Wednesday, May 27, 2009

~mEE uDang KuAla SePetang~

Spti yg aku idam2 kan.
Ari Ahad lepas aku pi mkn mee udang Kuala Sepetang.
Ingat mak je nak p.
Skali suma nak pi.
Maka pepagi lagi dh bertolak ke Kuala Sepetang tu.
Kitaorg makan kat warong Mak Teh kalo tak silap aku.
Kedai yg dh glamer amat tu Mak Jah rasanya. Ke aku dh terbalik kan Mak2 nih.
Retu masa ari ibu mak ngan family abg aku tu dh makan kat Mak Jah tu.
Mmg ramai giler kedai tu kata mak aku ms derang pi tu
Masa aku pi ni..napak gak kedai tu.Baru nak bukak.

Sebenarnya byk kedai mee udang sebaik sj kita masuk dari Simpang tu (tpt ni mmg nama dia Simpang yer). Tp kalo org luar mesti nak carik kedai yg dh masuk warung kita ngan majalah 3 tu. Sng je nak jumpa sbb suma kedai2 ni tepi2 jalan je. Amik je simpang ke Kuala Sepetang tu makan ternapak la kedai2 tulis "mee udang".

Kitaorg terus ke pekan kuala sepetang.Ingat kut ada la jual hasil laut mcm kat Pangkor nun.
Tp..nan ado..itu cuma pekan kecik je. Kedai cina je suma. Nak tgk org naik dari laut pun ntah dari mana. Napak nyer YB baru tu kena buat sesuatu kat pekan ni sbb dh ramai org pi kuala sepetang ni. At least buat mcm tpt org2 nak berehat/bersantai atau nak tgk nelayan naik dr laut (eh..bukan laut sebenarnya..muara..eh..kuala kut)

Ada la napak kedai yg keringkan ikan masin.Mak aku takmo lak pi tgk. Jd..takde la berbelanja apa2 kat pekan tu.

balik dari pekan K.Sepetang tu la baru singgah makan mee udang ni.
Bes la gak..aku,mak,2 anak buah aku mkn nasik goreng udang. My dear amik Mee Udang, Abg aku amik kuewtiow udang which baunya mmg membuat terliur..walhal aku bukan mkn kuewtiow. Udang2 nyer mmg mewah lah smpai gatai2 idung aku. (awas pada anda yg resdung). Kat nasik goreng aku ada dkt nak 10 eko udang. My dear nyer mee udang..aku tak kira..tp kuah dia sedap gak..terasa manis udang tu. Kat kedai ni ada 2 pakej. Udang saiz cam aku makan tu rega dia RM7..suma sama..mee udang ke,nasik goreng ke,kuewtiow,mee goreng ke. Kalo saiz special rega RM11.
Kalo kat warong Mak Jah tu mak aku kata ada 3 rega-RM6,RM8 dan RM12.
Tp..kalo derang wat udang goreng tepung pun best tu.

Masa kat kedai makan kitorang tnya kat mana ada jual2 tu. Pehtu abg tu tunjuk jalan nak pi tgk nelayan baru naik. Maka pas makan kitaorg pun pi la. Tp masa tu tinggal udang aje. Tak jadi pulak nak beli. Ni la tpt nelayan turun kut..

Jadinya..trus ke Taiping..jalan2 jap..singgah KKgsar..singgah kg mak aku..balik berdebum tido..ptg pas asar melawat kawan karib aku yg dlm pantang..gmbr utk suma ni..nan ado..huhu

Dan ini ada lagi 2 eko udang yg takde mengena dgn mee udang kuala sepetang. Sapa nak tempah buleh hubungi saya yer..dlm udang tu ada gegula choclair (ye ke eja camtu..ala..lebey kuang lah). Patut dlm tu ada gula (adat perak dlm hantaran bertunang)..tp..aku nak bg kat org Sgor..takkan nak buh gula..terkojut lak mereka nati.

pnstoberi: Seronok mak bila kami bw ke kg nyer..kg tpt tumpah darah ku juga..sedey lak rasa bila tgk tpt tu terbiar gitu je.

Tuesday, May 26, 2009

~peNgharGaaN~

Ini ada satu kisah.
Kisah berkaitan penghargaan.
Suma org suka akan penghargaan.
Dan kita akan rasa senang bila dihargai.
Tp..sekiranya meminta untuk dihargai..sesuatu itu mungkin akan napak ketidak ikhlasannya.
Mungkin nati jika dibaca lebih lanjut napak begitu keji seseorg itu bila meminta2 untuk dihargai.

