Saturday, December 10, 2011

Drama : Dingin Lavenda

Sapa tengokk???
Smlm 1st episod.
Adaptasi novel juga la kiranya ni yer.
Hurm. Sonang eh skang. Amik novel, buat citer.

Oke. Kami tgk sekejap je. Lps tu memasing malas. Kenapa tah.
Malas la. Kang ter folo lak.
Derang memang berlakon kat Melbourne kan.
Ha..ni pun satu faktor gak ni kang. Dah folo, lps tu meleleh ailiyo nak gi Melbourne lak. Kang leh caya, satu hal plak.. Haihss..

Pelakon utama dia Zarina AF n Faralyna ASMARA (dia pelakon citer Asmara dlu tu yer. Aku tak folo sgt citer asrama eh, asmara tu)

Dan lead harus la beliau ini. Eira Syazira. Eh. Dia ni oke. Ai takde poblem nak tgk dia jadi lead lps cite Balqis tu dulu.  

Tapi hero tak berapa dikenali. Tp byk gak la dak Azlee ni berlakon. Kelas Kau Maria pun dia juga yer. 

Asal Kuala Kangso rupanye. Yob le kalo gitu. Hihiks. Dia juga model. Info : 10 Lelaki Disenangi - EH
Sedikit sinopsis cerita Dingin Lavenda ni. Kredit > Mangga Online

Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.

Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne.  Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.

Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.

Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan kisah 3 sahabat di drama bersiri hebat, Dingin Lavenda, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

All photos credit > FB Dingin Lavenda / Manggaonline

13 comments:

A*nY said...

tengok2...
best=))

ch@ said...

komen sblm pergi mndikan aie.

best kekde best. kita layan gak sblm ke maharajalawak mega. stlh mengandung 2nd ni, kita suka tgk drama melayu. best ke, tak best ke, kita tgk je. hehehe. tapiii, tv3 dh makin best la skrg (drama la)

eKa said...

Bhy ditontoni eka ni.eka mudah terpengaruh.nak g korea tu sbb penangan awan dania la.ni tgk cite ni kang tingin g melbourne pulak.haru.ada tgk smlm.tp tak bape fokus sbb dok umah tok.dok main dgn baby2 comel

::EIDA:: said...

Ida tak tngok pun....HUbby dok layan cerita ape ntah... Sinopsis macam menarik =)

BENA said...

haaaaaa bena tengok cite ni semalam . tengok2. cam best je jugak tau . heee ;) skg tgh gile tentang dhia. heee ;)

puanstoberi said...

ANIE :
Bes eh?? Kak tk tgk pun. Kalo tgk kang jenuh ke folo plak.

puanstoberi said...

CHA :

Smpt lagi tu sblm mandikan Aie. Hikss..

Ha. Drama TV3 da ramai follower dia. Kira cam org akan tertunggu2 kan.

puanstoberi said...

EKA :

Jumm..kita gi osotolia jum...

puanstoberi said...

EIDA :

Bes tu kalo folo. Huhu

puanstoberi said...

BENA :

Kalo folo harus jd bes. Tentang Dhia tu pun bes walo cam mengarut.

mekchu said...

tengok hari tu.. tertengok sbnarnya.. dan lepas ni kena tengok lagi lah jawabnya.. mak tiri jannah tak suka dia gi smbung belajar kan..

Yan said...

senang eh skang.. tk yah pk2 skrip sangat.. olah skit2 je dari novel tu.. sonang baitu..

owhh ade zarina.. again cam jahat jek.. tp malas nak tengokla slot hari jumaat.. heheheh...

puanstoberi said...

MEKCHU :

Oh, mak Jannah tu mak tiri yer.. owhnyer...


YAN :

Tu la tu..asik adaptasi je seme.
A ah, watak Zarina da cliche sgt skang. Muka dia je jahat, jahat je muka dia. Ada kebossanan dah di situ.