Tuesday, December 21, 2010

~Pasal Perkahwinan : Suami Isteri Sepejabat~

*awas! entry ini pjg, tak perlu baca pun takpe sbb berjela dan takde kepentingan pun. Tp kalo nak baca gak, at ur own risk yer. Mekasih :) *

Aku da lama nak wat citer pasal kesah suami isteri seopis ni. Dari entry yg ni lagi. Perkahwinan

Sblm tu aku nak kabo le pada suma yg ter baca entry ni, ini adalah luahan hati empunya blog. Tidak ada niat nak menyakitkan hati org, meng annoying kan org, menunjuk ke apa. Baca then lupakan. Jgn ambil hati dan ke'ki (gugel utk tau maknanya).

Kat opis ni, di HQ shj ada lebih kurang 10 psgn yg asben wife seopis include me lah. Yg seopis tp bkan sama di HQ pun ada. Yg dah lama ada, yg baru pun ada. So, kira bertemu jodoh di opis. Nak citer cena aku leh terjatuh chenta ke hapa ke ngan asben aku, aku rasa tak perlu la kut sbb kat blog lama dulu aku da citer panjang lebo.

So, skang ni citer more to perasaan lah. Perasaan bila suami isteri se opis. Bukan mudah sebenarnya. Aku rasa better lah berlainan opis. Tp setiap yg kita buat mmg la ada pro n con kan. Kalo seopis ni yg paling mudah aku rasa adalah dari segi penjimatan kos kenderaan. Perlukan hnya sebijik kenderaan je ke opis ni. 

Bila seopis ni kita kena jaga la 'budi pekerti'. Meaning jgn la citer pasal2 hal hal umahtangga sgt, sbb aku ada terdengar la sorang ni citer pasal wife dia which mmg seopis gak. Eh. Aku rasa tak patut sbb kawan2 lain tu pun kenal wife dia. Aku terasa kalo la laki aku citer mcm tu mesti aku sedih and same goes his wife. 

Juga bila aku tak beranak smpai skang ni pun aku kena gak la tahan tinger. Aku bab bab lain aku masih boleh utk suci hati. Tp bila bab kata aku tak pandai main, bila dijadikan bahan lawak bab suami isteri mmg aku masih belum boleh control. Aku pun tatau kenapa. Aku masih benci pada org yg me lucu kan suma tu. Aku tak boleh suci hati. Itu lah keburukan aku. Patut aku maaf kan je derang bila derang kata "eh..ko tak pandai 'main' sbb tu ko tak boleh beranak lagi". Seriyes. Mmg aku penah kena kata camtu. Aku just senyum je. Dlm hati, Tuhan yang tahu. Dan aku mcm terasa rasa derang nak kata 'sapa yg bermasalah ni..dia ke or laki dia".

Lps tu kena jaga gak pergerakan kita. Nak meriak tu tidak la tp sehingga 2 thn ni aku tak penah lunch date pun ngan laki aku kat opis. Seriyes!. Sekali pun tak pernah. Baik aku mahupun laki aku mmg kalo boleh kat opis malas la nak tunjuk sgt walhal boleh je. Lantak pi la kan. Tapi kalo ter serempak tu, dia tgh makan aku join la skali. Dia ngan kawan dia, aku dgn kawan aku.

Tapiii...haaa..ada tapinya. Kena gak la tahan tinger. Aku penah kena 'eleh ko ni Ida, kat umah nak makan sama ngan Lan, kat opis ni pun nak duk sama gak'. Bagai kena panahan petir aku rasa lawak itu. Kan aku kata, bab lain aku cuba utk mensuci hati tp bab anak, bab suami isteri aku jadi amat sensitip. Reaksi aku - angkat pinggan duk tpt lain. Ya Allah...jarang ...sgt sgt jarang aku nak makan bersebelahan dgn suami aku, kat opis ni, tp lawak org tu mcm aku sentiasa berdampingan dgn laki aku doplohpatjam kat opis ni. Tuhan, ampunkan lah aku. Aku tau dia ber lawak, cuma ber lucu, tp aku anggap org tu really mean it.  Aku tak boleh suci hati dan aku anggap dia mmg maksud kan bahawa dia annoy, jelak, menyampah tgk aku makan sblh suami aku.

Lantak la derang kata aku tak boleh berlawak pun, tp as I said, bab lain aku buleh accept, aku buleh tebalkan telinga tp kalo kata aku tak pandai main, nak kata aku ni melekap je kat laki aku mmg susah aku nak suci hati.

Dan kang aku makan meja lain, ada plak lagi yg dtg 'eh, Ida...gaduh dgn Lan eh..jauh jauh je makan'. Ok, tell me now, cemana aku nak puaskan hati mereka. Benci! Pasangan lain mungkin tak terasa sbb mereka sekufu. Mungkin jugak ketidak sekefuan kami menyebabkan  mereka amat 'prihatin'. Entah! Mmg sentiasa di perhatikan, itu dah semestinya.

Tu tak masuk lagi org ckp kat aku, yg aku ni control laki aku. Yg aku ni garang ngan laki aku. Seriyes. Kalo ikut mmg tak tahan. Kan aku kata, derang napak kan aku ni mcm garang, pastu agak jauh jugak post dgn laki aku, so mmg cpt tul derang buat andaian. Aku rasa hal hal umah tangga aku, aku harap tak perlu la buat andaian. Aku rasa, aku dan suami tahu apa yg terbaek utk kami berdua.