Terpulang la..tp..mmg jauh di sudut hati aku..aku rs kecewa kerana tidak dihargai.
Mungkin aku tidak ikhlas..tp mungkin juga tidak sbb aku ada rasional sndiri kenapa aku rasa tidak terhargai..hati aku bukan luhur utk tidak berasa kecewa.

Kisahnya begini... (cewah..mcm citer zaman dahulu kala pulak)
Lebey kuang sebulan lps..
Aku..menerima SMS dari kak ipar yg berbunyi lebey kuang 'Da.. X (bukan nama sebenar) ajak kenduri kawen xxhb nati'
Respon aku - sedikit terperanjat..tak penah dgr citer pun si X ini bertunang..tup2 dh nak kawen.
Setelah bertanya pada mak..si X menempah langsir dari kak iparku.
Dan 3 ari slps tu aku terima SMS dari si X sendiri.
Antaranya berbunyi 'kak ida..datang tau kenduri kawen saya nati'
Aku jwb "Insyaallah,kalo takde apa2" Masakan boleh berjanji..aku skrang kena mengambil kira masa 'bedmate a.k.a osmet' ku juga.
"Ala K.Ida..datang la..bla..bla..bla.." dia seakan memaksa. Aku fedap. Apa kes nak paksa2 org datang kenduri kawen dia. Kenduri aku dulu pun dia tak datang. Aku mintak alamat pun dia tak kasik.
'Kad kawen sy dh bagi pd mak akak..datang tau' SMS nyer lagi. Eh..apa salahnya la kan kad tu bg byhand. Bukan kah dia juga dia disini..takpe..sangka baik..mebi dia sibuk. Atau..setidak2nya pos..kenapa nak antar ke rumah..entah bila masa aku nak balik umah kat kg tu.
Tetiba aku ter compare 'aku dulu rakan sekampung suma aku pos..takde nak tinggal kat mak suh antar umah derang..sgt tidak rasional aku rasa'
Itu aku rasa..org lain tak pikir gitu kan.Ok..aku terima..bia la kad tu kat rumah.

Lantas menghubungi segera rakan yg mengenali si X.
Bla..bla..bla..kami bercerita ttg kezutan yang dibuat si X ni. Rakan ku yg satu ini juga tak tau yg si X nk kawen. Aku menyuruh rakan ku ini pula buat kezutan. SMS si X kasik dia terkejut.

Aku berkira2 tak mahu pergi kenduri tu.
Mahu balik ke kg ari minggu sblm kenduri tu supaya ada alasan yg boleh ku berikan.
Rakan ku itu selamat..kerana dia sdg dlm berpantang.Confirm la mmg tak buleh dtg.
Tp..aku tak balik pulak kg wiken tu. Jadi pulang juga ke kg pada tarikh kenduri itu.

Dan..tarikh kenduri pun tiba.
Seminggu sblm date tu si X asik tidak abis2 memesan pada emak dan kak ipar aku agar aku tidak lupa datang ke rumahnya.
Dan sewaktu mak dan kakak ku pergi ke rumah si X sehari seblm kenduri utk rewang tu, pun dia tak lupa memesan.
Antara pesanan si X pada emak 'WAJIB kak ida datang..kalo dia balik mlm ni..mlm ni gak suh dia dtg" Mak aku trus call aku ptg tu bitau pesanan dia tu. Dari cerita mak dia mmg dia beria mahu aku dtg.
Aku kata hadiah pun aku tak beli lagi. Mak kata ko carik la adiah2 ko dulu, balut je. (eh..bukan ke aku tak sker recycle adiah aku..tapi..ini special case)
Jadi..mlm tu aku carik hadiah aku..balut dan sediakan
My dear tnya "nak pegi gak ker..retu beria kata taknak pegi"
AKu hanya jwb "abis..mak kata dia beria suruh pegi..pegi je lah"

Dan pada hari tersebut aku pun pulang la ke kg.
Pagi...subuh2 dh bangun bersiap. Smpai nak gaduh ngan my dear sbb nak suh dia bwk laju (dibaca:: suami kesayanganku ini pemandu berhemah yer. Bwk keta menten je 110 kalo kat hway)
Smpai kg tukar baju..tak smpat berehat trus ke rumahnya.
Dalam hati aku tentu dia suka melihat aku dtg.

Smpai je dirumah si X aku pun trus ke bilik mencari nyer.
Dia sdg bermekap. Hanya menegur aku "eh..kak ida..dtg pun"
Hanya itu..aku pun meletakkan hadiah..keluar..makan.
Mula hati aku berprasangka negatif. Tp aku tepis la..mebi dia tgh mekap..takmo ckp bebyk.
Dan lps makan aku masuk lagi.Mau bergambar bersama.

