah lantik. Yang KC aku tak panggil byk kontraktor pun. Ada la 2. Tp satu lagi tu quote kemahin mahal. Harap2 yg ini pun hasil kerjanya baik lah. Utk KC, aku hold dulu utk mula keja sbb kena buat wiring dulu. Byk plug point tambahan yg kena buat kat dapo. Satu plug 15amp harus ada. Then tambah 3 lagi plug 13amp. Itu dapur ja tu. Dan seme plug tu dah 'bertuan' dan tak boleh disharing. Entah mana aku nak masak nasik ngan blender nati. Haha. Ada la satu, tapi tu lah..kena design balik la nati.
Gambar hiasan saja. Bukan rumah saya. Ambil dari sini
So, itu lah reno progress fasa pertama utk my KSU. Lewat. Tapi takpe lah. Better late than never. Biarlah semeorang pun masuk time raya. 

Oh, takut juga nak buat entry, tapi aku rasa perlu jugak. In case apa2 terjadi, apa aku tulis kat blog ni boleh jadi proof. Aku berdoa sentiasa pada Allah, agar proses pengubahsuaian KSU ni berjalan dengan lancar. Insyaallah... harapnya sebelum bln 9 da settle sbb bulan 9 kan ai nak masuk sekolah semula. Hihikkss :P

Monday, July 23, 2012

KSU Reno : Hood n Hob

Oke, sebelum ini bercerita perihal chipboard. Itu adalah salah satu material yg ada pada Kitchen Cabinet. Skang nak cerita Hood n Hob (HnH). 
Woho. Ini memeningkan kepala. Sangat!. 
Susah betul nak buat pilihan. As I dah nak lantik kontraktor utk buat KC, maka kena dptkan jugak HnH ni.

Memula kita tgk perihal hob.
Ini agak merungsingkan bila nak pilih gas atau pun induction/seramic. Tp dlm pikiran ni mmg dah decide la nak apa kan. Mmg survey la sana sini. Tanya orang sana sini. Yelah, nak tau review bukan dari salesman, baik trus pada end-user. So, dah buat keputusan.

Seterusnya tgk hood pula.
Kalo pegi fair yg ada jual kitchen appliances ni, bila kita nak survey induction cooker, ada yg kata induction tak perlu guna hood sbb dia kawal penggunaan minyak n tak byk asap. Haha. Logical thinking je lah. Masa dia tunjuk demo tu pun dah berasap. Lagi2 plak rumah takde tanah kan. Kang merebak bau habis satu kawasan tu. Tu tak kata lagi yg tgh tgk tv pun terbatuk2 time kita menumis. Habis kang melekat bau kat langsir bagai. Kuasa la kan. Esuk bila dah takde  Bila da ada hob, beli je lah hood skali.

Utk hood ni plak ada 2 pilihan. Recycling or ventilating. Kita tgk ventilating dulu. Ventilating ni dia ada hose yg dipasang utk menyedut asap. Kira dapur kena tebuk lubang (ducting). In which, recycling tak perlu nak ada hose, ducting bagai. Dia sedut asap guna filter yg dipanggil charcoal filter. Filter ini kena tukar setiap 3-4 bulan, tgk ke'rajinan' kita masak lah.
Yang ni juga memeningkan. Setgh rumah tak bertanah ni, JMB dia tak bagi utk sesuka hati men'ducting'. Maka, ndak tak ndak, mmg kena guna yg recycle, tetapi, rumah aku ni aku belum pasti buleh atau tak. Masa inspection aku dah tanya. Tp orang yg buat inspection macam tak faham. Tp aku rasa boleh.
Masalahnya sekarang, aku rasa cam taknak pula buat ducting tu.
Image : google
Memang hose tu boleh 'disorokkan' dalam cabinet. Tp itu lah masalahnya. Menda tu je nati akan makan ruang dalam kabinet. Udah la aku nak limitkan penggunaan cabinet tu. Dtg plak mendalah tu. Besar tak besar la. Std saiz dlm 6inci diameternya. Kalo rendahkan kabinet, letak hose tu atas kabinet, lagi aku tak sker. Geli plak aku tgk ada menda menjalar atas tu. Yer, aku sudah terpikir lain.

Sebenarnya kalo pakai ducting ini, kuasa suction hood ini lagi bagus berbanding filter itu. Pulak tu, filter tu perlu ditukar selalu. Kalo tak....merasa la semuanya melekat atas filter tu.  Minyak segala. Tp yg bes sbb tukar terus filter tu. Takyah nak cuci2 bagai. Kotor tukar. Filter tu pun tak smpai seratus. Puluh2 gitu ja.

Dapur camni kemas.
Google
Sesudah tahu hob apa kita nak, jenis hood cemna yg diperlukan, lagi memeningkan kepala adalah brand. Lagi di goggle lagi memacam brand kita tau. Nak survey dari satu kedai ke satu kedai lagi penat. Memula aku dah tersuka Teka. Selain dari tu, sker gak Rubine. Tp boleh gak tgk Rinnai, Tuscani, Fotile, Elba bla bla bla.. banyak ah.

