Wednesday, July 27, 2011

~Pasal Mohon Kembali Bersatu~

Rasanya rata rata tau pasal Jimmy Shanley ngan isteri dia ni.
Aku, walo skang ni tak la folo sgt hal2 artis ni, aku tau jugak la sesket.
Dari dia tak sebumbung ngan wife dia tu.
Pehtu dia tau wife dia pregnant.
Dia hias2 umah dia ngan barang2 baby.
Dan seterusnya wife dia bersalin.
Lps tu dia amik gmbr ngan baby dia, tanpa wife dia. Hanya ibu mertua.

So, secara 'prima-facie' je la aku tau kan. Apa disebaliknya aku tatau. Apa yg tulis kat paper, tu je lah aku tau.

Tp citer2 kat atas tu, seme dari Jimmy.
Tak pernah aku tgk Suhaila beri komen balas.

Ni pandangan aku sendiri. Yg aku pikir-pikir.
Sedari awal, aku rasa Jimmy ni mcm da gunakan title artis dia tu.
Sbb dia artis, dia leh dpt liputan memacam. So, macam meraih simpati pun ada aku tgk.
Tp aku takmo andai apa2 pun. Sbb mcm tak adil kan. Napak dia je mcm good good, and wife dia plak mcm bersalah giler. Tp dlm bersalah tu takmo lepaskan plak. Haih. Mmg ada mcm something wrong somewhere.
Bila aku citer pada kawan2 aku, ramai yg kata 'kesian la weh, Jimmy tu, wife dia yg jahat, tak balik umah apa seme'.
So, oke la. Tu pendapat dia, memasing ada pendapat sendiri.

Aku mmg takmo tulis pasal menda ni smpai la Suhaila akan beri komen balas.
So, smlm ada kat paper Metro.
Antara lain Suhaila kata
Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain. 
Sbb tu aku kata, aku malas nak kata sapa betul sapa salah.
Sapa kesian siapa zalim kan.

Tp aku tak bleh blah yg ni. Hahah
apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.
Misti dia nak main facebook tp Jimmy tak bagi (dan ajak main ngan dia). Ate, pengantin baru katanya. Tp kalo sekejap tu takpe la kan. Dia nak menuai tanaman dia kat farmville ke, masakan dia da cukup time masak kat Cafeworld ke, nati rugi la markah dia kalo tak selamatkan.  Tp mungkin Jimmy wisau, dia terleka lalu masuk tidonya jam 1pagi. (cam aku dulu masa giler kat Cafe world. Tp laki ai okeh.. dia tak kesah ponn. Hihi).
Aduhainyerrr... part tu mmg aku tak sokong la Suhaila. Tp apa kata org, leh tolerate kot.

Kita tgk lak apa kata Jimmy
Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.
See, ada dia penah ckp dlm media pasal ni sebelum ni.
Giler ko, laju je naik tangan. Again. Tak bleh tolerate ke?
Cakap leklok tak bleh, apsal nak menampar nampar.
Atau, lantak pi kan dia situ. Last day kot dia jadi bujang. Pehtu ko dah jadi suami bimbing lah dia.

Apa pun, aku tgk ada misscomunication je deme ni. Dedua sama je. Lepas tu tak leh tolerate. Sorang ni degil, sorang ni naik tangan.
Deme ni tak pegi kursus kahwin ke? Ke pegi takat terpaksa sbb nak dpt selai ketas yg boleh dijadikan lesen utk nikah.
Dalam course kahwin, aku rasa setiap segmen dan setiap penceramah ada tekan kan bab komunikasi.
Sbb komunikasi la medium ter penting dalam rumah tangga. Esp, awal2 perkahwinan.

Entah. Aku bukannya good good pun nak cakap pasal hal "Semanis Kurma" ni kan. Cuma hal derang ni kita seme jadikan lah iktibar.  
Paling kesian siapa, seme tau la. Anak derang lah..Memasing nak hak penjagaan. Aduyaii..
Tolong lah weh. Korang patut bersyukur dan ber muhasabah diri tau. Allah datangkan anak tu untuk korang berbaik semula.

Ko tengok kami2 yang bertahun2 takde anak ni. Elok tak bergaduh, taknak kena halang2 main fesbuk memalam, idak juga menjadi, kome yg kawen dan dok berapa hari je sng je dpt anak. Bersyukur la wey bersyukurrrr.. tolong la.