Ingatkan dia gembira dgn kehadiran aku..tp..respondnya ttp sama.
Mmg aku sedih dan kecewa. Sepanjang2 aku menghadiri kenduri kawen..tak kira kawan,sedara atau sesapa saja..soalan pertama yg ditanya sebaik bertemu muka adalah "dh makan ke???"
Tp tidak si X yg beria2 mengajak aku. Tiada pertanyaan 'dh makan ke?' tiada pertanyaan 'kak ida bila smpai'
Dan goodie bag pun tak merasa. Tak..aku pun tk kebulur goodie bag kenduri..tp jika dia benar2 menghargai..apa salahnya ambik satu beg tu..atau suruh la adik2 atau kawan2 dia amikkan goodie bag tu. Aku yg dia beria2 ajak..yg dia beria2 pesan pada mak aku,beria2 pesan pada kakak aku..kurang sgt ke jika bagi goodie bag tu.

Sekali lagi aku terpaksa compare dgn situasi aku lebih 5 bln dulu.
Aku mekap awal..dan sanding pun awal.
Rakan2 keluar masuk bilik..semua aku sambut dgn perasaan girang,gembira dan tentunya soalan 'dh makan ke..dh dpt beg ke (sbb aku bg suma tetamu goodie bag)..thanks sbb dtg'
Dalam gambar pun ada byk gambar yg menampakkan aku terjerit mcm pengantin tak betul senonoh sbb suka sgt2 bila tgk kawan2/org datang. Tak caya tgk ni.

Dan mlm lepas kenduri aku msg suma kawan2 yg dtg dari jauh.
Ucapkan terima kasih. Sbb bukan sng org nak memenuhi jemputan kita..lagi2 umah aku jauh tu..tapi..ramai yg dtg dr KL dtg..balik hari pulak tu.Sbb tu aku nak org rasa dihargai.

Dan skang ni aku tgh rasa bersalah amat pada Jurutera aku yg nak kawen on 7 Julai ni.
Sbb aku rs aku tak dapat dtg.
Majlis tu buat kat Jeli. Jeli Kelantan nun..
Dia dtg masa kenduri aku retu.Itu yg buat aku rasa bersalah sgt.
Cemana tah nak cover..aku rs nak cover dgn hadiah pun aku tak sanggup..tp..apakan daya. Jeli tu jauh sgt..bas opis pun takde..pulak ada kenduri kawan yg juga dtg ke Perak retu..di Sg Besi.

Entah..mungkin dh jd tak ikhlas aku memenuhi jemputan tersebut sbb aku rasa tak dihargai. Napak cam aku kebuloq sgt gudie bag org kawen tu.
Lantak la..aku pun tak kesah.
Tujuan utama aku balik bukan semata2 nak pegi kenduri dia.
Tujuan utama aku nak balik adalah nak tgk mak aku..bwk pi makan2..mkn mee udang kuala sepetang which mmg aku dpt..nati aku cerita yg ni okeh.

Sebagai maknusia biasa mmg aku rasa berbekas di hati aku.
Tapi..udah2 la tu..maafkan lah dia..mungkin dia gementar hingga tak dpt melayan aku.Aku doakan dia berbahagia hingga ke akhir hayat.

pnstoberi: org memberi kita merasa..org berbudi kita berbahasa..kalo tak reti bahasa..pepandai la ko masuk kementerian aku yg penuh dgn budi bahasa budaya kita nih. eh...apahal aku nih..giler!!!!

Friday, May 22, 2009

~TiBi~

Pehal tetiba tibi lak ni.
Bkn tibi televisyen tu tau.
Ini tibi penyakit tu ah.

Selama ni aku tak endah kan penyakit nih.
Tp bila baca artikel ni
Rasa mcm sng je penyakit ni berjangkit..
Tsssk..
Meh tgk apa kata incik wikipedia lak

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (pulmonari TB) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem lymphatik, sistem peredaran "circulatory system" (miliari TB), sistem genitourinari, tulang dan sendi.

Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis

Sabah dan Sarawak pula menunjukkan kadar penurunan yang ketara iaitu hampir lima peratus setahun dalam tempoh yang sama, katanya semasa menjawab soalan asal dan tambahan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-

  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Aku amik tau pasal penyakit sbb akak ipar aku admit sbb suspect penyakit nih.
Skang ada lagi kat IPR tu.
Kena thn 2 minggu kut.
Rupanya bhya gak penyakit ni.
Dan mudah berjangkit.

Riso gak MIL aku dok sana berhari2 dh.
Patut dia pun kena bg antibiotik lah.
Atau pakai ttp idung tu.

