Monday, July 25, 2011

~Pasal Rambut Gugur~

Kredit : Here
Eh. Pepagi Senin da citer pasal rambut gugur kan.
Haha.
Tu la tu. Ngeri plak bila tgk rambut gugur ni.
Karpet yg dlm bilik tu mmg harus disapu selalu.
Rambut sapa lagi yg gugur kan. Dah katanya duk berdua je.
Kalo rambut my dear takkan la sepanjang itu.

Tp kalo rambut gugur dalam 50-100 helai sehari kira normal kan.
Aku pun tak pasti la berapa helai sehari dia gugur. Tak kira la plak aku.
Tp kalo waktu syampu, kau kaup dari atas ke bawah tu, mmg kira mcm takut la kau tgk ada kat tgn tu. Seriyes ke ni?

Tp tidak la sebegini rupa plak melekat kat sikat
Image : google

Aku tak berapa risau sbb sedari dulu, malah dari kekecik lagi mmg rambut aku ni jenis gugur.
Lps tu plak rambut aku ni mmg jenis nipis je, makanya tak la sedar rambut ni makin sket ke apa ke.

Cuma, kalo aku potong pendek, masalah tu selesai sket la.
Skang pun idak la panjang mana, cuma mmg tahap dia sker nak gugur la tu.

Ke sbb rambut aku jenis berminyak makanya dia sker gugur.

Google, jumpa ini :

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

kredit : sini
****
Salu gak jumpa petua nak kasik lebat rambut. Tp tak penah terai.
Tp yg ni pun mcm bes.

Kacang hijau- Kacau hijau pula dapat membantu untuk melebatkan lagi pertumbuhan rambut anda. Caranya adalah dengan rendamkan kacang hijau semalaman. Kemudian picitkan kacang hijau yang sudah lembut tadi dan sapukan di atas kulit kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut anda menggunakan air bersih.

Ada byk lagi. Klik sini.

Tkpe lah. Apa pun, harapnya tidak lah seriyes smpai napak kulit kepala :D

19 comments:

Anum said...

sama la sis rambut anum pun banyak gugur
kalau seminggu menyapu comfirm banyak kat lantai
anum buat tak tahu je....
hehhehhe

♥cikmOt♥ said...

dulu lepas salin, memang teruk alami rambut gugur ni...sal sikat jek bersepah jatuh atas lantai...tapi dah makin kurang sejak pakai syampu yang ada hairfall solution...alhamdulillah...

myfara FLK said...

mai pun ada masalah gugur rambut..tiap2 pagi lepas siap2 pakai baju mesti mai akan kutip rambut..mcm2 produk mai cuba temasuklah yun nam(dulu lah buat but tak hbs pun buat coz malas nak pegi yun nam)tp sama je still gugur gak...:-(

Aida Tamrim said...

Rambut kita pun slalu gugur sis .. Dlm sehari tu memnag banyak giler la rambut yang perlu dibuang .. Lagi2 sbb skrg ni rambut pnjang .. Blk kg nanti nak g potong laa .. hmmm ..

Btw, mekasih bagi tips2 yang berguna tu ye ! :)

Cikrosecute said...

KIta pun gugur jugak *Melahirkan Anak kot....Sebelum nie gugur jugak tapi tak banyak...tapi lepas habis pantang memang gugur banyak...hari tu rambut panjang sekarang dah potong pendek paras bahu...Ikutkan hati nak botak terus...risau pulak takut Cik hubby tengok tak ada selera hihihi

Anonymous said...

saya pon kronik gak
masalah rambut gugur ni
lagi panjang
lagi banyak ggr

eKa said...

thanx for da petua...leh tambah rambut yg dah gugur ni...eka ni dari zaman dulu2 lagi rmbt mmg gugur kalu panjang.bila rambut pendek takde lak gugurnya

Teratak Hami said...

Akak gunting pendek jer kalau dah byk sgt gugur.

Pasal petua kacang hijau tu, awak cubalah, kalau berjaya, sila bagitau. Cuma akak takut tumbuh taugeh atas kepala .. hehehe

ejaMaria said...

mmm... salah satu sbb aku maintain rambut pendek paras bahu je... klu panjang mau hari-hari aku kena sapu lantai... ;p

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

dulu rambut kina pun mcm tue. asik tuko syampu je. kOnOn nak cari syampu yg x mo bg rambut gugur la kan. tapi x de maknanye..sama je. sampailah kina cuba syampu "SAFI" yg kaler hijau tue. al-hamdulillah akhirnya masalah rambut gugur dah dapat diatasi. walaupun rambut still gugur sekurangnyer x banyak mcm dulu.

cubalah!!

Hida Kadiso said...

saje nak share pengalaman..

mase pregnant yg 2nd time ni memang rambut gugur banyak gile.. 3 bulan petame je la.. pas tu ok..

solution potong kasi pendek.. hehehhe..

puanstoberi said...

ANUM :

Tu la pasalnya. Kalo wiken tak bersapu mmg rimas nengoknya. Akak pun tatau gak nih. Hihi

puanstoberi said...

CIK MOT :

Ce kabo syampo apa tu. Pantene eh? Kita tak leh la pakai pentene. nati lagi byk gugur. Panas kot

puanstoberi said...

MYFARA :

Rajin tau dia ni kutip rambut dulu pas siap2. Akak pas seminggu baru kutip balik. Ngeee. tu pun kalo rajin, tak rajin kalo 2 minggu la dia duk situ. Hihi

puanstoberi said...

ADIALUZE :

Awat tak mo potong kat KL??

puanstoberi said...

CIK ROSE CUTE :

Jgn botak Cik Rose..bahaya tu.. hik hik :D

puanstoberi said...

NANA :

Kan Nana.. tu la pasal, rata2 seme org kalo pjg lagi byk gugur nyer

puanstoberi said...

EKA :

Akak rasa kan kalo kita potong rambut, rambut kita sihat kut, dia nak bertumbuh, tp kalo biar panjang tu, dia tak sihat da kut, tu sbb dia pun menggugurkan diri dia. Oke tak akak nyer andaian nih. hihihi

puanstoberi said...

TERATAK HAMI :

Hahaha. sgt klaka lah kak. Ye tak ye gak kan, kang ada toge lak atas pala. Hahahahha