Sapa dah beli In-Trend bulan Januari 2011 yang covernya Ziana Zain sure dah baca artikel bertajuk "Wajah Cinta Di 'Facebook' ". Aku sgt sker artikel tu. Kalo ada kotak 'like', aku da like patploh kali. Hihi.
Suma apa yg ditulis pasal FB adalah benar dan realiti. Hihi.
Aku paling sker perenggan ini :
Ramai facebooker masa kini kalau baru kahwin tu tidak cukup sekadar kemaskini status. Gambar mereka dalam pakaian pengantin mesti dimuatnaik dan menjadi gambar profil
(aku rasa yg ni hampir suma org buat. Hahaha. Includes me. Hahahah. Sapa yg kawen masa lum ada FB tu mungkin la kut tak buat kan. Huhu).
Kemudian apabila sudah mengandung, siap muatnaik gambar imbasan janin dan apabila bersalin, ada pula video ada memotong tali pusat di wad bersalin.
(ini masih no komen. Mana tau kut aku ter xcited lebey masa peknen nati kut nak buh gmbr imbasan janin tu. Hohohoho).
Tidak cukup dgn itu, setiap hari ada sahaja Friends anda yang akan ditag dengan gambar/video si bayi. Bukan semua org fikir bayi anda comel. Lama-lama orang pun naik jelak dan menyampah dengan anda lalu tujuan untuk bersilaturahim melalui Facebook itu bersepai ke batu
(aku jarang dpt gmbr tak berkenaan yg ditag ni-maksudnya kalo takde gmbr aku dlm tu. Tp tu lah..kita kena pikir perasaan org gak bila nak tag tag gmbr ni. Mungkin boleh mengannoyingkan org)
Dan ada lagi yang best jugak :
Apa lagi cara memberi 'amaran tsunami' kepada semua rakan bahawa anda sedang melalui satu perhubungan yang sangat bahagia (atau sangat tak bahagia?).
Pertama : nama profil anda digabungkan dengan nama pasangan, sehingga naik celaru orang lain.
Kedua, gambar profil juga anda tempek gambar anda dan pasangan. Kalau sudah sah bernikah itu wajarlah juga, walau bukan semuanya molek dipandang. Tetapi kalo masih In A Relationship With sudah muatnaik gambar laga-laga pipi...hai, apa cerita dik? Semua orang atas muka bumi ini mesti tahu yang anda berdua pasangan sejati, walaupun tahap mengada-ngadanya lebih 10 kati.
Kedua, gambar profil juga anda tempek gambar anda dan pasangan. Kalau sudah sah bernikah itu wajarlah juga, walau bukan semuanya molek dipandang. Tetapi kalo masih In A Relationship With sudah muatnaik gambar laga-laga pipi...hai, apa cerita dik? Semua orang atas muka bumi ini mesti tahu yang anda berdua pasangan sejati, walaupun tahap mengada-ngadanya lebih 10 kati.
Sgt 'like' tau statement di atas tu. Err..nama aku mungkin mengelirukan tp aku bkn gabungkan nama pasangan tu. Aku mmg sengaja sbb malas aku nak buh nama sebenar.
Sbb tu la aku jarang boh gmbr kiterang laki bini dlm tu. Gambar2 berdua pun aku buh dlm album pvte. Takut org ter meluat lalu ter meluek plak. Haha. Mcm penulis tu kata la, yg da kawen oke jugak lah, tp yg masih 'dlm perhubungan' pun kadang lebih dari yg 'sudah berkahwin dengan...'. Tp yelah kan. Nati mesti ada yang kata 'sukati aku lah FB aku'. Oke. Oke. Buat je lah. Tp kena pikir jugak, nati ada yang annoying lalu terus takmo 'friend' nati trus jadi tak friend jugak kat luar kan.
Hihi. Memacam lagi penulis ni tulis dalam artikel dia yg satu muka setgh. Best woh. Sila lah beli utk baca. Eh. Aku bkn promo. Saja berkongsi artikel yg best dalam majalah yg mmg aku tak pernah miss beli setiap bln ini. Hihikkk...
P/S : adakah ini plagiat? Harap tidak dikategorikan sbg plagiat sbb aku da sertakan dari mana datangnya artikel tu. Malah mempromote lagi suh org beli dan baca. Huhuhu.
8 comments:
hehehe...seme itu fakta tuu...tak beli pun majalah tu...
bagus artikel tuh...
aku pun masih lg letak nama betul (walopun xpenuh), siap tau aku anak saper lagi kan
pic kawen ada 2 ketui jer dlm tu...
pic anak 2-3bulan sekali br letak, tu pun kalo ada permintaan dr adik aku kat jb@ex-opismate/kawan2
tak suka nak expose sangat, kot nanti org meluat.
iye... aku pun spesis yg kurang suke FB... jarang muatnaik gambar kat sana (sbb dah masuk blog sebenarnya)... gambar hubby?... lagi la takde... baik di blog atau fb... klu ade pun gambar sipi-sipi la... ;p
selalu buat status pasal diri sndiri jek hehe
cik mot :
Kan?? fakta kan..bukan auta. kalo baca artikel tu lagi la wes terserlah fakta dia
Ryn :
Umm..aku gmbr laki bini mmg aku pvte kan utk aku je. Kang ada yg menyampah lak kang.
Maria :
Umm.. FB ni kadang mmg boleh membawa kebaikan tapi kdg membawa keburukan jugak.
Heze :
Ye lah uols. status diri sendiri la, takkan status antu kak limah balik rumah plak. teheheheh.. syyy...enjit enjit semottt.
Hehehe...Ala skrg ni Reen, orang nak bergaduh pun berlambak dalam FB tu...konteks nak mengeratkan silaturrahim dah mankin nipis gamaknye...hehehe
Reen, sy tag awak...
http://adialuvluze.blogspot.com/2010/12/contest-kenangan-terindah-2010.html
mcm2 kan kak.. kdg2 status kita tak berniat nak gitu gitu, tp kdg disalah ertikan..
=)
Post a Comment