Aku pun hehari pi...aku ni pun antibodi tak brapa kuat..tp..aku rasa takde apa2 lah
Agak2 len mcm je segeralah ke klinik panel yg berdekatan okeh.

Puanstoberi ::: Lps ni paksa gak diri ku ini makan sayur bebyk..jgn nak memilih sgt...baru la antibodi kuat.

Tuesday, May 19, 2009

~Tetiba Ibu Mertua Melawat ke Rumah ku~

Ha..amik..tajuk pjg cam citer Indon kat Astro Aruna tu.
Eh.sblm tu..smlm aku ada post entry pasal cikgu kan.
Sapa sempat ter baca tu..ok la.
Tp pagi ni tetiba takde.
Hua hua. Aku sdh keliwon kan dia.
Sbb nyer citer tu mcm berjela sgt.
Nenati lah aku buat entry khas.
So..aku ucap selamat hari guru lah pada suma guru2 di Mesia nih.

Ok.Berbalik pada topik aku yg pjg tu.
Smlm lah.Dh lps waktu opis br my dear gitau kakak dia masuk spital.
Spital IPR tu. Yg kat Tawakal tu.
Jd nyer..smlm dlm kul 6 lebey tu aku trus la pi spital tu.
Ada dh mak dia eh..mak mentua aku n adik ipar aku.
Akak ipar aku yg sakit tu pun ada la.

Takde la sakit truk sgt.Kena thn mungkin sbb doktor mao kaji2 apa penyakit dia.
Akak ipar aku ni lama dh dia kena batuk2.
Pehtu mak mentua aku citer mlm sblm tu dia muntah2 teruk.
So, bwk klinik..klinik fwd kes tu ke IPR.
Jadi..masuk la wad.

Dh tu..dh maghrib time aku smpai IPR tu.
Dah sembang2 kejap..aku ngan my dear nak balik la dulu.
Skali ayah mentua aku kata-jum lah..
Aku pndg my dear. My dear tnya - nak kemana?
Ayah dia kata - balik umah kamu la..tumpang semayang.
Aku nyer tindakan refleks masa tu..erkk...
Tp..kontrol..lalu aku ajak suma sekali iaitu adik ipar,mak mentua skali
(mula tu mak mentua aku takmo ikut..mak mentua aku jaga akak ipar aku nih..tido spital la)

Jadinya..dapat la tajuk kat atas tu
Tetiba Ibu Mertua Melawat ke Rumah ku.
Pheew....nasib baik sesgt...sgt2 nasib baik.
Ari Sabtu dan Ahad aku lepak2 umah..tak jalan2 jauh.
Kalo tak..ari Ahad tu mao p mandi manda
samada kat PD or Ulu Yam.
Tp pagi Ahad tu..lps masak nasik lemak (nak selit gak citer aku msk nasik lemak) aku rs malas giler nak kuar..lepak je kat umah smpai la ptg..lps Asar tu baru kitaorg kuar pi jalan2 kat putrajaya (ms ni putrajaya ada pelangi..cantik lah..sbb napak jelas dia semi-circle tu)

Pagi Ahad tu..aku kemas2 umah..kemas dapo..tukar suma2 lapik yg dh lama..buang segala bekas2 tak guna.
Dan my dear pun dh cuci jamban toilet
basuh kolah air tu..jd tak napak la serdak2 air dlm tu
Dan aku pun ter rajin lebey lah ari Ahad tu.
baju suma dh tersusun dlm lemari (slalu lipat dulu..longgok dlm bakul jer)

Nasib baik jugak ada kek coklat beli kat jalan TAR ari Sabtu tu
dan suma lah nasib baik.

Rasa-rasa...mak mentua aku bagi A+ tak??

Haha..

Friday, May 15, 2009

~taG : Award Vespa~

Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" (eh..ni 2008 nyer nih..tukar kan kepada 2009) di atas untuk diletakkan di blog anda. - ok..dh tempek ni ha..
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

memula nak ckp thanks dulu kat beliau iaitu puanayangaizul. Beliau adalah kawan baru yg aku jumpa di alam blog ni ha. Tgh2 blog hooping aku terserempak blog dia. Lps tu tgk dia nyer asben.."eh..mcm ku kenal je ini mamat.."
iya..tak syak lagi bila dia menamakan asben dia itu aizul..dan bertambah yakin bila tgk bin anak dia tu..kompem lah kwn sekolah aku dulu.Sekolah rendah dan sekolah menengah. Ayang..ur asben tu kitaorg nyer ketua kelas tau masa dajah 6.jgn memain.huhu


