Saturday, July 31, 2010

~Pasal Trip Ogos ini~

S. O. P untuk trip ini (poyo aje. nak gi jalan pun ada s.o.p bagai. sekeh laju2)

1. Booked tiket. Bulan 5 da booked dan tiket dpt la rega yg berbaloi2 jugak. Nak kata 0 ringgit tu tidak lah kan.



2. Isi form utk ke luar negara atas urusan persendirian (prosedur utk semua penjawat awam. Harus kemukakan form ini ke kementerian memasing stlh mendapat kelulusan Ketua Jabatan). Ada nama rakan ku disitu. Hehe.

3. Walau skang kami apply cuti thro' sistem HRMIS, utk ke luar negara borang cuti harus disertakan bersama borang tersebut.


4. Bayar deposit utk penginapan - makan - pengangkutan di sana. Trip ini dianggotai (?) oleh 15 org. Dan kami guna ejen direct sana sbb ada ahli rombongan da biasa liase dgn ejen tersebut.


5. Buat passport.
6. Tukar duit. (tetiba jadi jutawan. Haha). Saya juga tukar duit USD. Sbb saja nak reserve. In case nak guna kita tukar kat sana. If tk guna, kita jual balik kat sini. Kalo jual USD lebih tinggi nilainya dari IDR.

7. Ready to fly.

Ok suma.. i'm away from 1 - 3 Ogos. Doakan saya selamat pegi selamat balik. Maaf, tk dpt terima suma kiriman. Al-maklumlah luggage saya cuma 15kg je. Sah la tujuan saya ke sana nak shopping (utk raya ni) kan. Tp saya sedia menerima kiriman mee bandung dan air bandung. Bye suma...!!

Friday, July 30, 2010

~Pasal Mimpi~


http://www.womenshealthmag.com/files/images/0812-sleep-myths_0.jpg


Menda ni dah 2 ari berlaku.
Smlm my dear gitau dia mimpikan sesuatu.
Dan.
Aku juga bermimpi berkaitan menda yg sama.
Pada malam yang sama.

Tp bila aku tgk tafsir mimpi yg aku gugel.
Aku jadi tak sedap ati.
Ah! Mimpi hanya mainan tidur kan.
Walau pun pada hakikatnya, aku ingin mimpi tersebut jadi kenyataan.

Aku malas nak reveal citer tu kat sini.
So..cam biasa lah.
Ayuh ke blog sebelah k.

Thursday, July 29, 2010

~Pasal Makan Keowtiow~

Retu kan aku bebising pasal keowtiow kan.
Akhirnya dapat jugak makan.
Memula makan kat JJ, tpt aku sker tu.
Then makan kat TTwangsa. Setap oih. Nom nom nom.
Memula igt nak makan tpt yg fofular tu - Mali's Corner kat Danau Kota tu kan.
Then my dear kata "jum kita makan yg kat ttwangsa tu.
Ini pun aku ada gak baca kat blog org kata sedap jugak.
My dear kata dulu kedai ini kecil sahaja.
Tp skang udah besar. Jadi aku simpulkan mmg sedap la masakan dia.
Kut tak takkan leh untung besar dan besarkan kedai dia.

So, lps Maghrib pada hari tersebut (tah..tk igt bila tah. Sblm promosi kut)
Lelaju p ttwangsa.
Lokasi kedai tersebut adalah berhampiran IB dan berhadapan dgn tokong cina kat TTwangsa tu.

Nama kedai tu Sany (ke Sony) Char Keow Tiow. Aku nak amik gmbr bunting tu dekat2. Tp segan oih. So, amik sipi2 je.

Kami pesan CKT sepesel n nasik goreng kampung.

Air kami pada hari tersebut (ahahahaha..aku jarang..jarang..dan jarang buat entry gaya camni. Rasa nak tergelak pun ada. Sesekali tingin jugak sbb salu tgk dlm blog org buat ceni. Hik hik. Sweet jugak kan buat ceni).
Ku order air temikai laici. My dear teh o ais.

Nasik goreng kg ekceli utk aku.

Tp bila sampai CKT nieh...aku tak mampu lagi..

Trus aku tukar dan CKT ini telah menjadi milik ku.
Sila tau yg memula telur tu aku da angkat masuk pinggan nasik goreng my dear. Tetiba aku tingat nak amik gmbr. Aku suh laki aku angkat balik masuk pinggan CKT tu. Keh keh keh. Pehtu my dear kata "cpt la amik..org tgk tu" Hahaha.

Sedap wes. Haros repeat. CKT spesel RM5. Kalo spesel dia ada telur setempek tu ngan lebih udang. Udang thp Mee Udang kat Kuala Sepetang tu yer. Bkn anak anak udang yer. Kalo biasa nyer RM4.00 ke Rm4.50 tah. Lupa. Nasik goreng pun sedap. Berapa inggit eh. Rm4 kut. Lupa la..

Smpat tnya kat akak yg kira duit. Dia kata bkk dari kul 7 smpai..er..sampai kul brapa eh? Lupa jugak. Eh aku ni. Suma lupa la plak. Smpai malam malam la kut. Hehe.

Ok, pasni kalo craving lagi da tau tpt bes. Yey!! Tp nak rasa gak la Malis tu. My dear kata sama je rasa. Ummm....
Jemput makan kawan kawan....

Tuesday, July 27, 2010

~Pasal Trip Itu~

Owh. Tgh menghitung hari ke trip itu.
Haha. Menyampah tak rasa sbb masih taknak gitau trip ke mana.
Padahal ada je ckp2 cara tak langsung.
Haha. Kan dalam prosedur ber fb yg kita tak buleh gitau kita nak kemana. Bahaya!
Haha. Rasa mcm nak sepak diri sendiri.
Tp teruja punya pasal. Nak jugak tepek pasal tempat penginapan yg diberitahu oleh agen.
Umm.. trip kami menggunakan agen direct di sana.


Bilik mcm ni pun da ok sangat.

Nom nom nom (ini adalah menunjukkan aku teruja. Patut digunakan hanya utk makanan. Tp aku da nom nom nom kan utk menunjukkan aku teruja. Haha)
Tp mmg tau bukan ini bilik yg ditempah utk kami.

Insyaallah kami akan berkampung di sini - Cemerlang

Eh. Kata tak buleh bagitau. Skang ni bukan saja bagitau nak kemana malah tpt penginapan pun da disiarkan. Isk. Isk. Isk....

~Mansion Di Atas Kayangan - Progress~

Pagi Isnin yang permai. Bkk je mata pagi tu, pandang tingkap. Ya Allah.. da terang.

Pandang jam. Hah! giler... dah kul 7am. Haaa... kesiangan..
Tau je lah kalo bangun terkejut ni kan dia akan rasa pening.
Trus lelaju kejut my dear - capai towel - berdesup masuk b.air- dlm keadaan pening. Mujur da iron baju memalam tu. Biasa aku mmg liat sket nak iron baju waktu mlm. Salu hegeh2 pagi tu jugak. Umm.. da la kena jadi petugas sambutan utk sidang media pagi tu.
Sup sap sup sap. Kul 7.40am kuar umah. Masuk keta-bagi enjin panas sat-gerak 7.45am. Mmg bajet smpai opis lewat la. Nasebbb.
Dgn rasa nak terberak suma kan. Huih. Ni tak terjaga ni mesti sbb aku da tak igt cuti ke tak sbb asik keja je walo ari Sabtu dan Ahad.
Then oleh krn kiterang masa Promosi ni paking jauh sket dari opis, my dear antar aku dulu. Lelaju naik opis. Lif plak lambat. Umm..tau sure tak sempat neh. Gelabah - gelabah (ala..bkn apa pun..kad masih bersih takde merah okeh..tp malas nak amik sign bos)
Then touch staff kad kat pintu masuk, tgk jam kat censor mesin (ke panggil apa tah) tu 8.01. Tau..sure merah dah ni.
Skali... awww... 7.59 okeh (mmg jam kat sensor tu ngan kat mesin punch kad berbeza). Seronoknya. Haha.
So, moral of d story - tau kan kenapa aku harus carik umah tgh2 KL waktu 'muda2' nih. Ye la. kalo da beranak renek sok mmg takde kesiangan la sbb sure anak2 jd alarm clock nyer. Mengkalo la aku ikut kata org tu yg suh beli umah bertanah yg sama rega dgn umah aku tu tp kalo aku kesiangan bangun kul 7, adakah sempat aku punch kad tnpa bertukar kaler merah? Sempat?? sempat?? ko byg kan la, let's say Rawang. Ko hadap la jem tersengguk2 kat jalan Kuching tu kalo kul 7 lebih. Silap hb trus msg bos - Puan, saya EL, sakit kepala. Hoho.
Ok. Berbalik pada topik sebenar.

Lama da aku tak stori about my mansion.
Saja..takmo la teruja sgt. Takut nati duk tunggu..dan tunggu...dan tunggu.
Tp sejak developer anta surat laju2 ke treasury suh byr ni terpaksa rasa teruja.
Haha.
Yelah..baru 2 minggu lps rasanya dia antar surat yg kata da siap utk phase (c)-stage2, skang da antar surat utk phase (d) -stage 2.
Utk info, mansion aku ni ada stage 2, 3, 4 and 5. Jgn tnya mana stage 1, ku tatau. Then dlm stage 2 ada phase (a) till (h). Kira major construction adalah dlm stage 2.
So, sejak dari aku dpt S n P till now, progress dia da 45%. Mau aku tak teruja. Tk smpai setahun da siap hmpir 1/2. Aku tau bkn sng la nak masuk cpt2, nak amik vacant possession tu. Tp hati aku lega bila napak progress dia bergerak smoothly. Syukur sangat2 sbb aku paling takut dia jadi 'sakit'. But then, aku pula berpegang bila developer yg amik projek 'sakit', maka kebarangkalian projek ni 'sakit' semula adalah rendah. Begitu lah kata mereka yg berpengalaman. Sbb umah aku ni adalah umah yg projek sakit bagi blok A,B dan C. Dan developer skang ni amik alih dan siapkan blok D (see.. ada hikmahnya sakit sbb kalo dia sihat tentu aku tak dpt beli sbb keempat2 blok ni patut siap dlm thn 2007 kut. Tah..tak ingat). Walo pun begitu, aku sering berdoa agar takde la kemungkinan2 tak elok berlaku. Moga semuanya berjalan lancar.

