Monday, December 26, 2011

Berjaya Serbu

Saya dah serbu?
Anda??

Haha. Mengong.

Rentetan dari entry ari Jumaat tu ari, yg sebuk nak menyerbu tu kan.

Maka, hari Sabtu baru kesempatan menyerbu. Outlet nya biasa lah. Jalan TAR sana ler. Pegi pepagi lagi. Kuar umah dlm kul 9.45 camtu. Kul 10 dah smpai. Cam biasa parking kat CapSquare sanun. 

Memula masuk kat outlet yg tgh sket tu. Sbb situ nak carik platinum cam byk. Skali takde org layan ko. Aku da selak2 pun takde orang layan. Yer, mungkin saya kelihatan seperti tidak ingin berbelanja dan mungkin SA di situ tgk mcm muka bawak seploh hinggit tp sebok nak ber Ariani. Oh. Dia tatau aku dari rumah dah berniat, sahaja aku melangkah keluar utk membeli tudung sehingga RMxxx. Lama gak aku pusing2 dlm tu, mmg ramai pun time tu, tp takde SA pun yg tegur. Kut dia igt aku tak berduit tp nak carik yg platinum, aku pun saja la buat2 tgk tudung2 yg bhgn luar. Pun sama, takde org layan gak. Aku siap tanya dah selai tudung ni berapa. Acuh tak acuh SA tu jawab. "separuh rega". Owh, taknak layan yer. Okeh. Takpe. Kalo kamu semua taknak layan, lagi bagus. Niat aku dan duit yg aku da niat nak laburkan tu akan selamat. Just 1 thing je la aku nak tanya kat management nya, perlu kah melayan customer secara diskriminasi, kamu napak orang tu mcm bukan potential customer, pakai pun selebet2 takat t-shirt I Love Hongkong makanya kamu sudah ajar Sales Assisstant supaya tak perlu melayan 'budak' tersebut?

Maka, aku pun keluar. Tgk2 my dear ada kat kedai mamak sebelah tu? Minum. Mmg dia da ckp, awak masuk la carik, saya g minum. So, aku kata aku nak masuk kedai dpn lah. Masuk kedai dpn, org tak berapa ramai. Oh. Mungkin seme ke outlet tgh yg cam bes sket tu la. 

Masuk je ada sorang kakak tu entertain aku.

"Ha.. dik.. yg ni kalo adik bli satu separuh harga, tp lebih baik adik amik 4 sbb akan dapat free satu. Bla..bla.. bla.."

Oh. Aku perlu 'tangkap' SA ini sblm dia entertain org lain.
Maka aku suh bawak trus ke platinum. Sbb kalo time sale ni mmg target aku beli platinum ja. Yg lelain tu salu je ada sale. Akak tu pun bawak ke platinum. Ha. Mmg la aku beli sbb aku niat nak beli kan. Mampuih p la SA yg kedai satu lagi tu. Org nak bagi sales kat awak pun tak mahu kan. Sombong. Takpe, lain kali saya dtg kedai awak pakai baju lip lap lip lap yer. Bagi tau kat awak, saya ni konon nak beli ribu ribu, padahal satu pun saya taknak.

Hah! Dkt 2 jam akak tu layan aku. Dari niat nak beli cuma RMxxx, ternaik juga sedikit sehingga meng upgrade kan kad pink ke kad gold. Itu mmg tak memasal dan lari trus dari niat utama. Phew.... akak tu mmg bagus la PR and marketing dia. Siap aku amik no phone akak tu dan tau nama akak tu adalah Kak Nor. Mmg tak sombong langsung lah. Elok je layan.
Tkpe dik, try je, bkn paksa beli.
Tkpe dik, akak try carik kat sebelah sana.
Tkpe dik, pilih je, kang akak carik saiz.
Kejap2 dia kena pegi kedai sebelah n kat stor dia carik kaler n saiz.

Ha. Mungkin sbb dia agak senior, maka layanan dia bes, tanpa ada diskriminasi. Sbb walo ko tgk customer itu selebet thp budak lepasan SPM, ko tak leh anggap 'ah, budak ni mmg takde duit ni, bkn nak beli'.