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag) - huhu..10 fakta ni berubah2 mengikut keadaan ni
1. Nama betul bermula dgn Ida
2. Tp lebey suka org panggil REEN walo dlm nama takde pun perkataan REEN
3. Nama REEN tu muncul masa kat uitm-sbb ms tu org nama zuraida panggil Ida,Faridah pun Ida..so..biau la ai guna REEN. Dh tu bila panggil REEN,kawan2 takmo panggil Ida dh sbb derang kata seswai nama ai REEN. Ok..ai tak kesah..ai ok ajer..lps tu skang my dear pun dh tau pun bini dipanggil REEN.
4. UiTM di hatiku krn menimba ilmu di uitm (Melaka) slma 5 thn.
5.Baru je jd mrs kpd my dear. (baru ker?? buleh lah tu - 5 bulan kan)
6.Keja pun baru 5 thn stgh (wahh..suma 5 lah)
7.Anak bongsu iaitu ke-5 (5 lagik)
8.Sgt suka berjalan2 (ayang..kita sama arr..my dear asben pun cukup maleh nak kuar berjalan esp jauh2)
9.Lahir 14 Dis
10.Yg last ni tatau fakta ke auta ke apa..huhu..-
Waktu ini paling mengelak dgn soklan 'dah mengandung ker??..buleh buat ai stress tao..tp takpe la..itu maknanya orang mmg concern dgn puanstoberi kan?


4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
-aloha..ini bikin ai pening tao..tatau nak tag sapa..tentah suma org dh buat tag ini kan??
Tp takpe..sesapa melawat blog ai silalah buat tag ini yer.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda".
ok! ('',)

Thursday, May 14, 2009

~masak apa?~

Aku kan sejak2 jadi bini nih (ewah..bini dh yer?eh..masih tidak sedar dirikah aku ini?..haha..bkn per..aku kalo dpt surat ke memo ke org tulis Puan tu..aku slalu rs mcm tak sedar diri dh jdi Puan.)

Ulang balik ayat..

Aku kan sejak2 jadi bini nih..mesti nak pikir balik kang nak masak apa.. start nak lunch tu aku pikir dh..tp slalu aku dh pikir stlh aku siap masak pd hari sebelumnya.
Jd..bila aku dh tau nak masak apa..aku akan unfreeze kan segala ayam ke ikan ke sesiap pagi tu sblm gi keja. Makna dr tpt beku tu aku bwk turun kat bhgn bwh. Nati kalo balik ptg..kejap je la dia unfreeze.
Tp ada gak mcm aku ttiba je nak tukar menu..itu aku sumbat je dlm microwave..unfreeze la dia. Tp sihat ke camtu?? aku rs mcm tak berapa sihat je unfreeze guna microwave nih.Tp..lantak lah! Haha.

Ptg ni aku nak msk apa tah..ha..nasik goreng buleh tak?
Tp..nasik goreng elok nasik nya masak awal..kata chef wan la..lebey 3 jam ke apa ke tah.
Tp..apa ada hal..buleh ajek kan.

Tau dak bdn aku mendadak naik sbb aku slalu makan nasik waktu mlm.
Ha..kalo dulu ms bujang aku leh la mentekadarah megi ke apa ke..tp skang rs mcm tak snggup lak aku nak wat camtu kat laki aku.Lelebih lagi dia dh biasa duk ngan mak dia yg mana makan terjaga..lain le kalo mmg yg biasa duk umah sewa tu kan.
Jd, dh kawen ni dlm seminggu mmg 4,5kali gak la makan nasik waktu malam.

Tp nyer..incik asben dh kata..dia tak kesah pun makan apa2 je.
Tu aku nak wat satu jadual menu which makan secara sihat. Bukan makan nasik je. Retu gigih aku google dh.Jumpa web nih .
Aku dh wat BMI index kat facebook tadi..dpt result OK..jd kena la maintain okeh.

2 ari lepas aku msk makaroni goreng. Terbanyak..siap leh bagi org sebelah lagik. Hua hua. Yg jd mangsa menganto nyer adalah incik asben.Bkn slalu aku anto makanan kat org sblh..ni saja je.. makaroni ni bukan cam mee ke bihun..dia napak je sket..tp kalo dh masuk dgn bahan2 dia tu..ha..selambak ko. Sblm tu aku dh gigih bgn pagi masak utk bwk ke opis which ramai gak leh rasa.

Lps tu 2 minggu lps tingin banget nak mkn laksa. Nak tunggu blk kg lambat lagi. Aku pun gigih masak dan bwk umah mentua aku. Skali mak mentua aku kata dia tak mkn laksa. Takpe.. adik n akak ipau aku makan.