Tp idak la aku meminta suami aku jadi camtu, baru aku leh banak kot. Idak la aku ndak laki yg gemo menampo nampo, yg laju tangan ni. Laki aku pun idak la halang2 aku nak jumpa kawan ke, nak main fesbuk ke.

Akhir kata, aku doakan derang ni kembali bersatu, demi anak tu. Tolong lah weh. Jangan la jadikan dia mangsa.
Image : Google

*p/s : Panjang giler. Ini bkn Wordless Wednesday ni, tp Essay Wednesday. Bahahahah. Aku bkn tulis waktu opis, tapi aku da sesiap draf semalam dah dan publishkan reni.

15 comments:

cikbedahlaser said...

btol2.. x reti bersyukur.. tahapehape... tak tersentuh ke tgk anak tu ..khdpan nye berombak besar skrg.. uhuhu

Anum said...

memang ... geramnya

aitotyati said...

kekda,

sian zahrah shanley kan?

dari Ai form 3 lagi dah pilih nama anak. antaranya ialah Zahra




gedik tak Ai?

hihiihih

www.akma81.blogspot.com said...

kah kah essay wednesday yang tak tahan tu. yelah hanya diorang je yang tau ape yg berlaku sebenarnya.

untuk akak stoberi yg takde rezeki nak dapat anak lagi. rileks ok mungkin belum sampai masa. chill.

Cik Anita said...

seronok pulak Nita baca akak celoteh pasal dorang ni.hehe.

dua2 ada silap la ni, ada la tu yang Tuhan nak tunjuk. kalau tak, mestilah bahagia je kan. sokong kata akak, dua2 degil.hehe.

Waallahualam, nita pun tak kawen lagi. makanya tak berani nak cakap lebih2..

kekucingkatz said...

ni contoh manusia tau nak kawen n seronok je...tapi tak tau apa2 pasal peranan suami isteri,tanggungjawab, tolak ansur n bla bla...buang karan je deme nih...

ItaYaniN said...

1. sbnrnya masing2 x ready mental n fizikal nak kawin..

2. x faham erti perkahwinan tu..diorg ingt kawin ni hanya utk 'buat anak' je kot..

3. sbb masing2 pun x nak mengalah..

4. banyak sgt campur tgn dari pelbagai pihak..terutamanya mak ayah ppuan tu..ptt diorg leh btegas ckp kt anak tu..maybe leh halau anak tu blk dok ngan lakinya sbb anak tu dh jadi isteri org..bkn tggungjwb depa lg..

5. susah nak judge sapa salah n sapa betul..sbb kesimpulan yng boleh dibuat adalah..masing2 takut nk rendahkan ego & tak sanggup berkorban..

**reen..sori dh lama x tggal jejak..hanya menjadi SR je..hehe..ni baru nk appear blk..hehe

Hida Kadiso said...

sangat tekongkong.. gile la kol 9 dah tak bley bukak fb.. skarang ni bukan zaman dolu2 yang kol 10 pon dah kene tutup lampu n wajib kene tido..

puanstoberi said...

CBL :

Itu la pasalnya. geram pun ada. nak rebut2 plak. haih....

puanstoberi said...

ANUM :

tu la tu. tah pehapa tah..!

puanstoberi said...

AI :

Oke je..tak gedik2 pun. nati bleh realisasikan ye. Ai Zahra namanya. hihi :D

puanstoberi said...

AKMA :

Ye btul...kita chill. Hihi :>

puanstoberi said...

CIK ANITA :

Tu la tu.. memasing ada kesalahannya. Cuma kena tolerate lah. takkan pasal main fesbuk pun leh nak naik tangan kan.
Yg si bini pun, da kawen, kena la pandai2 bahagi masa.
Entah..tak paham..brrrr

puanstoberi said...

KEKUCINGKATZ :

Tu la pasal. Buang masa dan tenaga je nak gado gado. berbaik je. Abis citer. haihhh

puanstoberi said...

BHMB :

Ha, tu la pasal. Ssh nak cakap sbb life derang ni lain pesennya. tp kalo kita ikut way of life kita yg satu tu, Insyallah, tak ter gelincir.
Tp tu lah..

* oke..oke..nati buat come back ya.. hihi :D