Masa da bayar seme, salam2 ngan KakNor tu aku ucap terima kasih.
Tp dia kata
"Eh dik... patut akak ucap terima kasih"

See.. berbudi bahasa kan. Sbb nyer, dia mesti la dpt komisyen kan. Pada KakNor, terima kasih sbb sudi melayan kerenah saya yg mcm2 itu. Aku keluar dari situ bila org makin memenuhi ruang2 yg ada. Hampir jam 12 tghari. Sambil tersenyum puas.

Hasilnya

Campur2. Ada selai tudung ciffon 2 layer. Nak buat raya kononnya.*iyo sgt lah tu kan* Beli gak utk my mom n my MIL.
5 helai daripadanya jenis pendek. Aku mau 'gu' kan dgn shawl. Yang pendek ni murah ja. Beli 4 percuma 1. Hihi.


Shawl tu trus beli ja. Shawl murah lah kan. RM6 da dpt utk yg satin tu, yg chiffon tu 2 lai RM15. Hihi.

Lps ni setahun kot tak perlu jejak Ariani.
Muka mmg la ada senyium... tp lps tu baru cam ter kesima.
Eh. SBPA tangguh la. Gaji bln Januari nati gaji lama. Hahaha. Terus mode bertukar geram kat Q-pac. Grrrr... Hahhahahhahaha (^_^)

9 comments:

eKa said...

oh...mmg rambang mata la kalu gi ariani ni... cam nak borong semua...tp takleh la...tgk purse yg makin menipis tu...kene la kawal sket...kalu tau ada sale esknya...mmg eka tunggu kejap.sanggup kot tangguh urusan seri pasuka baginda sume tu.

Yan said...

owhh klu yan plak... yan tak ske SA kacau atau tanye2.. ape lg y jenis mengekor org tu.. baik2 rase nak bli.. terus x jadi.. blah..
tp klu kes2.. tak jumpe.. tak paham... tak tahu.. yg tu.. yan sendiri akan tanye.. or diorang pn mesti nampakkan muka kte terbangak2 kat situ ekekeke...

puanstoberi said...

Yan,

Kalo kat situ takde SA cena nak carik saiz, cena nak carik kaler yg kita nak dan yg penting derang kena ada utk pegangkan tudung yg kita beli berhelai2 tu. Gi pun derang dapat komisyen dong dari setiap belian kita tu. Maka, oleh sbb itu, layanan adalah diperlukan kat situ. Lain lah kalo kat watson, itu mmg tak perlu lah. Huhu.

~ain said...

ain tak suka pi ariani kuala terengganu sebab SA dia sombong2.. kita masuk kedai, dia boleh buat dek je.. lepas tu layan lebih kurang..

Sampai 29hb kan?
Balik nanti nak pi Ariani Shah Alam.... Duit dah stand by ni... hehhee

Z.U.E said...

ariani kat bangi tutup... baru ingat nak pergi memborong kat bangi jerk.. maybe SA kat bangi pegi mesjid india sume kot?? tu yang tutup.. geram betul.. nak ke mesjid india malas plak..

puanstoberi said...

EKA :

Alahai.. akak pun lupa nak gi tau ke Eka. Tkpe, nati like FB derang yer. Leh tau ada sale ke apa :)

puanstoberi said...

~AIN :

Gi Ariani jalan Tar ni ler. Leh ke Jakel dan kawasan2 sekitarnya skali. Hihii :D

Kan... SA Ariani ni tak di train PR nya kah? Apa dia igt org biasa2 ni tak mampukah beli tudung tu. Choi sgt kan. Sbb kat Ariani ni mmg kena ada SA assisst kita, kalo tak susah kita nak pilih dan beli.

puanstoberi said...

CINTA :

Tutup?? Kenapa??
Akak retu baca Fareeda Bangi je tutup. Ngan Ariani pun tutup. Apakah seme kedai tudung kat Bangi tutup?? huhu

Luv said...

da

nape xdpt pun tgk gamba nye..?? nape ek