Sunday, December 25, 2011

Follower, Reader dan Silent Reader

Takat hari ni follower kebun stoberi ni ada empat ratus sembilan puluh satu orang. Nak kata pencapaian haibat bangat tu mmg tidak la kan. Aku pun tak penah mimpi ada follower ratus2 ni apatah lagi ribu riban. Orang lain siap beribu malah cam Hanis Zalikha tu ada 34388 (sehingga entry ni ditulis) follower.

Aku start buka kebun ni dlm tahun 2009. Masa tu mmg tak ramai la yg follow. Dan yg follow masa tu adalah org yg mmg aku kenal. Yg tak kenal ada la 2,3 kerat. Mmg aku tak penah promote la blog ni kat memana. Terus menulis dan menulis. 

Aku akui, follower aku ramai bilamana aku buat contest pertama aku. Contest sedondon raya tu. Masa tu la naik ratus2. Aku pun takde la paksa 'nak masuk contest aku sila follow... wajib follow..harus follow dan bla bla bla...". Aku siap ada adiah utk bukan follower. Tp meke memilih utk follow. Dan setelah diumumkan pemenang, ada antara meke yg tak menang maka meke memilih utk berhenti mem follow. Oke, feel free to do so. Aku tak kesah pun. Mungkin meke rasa, udah la follow aku, lps tu tak menang, lps tu aku tak follow pun blog meke. Dan bila baca2 blog aku ni meke rasa tak bes pun utk difollow. Jadi, derang pun opt out la kan. Tak ngapa. Terpulang. Rasa nak baca, baca. Rasa nak ikut, ikut. Then lps tu, any GA ke contest dari aku, aku tulis syarat dia terbuka kepada follower. Bknnya mesti jadi follower. Terpulang pemahaman memasing la ayat tu. (^_^).

Lagi satu mungkin orang  menyampah tgk blog aku ni yang entah apa-apa kategorinya. Aku sendiri pun pening yer nak mengkategorikan blog aku ni. Nak kata parenting jauh skali. Family pun idak. Kerja lagi la bosan nak story. Blog traveller? Heh, poyo sgt tu kalo aku kategorikan blog ni sbg blog traveller. Aku ni bkn la peng travel yg tegar. Setakat 2 bln sekali atau setahun 7,8 kali gi travel, lps tu jalan2 pun dkt2 sini ja, mmg tak la kata blog aku ni blog traveller. Jadi aku kategorikan je la blog personal. Seme citer sumbat dlm ni. Haha.


Bagi korang la kan, follower ni penting tak?
Penting la kan sbb ada follower, ada pembaca. Ada pembaca, ada lah visitor. Ada visitor, adalah duit masuk - bagi sesapa join Nuffnang atau memana iklan lain lah.

Tapi boleh tak aku kata yg follower ni bkn seme reader kita? Owh. Mungkin bagi blog aku ni ja kot sebab petua nak bagi orang masuk baca blog kita adalah merajinkan diri blogwalking atau nama pendeknya BW. Aku ni mmg maleh amat la BW. Aku BW gi blog yg ada kat side bar aku ni, and kat dalam dashboard aku la.  Selain dari tu jarang. Mengkalo aku da boran (boring + bosan) sgt, aku masuk innit and tgk blog mana yg bleh dibaca, lps tu aku kalo aku rasa cam eh, bes lak blog beliau ni, maka aku ketik la button follow tu.  Aku cuma join Innit ja dalam network blogger ni. Selain dari tu takde. Tp tu pun da setahun kot tak berusik nak ping entry. Aku ping blog weekend ja. Selain tu dari tak sempat lah.  

Prinsip aku dlm follow mem follow ni mudah ja. Aku rasa nak follow, aku follow. Dan jangan risau,, aku tidak menggunakan prinsip - I follow u, u follow me back okeh - yg mana aku harap org lain yg follow blog ni pun tak deal ngan aku camtu. Sbb tu la aku tak join segala network blogger ke apa bloglarian ke apa seme tu. Bukan aku sombong cakap aku ni macam baguih dok ada, tp nyer kang org folo, tp aku tak mampu nak folo acena?? Lagi hampeh kan pangai camtu. Dan hampeh juga sbb kang aku just nak meramaikan follower, maka aku ketik je la button follow tu, tak kesah la rupa mana kekdah blog tu.

Dan bukan bilamana aku tak follow tu aku anggap blog tu tak bes. Tidak sama sekali begitu yer. Kalo tak bes, aku tak letakkan di side bar aku tu. Ada blog yg aku tak follow, tp aku letak di side bar tu. Tu seme utk aku masuk baca yer. Sbb kalo follow pun kadang ada blog ter lepas pandang kat dashboard. Better aku masuk baca dari link kat sebelah ni ja.

