Tuesday, December 20, 2011

Rombongan Che Kiah Ke Johor

Ha. Amik kau tajuknya. Tak memasal.
Nak up gak citer ke Johor tu ari. Takde la rombongan. Seme2 pegi sbb keja. 

Waktu bertolak.

Bas cam kosong je. Laju2 mak sedara incik my dear komen kat FB
'Gi mana ni? Cam takde sambutan je. Haha' komen beliau.

Mmg la takde sambutan makcik, ini kena paksa rela siapa mahu menyambutnya.
Ce kalo gi jalan2.

Pulak 3 bas dan entah berapa kereta, van, CRV, seme turut serta. Harus la yg pegi tak penuh bas. 3 Bas hoke pegi. Haha. Gempakk..jgn tak gempak... cam seolah2 satu ofis berkampung di sana. Berkampung utk Promosi Kraf Zon Selatan.

Pegi hari Khamis. Pegi tak la singgah mana. Terus je ke Angsana. Amik kupon makan seme then rehearsel. Malam baru balik hotel. Tu pun lps maghrib kembali Angsana - rehearsel again. Aduoii... tp dah namanya keja. Baik turut je. Bkn gi bercuti cuti kan.

Lps tu Jumaat - lepak2 hotel jap. Eh. Cop! Bekpas kat M-Suite ni bleh tahan sedap gak. Not bad. Suka. Suka. Bilik M-Suite ni pun selesa la (pada awalnya). 

Perasmian kul 4pm, maka kiterang ada kat tpt tu dalam kul 2 dah. Siapkan tagging, tpt makan bla bla bla. Maleh nak citer pasal perasmian ni. Cam biasa la kan, majlis. Blum abis majlis, standby kat tpt makan plak. Kat Angsana - ayam penyet Ria (eh. Btul ke Ria? Entah, trus lupa).

So, majlis setel dlm kul 6 camtu. Ada member anta ke hotel semula dan siap2 utk kuar ngan member seUiTM. Aku bawak Kaklin pi skali. Dlm 8.30pm camtu dia amik. Dia ngan kawan dia. Dia bawak kiterang pusing2 JB. Bes la. Dpt tgk Singapore la, jalan2 kat Pasar Karat la. Dia bawak makan kat Benafee Kafe, kedai Betty Benafee katanya. Sedap. Makan ayam penyet, makan tauhu bakar, otak2, pepes, perghh haii... kembong perut. Tpt dia bbetul dpn New York Hotel. Kawan aku smpat gitau, if nak gi Singapore (USS), bleh stay hotel situ n ada pakej masuk ke USS. Wahh..ini sudah bagus. Da tnya my dear utk reserved vacation bln 10 nati. Haha. Eh. Bkn setahun sekali je ke gi jauh sket dari Malaysia?? Oke, takpe.. ini kira dkt je kot.

And akhirnya meke bawak p beli DVD kat..errr.. mana, Pasar Pandan, lebey kuang gitu lah namanya. Aku kaut 6 DVD. Lps tu smpat beli baju Rimau Malaya ni. 
Image : google
Haha. Dah lama kot carik baju begini. Takmo yg belang2 rimau tu. Nak yg begini. Jumpa dan harus beli utk mydear juga. Pakai sedondon gi joging nati. Sure poyo kan?? Hahaahahahah. "selamanya... Malaysia... selamanyaa..... "

Then blanja kawan aku ni plak kat Dataran. Dataran apa yer?? Dataran Bandaraya ke? Lupa. Apa da asik lupa. Yg pasti mmg bukan Dataran Merdeka.*gmbr ngan kawan2 aku ni byk kat MyS2. Buat pangai tak bleh nak upload kat FB plak..haih...*

Dlm kul 1 baru smpai hotel. (T___T).

Sabtu - rombongan che kiah semula. Bertolak dari hotel genap jam 10pagi. Wah. Napaknya seme tak sabar nak balik. Igtkan lewat la gerak. Rupanya seme da tak sabau melompat dlm bas. Haha.


Tu yg smpat singgah JPO. Aku da citer panjang lebau di entry ini - Johor Premium Outlets. Ingatkan nak gi JPO saja, rupanya org dkt bas satu lagi (kami pulang konvoi 2 bas - sebijik lagi tinggal di JB utk kegunaan usahawan) mau ke Ayer Itam. Maka ndak tak ndak ke Ayer Itam la kami. Lunch di sana. Aku tak beli apa pun. Tak ghairah dah aih aku tgk angry bird tu. Sana sini patung Angry Bird ja. Pasu pasu, lagi la... takkan org kraf mau beli pasu plak. Kita kan menyokong kraf Malaysia. Eh. Pasu tu mana punya?? Haha. (abaikan, poyo lebih ni) Aku beli kepek2 je. Tu pun sket je. Kuawasaa... bkn aku makan pun. Beli pun tuk adik2 opis aku je.

Tau smpai kul brapa? Jam 10 pagi gerak, dan bebetul kuar kat exit Sg. Besi tu jam 6 ptg. Fuiyooh magic. 8 jam woh. Kematu bontot. Mujo duk 2 seat tu sorang. Huhu.

Maka itu lah kenangan rombongan kami ke JB. Seronok gak la sesekali begini kan :)

6 comments:

::EIDA:: said...

Nak g USS? Nak ikuttttttttttt

Nana Aris said...

USS pon plan kami juge..tu masuk budget taun depan tu..tak tau la menjadi ke tak..hehe

Lida Rahim said...

oit masa duk M Suite tu ok ke?? tak de kene kacau2 ngan 'misteri nusantara'?

puanstoberi said...

EIDA :

Jomm...

NANA :

JOm kita romb che kiah ke sana

puanstoberi said...

LIDARAHIM :

Alhamdulillah, dgn izin Allah, dgn niat pergi kerana kerja, maka tiada apa berlaku kecuali misteri kerana rindu kepada osmet.

Bahahahahah (T_____T)

ekinashikin said...

kita yg dekat ni lama da x pi pasar karat...muahahaha