Yang ni mmg susah. Tp sbb aku perlukan mendalah ni sblm aku buat KC, maka masa gi Modern Home tu hari aku beli dah. Dpt good price jugak la sbb aku dah survey sedari awal. Pakej hood n hob. Bayar deposit dulu lah. Bila KC da nak siap baru call utk install kedua dua mendalah tu. 
Tapi... sehingga kini, aku tak decide either ventilation or recycle yg hood tu. Seme pun barang rumah ni seme pun ada dua pilihan. Haih.


*minggu ni perlu jugak lantik seme kontraktor. Kang smpai bila plak aku nak pindah? Orang lain pun seme da men drill bagai. Rumah kiterang je rilek cam nak bagi sewa ke orang. Haha.

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1 dan Modern Home

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Selesai satu hari. Alhamdulillah.
Bersiaran dr kg halaman.
Balik kg utk berbuka puasa ngan mak. Lagipun da lama tak balik kg. Sebulan lebih. Tak penah tak balik lebih sebulan tau. Mmg sejak duk di KL, harus balik every each month. Itu wajib. And myDH pun da sedia maklum.

Smlm [Jumaat], KL jammed teruk smpai malam kan.
Akibatnya.... hurm.. lebuh la terawih malam pertama.

Ceritanya aiols kan duk sesebuk nak ke Modern Home Fair kat MV sanun.
So, da memekak2, kena la pegi. Sbb mmg ada menda nak kena beli. If takde, setakat nak jalan2, mmg tak pegi la.
Sejurus jam 5 terus kuar dari ofis. Time tu pun seme yg lelain pun cam berebut2 nak balik. Cam cuti raya. 5 minit lps punch kad bunyik ofis da senyap sunyi.

Keluar ofis, da gelap. Cam da malam. Padahal baru je kul 5ptg. Nak hujan. Tp mujo time tu nak ke MV tak la jammed truk. Dlm kul 6 da smpai. Parking pun, Alhamdulillah, dipermudahkan.

Not so crazy offer la.
Biasa biasa saja. Tk byk pun. Yg bes ni Homedec kat KLCC tu or PWTC. Tu mmg bes dan byk syarikat yg masuk.
Tapi sbb mmg ada yg 'kena beli' maka beli lah. Ada 2 menda dpt di sini. Just paid deposit lah utk lock harga. Nanti dah nak bawak masuk seme menda tu baru lah call.
So, takat ni, utk KSU da ada 3 barang.
Hurm. Kontraktor KC n wiring pun lum buat final decision.
Apa nak jadi ne? Nak masuk rumah ke taknak ni?
Haih!

Kira lari awal jugak dari MV ni, skali sepanjang2 jalan, dari MV, masuk jalan Tun Razak seme tu pun jammed. Adoi... hampir 2 jam baru smpai rumah. Heh!

Begitu lah.

Monday, July 16, 2012

Modern Home Fair : Mid Valley



Description
Modern Home Fair
Dates : 20 – 22 July 2012 (20th Edition)
Venue : Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur
Event Area : over 5,700 sqm (Hall 1, 2, 3 & Atrium)
Time : 11.00am – 9.00pm
Entry Condition : Free entrance for all. No registration required.

THE CONCEPT
The Modern Home Fair is conceptualized to provide a common platform for manufacturers, dealers, suppliers, sellers of Home & Living products and services to reach out to homeowners and shoppers under one roof. Related products and services include Health & Lifestyle as well as Housing & Property. Our tagline reads, Everything Your Home Needs Under One Roof.
EVENT HIGHLIGHTS
A one-stop shop for all home needs and related services.
A well-organized platform for companies in the home industry to showcase and promote their latest products and services to the general public at best prices.
An excellent business opportunity to reach out to potential customers in large numbers.
EXHIBITOR PROFILE
Manufacturers, Importers, Dealers, Suppliers, Providers of Home & Living products and services.
Manufacturers, Importers, Dealers, Suppliers, Providers of Home-related products and services, including Health & Lifestyle.
Property developers and agents (for Housing & Property section)
VISITOR PROFILE
People interested in renovating, refurbishing and decorating their homes.
House-owners, families and homemakers.
General shoppers and bargain-hunters.
Property buyers and investors.


Adoi. Mengapa this weekend? Mahu blk kg lah. Tp rasa nak pegi lah sgt yang ini. Perlu. Perlu. Perlu. Jadi gimana?? Takkan mahu cuti? Pegi lps ofis? Hah, iyer, bagus sgt lah kan, orang pun sebuk nak terawih, buat persediaan nak sahur, aku nak pegi bertunggu tangga kat MV tu plak. Hurm... pikir pikir...