Tuesday, December 20, 2011

3rd Anniversary : Sesi Petang

Kalo sesi pagi aku redeem voucher MilkADeal, sessi petang aku redeem voucher dari Groupon plak. Voucher utk Dinner Buffet kat Hotel Istana. Dan sebagai pembeli tegar deal ni (cam Maria kata - ratu deal dah aku ni ha), aku rasa deal ni paling berbaloi-baloi sgt. Bleh tgk di link ini - Groupon Buffet Dinner

Kenapa berbaloi?? Sbb aku dpt jimat byk2 utk makan best best yg banyak2. Mmg sgt berbaloi sbb rega sebenar adalah RM96.00 per pax. Pulak tu sbb aku guna Maybank2U. Dpt lagi potongan sehingga 60% dan cuma bayar RM86.40 utk 2 org.  Giler kalo tak worth

Terima kasih Groupon! Kerana mu kami dapat meraikan anniversary ke 3 dengan bes skali (",)

Makanan di Hotel Istana adalah super sedap! Tu je aku mampu katakan. Selain dari bufet berbuka puasa mmg idak la aku nak bufet diner kat hotel. Tp sbb rasa puas hati amat kat hotel Istana, kami mmg rasa mau repeat lagi. Tp idak la waktu terdekat ni. Ce kira RM96 tu kalo darab 2 menjadi RM192.00. Lps tiket flight ke Krabi okeh. Haha. 

Sbb tu la aku kata sgt worth deal kali ni. Deal yg aku rasa puas hati amat. Again, terima kasih Groupon buat deal mcm ni.

Memula tu aku cam rasa tak sedap gak nak masuk hotel ni sbb kan kita guna voucher, mesti derang pandang select je kan. Ada rasa cam org mungkin kata 'takde duit, tp nak makan kat hotel'. Tp seme tu terhapus bila bagi je voucher kat org kaunter tu. Derang layan oke. Sama je mcm org lain. Takde la rasa tak selesa.

Pelbagai jenis makanan ada. Nasi beriani, nasi putih, nasik goreng, dessert yg super sedap. Adoii.... Aku yg tak sker makan ni pun rasa nak makan je.

Ni hidangan pertama aku lepas makan buah. Yeps. Aku biasakan kalo bufet ke apa ke, harus makan buah dulu sbb entah.... tp mmg sunah nabi camtu kan, makan buah2 dulu before makan. Bukan selepas makan.


Nasi goreng + Nasi beriani sket + ayam + udang + lamb apa tah + kupang 
(eh. Kupang ke tiram tu?)

Ada bako bako jugak. Udang n kupang (ke tiram?? aduhh..kompius)
2 kali hokeh repeat mendalah ni. Tp amik byk tu gak la.
Sos dia tu..sedap amatt.....


Kek coklat indulgen yg super sedap. Seyes. 
2 kali aku repeat kek tu. Aku kan tak sker makan. 
So,kalo aku kata sedap dan 
makan 2 kali tu mmg sedap la bagi aku. 
Dia tak mcm yg beli kat SR tu. Mmg lain. 
Dan aku rasa mcm nak beli je utk beday my dear nati.
Ada jugak buah2 yg dicelup coklat. Stoberi takde la tapi :)

Last skali baru makan eskrem. Ada gak ABC, tp nyer
sojuk oh. Makan eskrem je la.

Ada lagi la yg dimakan cam sup tulang - pun sedap. Spegeti/fettucini - pun sedap. Mee Bandung - ni so so sket la. Tp idak  makan skali byk kan. Amik utk di cicip2 kata org tu. Haha.
Pun takde la aku nak amik gmbr setiap makanan tu. Kan org kata 'darat' lak. (T__T).
Tp seyes rambang mata tgk kat tpt kek2, desert dia, smpai kena tegur ngan chef dia. Katanya, jgn pening2 amik je mana nak, seme sedap. Tp mmg sedap la.. 

Mmg nak repeat tp yg pasti bkn bulan posa. Sbb bln posa ramai. Pehtu tak larat makan lak kan byk2. 


Dan muka kami yg puas hati. Eh. My dear tu bkn tak puas hati. Tp muka kekenyangan sbb kena paksa makan mee bandung. Ngeee.....


Oh lupa nak stori. Sblm pegi tu hazabedah wes menempuh jem. Tau la masa tu kan yg banjir kilat dpn National Library. Suppose dari umah aku ke Istana tu dlm 10minit kut. Ini dkt sejam setgh tk smpai lagi ko. Dah la nak pegi tu aku meranduk air banjir bawah umah aku ni. Konghajooo... da elok2 buat foot spa. Kena banjir spa plakkk.....


Da nak smpai ni  lagi mmg hazab. Hotel tu bbrapa langkah je lagi. Tp tak gerak oh kereta seme. Geram dah. Masa tu da kul 7 lebih. Tak abis2 aku bebel2 kat FB kan.  Kerna tak sanggup lagi dah, my dear masuk paking kat Wisma MPL - pehtu jalan kaki. Haaa...amek kaw... 1st time paking situ. Kena RM6. Udah la masa balik (dalam kul 9pm) tpt nak gi paking tu tutup. Elok plak ada org nak masuk club apa seme. Scarry je rasa. Huhu.


Dan diakhiri dgn gmbr blur ni. Motip??
Saja taruk, sbb gmbr tak blur adalah gemuk cam tong gas. Bahahahhaaha.
*gmbr ni blur sbb baru kuar dr tpt air-cond yg sejuk. Tetiba my dear kata 'eh, apsal blur ni gmbr ni?'
Bahahahah.


17 comments:

Anum said...

syok sis

PutriesNoora said...

wahhhhh...xkelipkelip mata noora tgk makanan!sabar wahai tekak dan hati..huhuhu

aziazib said...

amboi sakan ber'anniversary ye...btw hppy belated anniversary...sori lmbt wish...

Nazz@Purple said...

best sgt tu..berbaloi tepuh jem kan..

Masya said...

suke aiskrim tu ala8 tutti frutti hihihihi... mesti sedapkan..

mikamusz said...

lapar..lapar.. dahlah tak lunch ni.. perlu mencarik jugak ni buffet yang berbaloi..

SyaNa said...

oohoo murahnye kan deal tu
aku ni kalo bwk laki gi buffet rugi
dia mkn nasi seround pastu stop
baik aku belanja mkn nasi kandar bawah pokok
heheee

::EIDA:: said...

Ida pun pernah makan kat Hotel Istana, kusus .. kalau ta kusus, tak merasa la... hihihi

Chekgu Azrine said...

tak pernah sambut anniversary bedua2 ngan husband.. untuk pn stoberi erk.. anyway.. congrats on your 3rd anniversary!!

puanstoberi said...

ANUM :

SYok..syok..syok :D

puanstoberi said...

NORA :

Egegegeee :D

puanstoberi said...

AZI :

Haha. Ada groupn ni sakan ler, kalo tak..nan hadoo.. hihi :D

Thanks 4 d wish :)

puanstoberi said...

NAZZ :

Hihi...mujo la smpat..kalo takkk.. burnt lagi la kot

puanstoberi said...

MASYA :

Hihi..tu eskrem biasa je tu. Saja saya tutti fruiti kan. :D

puanstoberi said...

MIKA :

Ada lagi satu - sime darby, rasa nak pi..cam bes je tgk :D

puanstoberi said...

EIDA :

Waa..course kat hotel Istana.. :)

puanstoberi said...

CA :

Huhu..takde anak, berdua je le.. ate' nak buat cemna cikgu... sobsss...