Sunday, July 31, 2011

~Pasal Tiada Orang Ketiga~

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Bacaan penuh dan kredit : MetroAhad

****
Wah. Tetiba aku bergosip di ari Ahad ni plak. Tetiba kuar kisah Khairul Fahmi  a.k.a KFCM a.k.a Apek putus tunang dlm ini blog. Hikss.
Bkn per. Smlm aku baca kat porem kata da berbaik. Alih2 pagi ni beli Metro tgk kuar citer ni. Front page. Metro katanya. Panas panas gini harus front page.
Aku beli Metro saja nak baca kisah Aleesha Farhana tu, tak ter perasan pun kisah tu. Bila da tgk baru mcm 'ehhh...'

Entah lah. Aku malas nak komen apa2. Byk da org komen memacam pun kan board2 gosip. Apa yg pasti, muda lagi kot kedua-dua ni. Pikirkan tentang karier memasing dulu lagi bagus kot.

Apa pun, igt yg terjadi ni pasti ada hikmahnya. Cuba lambat dgn cepat nyer nak napak hikmahnya.

7 comments:

CikPuan Fara said...

betul tu kak.. mungkin dua2 pun masih muda. cepas panas hati dgn dugaan wallahualam.

btw, selamat menyambut ramadhan kak :)

ejaMaria said...

sian... time happy bercinta bagai... skrg mcm-mcm pulak keluar cite... banyak blog duk cite psl diorg ni dah....

Zana Adieyza said...

zana dgr berita ni pun terkejut.. sbb baru lagi diaorang tunang kan kak..

Anonymous said...

moge2 diorg baik balik ler ye... sile2 le setia pd yg satu..

** salam kenalan dr fazilzurakil

puanstoberi said...

CPF :

Tu la tu. Baru 22 thn kan. Akak dlu 22 thn duk bergelut ngan final year kat unibesiti sanun.
Ada gak la boipren tp idak la terpikir nak kawen dah. HIhi.

MARIA :

Harus la blogger kuarkan citer, udah katanya yg si ex tunang pun adalah blogger.

ZANA :

A;ah baru je bln 5 retu. Sempat la si akak Elia ni bawak Elia ni dtg opis akak masa promosi kerja kahwin tu ari.

Cik Anita said...

hurm. macam kes mawi yang dulu tu pulak.hehe. dah gelamor camni jadinya.

puanstoberi said...

CIK ANITA :

Tatau nak kata kan. Tkpe la. Ada la hikmah dia tu.