Lepas ni utk internal dan external plastering pulak. Then sewerage works, drains, roads and da masuk stage 3. Yahuu... nom nom nom. Eh ter excited smpai buat tulisan yg makan makanan sedap.
Teruja teruja jugak tp mcm berdebar pun ada. Eh. Mcm nak nikah plak ada debar debar neh. Debar la weh. Banyak duit nak pakai kalo ikut plan yg ada dlm kepala hotak neh. Nak bikin bilik ayor yg ada tempered glass lah (konon mcm hotel tuh), nak beli buaian rotan gantung kat balkoni (aku risau runtuh balkoni org tgkt atas je), nak buat akurium yg melekat trus kat dinding tu, yg mcm ni.

Lain2 keperluan mcm air-cond (okeh..yg ni asik mendpt tentangan dr my dear sbb aku kata nak buh kat every each bilik-proposal ditolak-so,kita ganti kipas dinding sudah. Bilik utama je air-cond), kitchen kabinet, grille, tv plasma/LED/LCD (atau 3D) etc. etc.

Byk pakai duit. Tp nati developer akan pulang balik sejumlah duit. Sapa pinjam treasury tau lah duit apa kan. Lelain sila pakai duit terpijak. Haha.

Aku rasa aku da kena start buat bajet. Kut tak nati masuk je lah umah dgn tema 'apa yg ada'. Huhu. Seb bek umah mmg da ada tiles. Kut tak kena pikir lagi tiles.

Umm.. nati nak cat umah kaler apa eh? Orange?? Haha. Harus kena reject lagi proposal dgn incik my dear dan dia pasti akan kata 'pakai je la warna yg sedia ada'.

Dah. Dah. Masuk 50% siap nati baru leh start berangan okeh.

Sunday, July 25, 2010

~Pasal Sogo KL~

http://en.wikipedia.org/wiki/File:KLSOGO01.jpg

Sogo Co., Ltd. is a department store chain that operates an extensive network of branches in Japan. It once owned stores in locations as diverse as Beijing & Hong Kong in China, Taipei in Taiwan, Jakarta & Surabaya in Indonesia, Kuala Lumpur in Malaysia, Singapore, Bangkok in Thailand, London in United Kingdom, but most of these international branches are now operated by independent franchises.

SOGO, Kuala Lumpur (also known as KL SOGO) is a large single department store in Malaysia. It is located at a site formerly occupied by Suleiman Courts apartments located at Jalan Tuanku Abdul Rahman, one of the main shopping streets of Kuala Lumpur. KL SOGO commenced business on 18 January 1994.

Haha. Tetiba aku gugel kat wikipedia pasal SOGO. Tah.. rasa cam pelik. Apsal ramai sgt suka shopping kat Sogo nih? Murah eh? Entah.. aku salu pegi Sogo. Buleh katakan tetiap bulan. Tp no no no..bkn utk shopping. Tp utk ke kotak merah

Tp tipu la kalo aku kata aku tak penah shopping kat Sogo tu. Aku rasa memana org esp yg duk KL mmg penah la masuk /shopping kat Sogo neh. Tpt paling melaut maknosia. Tk penah tak ramai. (kalo tak, takkan smpai ada kes ilang anak satu ketika dulu kan). Dan tpt yg tetiap hari ada sales. Tk caya masuk la tgk.

Td pegi Sogo. Sorang2. Since married 1 year n a half, ni 1st time rasa nya aku drive n paking dlm tu. Salu kalo pi kotak merah my dear drop kat dpn tu. Kang balik rakan se kotak merah aku tu anta la balik. Mmg td bajet gi pepagi n wish org tak ramai lagi. Skali..da q kereta masuk paking. Masa tu kul 10.20 okeh. Baru 20 minit dia bkk. Derang ni dtg lps subuh ke weh. Paking B1 penuh. Masuk B2 pun hampir penuh. Giler..giler. Seb bek la aku ni mmg umah sejengkal je dari Sogo. Buleh la laju2 kuar umah awal. Igt takde org lagi. Nan hadoo...

Igt nak beli slipar pakai kat Bandung nati. Tkde la sakit kaki suma nak berjalan byk kan. Retu masa gi kotak merah dlm 2mggu lps ada slipar Hush Puppies. Sgt comfy pehtu murah plak tu. Skali tgk tadi dah takde. Ada tu ada. Tp retu dia jual RM50. Skang da naik jadi RM80. Uwa... tu aku maleh tu. So, da pegi, beli aja lah. Nak beli lelain mcm takde mud tgk org meramai.

Gi kat tpt henbeg lagi pening kepala. P tpt CR. Ingat nak carik beg yg beso. Apa org panggey, tote bag eh? Ha..jenis2 tu la. Nak bwk pegi meting sng. Sumbat segala dokumen. Ceaa... mcm la acapkali meting kan. Ceh..rasa nak tampo muka sendiri. Tp CR takde yg menarik. Dan aku da falling in love plak wif Sembonia. New arrival. Try tanya sbb rega pun da ok. Skali dia kata tinggal hok display tu je. Ah..kuwasa la kan. Eh. New Arrival pun buleh abis ker? Apa amik 2 ketui je bag tu oii. Org da pegang2, try2, sangkut2 kita nak beli kan. Lain la menda tu berharga RM50 shj aku leh consider lah. Tkpe..tkpe..nati aku pi butik dia je or pi kat tpt lain je lah. Tp mmg fall in love lah sbb dia tak too makcik makcik nyer bag, then ada riben n roses. Ha..tu mmg feberet aku la kan. Riben2 bagai tu. Perasan comel la kunun. Sekali lagi rasa nak tampo diri sendiri.

Lps tu da rimas2 trus balik je lah. Kuwasa dah. Sbb da lama tak pegang stereng rasa gigil jugak bwk keta dlm bndr ni. Seb bek Sogo ke opis pun sejengkal jugak. Eh. Tak..2 jengkal. Kalo tak kerana traffic light yg byk2 dan lama2 tu dlm 10 min dah leh smpai. Huhu. Mana la aku takmo beli umah jejauh. Ini pun da menceritakan kenapa aku beli umah kat tgh KL jugak lagi mao kata rugi aku beli mahal2 tp takde tanah. Lantakkk... asal aku pi sana sini sng. Tkde rasa becinta je kalo nak kuar memana.

Eh. Lupa nak gitau. Aku pi sorang ke Sogo ni sbb my dear aku gi Johor. Bos dia ajak (eh. Bos dia bukan bos aku ker? ). Eh. mcm la korang kesah sbb apa aku pi Sogo sengsorang ek. Haha. Lantakkkk....

Tp kan..kalo aku gi Sogo sure aku dgr ada org slang2 Kelantan dlm tu. Huhu. Dan aku buat assumption org Kelantan mai KL soping di Sogo. Td kat CR pun ada.

Hasilnya aku beli sandal je lah kat Sogo. Hoho.


Gambar hiasan. Bkn sandal sebenar aku.

~Pasal Birthday Fatin~

Smlm time tgh duk bz zb kat opis dpt msg - tgk nama Kakcik (kak ipar). Curious skejap. Ye lah. Kak ipar msg ni kadang mesti ada hal penting (sbb dia duk ngan mak kat kg).
Bila bukak tgk - "ucu hari ini hari jadi fatin tak nak sambut ke."
Humang ai..skali anak buah aku daa.. 24/7 (wat a nice number Fatin = 24 hours a day, 7 a week. Huhu).
Lupa da aku. Kalo dulu masa blaja n masa dia kecik2 lum skolah aku sentiasa ingat. Ada je adiah aku belikan. Kasut la buku la mainan la (tp semestinya bukan tedi bear sbb dia tak sker menda2 bulu2 camtu. Dia geli).
Tp aku tak reply. Bz kan (hoho. iyo la tuh. Time aku tgh bz amik gmbr pelamin2 yg aku upload kat entry sblm nih. waka waka eh eh).
Then trus dia call. Hik hik. Aku nyanyi2 lagu epi befday kat dia, tnya dia nak apa. Dia kata "taknak apa la.." owh..luhur nya ati kamoo ya. Huhu. Tkpe, nati ucu gi Bandung Ucu beli la apa2 yer.
Then aku call balik kakcik. Dia kata bila aku lama tak reply tu yg Fatin call tu. Dia yg tulis sendiri msg tu. Umm...sian dia. So, entry ni special dedicated utk my lovely niece yg paling manja dgn aku.

Dulu dia ni mcm tomboy sket. Tknak rambut pjg. Takkan pakai gaun. Asik nak pakai suar je (mebi sbb dia ada 2 abg, jd dia mengikut). Kalo raya pun mak dia tk buat baju kurung. Tu masa aku kawen tu aku nak suh dia jadi flower girl. Seksa woh nak pujuk dia pakai gown. Memacam syarat dia bagi, kena labuh smpai kaki lah, itu lah ini lah. Setiap kali balik kena rasuah dgn adiah n lps tu kata 'Fatin nati kena jd flower girl Ucu tau'. Pehtu suh dia simpan rambut pjg. Masa pagi aku nak kawen tu pun kena jaga mood dia. Kang dibuatnya dia kata taknak. Penahas jer. Masa tu dia dajah 1 nak masuk dajah 2. Umm...

