Sunday, September 11, 2011

Gurauan Itu Terlalu Sakit


Imej : google

Kenapa kengkadang ada orang yg bercakap tanpa memikirkan perasaan orang dan percakapan tu 'dihalalkan' atas dasar 'aku bergurau je, itu pun nak ambik hati'.
Entah.

Situasi yang pada mulanya mood aku nak happy happy bertukar jadi mood yang menyakitkan hati.
Sesedap rasa bergurau tanpa memikir perasaan orang.
"Abis la Lan da kena control. Abis la..."
hanya kerana suami ku duduk di sebelah aku, isterinya!
Kata-kata yang menyebabkan aku sepanjang jalan jadi sebal. Malu pun ada kerana satu bas dengar dan mentertawakan aku.
Kalo aku tau jadi macam ni, sumpah aku tak ikut rombongan naik bas tu.

Jahat sangat kah aku hingga di label meng control suami?
Teruk sangatkah perangai aku hingga dikatakan meng control suami?
Tau sangatkah mereka perihal rumahtangga aku sehingga bergurau berunsurkan tohmahan mengatakan aku control suami?
Tapi kalo ye pun aku control, sakit bahagian mana pada dari mereka.
Salahkah aku sebagai isteri duduk di sebelah suami?
Apakah duduk di sebelah suami sendiri dikatakan meng control suami?
Bukankah sememangnya tempat isteri mmg di sisi suami?

Dan sekiranya, aku tidak disebelah suami, pastinya ini terjadi pula
'eh. kenapa tak duduk sebelah Lan, gaduh ke malam tadi'
Pasti..itu pasti.

Sebaknya rasa hati aku bila dikatakan meng control suami, hanya kerana aku duduk dalam bas di sebelah suami sendiri. Terhiris.
Lantas, tindakan aku, aku bangun dan duduk di kerusi hadapan. Seorang diri. Sepanjang jalan. Pergi dan balik.
Sesal. Sebal semuanya bercampur baur.

Bukan aku nak sangat join rombongan naik bas tu, cumanya malas la nati dikatakan tak bercampur dengan orang plak. Asik berdua ke sana ke mari.
Tp rupanya... elok lah kami ber kereta saja kalo camni jadinya. Dan pastinya orang yang mengatakan begitu akan defend dirinya dgn mengatakan 'aku bergurau'. Mudahnya kehidupan mereka. Memohon orang tak mengambil hati kerana dia hanya bergurau.

Kalo ikut rasa, mmg aku menangis dah, tgh tulis ni pun aku sebak dah. Kenapa aku dikatakan meng control suami? Tahukah mereka perjalanan hidup kami sepanjang hampir 3 tahun hidup sebagai suami isteri? Dugaan kami yang masih tidak dikurniakan anak ini, amat mengeratkan kami, tak pernah terniat di hati aku nak control suami aku. Demi Allah. Takde langsung. Sbb apa kami lalui ni membuatkan kami makin saling sayang menyayang, semakin kuat kasih sayang antara kami. Sbb tu seboleh bolehnya di mana saja mmg kami nak sentiasa dekat bersama. Tak pernah wujud antara kami siapa control siapa, tp kenapa ada yg menjatuhkan hukuman pada kasih sayang kami?

Walo aku diandaikan mereka jahat, Insyaallah, aku tahu tanggungjawab aku sebagai isteri.
Walo mereka mengatakan perangai aku teruk, aku masih sedar dan tahu apa balasannya jika aku men control suami. 
Walo mereka memandang hina pada aku, tp Insyaallah, aku cuba utk jadi isteri terbaik utk suami ku.
Tak pernah langsung terniat di hati ni utk aku control suami aku. Untuk apa? Untuk apa aku nak control suami?? Ya Allah..sakitnya masa menulis ni.

Aku tahu, aku dipandang negatif oleh mereka dan dikatakan men control suami kerana; jawatanku yg tinggi dari suami ku, pendidikan ku yg sememangnya tinggi dari suami, dan sifat ku yg agak agresif berbanding suami ku, tp perlu ke aku ditohmah sebegitu rupa hanya kerana semua itu.

Aku ada hati, aku ada perasaan, dan aku hormatkan suami aku. Itu pasti. Biarpun jawatan ku tinggi dan pelajaran ku tinggi melangit, tp aku masih tahu, perjalanan hidup aku dan segala yg aku buat adalah dari keredhaan suami aku. Aku sendiri di pejabat tak pernah merasakan jawatan aku lebih tinggi dari suami. Walau apa keadaan pun, dia adalah suami ku. Tk kira di mana pun.

Begitu lah susahnya jika sepejabat. Aku sebenarnya mmg dah lama berpikir utk berpindah kerja. Tp sukar. Dgn kedudukan aku yg bekerja di Perbadanan, menyulitkan aku utk bertukar agensi lain. Hanya yg ada adalah utk meletakkan jawatan dan carik keja lain! 

Aku tau, aku mmg jadi bahan spekulasi mereka. Dikatakan meng kontrol suami dan entah hapa lagi. Mungkin mereka lagi suka tgk kami pergi balik kerja secara berasingan, duduk jauh2, makan tak bleh skali bersama. Atau mungkin mereka lagi bersorak gembira bila kami bergaduh. Nauzubillah.

