Assalamualaikum,
Kawan,tujuan saya menulis surat ni bkn untuk meminta simpati. Tp sekadar memenuhi cabaran bagi ari ke22 ni sahaja.
Kebetulan, cabaran hari ni meminta saya menulis surat kepada seseorang yg meng 'hurt' saya baru-baru ini. Dan sgt2 kebetulan sbb kamu la kawan, yg meng'hurt' kan saya semalam. Kerana itu jugak lah smlm kuar status kat FB yg saya sendiri pun tak sker menulis sebegitu rupa. Seriyes. Saya bkn nyer org yg sker memekik2 kat FB. Tp kalo satu perkara itu, mmg saya kalah dgn emosi saya.
Ya. Seme org tau. Saya amat emosi dgn hal 'anak'. Katalah apa saja. Katalah saya hanya ber prasangka buruk dan katalah apa saja, saya memang ber emosi.
Kawan,Saya tak perlukan simpati, malah jauh sekali nak mintak wang gaji kamu kalau pun saya takde anak, cuma apa yg saya perlukan hanyalah sokongan. Tak perlu kot sekiranya ada soalan dari saya, akhirnya jawapan kamu berkisarkan anak. Padahal sedaya upaya saya tak mahu membincangkan hal itu. Tp jawapan kamu seolah-olah mengatakan 'aku hebat, aku ada anak, kau takde'.Betul, ini hanya prasangka saya, andaian dari pemikiran saya. Sedangkan mungkin kamu tidak bermaksudkan begitu. Tp kenapa jawapan kamu begitu, sedangkan soalan saya takde kena mengena dgn anak.
Kawan,Jangan terlalu angkuh dengan rezeki yang Allah berikan. Mungkin kamu rasakan diri kamu hebat kerana dpt mengatasi saya yg masih takde rezeki anak walaupun sedikit masa lagi kami berdua akan menyambut ulang tahun ke3 perkahwinan, sedangkan kamu, belum setahun kawen dah ada cahaya mata.
Jangan terlalu angkuh. Rezeki kita berbeza-beza. Apa perasaan kamu pula bila kamu tanya 'hai tak balik kampung minggu ni' dan saya jawab (sekadar contoh) 'tak.... mggu ni saya nak gi check in di Hotel Royal Chulan. Thn ni mmg azam saya setiap bln mesti bercuti dan stay di hotel'. Mesti kamu kata saya ni riak, nak menunjuk asik check in di hotel. Pada hal bukan itu maksud saya. Dah mmg azam saya. Tp itu prasangka kamu. So, di sini, jelas menunjukkan kita mmg tak akan bersangka positif pada setiap rezeki org selain dari nak andaikan org tu nak 'show off'. Dan begitu lah yg saya rasakan bila jawapan kamu 'nak balik... nak tgk anak'. Seolah kamu seorang dlm dunia punyai anak.
Ya,mungkin kamu berbangga kerana dalam sekelipan mata kamu menjadi seorang bapa. Mungkin kamu tak dapat nak sorokkan kegembiraan kamu. Takpe lah, kerana itu cara kamu. Bkn sekali dua kamu memberikan jawapan begitu, kerana pernah satu ketika, tanpa angin, tanpa ribut, tiba2 kamu dtg pada saya dan berkata 'hai. Bila lagi nak ada anak ni? Bes tau ada baby'Apa perlu aku jawab kawan? apa? Terhiris aku dgn ayat 'bes tau ada baby'. Sekali lagi, saya tahu kamu tafsirkan saya terlalu emosi, tak boleh disentuh pasal anak. Tak emosi? Cuba kalau datang seseorang dan bertanya kan 'bila kamu nak mati?'. Ada jawapan? Sama je jawapan pada persoalan yang kamu tanyakan.
Kawan,Tak perlu lah kamu terlalu angkuh dengan rezeki pinjaman Allah ni. Walo kamu boleh buat seberapa lagi anak yang kamu mahu kerana kamu kan haibat dgn 'tembakan' kamu yg mengenai target tu, tp igt, sekali Allah nak tarik nikmat tu, sekelip mata juga.
Kawan,Ingatlah rezeki kita masing-masing Allah tentukan. Percaya lah dengan Qada dan Qadar Allah. Siapa dalam dunia ni tak mahu anak, tak mahu jadi ibu. Perlukah aku ceritakan pada dunia yang setiap kali selepas solat, aku tak pernah putus untuk berdoa agar sebelum aku menutup mata, aku juga ingin diberi peluang untuk mendidik anak sebagaimana mak dan ayah aku mendidik aku dulu. Aku juga teringin untuk 'nak balik awal, tengok baby, main dengan baby'. Aku juga kepingin benar untuk mencium ubun-ubun baby yang dilahirkan. Tp buat masa sekarang aku redha. Aku redha kerana yakin, amat yakin dengan ketentuan Allah. Jadi jangan lah stress kan aku kawan. Itu aku pinta.
Setakat ini,Saya minta maaf sekiranya ada yg terguris rasa hati dgn isi surat ini.Semoga kamu memahami isi hati saya dan kami-kami yang masih belum bergelar ibu dan bapa.
Salam penuh takzim,Pnstoberi.
Friday, July 8, 2011
~Pasal Challenge : Day 22~
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Label
30 days challenge