Apa pun aku sayang banget dgn ini budak yg pok pek pok pek dan brani kat suma org. Penah masa aku tunang, kengkawan aku dr KL dtg. Bis tu derang lepak kat bilik je lah. Then org panggil suh sarapan. Then ada makcik2 yg kata suh bwk dlm bilik. Dia buleh sound - eh tak buleh makan dlm bilik. Nati semut. Huhu. Pehtu dia tegur Hana - Kakak (mujur tak makcik.. hihi), kenapa mata kakak biru. Tak terjawab Hana yg masa tu pakai contact lens biru nak match ngan baju. Berani je dia sembang. Walhal Hana tu baru smpai je dari KL. Ngeh..maafkan lah beliau Hana. Tatau la ikut sapa itu budak.

Tp skang da tak berapa tomboy. Kuar pun da pandai pakai tudung. Bagus..bagus..moga ia berkekalan sehingga dewasa. Jgn jadi macam ucu yg on off ni yer.

So, here we are...ini kad aku cipta beberapa minit je td. Nati aku nak tag kat fb ayah dia. Dia suka banget winx club nih.

Ok, Fatin..nati Ucu beli adiah k. Love u..mmuaahhh...

Saturday, July 24, 2010

~Pasal Promosi Kawen~

Entry fresh from oven.
Baru je beberapa minit td turun bwh amik2 gmbr. Trus naik - upload PC - upload fb - buat entry kat blog. Haha. Giler.
Ini juga entry ala - ala promosi jugak lah.
Nak suh korang - korang suma berkunjung ke Promosi neh.
Weyyy...skang ni pakej2 kawen suma udah cantik giler. Meleleh2 air liur tgk pelamin2 baju2. Iskk.. manade dah pelamin scallop scallop, kubah kubah tu dah. Itu masa time aku kawen dulu je. Tp masa aku kawen pelamin-apa tah nak panggil nih baru nak naik. Aku igt sbb Mawi kan pakai kusi tinggi beso tu. Dia la antara pelopornya dan skang suma udah pakai. Tkde dah kusi cleopatra cleopatra ke. Huhu.
Tp..makin cantik sesuatu itu, makin tinggi la KOS nya kan? Bersyukur la jugak walo kawen dulu pelamin scallop scallop ajer. Ngegegege..
Aku adore pelamin camni. Kalo ada time aku kawen dulu mmg aku amik. Tp dia nyer yg tukang jaga tu tegur aku bila aku amik gmbr. Dia tnya aku dari booth mana (sbb staff pun pakai lanyard mcm derang jugak). Aku da suspek budak ni marah aku nak amik gmbr. Mesti dia nak sound aku nih. Aku kata aku dari booth Admin Kraf. Lps tu dia mcm terkejut. Lps tu aku kata- saya staff sini la. Smbil tunjuk pass pekerja aku. Lps tu dia da termalu2, dia kata igt org butik jugak, ada tag ni. Eh..tag ko tu kaler apa. Tag kiterang ni kaler apa. Aku tau kan ko nak marah aku amik gmbr. Hello..aku amik gmbr tu aku nak promote la. THen dia tnya lagi, staff baru yer (konon mcm dia da kenal la semua warga kerja sini). Aku jawab " a'ah..mmg baru. Baru je 6 thn!" Nak sgt kan. Lps tu dia kata "eh..lama la tu". Sukati aku la nak jawab lama ke baru. Ce aku kata lama dah, 6 thn..mesti dia akan kata eh. baru la tu. Org ni mmg suka buat kita serba salah kan. Lps tu bila aku da berlalu aku ckp kat dia "kenapa tnya?" dgn nada sinis. Dan dia kata "takde apa". So, dgn itu. Walo sebenarnya aku tau nama kedai ni tp aku tak publish. Hahahahahah.. ada aku kesah. Org lain suma senyum eluk je tak tnya apa. Dah.. kuwasa. Tp mmg aku akui pelamin dia cantik dan rega pun..cantek la jugak kan.

Lps tu ini sbb dia kaler purple maka harus aku sker. Pelamin ini shj berharga RM5k. Ada bran?? Mungkin sbb kain2 nak dibuat roses tu byk. So, dia jadi costly.

Merah - Hitam - Putih. Cantik bangettt...

Lagi gmbr pelamin.
Ini pelamin by designer kami. Ini mmg feel 'raja sehari' lah tentunya.

Kad pun da cantik skang. Kad ni dia buat mcm movie poster. Umm...bes bes

Haha. Mcm giler sbb aku yg teruja. Haha. Tp tah..aku minat la menda2 berkaitan kahwin ni. Mmg plan nak jadi weddin planner or bkk butik pengantin. But then byk skill yg aku perlu pelajari.

So..mari lah memeriahkan majlis nih. Smpai 2 Ogos nati.

Thursday, July 22, 2010

~Pasal Masak - Masak~

from : http://theweightinggame.ivillage.com/dietfitness/woman-cooking.jpg

Ari ni kita citer pasal masak masak plak.
Umm..igt dulu masa kecik2 suka main masak masak. Tp naper eh, nama kat blakang tu kita sebut dabel. E.g : main cikgu cikgu, main pejabat pejabat dan main kawen kawen pun ada. Haha. Zaman bebudak berhingus. Huhu.
Tp bkn nak citer pasal main masak masak ke apa ke.
Nak citer pasal masak memasak.

Me bukan la seorang yg dikategorikan as 'suka memasak'. And sedari dulu tak pernah la meletakkan memasak sbg hobi. Aku rasa ni mmg tak reti dan tak pandai masak. Dan sbb aku dok hostel dari form 1 pehtu trus smbg blaja yg mana mmg tpt tu mmg di subsidikan makannya maka aku tak pernah memasak secara serius sehingga..umm...sehingga bila eh. Melampau tak kalo aku kata sehingga aku kawen. Huhu. Mmg btol pun. Masa bujang2 dulu jarang lah aku masak. Kalo ada pun ayam goreng, ayam masak merah, tomyam.

So, bila duk hostel pepaham sudah. Makan tanggung berak tong. Eh tak. Berak tak pakai tong kat hostel. Still kat toilet. Huhu. Jadi aku tak penah la masak. Balik cuti pun mak je la masak. Kalo tolong pun, tolong kupas kulit bawang, kulit kentang. Huhu.

Masuk uitm pun gitu gak. Duk hostel ada disediakan makan. So, masak megi je la yg terer. Haha. Tp berubah sket la bila degree kena duk umah sewa, so ada pembahagian tugas masak memasak. Ha..kat sini aku blaja la jugak masak2 ngan member lain. Tp time aku je, aku belasah menu ayam..ayam..ayam. Tu pun ayam masak merah. Haha. Dan aku mmg kagum abis la kalo kawan2 buat kuah lemak ke apa ke tu. Tapi..wah..ada tapi..ko ingat tak Zatul, masa kita duk skali tu. Yg aku buat giler masak tuk pakwe tersayang aku (ketika itu lah) tu. Haha. Buat sweet sour bawal ngan apa ke tah. Padahal aku mmg tak reti siang ikan. Entah cemna la aku kerojekan bawal tu aku pun tk igt. Tp mujur bawal tk susah sgt siang.

Walo ada masak2 tp bila balik kg still aku cuma bantu2 mak aku je. Tak penah la nak merasa hasil masakan aku dan for sure mak aku pun tak caya de kalo aku masak. Entah apa rasa yg kuar kang.

So, bila da kawen, aku da kaget. Haha. Kaget halanya. Cemna nak sediakan masakan utk suami tersayang (ketika ini dan selamanya. Wakawaka eh eh). Ate' siang ikan pun tak pass kome.. Cena?? Buat masak2 lemak ke apa ke tak penah. Cena?? Apatah lagi puding2 ke apa ke tu. Kut agar2 aku tau.

Tp....sebelum aku kawen ada jugak aku buat open house dan masak sendiri. Haha. Itu pun mcm kejutan jugak. Aku buat laksa. Dan tak sangka menjadi. Tp kan..suma org akan ckp 'eleh..laksa..suma org buleh buat'.

Masa nak kawen tu baru aku try2 masak dan tiap ari Rabu aku makan kat taman ngan tunang. Gambar hiasan

Huhu. Dan pas kawen ni baru aku start memberanikan diri masak menda2 yg dulu aku kagum tgk org lain buat. Yelah masakan tu pun sebenarnya simple.

So, persoalan aku nak tnya kat sini : adakah memasak ni born 2 be sbb ada talent or diwarisi or skill or kena dipelajari. Macam org yg menyanyi-menda tu born 2 be kan. Same goes to pelukis - pun born 2 be. Kira kalo ko takde talent toksah dok harap. Kelaut halanya. Buleh la nak belajar tp lambat.