Tuhan, demi Allah, aku tak pernah terpikir utk control suami. Demi Allah... tolong la jangan tohmah aku begitu walau cuma gurauan, hati aku terhiris. Tolong lah... aku merayu sgt sgt jgn bergurau begitu.

Kalo aku control, mesti saban hari, setiap masa aku bersama laki aku. Aku bleh je buat begitu, tp takkan aku nak buat mcm tu. Hampir 3 tahun kami kawen, rasanya tak pernah sekali pun, waktu hari bekerja kami breakfast, lunch bersama di kantin pejabat. Di pejabat, aku dgn hal aku, dan dia dgn hal dia. Cuma kengkadang, mungkin aku akan kirim lunch pada dia kalau dia dah ada keja kat luar. Takkan itu pun dikatakan kontrol. Salahkan seorang suami membelikan makanan utk isteri? Salah sbb aku adalah Ida, yg life nya mmg suka orang nak perhatikan. Kalo  orang lain, org tak kisah pun.

Di pejabat, tak pernah pun aku nak melekap kat laki aku, nak tersentil sentil dgn laki aku sepanjang waktu opis tu. Kengkadang, dari jam 8 pagi - 5 ptg tu, ada kalanya kami tak berjumpa pun, call pun tidak. Lps pukul 5 baru lah dia call, tanya nak balik pukul berapa. Itu pun control ke?? 

Kenapa aku harus lalui semua dugaan ini. Dugaan tidak dikurniakan cahaya mata, dugaan di tohmah itu ini.

Satu jalan je utk aku keluar dari seme ini. Mmg aku yg kena berambus dari sini. Tp kalo masih ditohmah pun, tatau nak cakap apa lagi. Sbb tu aku  nak sgt sambung Master, sbb itu saja jalan yg ada utk aku keluar dari sini. Tapi, sbb aku bertangguh, skang peluang tu aku tgk makin sukar. Ditambah plak bulan Oktober ni aku start bayar duit rumah, kewangan aku mmg jadi kekangan utk smbg belajar. Dan kalo nak smbg aku mmg kena guna loan ofis, which mmg aku terikat utk keja di sini smpai abis loan tu. Kalo pun loan tu dijadikan biasiswa, lagi  menyukarkan keadaan kerana terikat utk beberapa tahun lagi.

Ya Allah... sesungguhnya aku tahu, tohmahan itu sebenarnya utk mengingatkan aku. Dan ini sebahagian dari dugaan yg aku perlu lalui selain dugaan yg masih belum dikurnia rezeki zuriat. Terima kasih Ya Allah kerana dipilih utk dugaan ini.
Dan terima kasih juga pada yg mengatakan aku control suami ku. Kerana itu akan buat aku lebih berhati hati.

Aku tatau macamana lagi aku perlu buat supaya mereka tak tohmah, fitnah aku begitu. Sebenarnya,, memang aku terpikir2 utk melakukan satu perubahan. Aku rasa dah tiba masanya. Umur makin meningkat. Cuma aku perlukan sedikit masa lagi. Byk yg perlu diambil kira tapi itu adalah kewajipan kepada Allah. Dan aku juga tak mahu juga membebankan suami ku dengan dosa dosa. Mungkin dgn perubahan ini juga, tohmahan dan gurauan kasar itu akan berkurangan. Mudah-mudahan.

Buat masa ni, mmg aku masih teringat lagi kata-kata 'gurauan' yang dihamburkan kepada ku.  Sukar utk aku luputkan dari ingatan.

Aku terpikir juga, mungkin ini balasan utk aku juga yang pernah menyakiti hati orang juga. Dan bila terbaca entry ini, pasti ada yg 'memadankan muka aku' dgn kejadian ini.

Imej : here

Tkpe lah. Aku redha jika mmg ini dugaannya. Dan mungkin dengan tragedi ini juga, niat aku untuk berubah akan dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Insyallah.

*Pada yg membaca entry ini, aku amanahkan biarlah takat bacaan di sini saja. Tk perlu disampai-sampaikan pada pihak lain. Mulanya mmg aku nak buat protected password entry, tp aku rasa, aku perlu sampaikan terus, supaya orang tahu apa sebenarnya yg aku rasa. Cuma jangan lah disampai sampaikan. Biar lah takat bacaan saja, tidak di print mcm kes dulu tu. Kalo disampai-sampaikan nati makin byk plak duit Nuffnang aku masuk, korang jugak yg dapat 'masuk angin keluar asap'. So, bleh kan pegang amanah aku ni sayang??

15 comments:

eKa said...

sob sob...sedih eka...itu la dugaan bila keje 1 tmpt dgn pasangan...seb baik la eka tak de org kata camtu...dah la waktu rehat mkn sama2. gi skolah sama2...tak tau la blakang eka org ngutuk ke apa.gasak la...kekda takmo sedih2...biarin mereka...actually derang tu jeles tgk kemesraan kekda.

sufiza said...

ermm..kekda byk2 kn sabar yer..mulut org mmg xleh nak tutup..mungkin diorg jeles ngan akak n abg sebab tu diorg kate mcm2...kuatkn semangat k...

