Friday, December 23, 2011

Bahagia Itu Pilihan Kita

Salam Jumaat.
Bahagiakah Tanpa Zuriat?
Haha. Tetiba tanya soklan cenggitu. Itu tajuk ranc. Semanis Kurma lah.
Tp bagus la rancangan tu. Baru je berapa bln lps pun ada dia buat topik takde zuriat ni. Sblm tu pun ada. Dan acapkali tu harus ada ayat2 Al-Quran dan beberapa amalan yg bleh dibuat.
Ada yg aku mmg amalkan, ada yg aku tau tp tak penah nak amalkan. Haha. 

Sedikit masa dulu, aku pernah up topic kat blog sama cam tajuk tu.
Jadi hangat ko... sbb nyer biasa la.. menda disampai2kan ni lah.
Tp tu pun da settle. Malas la aku nak pjg2 kat luar menda citer kat blog ni.
Ko baca, baca je lah blog ni. Tak perlu plak bila dah baca, lps tu ko rasa cam eh, aku tau je sapa budak ni citer, lps tu ko pegi tanya plak member tu btul ke dia ada kata camtu. Lps tu dah jadi boomerang. Menda tu dtg balik kat aku. Ek eh.  Kuwahsa tau aku nak layan. Engkorang duk jadi SR aku lps tu jadikan plak ramai lagi SR. Ha..bagus la tu kan. Yg untung sapa? Yg dpt duit Nuffnang sapa?? Haha. Eh. Cakap pasal Nuffnang ni, da sbln lebih ni aku tunggu cek nih. Byk tk byk la. Tp dpt la tampung sementara SBPA tangguh ni. Kut nak soping2 kat Langkawi sok. Oke, aku tggu smpai ujung bln ni, if tak dpt aku 'ticketing' sama dia. Haha. *segan rasa nak tnya kat Nuffnang, bkn ribu riban kan, tp ehhh... duit tu.. sapa nak bagi ko ratus2 hanya dgn membebel??

So, berbalik pada topik - Bahagiakah Tanpa Zuriat?
Jawapannya tepuk dada tanya selera.
Aku paling sker cara ustaz yg dijemput tu. Bes btul lah dia bagi penerangan.
Aku lupa lak nama dia. Haha.

Katanya, kalo ada je makcik2 yg sibuk lagi nak nanya bile nak beranak, bile nak beranak, tanya balik pada dia "makcik, anak makcik 5 org kat umah tu dah solat blum?"
Tu bkn marah tu katanya, sakit ati sket la. Haha.

Kalo tanya aku - harus la jawab Bahagia. Sapa kata tak bahagia kan?
Jgn pi tanya ke org lain tentang kebahagiaan kita sbb pelbagai jawapan yg akan dpt. Masuk bab control la apa la kan. Kuwahsa. Yg nyata kami suami isteri tau perjalanan idup kami. Kalo tak bahagia idak la hampir setiap bln kami berdua pergi bercuti.  Lebih baik aku gi hang out ngan member2 aku.  Jelesss leww tewww. Hahahah (T___T).

Memetik dari Forum Halaqah - Bahagia itu Pilihan
Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.

Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full stop.

Bye!

*Amalan, ayat2 Al-Quran yg dibagi dalam program tu akan diup dalam blog TTC*

Image : Google

14 comments:

mikamusz said...

semoga berbahagia selalu hendaknya..amin... saya pun pilih untuk bahagia..

::EIDA:: said...

Saya bahagia!

*Ida siap rakam rancangan Semanis Kurma tu.. malam tadi dah ulang tengok.. bestlah Ustaz tu bagi penerangan.....Sejuk hati sikit! *

ch@ said...

betul-betul, bahagia itu pilihan.
kita bahagia walaupun semua benda kena handle sendiri. huaaaaa.

Z.U.E said...

yup betul cakap eida tuh sejuk sangat hati bile tengok ustazah, ustaz tuh semua bg kata-kata semangat pada orang-orang macam kita ni kan.. semoga ALLAH makbulkan doa kita

A*nY said...

betul..

best sgt tgk semalam...
rasa bersemangat dan lebih bahagia...

aziazib said...

ye bahagia itu pilihan..
kalau ada anak tapi memilih utk tidak membahagiakan diri sama je ada anak atau tak...

rDnA said...

memang best ape yg ustaz tu ckp smlm..

betul2x.bahagia tu pilihan kita.kita yg nk bahagia kena usahakan la bg bahagia kan?bknnya org lain..

Cik Anita said...

tak sempat nak tengok pun malam tu semanis kurma ni, tengok tajuk pun dah best..x senpat sebb keluar tgk wayang. hehe

Nita pun tak berani nak cakap banyak-banyak, sebab belum ke arah itu. Kot Nita masa kan datang dalam masalh yang sama ke. Hurm.

susah nak jangka benda2 yang masa akan datang ni.

:)

puanstoberi said...

MIKAMUSZ :

Amin...

EIDA :

Wah..siap rakam.. leh la share tgk nati :)

puanstoberi said...

CHA :

Tkpe Cha..tu antara nikmat dari kebahagiaan :))

puanstoberi said...

CINTA :

Insyaallah...

puanstoberi said...

ANIE :

ITu lah yg terbaik utk kita pada masa ini :)

puanstoberi said...

RDNA :

Btul. Bkn org lain yg menentukan bahagia kita

puanstoberi said...

CIK ANITA :

Tkpe..doakan yg bebaik saja :)