Dan pada aku, aku rasa aku boleh memasak ni sbb diwarisi. Apa yg aku masak skang ni ada rasa mcm mak aku masak which boleh thn lah (sapa yg kata mak dia masak tak sedap kan?). Dan aku declare kebolehan memasak ini adalah diwarisi. Sbb byk menda yg 1st trial da menjadi. Mean..aku tak kata la aku masak sedap giler. Tp ok la. Bwk opis suma org bagi feedback postip (yelah..takkan nak kata 'eh. Ida..ko masak tak sedap la') Haha. Tp kalo tak sedap mesti lambat abis kan.
Contoh : puding jagung- which ramai org kata mcm leceh dan aku pun salu beli mmg tak menepati selera aku tp bila aku buat..wahh...aku pun terkejut. Bwk opis suma org suka. Siap suh buat lagi tp aku malas. Mmg leceh ah nak tggu dia jd likat tu. Laksa-ni byk kali da aku buat utk open house. Mmg aku berani declare kebolehan aku utk masak laksa ni. Tak caya sila tanya Faizullah yg makan bertambah2 kalo aku bwk dtg umah makan laksa. Makaroni - 1st time masak masa buat makan2 utk kawan2. Bihun sup - ni mmg sng kan tp nak masuk list jugak dan bebaru ni bergedil - walo ter masin tp rasa tu ok la kut dari aku makan kat kedai2. Mcm tu gak lelauk lain which aku rasa 'oh..sng rupanya masak nih' (eh. kata tak reti masak tempoyak..haha).

Sbb dulu aku kan ramai osmet. Ada satu kes tu osmet aku masak tomyam ke apa ke tah. Aku tak leh nak masuk weh dia masak tu. Dah la makan skali dgn dia time tu. Aku mcm nak meluek. Dan nasik aku tak abis. Aku siap ckp ke dia jgn terasa sbb bkn tak sedap dia masak, tp aku kenyang. Tatau la apa tak kena.

Tp ada jugak menda yg aku kena practice makes perfect macam kuah kacang. Aku baru terai skali la. Da tercair la plak. Wal hal mmg every year aku tgk mak aku buat masa ari raya.

Dan dari aku takut2 nak bagi my dear aku makan apa, skang tidak lagi. Luckily my dear ni amat tak byk songeh ttg makan. Sejenis lauk pun bg dia takpe. Tp bg aku tak buleh sbb mak aku ni mmg jenis sker masak 2,3 jenis lauk. Ngeee... seb bek mak dia bkn camtu. Kut tak aku fitammm nak masak. Hoho.

Apapun mmg aku rasa aku nyer keboleh tahanan memasak ni mmg dtg dari mak la. Mak aku kalo mintak resepi mmg dia tatau la pasal sukat2 ni sbb main campak2 je. Campak campak, masuk masuk, trus jadi. Dan gitu jugak la aku. Campak2 je. Tp.. jgn buat gitu kalo puding ke hapa. Merana ko nati. Yg tu kena ikut je la resepi dia.

Dan aku nak explore.. (cewah..explore la plak) byk lagi pasal masakan nih. AKu je tak berani nak cuba. Padahal ok je. Nati nak terai lagi lah. Smlm masa beli InTrend (cantik wes Lisa Surihani..ttiba aku terminat dia), napak la mag Saji. Ada byk resepi biskut raya. Kata kat my dear nak cuba buat kuih raya tp my dear kata "tak yah..tak caya saya". Haha. Jadi langsung tak beli.

One more thing yg aku percaya utk diamalkan adalah niat ketika memasak. Macam dlm novel karipap karipap cinta. Haha. Memasak smbil disulami keikhlasan dari hati. Berniat masakan tu akan mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Sambil menggaulkan lauk pauk dalam kuali disertai niat yg hubungan yg terjalin pun aku 'bergaul erat' mcm masakan tu. Hehe. Insyallah..kesedapan tu akan lebih terasa. *wink wink*

Oklah, nati nak terai menda lain plak. EH. Tulis laksa tadi. Lama da tak buat laksa. Umm.. laksa. Nom nom nom.. tskkkk....


Diakhiri dgn gmbr kiterang masa makan beradap. Tetiba. Haha. Takk...aku carik gmbr masakan aku. Tkde plak dlm PC opis. Kalo kat lappy ada la. Tkpe..belasah.




Wednesday, July 21, 2010

~Pasal nak menyambut menantu~

Haha.
Tajuk kemahin.
Yelah..nak buat majlis nyambut menantu katanya kan.
Tentu2 la bz zb.

Org sebut nama Farah pun boleh didengar sbg Faray (eh. eh. ada yg tersedak ke? huhu).
Kelaka la plak kalo da jadi kelam kabut nih.

Meeting pun tak abis2 lah.
Lps tu site visit khemah2.
Dah la puasa. Dehhh..padan la muka aku kan.
Ada 10 bln Tuhan bagi utk ganti tp taknak ganti awal2 kan.
Nak jugak ganti da ujung2 tanduk ni kan.
Padan la muka kan.
Seb bek la pjg umur lagi. Kalo tak..pegi gitu je tak berganti kan.
Skang nak taknak, meting ke site visit ke hapa ke smpai terjelir ke (melampau lah tu kan)
Kena la puasa jugak. Lenkali jgn la buat camtu lagi yer.

Pagi da meting.
Ptg kang meting lagi.
Fitammmm......
Korang kalo ada masa dtg lah yer. Aku mmg ado je lah stenby kek sini hah..!!

Kalo ada promosi ni mmg la keja hakiki ter abai. Deh..deh..deh....!!


Eh. Tinggal seploh ari lagi ke date itu. Tinggal la suma yer. Teruskan la dgn promosi.. Babaiii.... Hahahah.

Tuesday, July 20, 2010

~Pasal Wedding Kak Mas~


Ini ari Sabtu lepas. Pegi memenuhi jemputan wedding. Kak Mas nama dia. My dorm n room mate masa kat Lendu dulu. Ok. kiterang masa part 1 mmg dok dorm. Tah pehapa. Aku masa tu pikir konon masuk ITM (ketika itu hingga part 3/4 diploma) dah duk bilik. Sekali...mcm masa sekolah jugak.. duk dorm. Tp takpe.. ai tak kesah. Dorm pun dorm lah.

Da lama lost contact dgn ini akak. Then dlm bln lps dia call. Naik plak nama dia dlm screen tipon tu. Tipon aku ni giler. Org2 yg baru aku masuk no dah takde..org lama dia ada save. Aku rasa sbb aku save dlm sim card dulu kut. Yg ilang tu sbb aku simpan dlm phone. Bila phone tukar no pun ilang lah. Apa2 je lah. So, bila dia kata kenal tak? Aku trus bangga je. "Kak Mas la..org ada tak penah buang tau no. akak". Haha. Kehal...aku pun tak ingat no dia ada dlm phone tu. Haha.

Lps tu dia ajak kenduri dia. Lps tu aku mcm xcited nak pegi. Lps tu kad pun takde antar. Just tag dlm fb (ok..ini tidak annoying sbb ada keperluan utk tag). Aku pun print je lah. Hai la hai.

Aku mmg xicted je nak pi kenduri member2 lama ni. Cam kenduri sorang akak tu retu. Tp bila org yang menjemput tu plak tak excited bila jumpa kita aku adalah rasa mcm terkilan. Layan pun ada tidak (oit..derang kan sibuk, mana nak melayan ko sorang). So, yg ni pun rasa antara nak pi ke tak, nak pi ke tak. Nati da pegi, kena lagi mcm retu, lps tu lost contact sbb masa nak kawen je ada dlm fb. Lps kawen ilang..so..mcm da serik. Jadi tanya kat bff aku yakni Pn Juwita , dia nak pi ke tak. Kalo dia pi, harus aku pun zass pegi. So, dia kata Insyaallah dia pi.

Aku pun zas zas pi beli adiah kat JJ Maluri time lunch ari Jumaat tu. Skali ngan adiah Ijat n Ila (eh. dia dpt ke blum tak adiah tu. Ila..incik Bob awak da bwk balik ke blum adiah tu. Kalo takde sila tuntut dgn dia okeh). Tp aku risau je bff aku ni last minit kansel nak pi. Aku print kad wish nak tempek dkt adiah tu pun buh dabel sided tape. Bbetul nak pi baru aku tempek. Ha... jaat giler kan. Mcm tak ikhlas. Ah..aku ikhlas lah. Tp aku kadang2 aku cam terkilan lepas gi tu, baik aku tak payah pegi kan.

So, dkt kul 1 baru gerak. Dlm FB aku mention gi kenduri Kak Mas tp aku tak mention dkt mana. Maleh aku aih. Sbb aku tau akan ada org kuar statement "ko taknak singgah umah aku pun" Maleh aku aih. Annoying je. Bukan intention aku nak singgah2 umah org lain. Aku nak pi kenduri, aku pi kenduri je la. Kalo nak singgah2 aku kabo. Tp kalo singgah aku nak makan nasik. Minum2 teh aku takmo. Wahhh..sombong.. lantakkk...

Smpai da dkt kul 2. Dak Ita da siap makan pun. Aku mmg msg ke dia suh tggu aku tak kira apa keadaan. Haha. Sian mak buyung tu da kepanasan. Kak Mas da sanding, makan suma dah. So, sng nak jumpa dia. Dia dari jauh da napak aku. Peluk2, muaah2, dgn dia baru makan. Bess.. ha..camni la bes. Bkn kita yg xcited dulu, dia yg dari jauh da sedia nak muaah..muaah..dgn kita.

Sembang2 ngan Ita. Lama gak lepak. Para suami kami tu kalo da jumpa mmg memacam sembangnya. Derang plak yg payah nak berenti sembang sbb Ita da sibuk2 ajak laki dia gerak. Derang nak gi Seremban. Aku lak trus balik kg. Haha. Kg my dear la. Dokek je dari situ (still aku tak mention kat mana wedding nih. Haha).

