Wednesday, December 15, 2010

~Pasal Surprise-Separa Surprise-Tak Surprise~

[entry ini tiada sama sekali berniat utk menunjuk nunjuk. Sekadar berkongsi dlm ni kegembiraan yang ada. Moga tidak disalah erti :)) ]

Ok, skang baru ley bercerita tentang bufday. Err..kalo buat byk byk part nyampah tak rasa?
Huhu. Ok. Ok. Takyah byk part. Apa igt aku sorang je sambut bufday? Org lain tak. Hihi. Tp apa kesah ek. Kata blog sendiri. Bukan numpang blog anak jiran nak citer pasal sambutan befday aku ye dok.

Hihik. Ok, tgk je la apa yg terkeluar nati. Aku ni apa yg ada dlm otak itu la terkeluar dlm entry ni. Kalo pjg, pjg lah entrynya. Kalo byk gmbr pun hadap gak lah.
Ok, kita mulakan dari 13hb iaitu hari anniversary kami. No celebration pun. Balik keja gi Ampang Park. My dear kata nak belikan adiah bufday aku sesiap. Dia eager gak nak bawak minik dia kan, so that dia kata leh pilih ikut apa yg aku nak dan sng nak adjust kalo ada apa yg tak kena.

So,  kat Ampang Park takde plak yg menarik minat. Choiii...btul lah bila mana duk situ tk smpai 10minit keta byr paking RM3.30. Uh haii... seb bek ko pasaraya tertua di KL ni kan. So, lelaju pi KLCC.
Gi KLCC, namo byr paking guna cash lagik sbb da terasa rugi RM3.30 tadi, guna je T n G (walhal duit gak kan). Memula gi Swatch. Ada mcm berkenan. Tp takde sale la pulak kan. Eh. Bkn ke skang Y.E.S which suma kedai tgh dok bagi diskaun. Budak SA tu kata 'kedai kita mmg tak penah bagi diskaun'. Owh.. ek?? aku rasa mcm penah ada je dulu. Tkpe la..mebi dia igt kiterang ni cikai sgt la sbb selekeh je kan. My dear pakai sliper oversize plak kan. Napak la cam org tah dari ulu banat mana gamaknya. Ok, tkpe.. aku nak carik City Chain plak.

Skali eh, udah tukar yer lokasi kedai tu. Udah jadi kedai baju ke hapa. Lorh..dulu waktu muda muda (ceaa..muda la pulop) tau je lokasi perubahan kedai kat KLCC ni. Ate nye..hehari nguko jalan kat KLCC tu sbb nak naek LRT kan. So, nyer dia da berubah kat kedai Tomei which aku rasa dulu Tomei ni pun takde dan situ kedai OSIM ke apa ke tah. 

Jadi, mula la gedik2 ada yg berkenan kat situ. Kalo kat Swatch tadi mmg la lawa, tp kang napak mcm yg jual kat pasar malam luar2 tu je kan. Ada satu brand yg mmg City Chain ni je jual. Tpt lain aku rasa takde. Or kalo ada pun tak byk la kedai jam jual brand tu. 
Sbb rega pun lebey kuang Swatch. So, amik kat sini je. My dear igt org tu taknak layan je sbb katanya pakai sliper je ni. Tp eluk je SA cina tu layan. Tu la..lenkali muka tu jgn dok sombong sgt layan org ye para SA esp tpt high class tu (kononnya). Ko tak tgk Awan Dania? Selamba je apek tokei sayur Cameron Highland pakai suar katok, moto EX5 tu naik jet peribadi. Ceh. To SA kat KLCC tu, aku harap korang jgn la underestimate sgt org eh. Igt yg pakai smart2, pakai tie bagai tu byk duit? Takat byr pakai kad petak segi saiz IC tu, takpe la yer. Tp itu la yg korang layan kan. Ok. Igt tu budak Swatch eh. Muka tu jgn kerek2 sgt layan kiterang nih. Igt gaji ko besau abes?? (eh..eh..ok..ber istighfar cpt.. dah lain neh..astaghfirullahalazim).

Tgh sale skang kat City Chain. Dpt rega berbaloi baloi gak. Kan..beruntung oih kalo dpt bini bufday bln 12 ni. Udah la dpt bonus (yg mana dpt la), pehtu brg byk yg ada diskaun. Pulak tu kalo nak adiah kan fragrance mmg la bes sbb dkt dgn Christmast kan. Dan kat City Chain ni pemegang kad JJ dapat lagi diskaun 5%. Tak bes tuh?
So, makanya, aku katakan ini separa surprise sbb aku da tau.
Lepas itu yg surprise plak. Dpt ini. 