Agaknya perlu ke aku bercium dpn derang utk kata aku ni tak control laki aku. Perlukah salu berdampingan? Tp nak makan bersebelahan pun dah dijadikan bahan lawak sinikal, apatah lagi nak berkepit doplohpatjam! Bak kata che sue retu, apa derang pasang CCTV ke kat umah aku pantau kata aku ni garang ngan laki aku, control laki aku. Eh. Elo...kalo aku control laki aku idak la laki aku se 'bulat' itu. Harus la kurus kering merana badan.

Sapa seopis yg baca ni dan ada niat plak nak printkan entry aku ni dan nak pi gitau kat si polan polan, aku nasihatkan tak perlu la buat camtu. Tak elok la kan bwk citer org sana sini. Dah baca, baca lah. Takyah la nak jaja citer aku kat blog ni.  Pi tanya kat org "eh, ko rasa Ida ni cakap pasal ko ke ah, cuba baca dia tulis kat blog ni". Igt dulu? Ada org penah wat camtu kan. Tau apa effect dia? Aku nak cashkan duit dah ni. Org tu dpt apa? Org tu mmg tak dpt kepercayaan dari aku dah. Penah ada org nak bagi duit RM50 ke RM100 kat org tu tak memasal? Takde kan? Tapi sbb org tu dulu la aku dpt cash tak memasal (atas usaha gak la ekceli). Bukan masuk SKT keja pun menda2 camni. Tk payah la nak susah2 print. Dah la ink printer opis pun nyawa2 ikan skang ni. Pi solat sunat lagi bagus la. Tp kalo dah dasar penyibuk hal org, go ahead. Pi la sebarkan citer nih. Aku doakan ko bahagia la dgn menyebarkan citer org ni.

Lps tu kalo la ada yg terbaca dan terasa mcm eh, melampau Ida ni, kata aku nih, siap dia, nati aku pancitkan keta dia. Ok, aku mintak maaf dulu lah. Tak perlu la susah susah nak SMS aku jela jela, emel aku ke apa ke (tu yg aku kena dulu, kata ada misscom la apa lah). Leceh!. Aku tak maksudkan sapa sapa pun kat sini. Just nak share perasaan aku dpt pasangan seopis. Tak perlu lah, nak dtg balik kat aku, tanya aku terasa ke apa ke. Suma da dewasa, suma dah matang, dah tau mana baik mana buruk kan.

Tu la, ada susah dan senang nya bila suami isteri seopis ni tambahan pula duk di persekitaran byk kak nap, kak nam, kepochi dan apa lagi lah namanya si penyibuk tu. Kalo opis korang jenis bukan camtu, Alhamdulillah sgt. Tp prinsip aku senang je. Ada Aku Kesah?. Bukan kak nap kak nap or pak nam pak nam tu yg bagi rezeki kat aku. Tah sakit tang mana la derang nak annoy annoy aku tu. Kalo derang annoy, aku lagi 40 kali annoy dgn kata kata yg kononnya 'alah..nak gurau pun tak boleh'.

Pic : Google

10 comments:

chentaMAYA said...

grr. pnjg gile!

Anonymous said...

payah bila keja ngan MOSTLY melayu..everything nk dicuit..

E K A said...

kita serupa..ada juga yg kata eka control en suami.ada ke patut...eka sket punya baik leh dia kata camtu...haisyyy..wat tak tau je

Irtiyah said...

salam

uhhh panas entri ni...
siap print? haha.. dasar busy body

Hezesuze said...

fuhhhh berpeluh baca n3 uols nie ekekekeke...alaaa dulik jek apa org nak kata yg penting uols bahagia huhu

cikbedahlaser said...

selamat berjuang.. jgn kan dok seopis.. dok lain2 opis pon bosan dgr org ckp... "ko x pandai main ni.."
WTH... pandai sgt ke ko tu main... tunjuk tgk...

Hida Kadiso said...

caya la kak ida.. sape mkn cili die rase pedas..

puanstoberi said...

chentamaya :
Kan da warning kat atas tu. tehehehehe'

Che sue :
Umm..kalo kata kat derang, sure derang kata aku yg lebih lebih nak terasa bila dicuit :C

Eka :
Eh. tak ramai pun ada kak nap jugak. Umm..memana pun sama rupanya ya. Emm..mmg buat tatau, kalo tau lama dah ku tempek poster kat kete meke. Poster yg tnda syyy kat library tu. mueheheeh

Irtiyah :
Rasa mcm tak panas. Panas eh. Huhu.
Ha la..kena print. Thn lps kan ada kes tu. Takde keja lain meke tu. Geram tau.

Heze :
Aiols da warning kat uols.... ni buat tatau la ni uols. Tp geremmm... (T_T)

CBL
Derang pandai main la tu. Anak berkoyan koyan

eda_ej :
Tu la..tak niat pun nak bagi derang makan cili, tp tu lah..lebih kurang tu lah.. tehehehhe ("__ ")

Yan said...

wow! dahsyat jugak ye mulut2 dorang..

ni mengingatkan yan ngan opis lame kat kilang XXX.. mmg mulut masing cam %&^*&^*%*^. Ske mencarut, ske sibuk hal umahtangga orang.. ishh mmg menyakitkan ati..
samela cam yanpun.. ko nak gurau benda lain bleh.. tp klu sentuh bab laki2.. mmg cepat kecik ati.. ade je benda diorang nak menyound kite..
itu laki lain tempat keje tu.. bukan satu tempat keje.. tp sbb derang kan bz body (janda sbnarnye).. tu yg semua laki orang dia kenal.

puanstoberi said...

Yan :
Yg buat lagi gereeeemmm tu yg sebok sebok tu bkn kawan baek ngan kita pun. Tp mcm dia la serba serbi tahu.

Tp tak la suma, ada yg mmg betul betul nak tolong. Tah... tang mana derang sakit tgk kita tu kan Yan. ("_")