Seronok jumpa balik room mate nih. Cuma kurang sorang iaitu Putri. Mana la dia pegi. Langsung tak dpt dikesan. Tskkk... tingat kenangan dedulu. Nati la. Aku nak upload gmbr kiterang ber4 yg ikat tocang duk posing atas katil dabel decker tu. Haha. Aku terbayang nih. Umm.. lebih 10 thn dah pun. Kejap je masa berlalu. Ita pun anak nak masuk 2 dah. Rindunya that moments....
Us. Aku kembang. Ita takpe gak kembang..ada hasil. Aku nih. Tskkk.

Nati kita jumpa lagi yer Ta. Lps ko pantang lah. Kan kita plan nak cuti2 together. Tkpe..usung je anak2 ko nati. Safiya pun ok je dgn aku napaknya. Saja je tnya kat dia 'ini (smbil tunjuk diri aku) kakak ke auntie?' Dia jawab 'auntie'. Alahai..baru bangan dia kata kakak. da napak tua rupanya aku nih. Haha. Kata Ita kalo bwk anak dia tu ke opis, anak dia akan panggil sendiri, kakak ke auntie ke nenek pun ada dgn kawan2 opis Ita. Heh. Seb bek dia tak kata aku nenek. Wakakakaka.

Seronok nya jumpa derang nati. Tkpe..nati mebi leh ajak Kak Mas join skali kalo nak gather2. Hehe.

PnStoberi : rindu serindunya

Monday, July 19, 2010

~Pasal Begedil~

Bukan berdegil tau.
Tp begedil. Ada org kata Pegedil.
Wat eva it's name it's still menda utk dimakan.
Esp makan dgn soto.

Aku sker jugak makan mendalah ni.
Tp tak penah nak cuba buat. Rasa mcm susah je.
So, smlm da tingin nak buat soto harus la kena ada begedil.
Kan begedil dan soto tu ibarat irama dan lagu, bagai aur dan tebing dan bagai isi dan kuku.
Tiada satu pasangannya itu maka akan pincanglah rasa.
Okeh. Apa yg aku repekkan ini.
Biasa la...puasaaaaa........ (lantakk..mmg buruk perangai yg baru hegeh2 nak puasa. Eh. aku ganti awal per..tp sehari je. Selebihnya..ha..skang ni la. Pedihnya prut wesss)
So, kasik gugel resepi.
Cam biasa..resepi paling aku caya kat dunia internet adalah resepi dari my resepi. Sure menjadi lah. Dah la simple2. So, aku salinkan utk korang. In case kalo tingin la. Aku amik dari sini - my resepi nyer resepi yg besss

Bedegil.. eh.. Begedil daging Cincang

Bahan-bahan ( utk 3 orang makan )

* 2 bj kentang
* segenggam daging cincang ramly
* daun sup dicincang halus
* 5 sudu besar bawang goreng
* satu sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Korang follow je la cara dia ni. Insyaallah menjadi. Tp aku terbubuh garam terbanyak plak. Harus masin. Tp ok je sbb makan dgn kuah soto. Jd sedap lah. Umm..nati harus aku buat lagi.

Eh. aku tak buat kuah soto sendiri sbb aku pakai kuah soto segera. Aku dpt 2 botol masa gi MIHAS retu. That y la aku rajin tetiba nak buat soto ni. Kalo tak..mmg tak la. Dan aku rasa, aku takkan buat lagi. Remeh oih. Memula kena rebus ayam tu. Pehtu amik ayam tu carik2 isi dia. Pehtu goreng kacang plak. Goreng suun plak. Buat sambal kicap. Celur mihun. Celur taugeh. Rebus nasi impit. Haihhh..my dear asik la kata 'eh. mcm open house' 'eh. mcm hari raya'. Mmg la pun. Abis suma piuk, mangkuk, tapis kena kuar. Tidak...tidak...tak kuasa.

Mudah dot com lagi kalo aku buat laksa. Mmg la napak renyah nak kena asing tulang bagai. Tp itu je la keja remeh nya. Since da start wat kuah tu ko dah leh duduk atas sofa tgk tibi. Potong timun2, bwg tu smbil2 celur laksa pun leh buat. Pendek kata sap sap sui la kalo wat laksa. Kalo buat soto mmg aku surrender dah. Lantak la kuah segera ke apa. Lagipun makan 2 org. Rasa tak baloi amat. Lebih baik aku laju2 pi beli.

Sapa nak buat kuah sendiri, sila amik resepi kat --- soto dari my resepi. Aku tak terai lagi. Tp aku rasa mcm ok je tu. Kalo korang da terai nati report kat blog memasing eh. Haha.

Nak tgk gmbr begedil aku yg masin tu. Utk resepi yg kat atas tu aku dpt lebey kuang 8 bijik dgn saiz aku buat ni. Tp ni da kurang sbb da kena telan. Da masak je trus aku ngan my dear makan panas2. Hehe. Xcited lebih aku ni kalo menda2 1st time aku cuba dan masak.

Gmbr soto ada. Tp blur. Tkyah la upload. Buat 'annoying' kat mata org je. Haha.

Dan diakhiri dgn gmbr durian.


Haha. Takde kaitan. Ini masa outstation Perak retu. Pengarah cawangan tu blanja. Tp aku adalah tidak makan. Eh. Makan la satu ulas. Nati org kata sombong. Tah..aku tak suka la durian isi tebal2 nih. Dan aku sker durian pokok kebun aku je. Eh. ada kebun durian? Hahahaha..pikir sendiri lah. sapa tau tu tau la. Mmg bukan dusun sbb dusun tu mcm gah sgt bunyi nya. Tp kebun tu setakat 2,3 pokok dan boleh la makan time musim tu kan. Isi nye tak la tebal sgt tp lemak manis.. umm..biasa la durian kg. Pokok lama plak tu. Tinggi melangit pokoknya.

Ok dah. Pedih prutt..pedih...solat la dulu.

Saturday, July 17, 2010

~Pasal Facebook : Annoyed~

10 things that I felt annoying in d Facebook :

Ni mengikut kiraan dari annoying ke palingggg annoying..

1) Tag gmbr barang utk dijual-
Oh. Penuh oh gmbr kat my photo yg mana bukan gmbr aku pun. Dan satu lagi dia akan menyemakkan emel aku bila ada beratus2 org yg kena tag dan org2 yg aku tak kenali tu komen dan memenuhkan inbox emel aku. Satu hal nak kena delete..delete..delete. Biasa aku akan remove tag. Rasa mcm tak sesuai je nak promote barang guna fungsi 'tag' tu.

2) Tag gmbr yg tiba2 -
Contoh gmbr org lain then tag kat kita. Motip?? unless ada something nak share. Contoh ada org tanya nak tgk tempat kita pi berkelah. So,boleh la tag ke org tu. Ini tetiba tag gmbr zirafah utk kita. Mungkin dia nak bagitau - eh. muka ko mcm zirafah lah.

3) Tag gmbr2 katon yg ada perwatakan kawan2 tu -
Ini secara general lah. Mungkin ada yg tk suka. Dia sama konsep mcm yg point no.1 tu . Tag berpuluh2 kawan then kena delete plak every each komen yg kuar dlm emel. Tp yg ni aku tak felt annoying sgt la. Lagipun aku buat jugak. Bes per. Lalalalalalala.. Kawan ni watak spongebob, kawan ni watak chipmunks dan kawan tu plak watak katon wonderpet.

4) Reply komen sesuka ati tnpa memikirkan implikasi pada tuan punya status -
Ini selalu dan acapkali. Contoh mcm : status : hari ni masak nasik beriani gam. Baekk..punya. Then akan ada komen2 yg kata 'antar la ke umah', 'wah..terer masak nasik beriani, nati boleh la jadi orang gaji aku'. Utk komen yg pertama tu aku tak kesah la. Tp masuk komen ke2 tu. Wah.. byk cantik muka. Kut ya pun nak gurau. Sila la agak2. Nak suh jadi org gaji dia plak. Suh cium tapak kaki aku nak? Marah tak aku tulis camtu? Aku pun gurau jugak. Mungkin pada yg reply komen tu dia main2, tp bila kita dalam mood PMS ke apa mmg boleh menimbulkan tafsiran tak baik pada tuan punya penulis status.
Sama jugak bila mengajukan soklan. Boleh tak pikirkan perasaan org, pikirkan sensitiviti org. Ini tidak. Bila org tu menjawab2 ala2 sensitip dikatakannya emosi plak. Tu jenis org yg pikir diri dia je bes. Org lain tak. Aku benci!

5) Upload gambar yg konon dia terhebat -
Ini aku nak explain lelebih takut org terasa. Tp kena jugak kut. Kut mana tau kalo aku plak ter buat nati, boleh la org lain 'sembur' aku pulak. HaHaHa. Betul la. Aku tak boleh nak bagi contoh la. Sbb boleh memudaratkan. Tp pepaham udah la yer. Tp kalo buh gmbr2 gi jalan2 luar negara tu tak kesah sgt. Cuma gmbr konon terhebat dan mmg motip utk tunjuk kat org kampung yg konon aku la ter hebat. Ok. Dah. Lps tu suma gmbr plak masuk. Gmbr blur, gmbr muka senget, gmbr sipi2. Boleh tapis tk dulu selain select all.