Kesimpulan nya.. aku mmg sker la masak2 nih walo tak ler pandai beno. Suka masak dan kasik org makan lak tu. Suka nak buat makan2 kat umah walo tak ari raya pun.
Tah..org lain mesti cam terkejut je kalo aku kata aku balik keja ptg2 aku msk.
Haha.Mebi sbb muka aku ni cam muka pemalas nak msk kut.
Lg pun derang kata kat kawasan umah aku tu kan terkenal ngan kedai makannya.
Erkk..tak lalu okeh..kalo ttiap mlm mkn tomyam,sup cendawan..
Rasa..dh 5 bln kawen ni baru sekali aku pi makan luar.Yg bebtul makan la.Makna order..tunggu dan makan mcm masa dating dedulu tu.
Lain tu bukan la aku masak hehari..beli burger ke, nasik lemak ke
Tah..rasa puas je kalo masak kan??

Nak tgk gambo aku masak2..haha..aku penah snap gambo lps aku hidang2 tu..lps tu incik asben sergah "hah! itu pun nak amik gamba" huhu..trus sentap..mls nak amik dh..tapi dia tak la marah..dia tau dh..lps tu dia sambung la " tu nak masuk blog la tu" dan aku pun sengih jek..

Ok..incik asben dh call..nak balik dh..ini sebenarnya saja sementara nak tunggu dia..
Dah..jum balik..
Keputusan: balik masak nasik goweng je..minyak jgn guna..guna planta. Huhu :P

~bLog~

A blog (a contraction of the term weblog) is a type of website, usually maintained by an individual with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in reverse-chronological order. "Blog" can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries. A typical blog combines text, images, and links to other blogs, Web pages, and other media related to its topic. The ability for readers to leave comments in an interactive format is an important part of many blogs. Most blogs are primarily textual, although some focus on art (artlog), photographs (photoblog), sketches (sketchblog), videos (vlog), music (MP3 blog), audio (podcasting), which are part of a wider network of social media. Micro-blogging is another type of blogging, one which consists of blogs with very short posts. As of December 2007, blog search engine Technorati was tracking more than 112 million blogs.[1] With the advent of video blogging, the word blog has taken on an even looser meaning — that of any bit of media wherein the subject expresses his opinion or simply talks about something.

taken from here

Kenapa aku ada blog?
-Tatau la sbb apa. Tp yg aku tau sejak aku menulis blog dari tahun 2005 dulu sbb aku nak ceritakan kisah suka duka bersama seseorang which aku rasa dia lah soulmate aku. Tapi lelama aku rs seronok plak ceritakan kisah lain..kisah gembira..kisah tak puas ati..memcm lah buleh citer.
Tp skang bila aku balik baca blog lama aku tu..mmg besh lah..kdg aku dh terlupa pun kisah tu.. Rasa mcm ter pegi semula ke masa lalu tu. Cewah...

Blog pertama aku?
Dari mana aku buleh cipta blog ni?
-Entah ek..aku search apatah..then terjumpa incik blogdrive ni..terus la aku menulis.Takde sapa ajo pun time tu..gamble je sendiri..tp mmg solid blog je la..aku ni pun bdk IT..apa yg ada aja la kat blog tu.

Kenangan pahit manis di blog
-Masa kat blog tu aku tak bagitau sesapa pun aku ada blog..dan tak ramai org masuk pun. Lps tu aku saja test market taruk kat signature dalam porem aku. Ms tu ramai dh singgah. Lps tu masa aku buat cerpen 'cinta si gadis atoz' lagi ramai org aku tak kenal masuk..bagi komen2.
Then kenangan aku tak leh lupa masa ada org pi kutuk2 gambo kat blog tu sbb gambo aku ada on off pakai tudung..di kutuk2 nya kata mcm org asli bukit la..pehapa tah..lps tu aku disable trus chatbox and ruangan komen *dat y kat blog aku pun skang takde chatbox*
Tu kenangan pahit..yg manis lak bila ada sorang follower nama merah..dia slalu bg kata2 yg cantik je..tah mana la dia..smpai la ni aku tak leh detect dia sapa.. Merah..sapa la awak yer??

Blog aku skrang?? dan kenapa tukar blog?
-Ini la blog aku skang..tukar sbb saja..haha..suma kawan pakai blogspot..aku pun gatai la kan nak jd blogger.kui kui kui..buleh ke camtu??

