Tuesday, September 20, 2011

~Edisi Menghargai Follower : #4~

Igt nak update esuk, tp tak sabau lak rasa.
Maka update je ptg ni, dan akan jadi sticky post utk seharian pada esuk hari :)
************

Last week mmg tak mendapat ilham blog siapa yg ingin dikongsi.
Tp minggu ini dpt ilham.
Aku bkk je blog berkenaan, mmg hati dan minda aku seolah berkata :
'review blog ini..review blog ini'

Oke. Baik, saya menurut minda saya. Sbb minda biasanya memberikan petunjuk terbaik (sekiranya minda berada dalam keadaan yg sihat). Eh. Apa aku merepek?

Blog yg dimaksudkan adalah : All About Love & Life

Ya. Hanya Love & Life.
Link blog nyer juga bernama agak unik - bigsmol.
Memula aku cam tertanya tanya gak - apa maksud bigsmol.
Segalanya terjawab bila aku jengah blog bisnes beliau.
Bigsmol tu datangnya dari anakanda kesayangannya yg sker cakap - Bigggg... utk besar. dan Smolll... utk kecil. Maka lahirlah bigsmol. Nice huh??

Dikenali sbg CH - ChentaHati, blog nya ada memacam citer. Citer di tpt keja nyer. Citer perihal kegemarannya. Tidak spti kebanyakan yg lain, aku kenal CH dari INNIT. Yeps. Ada satu masa dulu aku cukup rajin tepek citer kat INNIT. Lps tu jumpa la blog CH ni. Terus baca dan macam bes, maka di follow.

Dlm blog dia jugak, ada citer pasal kegemaran2 dia - yg kebetulan hampir sama ngan aku. Dia salu je tgk drama2 bersiri ni. Kalo dia mcm ada tertinggal ke, maka aku la pi komen citer tu camana. Lps tu dia ada byk novel. Dulu masa asben dia salu keja outstation - oversea plak tu, dia mmg sker baca novel. Byk giler novel dia. Lps satu, satu dia baca. Skang ni kalo tak silap aku (CH, sila betulkan kalo silap yer), asben dia tak salu outstation da kut. Dah salu ada dgn dia. Retu aku penah gak dpt cenderahati dari OZ sana dari dia bila aku masuk GA ke apa yg dia buat. Bes!

ChentaHati ni juga sebenarnya ditujukan pada anak bujang dia yg sorang tu. Aysh. Bleh baca gelagat Aysh yang terbaru di entry ini - kisah si chentahati saya. Tak silap aku (again, CH, sila betulkan kalo salah). Aysh ni duk kat kampung  ngan nenek dia di Pahang sana (Pekan ke? Ke silap lagi ni? Hihi) Every week derang akan travel balik kg utk jumpa si ChentaHati meke.
Maaf CH, cilok gmbr ini ya :))

Oh. Meke suami isteri ada buat bisness amik gmbr juga. So, kut sesapa berminat, leh la masuk web derang - bigsmol.net. CH ni pun keja lebih kurang sama cam aku gak - saya yang menurut perintah. Hihi.

Seperti orang lain, walo hanya saling mengenali dari citer2 di dalam blog saja, tp keakraban tu mmg jelas terasa. Dia pernah buat aku tersentuh hati dengan keikhlasannya. Doa pembuka 12 pintu yg di emel nya sedikit masa dulu mmg buat aku betul betul menghargai persahabatan alam maya kami. Seorang yg kita hanya kenal di alam maya, yg tak pernah bersua muka, tp cuba utk membantu kita. Aku ingat lagi dlm emel nya tu "entah kenapa, tetiba dalam course tu saya ingat awak". Masa tu dia masuk course Dr. Fadzillah Kamsah, then DFK ni bagi la doa tu utk murahkan rezeki dpt anak ke, dpt jodoh ke. Itu yg dia tingat aku tu. Betapa aku rasa terharu nyer... terima kasih sgt pada beliau.

Jadi, inilah yg mampu aku balas dulu sebagai penghargaan pada dia. Moga persahabatan ini akan terus berkekalan. Walo tak pernah bersua muka, tp aku tahu sahabat2 ini sentiasa ada sekiranya aku berada dlm kesusahan :)

Utk CH : Emelkan alamat yer. Ada mystery gift sebagai penghargaan edisi ini :)

*******
Ini adalah entry keempat bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog Pnstoberi. Detail berkenaan edisi ini ada di sini :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Edisi pertama : Dunia Cik Anita
Edisi kedua : Firzmira's Life
Edisi ketiga : Yan

7 comments:

Rosmawani♥ said...

Wah best bila org slalu jguk blog kita n release tension die..hihihi

Zana Adieyza said...

zana dah baca & follow blog tu.. entry ttg mak cik yg tanya pasal anak tu bikin zana panassssssssssss..

ChentaHati said...

Stoberiiiiiiiiiiiiiiiiiii, wah shouttttt kuat2 lagik tuuuu... tenkiu very much dear!!!! terharu giler nih [lap2 air mata, sila bagi laluan pasan diva kejap!]... well, sebgi menghargai org yg sudi nak review blog picisan... saya buat entry khas utk mu kat sini... http://www.bigsmol.com/2011/09/auwwwwwwww-saya-terharu.html

nanti kita emel alamat ek.... thanks again!

Shiela Luddin said...

wahhh bestnyer dapat direview pn stoberi,detail habesss...good job babe..!!

Selamat hari raya beb..!!Maaf zahir dan batin...sihat hendaknyer yer tapi jangan makin sihat sangat udah ler..lain munyiknyer..hahaha..

ch@ said...

nnt p sana melawat dia.
dia buat open house tak kekDa?

puanstoberi said...

ROS :

Hihi. Kekda happy bila buat org happy :)

ZANA :

Dia pun salu baca blog kita yg TTC ni. Sbb dia pun mcm TTC gak la. Ada anak sorang pun tetap la org bising gak kan. Hurmm

CH :

Saya lagi gembira tgk org gembira :D

CNN :

Oh. Ini review ukhawah namanya. Bkn apa2 pun, dan saya pun bkn sapa2 utk review2 org ni. Just utk eratkan ukhuwah antara kita ni saja :))

CHA :

Gi mana yunk?? Hik hik :D

Cik Anita said...

ehh. Nak cakap beg akak yang merah tu sama dengan beg saya... ihihihi.

memang best di review~ terasa diri ini amat berharga!


p.s next..jenguk belog beliauu... :)