6) Segala bala nak update -
8.00 pagi : bekpas roti canai. ~8.30 pagi : ok. keja.keja (tp tgk komen berdedai berjela. Ko keja ke tak nih?) ~9.00 pagi : ngantuk giler. ~10.00 pagi : tghari nak makan apa ye?. ~12.00 tghari : yey, jap gi dah lunch. ~1.30 tghari : da kenyang. Makan nasik lauk gulai tempoyak, sayur kangkung goreng belacan, udang goreng tepung. ~3.15 ptg : bosan dgn bos. asik bg keja je (mmg arr, ni time keja. sure la bagi keja. Nati keja kalo benti..trus dok umah. Hadap la fb 24-7. Senang). ~4.45 ptg : yey..time to balik.
Ha..tu contoh la. Aku tak ckp sesapa. Cuma kadang mcm suma nak diberitahu. Kalo nak bitau suma ni aku rasa tpt yg seswai adalah TWITTER. Korang ada twitter? Kalo ada leh gak aku twit. aku ada akaun twitter. Tp aku nak twitt twitt dgn sapa sbb tak ramai pren. Hoho. Kesiannn.. Perasan retis ke puanstoberi oii..nak ber twitt twitt. Waka waka eh eh
Once..kalo opis korang FB tak diblok, jgn la bertenggek je. Nati org assume kita ni takde keja. Esp kalo keja govt. Aku malu weh sbb ada skali aku ada baca komen kawan kpd kawan aku ni yg tulis lebey kuang 'eh..seronok kan keja gomen ni, tak byk keja, boleh main fb, boleh balik on time. Aku pun nak mintak keja gomen lah'. Pikir la sendiri. Ini da jadi kes sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Dan aku..amat bersyukur sbb opis aku blok facebook nih. Syukur..syukur..

7) Add friend tnpa tgk kenal ke tak org tu -
Ini biasa bila kawan kpd kawan lah. Eh. Sapa lak yg add aku nih. Bila tgk mutual friend, owh..ni sure kawan beliau ni..dan aku tak kenal. Minta maaf yer, aku mmg takkan add kalo org aku tak kenal. Org aku kenal pun aku tak add apatah lagi entah sesapa. Idak la weh..nati tah sesapa tau aku gi mana, buat apa dsb nya. Owh. No no no.

8) Org yg aku rasa mmg kawan tp aku sendiri tak kenal -
Ini berbeza dgn point 7 tu. Yg tu mmg tak kenal. Yg ni kategori mungkin kenal bila tgk ramai mutual friends dia. Dr situ kita tau la "owh..dia ni kawan masa uitm kut, ramai kawan masa uitm nih". Tp..tapi..dan tapi..boleh tak ko kenalkan diri ko. Msg la weh. Macam aku ni yg skang da jd tong gas ni kan, aku nak add org aku PM dulu. Kata aku ni bla..bla..bla.. yelah. kan aku tak pakai full name, gmbr pun da berganda dari masa sekolah dulu, so, better kenalkan diri. Nati org tak kenal plak. Ini main add je. And..sori la kalo aku tak approve anda. Lagipun aku suspect mereka ni nak memenuhkan fren list je dan dulu pun kawan gitu2 je kan. Tkde kepentingan..so, tak payah approve. Eh. Sombong giler bunyi nya kan. Bukan sombong la tp aku pun ada hak peribadi aku.

9) Cafe world yg selalu 'hang' -
Hahahahhahaha... ini pun annoying. Kadang dia terus hang tak buleh nak pangkah trus. Kuang hajo...... Tp pasal permainan kat fb ni pun satu hal juga kan. Mcm kawan aku si Che Sue tu dia mungkin rasa annoying bila org invite dia join game ni. Hoho. Owh. aku pun annoying jugak dgn bermacam request yg kita kena approved kan dkt wall request kita tu. Owh..

10) Upload gmbr then ada org tnya "eh. Ko mengandung yer"-
Ini aku takyah explain lelebih sbb retu aku penah huraikan dah dalam satu entry khas. Terpaksa plak aku tulis "aku tak hamil" pada each gmbr aku yg napak gemuk buncit tu. Paling annoying. Ini lah paling annoying. Dan skang..simple. Pada yg aku suspect tnya mcm tu aku da invisible kan dia dari apa saja yg aku upload. Jadi..takde dah soklan2 menyakitkan hati. Korang kan kalo taknak remove kan org korang tak suka dari friendlist, korang leh hide kan dia dari tgk apa2 saja yg kita upload, komen dsbnya. Sng..

Ini aku nyer lah. Org lain aku tatau. Minta maaf kalo ada yg terasa. Mungkin ada yg kata, kalo tak buleh itu, tak buleh ini tak yah masuk FB ni. Eh. Sukati aku la. Aku register ni dr awal 2008 dulu dan masa tu takde la sgt menda2 camni berleluasa. Tp skang makin berlonggok2. SO..terpulang.

Dah..nak gi kenduri nih. Babai.

Tuesday, July 13, 2010

~Pasal Paul The Octopus~


Ok. Bkn nak citer pasal Paul yg pandai meramal nih.
8 kali yer dia ramal betul masa WC retu.
Ummm...sekadar hiburan boleh la kan. Secara kebetulan si Paul ni dianugerahkan oleh Allah.
Kali ni citer 'Paul' yg diberi nama oleh my dear asben.
Masa tu aku tgh kemas2 beg nak pi outstesen esok.
My dear lak rajin membantu melipat segala baju.
Then tetiba dia kata,
"Tu Paul tu nak buh mana?"
Aku kata balik "Paul? Paul apa plak?"
"Tu........"

Hemmm..... my dear ni mmg la takde sgt sense of humor dia. Takde la pak lawak sgt. Tp dia sker buat lawak spontan yg aku pun tak sangka dia akan buat lawak camtu.

Nak tau apa yg 'Paul' dikatakannya tu..
Ok...






Scroll...










Scroll....








Sekeroll lagi...










Sekerol....









Lagi.......







Lagi......




Ha....ni dia "paul" yg diberi nama oleh laki aku.


Gambar hiasan dari http://flatsandfrappuccinos.wordpress.com/2009/03/
Tp mmg cemni la aku hang pun sebelum nak simpan masuk lemari.


Boleh plak dia terpikir camtu. Hai la hai suami..kelako juga engko yer.. tu yg buat ai lebiu very much nih. Haha. Oklah...sok nak outstesen.. dan esuk juga sempena genap perkahwinan kami yg ke setahun 7 bulan, ini la 1st time kiterang tak tido sekali. Huhu. Tsskk...boleh ke nih? Eleh.. rasa nak lempang diri sendiri je.. buleh?? Mengada lebih..org lain siap PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh pun tak bising. Hana tu siap asbennya ke Lubnan lagik..rilek je. Hik hik hik

~tag - Award~


Terima tag ini dari ryn.
Trus lelaju kena buat sbb kalo aku tak buat harus aku terlupa, langsung kang aku tak buat, langsung org taknak bagi aku award. Huhu.
Si ryn a.k.a xyn1428 ni kasik award persahabatan ke aku.
Mekasih yer..mak terharu noks.. wah..terharu halanya. Apa hey?? org kasik award trus terharu. Huhu.
Biasa la, kalo ada award ke tag sure kena ada syarat2 dia kan.
Syaratnya adalah (weh..ryn aku tak leh nak kopipes kat blog ko sbb ko da disable right click. So, kono la aku kejap2 klik, kejap2 klik)

Pertama - sila bagi award ni kepada 5 blogger lain yg mempunyai nilai2 persahabatan.
In this case (eceh..tetiba omputih) aku tak rasa org takde nilai2 persahabatan. Suma org dalam dunia ni ada nilai persahabatannya. So.. aku bagi award ni pada semua yg sedang membaca blog ni. Tak kira la u're kak naps versi lelaki dan wanita juga. Tak kira la bc blog ni utk nak tau kesah2 aku ke kan. Tak kesah..amik je la award ni... Love u all.

Tapi kalo aku tak list kan 5 blogger aku takleh jawab soklan ke dua. So, kena lah yer. Ok lah. Aku nak kasik kepada 5 follower yg latest dlm blog aku ni iaitu :

1) Mrsecam - tenkiu follow blog ai yg merapu2 ni eh. Mebi u da dpt award ni dari blog org lain. Tp takpe..ai kasik ni..ikhlas.. Nati ai pegi blog 'apa cer' u tu okey..ai loikee..

2) Jivebumz - tenkiu folo blog Kekda ni Ila. Dia ni pengantin baru yg sgt2 baru. Baru reni masuk keja. Eh..cam tetau je. Tentu lah sbb suami nyer seopis dgn den ha.. Dulu aku jd SR dia je. Bebaru ni aku kasik komen trus dia nak tau sapa puanstoberi terus la kami jadi follower antara blog kami. Eceh. Ila pun rasanya dapat da award ni dari blog2 lain sbb Ila kan glamer. Hik hik. Tp takpe..sama cam mrsecam jugak.. Amik la..Kekda kasik ikhlas ni.
Psstt..nak tau perkembangan Encik Bob kat opis leh tnya Kekda okeh.. (huwaa..mampuih aku kena hempok dgn dak Ijat nih)

3) Eh..ada ke Ryn jadi follower aku yg latest.. ok..tak terpakai..nextttt..

3) Mia Liana - Smile..smile..smile.. bes jugak ni, citer dgn anak dia cute mute tu. Amik yer Mia.. ni pun rasa da dapat jugak ni sbb follower dia pun tahap ribu2. Huhu. Tp sama cam MrsEcam n Ila, sila amik..Pnstoberi kasik ikhlas ni.

4) Asma - Kami ada persamaan. So, masa blogwalking trus tertarik dan kasik komen dan seterusnya terus la kami bertukar2 follow. Dia pun keep on trying mcm me jugak. So, Asma.. semoga semuanya akan berjalan lancar. Reen doakan yg terbaik utk Asma. Amik award ni eh. Ikhlas dari Reen.

