Friday, July 1, 2011

~Pasal Murtabak Mengkasar~



Berkesempatan makan ni masa outstation. Murtabak yg femes seantero Malaysia kan. Aku pun mcm ter tanya tanya, apa yg menariknya Murtabak Mengkasar ni. Aku igt asalnya dari Makasar Indonesia ke kan. Jadi aku google lah. Jumpa la artikel2 berkaitan.
Rupanya nama kampung lah Mengkasar tu. Kampung Mengkasar Pekan Pahang.
So, sapa pegi ke Pekan Pahang, leh la singgah merasa the femes Murtabak in town ni. Mana letak duduknya aku pun tak reti nak citer. Pegi pun sbb kiterang ada ofis kat Pulau Keladi sanun. Kut tak, tak pegi gak la gamaknya.

Kalo ada GPS set je la Kampung Mengkasar. Jumpa la agaknya.
Dia takde frozen, maka makan disitu atau beli saja bawak balik.
Kiterang beli yg special - RM8, yg biasa berapa tah. Lupa plak. Ni kiterang bawak balik. Makan kat hotel. Share 3 org.
Oh. Skang da ada cawangan kat KL jugak. Aku penah napak masa nak makan kat Wahab Cendol tu. Kat Rampai Business Centre sanun.

Ni antara artikel berkaitan :

Menariknya, tiga menu makanan popular Pahang yang disajikan pada MAHA kali ini kebanyakannya membabitkan santapan diraja suatu masa dulu, ada antaranya masih menjadi kegemaran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah seperti Murtabak Mengkasar.
Pengusaha murtabak berkenaan, Tajuddin Abdul Hamid, 64, dari Pekan, berkata resipi murtabak itu diwarisi daripada saudara terdekatnya, Allahyarham Datuk Abd Rashid Salleh atau Awang Rashid Salleh yang mempunyai hubungan rapat dengan istana Pahang suatu ketika dulu dan kini mempunyai dua cawangan, masing-masing di Kuala Lumpur dan Kuantan.
Murtabak ini menggunakan 20 jenis rempah ratus yang mempunyai hubung kait dengan perubatan antaranya kulit kayu manis, cengkih dan lada hitam. Sejak mengambil alih resipi daripada Allahyarham, sukatan dan cara pembuatannya tidak pernah diubah sama sekali, katanya sambil menambah perniagaan Murtabak Mengkasar bermula 1980.
sumber : berita harian

Selain memiliki rasa enak dan aroma membuka selera, salah satu keistimewaan murtabak Mengkasar adalah harganya yang sangat berpatutan.
Katanya, warung itu menyediakan dua jenis murtabak iaitu murtabak biasa berharga RM6 dan RM8 bagi murtabak istimewa yang masing-masing boleh dimakan sehingga empat orang.
Berbanding dengan murtabak biasa yang boleh ditemui di tempat lain, murtabak Mengkasar memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dan 21 jenis rempah-ratus berkualiti, menjadikannya lebih enak berbanding yang lain.
kredit : here 

Jadi, Tahniah pada 2 kawan yg menjawab dgn cepat dan tepat. Huhu.
Iaitu Pn AyangAizul n Pn Syana.
Dua2 ni alamat still ada pd kite. Tp Ayang, kite ada alamat opis lama awak rasanya. Bagi alamat baru yer.
Syana alamat Ketapang tu kan?? :)
Natikan adiah dari chepuanstoberi ya. Ole ole bertuliskan Teluk Cempelak lagi... Hihihi

17 comments:

ejaMaria said...

tak jumpa lagi murtabak ni... murtabak raja pun senak nak makan abis... lagi besar mcm yg ni...

Zana Adieyza said...

alaaaa, zana salah teka.. eka betul eh.. eka, kongsi hadiah plz.. hahahahaha

ariana said...

Salam..org Kuantan ke ni..saya pun..dah biasa mkn murtabak mengkasar tu..mmg best..skrg ada buka cawangan kat Malay town ,Kuantan dah..

LUNA LANUN said...

makasar nama sebuah daerah/negeri di sulawesi, indonesia... :P

Entri terbaru:
1. Friendster Bertukar Jadi 'Gamester'
2. Serius Cute Giler Video si Selena Gomez Terkejut Jumpa Shia LaBoeuf
3. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"

by LUNA LANUN

SyaNa said...

sape menang..sape menang??

wei lapaq tgk murtabak tu

♥MiZz-siHa♥ said...

dl ms study kat pahang,brape kali dah try rase..xtau skrng rase die same lg ke x..

Mdm Biar Betul said...

akak ari tu kite bg bapa mertua ku rase... dia tanyer... sape buat murtabak... kite ckp bdk mude... padan la rase kureng... dlu dia ckp org tua yg buat kat kedai tu..... hurm... klu yg ni mkn dh sedap... x to dulu punye sedap mcm hape...

hanidatul shatira said...

penah pegi makan kat kedai die kat sri rampai tu...hurmm...cam biase je kot..uhuhuhuuh

tak kene selera la...tataw la kot orang lain ckp sedap......mahal pon ye gak...huhuuhuh

SyaNa said...

haah masih setia di ketapang
wei sumpah aku time taip tu kan hati aku dok ckp taip pahang..taip pahang..
hahaaa

puanstoberi said...

MARIA :
Kat Rampai Biz Park ada kalo nak terai. Ni dia tk berapa tebal. Pjg je.

ZANA :
Eka teka betoi tp dia lwt beberapa menet. hihi

puanstoberi said...

ARIANA :

Hik hik...ni msti tgk gmbau je ni.. tk bc ayat 1st sy tu.
Hik hik hik hik...
Jauh kot saya nak makan kat Kuantan kot, kalo nak gak kena makan kat Sri Rampai Business Centre la kot kak.
Hik hik

puanstoberi said...

LUNA LANUN :

Jenuhh..kalo jadi Murtabak Makasar. Hihi

puanstoberi said...

SYANA :

EKau ler.. teheheeh :D

Lapar?? Bleh je gi kat Sri Rampai tu. Hik hik

puanstoberi said...

SIHA :

Study pahang?? UMP?? UiTM??

Thehehe.. akak tak reti rasa2 ni. Akak rasa sama je rasa murtabak tu ngan lelain. Tp ada la rs lain sket sbb dia agak kering.

puanstoberi said...

MBB :

Ni anak dia buat kot. ke pekerja dia. Hurm...

puanstoberi said...

HANI :

Akak tak penah lagi makan yg kat Sri Rampai tu. Tp sama la kot rasa dia ngan yg ni.

puanstoberi said...

SYANA :

Hik hik.. kagum gak la aku sbb ko takde FB aku, kalo kat FB ada gak aku hint2. Rasa kat blog takde aku citer nak gi outstation Pahang. Hihi.
Nati aku pos adiah yew. Hik hik