Teratak Hami said...

Mungkin itu dugaan kerja 1 office. Sabar,,,,, tu jer yang boleh dibuat utk mulut2 yg tak pakai insuran :-)

Be happy ok. Buat yang terbaik untuk keluarga.

ummi_khalish said...

aslmkm ..sebak pla dada dil bila bce entry ni...sebab dil pun bru je mengalami situasi seperti ini...mmg sgt sdih..tapi bila pk balik,biar apa orang nak kata,yang penting kita tau siapa diri kita,hanya pada Allah kita berserah segalanyanya,moga rumahtangga kekal sampai ke syurga..Ida..insya Allah akan ada rezeki awak suatu hari nati..along n kakak ipar saya pun 4 tahun baru ada anak...be strong k..mohon doa pada Allah...

Anonymous said...

itu aa dia molot orang melayu kan..ko kena kuatkan ati aa bila keja dikelilingi org2 perangai 'kampung' ni..gurau mcm biawak! kepala hanggok depa laa nk kontrol2 laki..if kontrol pun, tercuit ke vontot depa pun? tu laki ko, bukan laki org len punn..sibuukk aa depa ni!!

emo pulak aku aiihh..hish..

honeylily said...

tak tau nape..tapi rase sedih bace post kekda ni...dah la kita ni memang golongan terlebih sensitif dari biasa..tak tau nak jaga hati langsung they all ni..tak tau la naape org suka sgt mengata kita, menyakitkan hati kita kan...

ch@ said...

urghhh serius bergenang air mata kita baca kekDa, touching. mulut org bkn mcm mulut tempayan yg sng ditutup kekDa. yg penting kita tau apa kita buat, kita tau ALLAH tau apa perasaan hati kita. SABAR ye kekDa. hubby kekDa syg kekDa sbb tu la ALLAH suratkan dia utk kekDa.

Cik Anita said...

hurm Kak Reen..

Nita sangat tersentuh baca luahan hati Akak ni. Apa pun Nita tau akak sangat kuat untuk hadapi dugaan ini. Dugaan itu ada di mana-mana, dugaan ini juga sebenarnya yang mengeratkan hubungan akak dengan suami. Mulut tempayan boleh lah kalau nak tutup, tapi kalau mulut orang susah.

abaikan andaian orang lain tuh. yang penting akak tau siapa akak dan akak tau apa yang akak buat.

:)

syanasaid said...

sabar ye beb
mulut org2 mmg susah nk jaga
takkan kite nak tampo plak kan deme ckp gitu
so diam tahan je la dlm hati
cuma kalo rse deme melampau sgt, ko sound jek dgn penuh berhemah
deme ingat ko diam deme bleh buli ko..
tunjukkan kuasa mu!!!

Luv said...

sad nye baca citer ida.. org pun pnh kene jgk ms nak kawen dulu ms bg kad jemputan siap ckp kat suami 'pasni ko kene cucuk idung la yea'

geram sgt2 tp apa yg mampu sbr n bersabar....

sabar yea ida

puanstoberi said...

Terima kasih seme kerana sudi berkongsi rasa.

Walo bersedih, walo berduka,
aku tahu, aku masih ada korang seme.

Sayang korang ketat2 :))

Hida Kadiso said...

kite tau kite ni cume boleh cakap sabo je.. tapi tuan punye badan yang memikol beban tu tuhan aje yang tau ape yang die rase..

smoge kak ida tabah..

p/s saje nak share, kite ade abang yang dah kawen 15 tahun tapi sampai skarang belom dapat zuriat.. banyak cara boleh cube kan.. (rase cam nak nangeh plak.. tompang bahu bley??)

Zana Adieyza said...

dear kekda,

sedih zana baca entry akk ni.. zana harap sgt akk kuat untuk menghadapi ujian ni.. mungkin mereka semua cemburu dengan kebahagiaan akk.. mulut manusia memang susah nak ditutup kak, hati manusia yg x pernah puas jugak susah untuk kita kawal..

yg pntg, akk & husband tau ttg situasi rumahtangga sendiri.. akk kuatkan semangat yer..

syg kekda ketat2!

Aida Tamrim said...

Hmmm .. Cedeynye citer dier .. Bwk2 la bersabo ye Reen .. Biasalah manusia ni, bila kita rapat dgn psgan pun nak mengata, lagi2 lah kalau kita bergaduh, mankin bersorak diaorg semua tu .. Dasar PHD ..

Tkpela .. Kalau diaorg mengata ko, poket pahala ko jugak yg penuh kan .. Sabar sebenar2 sabar dan redhalah dgn sebenar2 redha .. C hilll ^^

puanstoberi said...

EDA :
Thankss...

ZANA :
Thanks Zana. I know, u're always be there for me :))

ADIA :
Aku kena naik ke maqam paling tggi utk jadi org yg sabar sebenar2 sabar tu dan redha sebenar2 redha tu. Aku blum punya kekuatan mcm tu, dan aku salute pada ko yg ada kekuatan mcm tu. Alhamdulillah :))