5) Mizz Sue - yg ni aku tak berapa pasti betulkah yg aku link kan tu blog dia. Rasa betul. Betul tak Sue? Kalo tak betul pun takpe lah. Sbb blog adik sue ni pun sweet juga. Sila amik award dari Kekda ni yer Sue. Nati kalo nak jalan2 kita leh roger2 sbb kita ni pegi tpt yg sama dan masa pun lebih kurang sama (Floria dan Muzium Negara).

Dan seterusnya aku jawab soklan ke 2 utk tag ni iaitu "apakah nilai persahabatan yg ada pada kelima2 rakan2 diatas?"
-Aku rangkumkan skali jawapan utk kelima2 tu iaitu - kelima2 ni tak kenal aku pun secara direct tp derang ikhlas utk follow aku tanpa ada msg yg tulis "saya da folo awak..sila folo saya balik" Makanya mereka ikhlas follow aku. dan itu lah nilai persahabatan utk kelima2 rakan2 di atas. Keikhlasan...
Utk kelima2 mereka.. terima kasih.. i love u'ol.. muahhhh...... Mana yg blum follow, i'll follow u. Ai ni bkn taknak follow, ai baca tau blog u'ol tu. Ai act SR je.. Leh dapat 'unique visitor' kan. Hehe.

Soklan ke 3 - Sila gitau apa yg aku penah buat (perkara paling hebat) sbg sahabat utk sahabat aku.
Ummmm.... kena pikir nih. Tp yg paling mudah aku nak ingat adalah - aku trus berenti sekolah form 6 bila bes fren aku dpt UiTM (ITM ketika itu). Eh. Itu utk sahabat ke? Lantakkkk... My dear friend, i know u read this. Utk dia, aku sayang sgt kat dia walo pun skang kami da makin 'jauh'. Dia la my 1st bes pren (eh..naper tetiba aku cam sebak). Lps aku da benti sekolah tu aku kena 'basuh' dgn ayah (arwah) aku. Yelah..semlm nyer kawan aku benti sekolah sbb dpt ITM, esuknya aku nangis2 call ayah suh amik (masa tu duk hostel). Aku trus benti sekolah tnpa meninggalkan apa2 amanat kepada sekolah tu pun. Sng kata - aku lari. Keheheheh.
Kata ayah aku..kalo nak kawan..kawan la dgn suma org..jgn rapat sgt-sgt supaya tak jadi camni lagi. Dan lps tu aku masuk unibesiti (UiTM jugak..tp 2nd batch la kan. Maklum..org bijak mmg kena masuk 2nd batch. Huhu), aku kawan ngan suma org tp ada jugak dapat bes pren. Ha..ini aku tatau la dia baca ke tak blog aku. FB dia pun laki dia yg create kan. Ini pun super special bes pren nih. Sayang gilak jugak ni. Dia ni pun da 'jauh' dgn aku. Tsskk..sebak lagi.. Dah la..asik sebak je.. nyampah haih aku ni..sememeh apsal??

Dan yg lelain pun sahabat aku jugak. Aku sayang jugak.. love u all..muahhh...

Dah abis. Owhh..dia kata jugak..pada yg dapat award sila la gigih buat entry cam aku ni ha. Tetiba terpanjang. Siap ter emo bagai. Lempang jugak ni kang..

Monday, July 12, 2010

~Pasal Baju Kurung Cotton~

Aku ketinggalan nieh. Padahal berabad da org pakai baju kurung cotton.
Tetiba ari Sabtu retu mcm tingin nak riki baju kurung cotton.
Nak pi ke Pasar Malam Jalan TAR. Tp mcm tak mendapat mandat je dari my dear sbb masa tu kiterang ada kat Floria tu. Aku bg alasan nak makan laksa. Skali my dear suh makan laksa kat Floria tu je. Dia blanja. Seb bek sedap. So, tk pegi.

Smlm pusing2 Wangsa Maju. Nak carik pejabat imigresen. Yelah. Nak pegi pepagi buta. Harus la kena tau kat mana exact location dia. Tkde la tergagau2 pagi nati. Boleh menyusahkan pengguna jalanraya. Hah! itu pun pagi tadi da menyusahkan jugak. Sbb ter lalu kat laluan satu hala kat Jalan Keramat tu. Haha. Itu kalo pagi dia jadi jalan satu hala ya. Mana kiterang tau. Redah je la. Pehtu bas sekolah tu nak langgar kiterang. Siap dgn lampu high beam. Eh. Masa tu my dear da bagi signal nak ketepi dan nak u-turn balik. Eh. Mana tau situ jalan sehala. Bodoh punya bas sekolah. Dia nak langgar. Lepas tu bila kiterang dah ketepi, dia himpit plak. Apa lah dosanya. Dia nak tunjuk eksen plak. Jgn la anggap suma org tau jalan tu sehala. Mana la kiterang penah lalu jalan tu pepagi. Dah la. Aku benci! Tu kiterang org KL, kalo org bukan dok KL. Entah. Malas nak ckp lah. Buat pemandu bas sekolah tersebut: aku doakan esuk nati bila ko bawak keta or moto ko pulak kena himpit dgn lori treler kat highway (eh. tak baik oih...).

Ok, berbalik pada citer baju cotton. Jadi semalam ke Care4 (eh. manade care4 nak tukar mgt. Ramai je org aku tgk. Mandai je derang ni tau). Aku salu jugak beli baju da siap kat Care4 tu. Kena pandai carik la. Gi satu booth ke satu booth tu, nati dapat la rega yg berbaloi2.

So, carik baju cotton kat situ. Rata2 suma starting Rm69.90. Uih..namo la kan sbb aku penah tgk kat pasar malam Jln Tar tu Rm50 je. Tak kesah la yg kain biasa2 ke apa. Ada setgh tu smpai 80, 90 inggit. Lagi la no no no sbb kalo tmbh sket lagi boleh dpt sutera batik oih (yg blum jahit lah). Aku nak carik cotton yg napak cotton. Bukan cotton tp napak bukan cotton. I dun like.

Aku nak yg bunga dia kecik2 camtu. Ha.. tu gara2 tgk citer SyahJihan tu la. Ala, yg Foziah Gous pakai tu kan. Aku rasa dia sweet je berbaju gaya mcm tu (tp idak la dgn harapan bila aku pakai baju cotton tu, aku lak cute..kuwasa lah kan). Tp seyes, sapa tak pakai tudung, baju cotton bunga kecik2 ni mmg napak sopan je kalo pakai. Lepaskan rambut plak kan. Emm...sweet. Tp kalo pakai tudung nak napak sweet dan elegen sila pakai baju kurung batik (ori) samada jacquard/crepe/ciffon. Haha. Motip???? Lantakkk..

So, memula jumpa rega 69.90, jalan lagi 79.90. Lagi ada 59.90. Lepas tu baru mata aku tertancap pada baju yg aku nak. Bunga kecik2, dan rega bawah Rm50. Huhu. Sepasang RM45, 2 pasang dpt RM80. So, trus aku sambar 2 pasang. Huhu. Sekali tgk mcm kain langsir pun ada. Waka waka eh eh. Ala, kain langsir cotton corak English Style. Haha. Tp tak kesah la..aku suka. Lagi pun da dapat mandat kan. Huhu. Satu bunganya merah, satu kaler kuning2 cair gitu. Suka..suka.. jadi la buat tukar2 gi ofis. Lagipun aku kan dlm proses me renew kan brg2 dlm wardrobe aku. Ate..kata da bertukar saiz. Baju kurung pun sama. Dulu XS, skang udah S je. Huhu. Baru rasa 'dewasa' sket. Kut tak dulu org ingat budak sekolah je. Tak bes. Tak bes.Macam ni la lebih kurang baju aku. Tak la sama sebijik. Ni contoh. Aku amik dari blog ni : http://www.hijraboutique.com

Dulu aku rasa mmg da ada trend cotton dulu. Igt dulu masa form1 ke form 2 tah. Mak buat baju polka dot kain cotton. Cumil. Dot dot dia kaler putih. Tanah nya pink. Camni lah. Sejibik. Hehe.

Tp kan baju camni aku rasa aku leh jahit lah. Eh. eh..mcm tak percaya yer. Umm...aku penah blaja menjahit masa pas blaja dulu. Tp aku tak praktikkan, jd aku da lupa. So, kalo nak aku kena blaja balik ngan kakcik. Alah..biasa la. Mcm bawak keta manual n auto jugak. Jgn suh aku bawak keta manual. Mmg tak gerak keta tu kang. Haha. Bengong kan?

~Pasal Banyak Keja~

Oleh kerana fb kat opis aku ni block. So, aku nak tulis status aku yakni aku rasa sibok giler mcm nak pitam.
Tp sempat nak buat entry kat blog.
Takde makna nak buat entry.
Saja aku nak tulis yg byk giler keja nak kena settlekan
Pitam.. pitam..

Dah kata...makin up jawatannya, makin up la t/jawab nya.
That's it.

Ok. Sambung buat keja.

Sunday, July 11, 2010

Shakira - Waka Waka (This Time for Africa) (The Official 2010 FIFA ...

Utk kenangan 4 thn akan datang lagi. SUka tgk Shakira waka waka dlm klip ini.

Saturday, July 10, 2010

~Pasal boleh la boleh~

**** sticky entry utk..mungkin sebulan.
Entry baru menyusul dibawah entry ini****

Awak boleh blog hoping di blog ni.
Awak boleh baca blog ini.
Awak boleh amik apa2 ilmu sekiranya ada dlm ni (nak credit pun buleh, tk credit pun buleh.. tp biasa kalo sy amik ilmu org lain mmg sy kredit. Budi Bahasa Budaya Kita kekdahnya).
Awak juga boleh jadi SR(bukan Secret Recipe ya anak-anak.. SR itu silent reader a.k.a Pembaca Senyap) saya.
Tapi...