Apa yg aku dapat di blog?
-Dapat apa?Kalo dulu takde la dpt apa2..tp sejak tuko blogspot ni dpt kawan2 baru. Sebut pasal kawan baru ni..buleh jugak terjumpa kawan lama..retu aku jalan2 blog org..terjumpa blog kawan lama..eh..ekceli bukan kawan lama la..blog isteri kawan lama aku. Tk sgka lak kan. ** say hi to my new friend-- ayang --** (",) wife pd kawan sekolah aku ms sekolah rendah n menengah..si Aizul.

Blog cemna aku suka baca?
-Aku suka blog yg sempoi je. Ayat2 pun selamba je. Dan aku suka satu2 blog tu bila aku masuk 4 d 1st time trus mcm jatuh chenta je..hehehe..ada 2,3 blog yg aku suka..dan jd silent reader..heheh.

Harapan kepada blog anda?
-Takde la harapan apa2. Blog aku ni pun bukan kategori blog bes pun. Bkn ada info apa2. Cuma aku takmo la blog aku dikategori blog 'sampah' je kan..citer entah hapa2. Harap2 ada la citer yg boleh aku ceritakan pada sesapa baca dan ter singgah blog aku ni.
Dan harap takde la aku dpt komen2 mcm dulu yg menybbkan aku disable terus ruangan komen.. tp..patut as blogger kita kena terima komen apapun..
Aku leh terima komen..tp sila perkenalkan diri anda..mana aci ko kenal aku..aku tak kenal ko kan.Huhu.

pnstoberi: Bila la nak buat blog yg memberikan manafaat kpd org lain ek..cam blog keta mayat tu.huhu :P

Tuesday, May 12, 2009

~kELirU sUdAH~

NIZAR ADALAH MB YANG SAH

May 11, 2009 · Print This Article


Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah tinggi hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh MB Kudeta Zambry akan dikaji semula.

“Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah. Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009.”

>>>>> artikel from here

>>>>>Tup2 aku masuk utusan online ada lak citer ni..terkini la kiranya kut

Mahkamah Rayuan tangguh sementara perintah Mahkamah Tinggi isytihar Nizar MB Perak yang sah

12/05/2009 1:44pm

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Ramli Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi itu. - Utusan


Apa nak dikata kome' oii..

Aku speechless. Tak phm pun ada. Confius pun ada. Kalo tak kerana negeri tanah tumpah darah aku mmg aku malas nak pikir.

Tk sangka lak berlanjutan smpai gini gayanya.

Buleh tak kalo aku amik pendekatan nih 'lantak kome la situ..yg penting keja aku,gaji aku jalan gak' Haha.

Yg nyata..keadaan negeri aku tu sama je..ni ujung minggu ni cdg nak balik sana.

Entah. Aku tatau nak komen apa. Cuma aku nak tempek kat blog aku ni supaya leh jadikan kenang-kenangan suatu hari nati atau hari ini dalam sejarah.

Nak kata aku pro 'kanan' atau pro 'kiri' aku pun tatau. Yg nyata hari tu..pada 08 Mac 2008 aku telah menunaikan tanggungjawab aku sbg rakyat Mesia khususnya dan sebagai pengundi amnya. Pepandai la org yg diberi tanggungjawab oleh org yg menunaikan tanggungjawab ni menjalankan tanggungjawabnya. Kalo tidak nati..tak terjawab lak di 'sana' nati.

puanstoberi : sekali sekala membincangkan soal negara la plak kan..haha :D

Monday, May 11, 2009

~IbU~

Slamat hari ibu..

Utk emak ku yg tersayang.

Juga ibu mertua ku.

kedua2nya sudah ku wish smlm.

Emak pun ari Sabtu tu abg cik dh bwk pi makan Mee Udang Banjir kat Kuala Sepetang.

Wahh...balik ni nati nak bwk mak lah lagi skali ke sana.

Mak kata derang gi ptg jd tak sempat jalan2.

Apa kata aku bwk mak pagi2.

Nati sempat la jalan2.

Mesti ada jual mkanan laut kat kuala sepetang tu kan.Boleh beli udang kering, ikan bilis (apa tah kepala hotak ingat shopping jer...)

Mak kata Mee Banjir Udang tu ramai giler org (err..mak aku tak sebut la perkataan 'giler' tu...aku je gambarkan semula)

Kan Mee Banjir Udang tu dh masuk Majalah 3 skali. Yg ranc Warong Kita tu skali.

Mak kata byk lagi kedai lain..tp kedai itu gak org ramai.

Wahhh...ini buatkan aku tak sbr nak pi.

Nati kalo pi aku tgkp gambo ye..supaya kita buleh bayangkan "kegilaan" itu.

Dan tak lupa utk semua kawan2 yg telah menjadi ibu..sy ucapkan juga selamat hari ibu.