Sebenarnya pun, blog aku ni, angka ja follower tu ja ratus ratus. Tp UV - Unique Visitor aku setiap hari adalah half dari tu ja secara puratanya. Sbb tu aku kata follower ni bukan seme reader. Apatah lagi yg jenis 'terpaksa' follow masa masuk contest tu ari.

Eh. Jgn salah paham plak igt aku mengkebulurkan org masuk blog aku ni hari2. Macam aku cakap tu gak la. Ikut suka hati. Ko suka ko masuk baca, tak suka tak perlu baca.  Takyah la kot nak print screen dari Analytical Nuffnang. Macam aku ckp tu la. UV blog ni dalam 200 ratus camtu ja sehari. Dan aku rasa juga 1/4 (atau mebi 2/4) dari UV tu adalah Silent Reader (SR) dan bukannya follower. And... mostly SR aku dari ofis aku. Aku tau ja tu. Hahahahha. Nak baca, silakan baca. Utk meke ni seme, walopun SR, aku ucapkan berbanyak2 terima kasih daun keladi. Kalo bleh baca lah hari hari. Mana tau ada cerita panas menanti. Bleh la dibuat cerita dibuat gosip nati. Bersama sama rakan rakan sambil makan di pantry. Awww... Hahhahahaha.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih pada yg sudi singgah dan baca blog ni.  Sekian bebelan di ari minggu dan cuti 3 ari ni.

Image : google
*Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena ngan tajuk. Tgk program Maksima ke apa tah tadi. Derang buat sea walk kat Pulau Sapi Sabah. Terus hati meronta ronta nak pegi. Hahah.

18 comments:

ejaMaria said...

ha... aku layan Maksima ni tiap minggu... best la jugak... buat aku selalu je ajak en.suami aku 'jom la Bang, kita pegi'... tapi hampeh langsung dia tak layan... ;p

~LeeyanaRadhi~ said...

huhu gegeh bace smpi hbs..yana pun jenis xkesah follower ade bape.sbb nk up entry pun ikut suke je bile rajin..haha..me also xguna prinsip i follow u, u follow me..klu blog2 bnyk iklan mmg xsuke follow..haha

Fika Ashikin said...

lama x komen kat blog kekda..ampunnn!!! sbb dok syok komen kt fb jee kan :)

mekchu said...

bilangan follower tidak penting sama sekali.. yg lebih penting adalah UV kita kat NN tu.. mekchu selalu tgk kat situ aje.. yg penting link mekchu ada kat side bar.. same goes to you :)

ch@ said...

kita tak berapa tasub sgt nak cari follower, terpulang org yg menilai dan nak jadi follower kita. kita pun, tgk blog best baru follow. kot tak babai la. ehehehe.

Masya said...

BIARLAH FOLLOWER SIKIT.. JANJI MEREKA IKHLAS NAK FOLLOW DAN BERKAWAN DIALAM MAYA.. BOLEH BERKONGSI APA JUA CERITA.... (^__^)V

Chekgu Azrine said...

keep on blogging.. :-)

::EIDA:: said...

Ida suka je blog kekda! Lantak aih sapa yg tak suka baca tuh!~

*Ida pun tengok maksima.... terloncat loncat nak buat seawalk tu jugak... OOoo..kat pulau sapi ek..ingtkan kat pulau manukan....*

puanstoberi said...

MARIA :

BEs juga Maksima tu. Cam langit ngan bumi yg Alam ngan Azura tu gak. Bess.. sker citer travel2 nih :D

puanstoberi said...

LEEYANA :

Kan.. sbb taknak konsep folo molo ni ler akak takde shoutbox tu. Maleh... tu pun ada gak yg tulis kat komen. LAgi ko mintak folo, lagi aku tak folo. Huhu. Mahap ler yer :D

puanstoberi said...

FIKA :

Tak mengapa :)

puanstoberi said...

MEKCHU :

HIkss.. harus la link blog Mekchu ada.. ai peminat setia blog oren yu kan. Hikss :D

puanstoberi said...

CHA :

Owh..mujo Cha follow blog akak.. kalo tak, kena babai je la napaknya. Ihihiii :D

puanstoberi said...

MASYA :

Tu pun tak seme ikhlas tu nak kawan tu. Ada juga yg sekadar nak tau life kita.

(eh.. aku pikir aku ni retis kah, org mau tau pasal life. Hahahah. Oke abaikan )

puanstoberi said...

CHEKGU AZRINE :

Insyaallah....

puanstoberi said...

EIDA :

Akak pun sker blog EIda gak. Haha..

Ha..pulau tu dkt2 ja. Tu yg bes tu.. ada seawalk...eishh...

asdina said...

hari2 baca..suka baca...

puanstoberi said...

ASDINA :

Haa... ni la salah sorang SR ai ni yer. Hihiwww...

By d way, tenkiu kak sudi baca hari2.. :)