Awak tak boleh utk sebar2 kan cerita dalam blog ini kemana2 pun. Baik kepada kawan yg mengenali saya atau tak. Tp lebih2 lagi kepada rakan2 awak yg turut mengenali saya lah. Tak perlu rasanya kan?. Awak rasa perlu ker?? Awak tau, banyak buruk dari baiknya. Saya dah kena hari tu. Ada SR tu baca blog ni then gi talipon karat kan isi kandungan salah satu entry saya malah di salin keras lagi, makanya akan jadi citer gini :A gitau B yg B kena kata dlm blog ni oleh si C yang dapat citer dari D. D plak jumpa C kata B da baca blog C. C plak tanya kat E adakah A yang bagitau B. E kata mungkin F yang bagitau B. B kata dia tau dari G.
Awak napak tak kesan dia? Tu baru tulis smpai G. Dan tak mustahil akan jadi smpai Z atau Z-A, Z-B. Smpai takde uruf da kita nak namakan.
So, not good ok.

Once again, sekiranya awak kenal saya (tak terpakai sekiranya awak mempuyai majikan yang berbeza dgn saya) dan awak baca blog saya ni, saya harap awak simpan sorang2 je la citer2 dlm ni. Andaikan la awak terjumpa diari saya "eh..jumpa diari pnstoberi lah. Mari kita baca" (tak elok ya baca diari org tanpa kebenaran. Dosa.) Tp ini bkn diari sbb da jadi bacaan umum tp awak anggap juga la diari yg terbuka. Bila baca..simpan sendiri. Jangan menyampai2. Mmg sifat yang tidak disenangi baik rakan mahupun taulan. Boleh menyebabkan persahabatan rosak. Isk..isk..isk.. Boleh menyebabkan kurang seorang rakan di fesbuk. Eh. Eh. Terlebih sudahhh... waka waka eh eh.

So, sahabat2ku, saya boleh tahu bila awak baca, bila awak masuk blog ni. Oleh yang demikian, saya tak halang.. silakan sbb sedikit sebanyak menambah tabungan saya tu. Awak 'unique' visitor saya ya. Ha..

Tp jgn risau..gosip2 hangat dah takde dlm blog ni. Ada kat blog sebelah. Tp pasal mengandung2 tu ada juga lah kat sini. At least awak-awak yg baca blog ni da tak perlu sebuk2 tanya saya "eh..mengandung eh..perut napak buncit" waktu kita berselisih nak ke cafe mahupun ke jamban ya.

Ok..skang silakan nyanyi.. 'boleh la boleh..bla bla blaa... (terlupa lirik dah)

~Pasal gi muzium negara~

Ini berlaku bila ni ah?
Ujung bln 6 retu rasanya. Wiken yg b4 aku balik kg. Ha. btul la tu ujung bln 6. Berapa hb tah. Lupa dah.

Kecoh..gi muzium pun mao stori stori kat sini kan.
Pegi tak plan pun. Balik dr PJ tu lalu dpn muzium, napak banner Pameran Keranda, so trus sajes kat my dear n dia pun ok trus je belok ke muzium. Huhu.
Paking da bayar eh kat muzium ni. 2 inggit. Patut pameran keranda ni da abis. Tp derang xtend. Tp tanya dulu kat budak jaga paking tu. Dia kata ada lagi. Smpai 18 Julai (ok..sapa tak pegi lagi, sempat lagi pegi yer).
So, paking then terus gi kat tpt pameran tu.
Bayar lagi. RM2 utk seorang dewasa. Utk kamera kena up lagi singgit. Aku tak byr bcoz aku mmg takde niat la nak bergambar dlm tu.

Oih. ingat kan pameran tu dlm muzium. Maksud aku dlm bangunan muzium itself lah. Rupanya kat bawah tu. Aku rasa mmg pameran berkala dalam bangunan tu. Ala. kecik je tpt nye. Ada la sekentut je. Maksudnya, ko kentut kat pintu masuk smpai pintu kuar masih berbau. Atau ko kentut kat pintu masuk, boleh dgr kat pintu keluar. Haa...gitu la dia nyer perumpaan. Tp aku idak la kentut pulak kat pameran tu. Jgn buat begitu ya..tidak sopan. Buatnya ter bangun makhluk makhluk yg derang letak dlm tu lgi naya.

Masuk je dlm tu diiringi dgn bunyi-bunyian yg..yg..yg apa eh? mengerikan? menyeramkan? menginsafkan? entah la..tp ada la sound2 effect.

Dia buat pameran keranda dari zaman neolitik, mesolitik, paleolitik suma tu. Pastu cara2 pengkebumian dalam budaya melayu, cina, india. Nak kata takut tu tak la takut sgt, tp seram2 jugak la. Ada satu tu dia buat mayat kat atas pokok. So, boleh terkejut.

Tp aku tak la seteruk ada satu kapel tu. Aku yakin mereka bukan suami isteri tp pakwe dan makwe sbb nya makwe nya tu adalah terjerit jerit, gedik gedik yg buat tinger aku berbulu. Konon mcm takut la sgt. Dah takut watpe ko masuk. Tunggu je la luar. Bodoh giler aku tgk. Kejap2 dia kata - eii..takutt..nanak la pegi situ..namo..takutt...jum la kuar..jum la kuar. Aku rasa nak je tepuk montot dia pehtu buat tatau. Konon cam ada menda la yg buat. Baru padan muka dia. Tolong yer. Jgn la gedik2 camtu. Geli aku tau..da tau penakut sila jgn masuk.
Aku mmg takde nak amik2 gmbr. Tanak aku. Kang balik2 aku tgk ada entiti lain plak, cena?? jadi aku amik gmbr kat luar2 je.

Eh. aku penakut pun takde la smpai nak tarik2 baju laki aku. Tkde la menjerit2 aww..aww..namo..namo..takut.. aku panggg jugak sekali kang. Gedik tau..gedik. Laki aku pun kata gedik. Tp aku rasa pakwe dia tak kata gedik sbb mungkin lebih suka sbb dipeluk2 gitu. Hieee.. ku masuk kan dalam keranda emas tu baru dia tau.

Lps da tgk pameran tu ada lagi pameran negara2 Asean. So, kasik masuk saja sbb pree. Pun sekentut je pameran nyer. Dah tu macam nak masuk muzium bebtul tu. Skali kena bayo lagi 2 inggit ke berapa tah. Jadi..tak yah lah (eh..kira bawah satu kementerian takde diskaun ker? huhu..2inggit pun nak diskaun, sekeh kang). Next other time lah. Dah tu, dkt nak 10 inggit la plak utk muzium je. Nati2 lah. Bawak anak2 buah ke nati. Lagipun baru lagi aku masuk muzium nih. Dulu ngan bf lama thn 2005 dulu. Hahahahaaa...... Baru ker??? org tu pun da beranak renek dah. Ekekekeke.. eh. motip?

Lps tu masuk muzium org Asli plak. Ini pun bukan saja sekentut tp se dehem je. Haha. Tkpe la. Kata pree kan.

Dah kuar dari muzium tu, beli eskrem roti. Nom nom nom. Sedap..makan plak diwaktu panas2 tu. Jadi sambil makan eskrem kita layan gambar2 yg diambil. Eh...

Ini dkt dlm pameran Asean tu. Baju aku kedut seribu. Baju ni mmg tak iron. Sbb nyer aku balik PJ pakai baju kurung sbb nak gi kenduri. Lps abis kenduri salin baju ni. So, takde kuasa lak nak iron2 bagai. Kasik pakai je. Lantakkk...!

Waka waka eh eh. Masa ni England lum kalah.


Pintu masuk muzium.
Jadi rakan-rakan marilah kita ke Muzium Negara.

~Pasal Gi Floria~


Kali ke3 diadakan (2007, 2009 dan 2010)
Dan kali ke3 jugak aku pegi.
1st year tu aku pegi ngan Fida, akak dia, Wani, Wan n Azlan.
Masa tu igt lagi. 31 Ogos. Which malamnya tu kiterang gi nyambut detik 12 t.mlm kat Dataran. Ni aku ada citer kat blog lama lah.
Then last year pi ngan my suami lah. Ate..dah bersuami katanya.
So, thn ni again..ngan my suami jugak.
Suka kan aku menda2 camni? Haha. Walo ku tahu akan peluh tiak namun ku gagah jugak utk pegi. Mmg bukan ada apa. Just tgk bunga, bunga, bunga dan bunga. Huhu.

Kali ni aku pegi on d 1st day. Dah tu sementelah aku da kuar, terus la pegi. Kuar pagi tu ngan Dee (akan ada citer di lain entry).

Org tak berapa ramai kat tpt taman2 yg ada hiasan2 bunga tu. Tp org meramai dlm pavilion (khemah hok besa tu). Berebut2 nak amik gmbr dgn 'aligator/biawak bunga'.

Utk keterangan lanjut leh tgh web nih : http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html

Takde citer apa sgt pun. Jadi tempek gambar sudeehhh..

Comei tau ladybird neh. Rasa nak peluk peluk


Ni la aligator ke biawak ke tah yg disalut bunga. Ramai nau nak amik gmbr ngan binatang ni. Kena tunggu sorang sorang amik gmbr. Sorang amik gmbr, yg lain duk tgk je. Kalo aku..aku segan. Jadi perhatian plak. Hehe.


Turtle ni pun disalut bunga bungaan


Ciken litel..... ai loike...loike..


Gadis dan bunga.. lalalallaa..
Ok. Dah habis. Cepat cepat pegi. Smpai 18 Julai.