Pnstoberi: harap2 next year ada org wish aku slmt hari ibu lak :)

Tuesday, May 5, 2009

~E41~

Interview dalaman lak ari ni...

Smlm ramai yg tnya aku masuk ke tak interview ari ni..
Sng je jwpn aku 'tk sempat nak mintak retu..kan borang kuar ms akak(aku) sebuk2 nak kawen'
Seb bek mcm ada BIG excuses..kononnya lah..

Walhal..mmg aku taknak mintak..

Kecewa kah?
Ntah..

Serik kah??
Ntah...

Tp kejadian di hari lahir aku ke 28 dulu mmg mcm baru je lagi.
Sbb menda tu la aku rasa berat ati sgt nak apply
Tp..tu suma dh qada dan qadar dari Allah.
Tentu ada hikmah nya..
Tuhan Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya..

Smlm dh hati ke hati ngan my dear pasal menda nih..luckily my husband also my opismet (wahh..satu lagi advantage dpt laki seopis nih..nak cite kerenah birokrasi pun sonang..tak perlu la citer from a to z) Dia dengau je la pot pet binik dia nih.

Tunggu la satu ketika nati..ketika org tu dh tak duduk di situ..mungkin aku mintak balik.

Lagipun byk menda yg aku nak buat..tak terbuat2...entah la..umo pun dh makin byk bilangannya nih..

Jauh di sudut hati..ada gak rasa "terpilu" bila tgk derang tgh queue utk masuk intebiu tu ye..
Ada gak rasa.. "apa la aku ni..mana tau kut ada rezeki"
Entah...aku malas nak mengharap dan berharap dan diharap..
Jd bila mcm ni..tak isi borang..tak dipanggil..mudah.. :)
(come on Ida..just smile..this is ur choice..)
pnstoberi :: rezeki..kdg tu kalo bukan rezeki kita dh masuk dlm mulut pun buleh terkeluar balik.

Monday, May 4, 2009

~MeE bAndUNg MuAr~


gambar from here


Wahh..gitu..tajuk cam delicious je kan..
Cam nak tempek resepi gitu.
Hua Hua Hua.

I'm craving for mee bandung muar.
Ni suma ari tu la tu..nengok ranc warung kita kat astro prima tu.
Minggu ni dia pi kat muar. Wah..ngancam lak aku nengok si farouk tu makan mee bandung.
Ekceli every week aku tgk ranc. warung kita ni. Bes sbb dia tak la mcm JJCM tu. Itu rega thp makan sekali sekali buleh la..kalo restoran yg mee sepinggan RM15..mmg tak dapek la. Tp ranc. warung kita ni mmg dia carik kedai2/restoran biasa2 je. Retu ada ms kat penang tu..dia mkn kat mana tah yg kedai roti canai tu. Aku penah mkn tu ngan ex aku. (nak ckp jugakk....haha) kedai tu biasa..ada dinding tapi..tepi dinding la.mmg sempoi abish la. (hana..ini kategori apa ni..kedai ini berdinding..tp..pakai dinding kedai lain lah..huhu)

Jd berbalik kpd kisah mee bandung muar nih.
Dulu aku tak berapa sker mee bandung..tup2 dulu ada kat kafe aku buat menda ni..aku jd sker lak. Tp tu aku tak rasa original mee bandung muar. Mesti lagi sedap. Skang ni org kafe tu pun dh benti..jd lama dh aku tk makan mee bandung. Kat KL ni kat mana yg sedap ek.

Tp..craving aku ni..aku nak makan kat Muar.
Alasan lain adalah..sambil mkn Mee aku leh melawat Ila.
Agak2 buleh pakai ke alasan tu utk pujuk my dear.
Aku rs mcm tipis je alasan tu.

Ni kalo mcm ni..mmg setimbun la soklan tipikal aku akan dpt spti :-
" Reen..ko ngidam ek?" (huhu..ini soklan pertama Ila bila aku msg kata kat dia nak mkn mee bandung Muar td)
"Ida..dh ada isi ke?"
Atau soklan..ehh...bukan soklan..ayat penyata dari kak naps "ha..dh ada la tu..ngidam mee bandung tu"

Aku pun td sesambil buat keja gigih la men goggle kedai2 yg bes. Dpt la beberapa nama spti mee bandung central,mee bandung pak abu (Wah San).Retu kat ranc. warung kita tu dia kata kedai apa tah..bentayan ke apa tah. Tak ingat aku. Tp ramai yg suggest mee bandung pak abu tu.

Bila yer plan nak pi nih??? bukan jauh sgt pun. Tp..bukan sng ni nak mujuk my dear nih. Kena jampi2 sket nih. Hua hua hua