Dlm kul 10camtu operator call plak. Katanya meh dtg dpn. Umm..apa plak kan. Takkan org antar bunga lak kan. Ceh..ada ati gak tu. OWh.. adik operator aku ni pun bagi adiah tau.. dia kasik ni..


Comey! Nati Kekda pakai gi Kundasang nati eh. Hihi. Maceh tau Mai. Adik ni pun ada blog. Blog dia byk pasal masak masak. Rajin ini org. Teheheh.
Ada tulis ni je. Takde nama pengirim
Ada DO. Pun takde note ke hapa.
Terkejut tgk. Aku tak suspect langsung dr my dear sbb tkde nama ke hapa. Igt bebudak unit aku ni. Siap aku tnya ke derang. Haha. Tak memasal derang rasa bersalah sbb tak bg adiah ke aku. Teheheheh. Msg my dear yg tgh kursus, eluk dia kata tatau. Lps tu aku mls nak pikir dah. Last last baru dia kata dia yg beli. Oihhh...lps ni tak perlu aku mengiau ngiau lagik pasal bunga kan. Skali 3 in 1 tu. Bunga-tedi bear-coklat. Maceh abg...
Biarkan ia disitu eh. Huhu.
Muka ceria abes dpt surprise bunga. Ate'.. 1st time ko..tak teruja??
Then yg tak surprise adalah ini.
Ini mmg aku da tau. My dear nak bagi aku n suma bebudak unit aku n unit dia. Kira pengganti kek la kan. Asik kek je. Jemu sudah.. kasik makan epal besar plak. Seunit dpt makan 'epal' smlm. Huhu

Utk cikCha mama Shamill, ko perati kat kotak tu. Ada tanda HALAL tau (bawah tanda rite Buatan Malaysia tu) gitau abg ko nati. Halal Jakim lagi tau. Kat web Jakim pun ada dia dpt pengesahan halal. So, no worries oke. Produk Mesia nihhh...

So, itu lah cerita dan ceritera di kedua dua hari bersejarah aku nih. Seb bek setahun sekali kan. Kalo sebulan sekali, nayya laki mak noks.. tehehehhehe. Tp eh..ada lagi lah..citer Romantic Dinner plak.... (romantic la sgtt... hohoho...muntohhh )

Sambung citer diner kami di nxt entry plak. Pjg giler dah ni.

8 comments:

LyNn HaMzAh said...

syoknya kak reen...dapat surprise...

cikCha said...

wahh syiok nyer dpt jam yg cantek itu, serta bunga+bear+coklat dr cik abg syg...(uwaaa aku x merasa pon lg..tah kurun ke brape bru dpt camtu..uhuk3)

haar psl big apple tu akan ku terjah juga balik seremban nnti..x dpt mkn sblom branak,abis pantang nnti aku telan 2bijik! (haii 2bijik jela yg larat kalo skali gus..ahaha)

cikbedahlaser said...

tahniah...dpt gak bunge.. heheheh

ChentaHati said...

tahniah... tahniah...
CikPuanStoberi, saya ada tag awakkkk! terjah le utk GA.

Anonymous said...

jeles nye kek da
saya xpenah dpt munge time sebeday..
cantik jam tu..
eh si nana kasi apa?ngeh2x

~ain said...

amboi.. seronoknya! sarung tangan tu comei!!!

julie77 said...

nk bunga gak!!!!!! hehe

puanstoberi said...

Lynn :
Ala, tah berapa thn sekali pun surprise ni. Hihi.

cikcha :
At last. hahaha..lps ni mmg takdo dah la napaknya. Dia saja nak bagi aku senyap. Huhu.

CBL :
Haha.

CH :
da tgk tadi, nati sya amek eh :)

Nana :
Tehehehe. tu once a life time gamaknya na. Nana kasik MMS ke akak tpt kul 12 t.mlm. Hehe

~ain :
bebudak opis ni tgh giler sarung tgn tu. Kita pun merasa la jugak. Hihihihi.

Julie :
Haaa.. kak julie drop komen?? (bebuat terkejut..huhu)