Friday, September 9, 2011

~Pasal Dispekulasi Mengandung (Lawak)~

Imej : Google
Haha. Nak tergelak rasa.
Patut kena tulis kat umah sanun ni. Sbb berkaitan my TTC nyer citer kan. Bahahaha.
Tak abis2 rasa nak gelak.
Tp nak tulis kat sini, sbb tau, ramai rakan opis baca kat sini, sbb ianya berkaitan rakan opis. Huhu.

Td pagi tadi, ke toilet lah.
Lps tu dtg sorang adik ni.
"Kekda... tahniah.." katanya.
Aku mcm eh. Amenda plak dia tahniah kan ni. Nak kata dpt APC ke hapa ke seme da lps.
Lagi plak yg ucap tahniah tu org HR. Kalo HR tu harus la pasal kenaikan pangkat ke apa kan. Tak ko mcm tertanya tanya dibuatnya. Aku pikir kot dia nak tahniah pasal aku masuk umah baru ke. Tp mcm takkan la kot. Hahaha.
Aku tnya 'tahniah apa?'
Dia gelak2. Then aku tanya lagi.
Lps tu dia kata
'tu baby.. '

Hahahah. Aku terus gelak.
Aku tanya sapa gitau.
Dia kata 'ada la...'

Haha. Aku gelak smpai la smpai kat tempat aku dan citer kat adik2 unit aku. Aku tatau la dia rasa betul ke citer tu atau tak. Tp sumpah mmg lawak pagi Jumaat la namanya.
Klaka. 

Aku dikatakan mengandung weh dan aku sendiri tatau pun yg aku mengandung.
Pergh. Haibat.
Smpai aku plak rasa, eh, betul ke aku mengandung (walhal baru 2 minggu aku period, telur baru pun tak menentu lagi bila kuarnya)

Tercari2 gak aku mana punca dtgnye berita itu.
Pikir gak ngan adik2 unit aku ni kot smlm aku ada ter cakap berkenaan mengandung. Kot ada yg terdengar.
Yg adik2 aku ni seme kata manade. Lama da tak ckp pasal peknen2 ni.
Lps tu terpikir plak apa aku tulis kat FB lately ni.
Takde apa pun. Aku tulis pasal aku da puasa 3 ari ada. Takde plak aku tulis da pening2, muntah2 udah 3 ari. Hahahah.. 

Tp aku tau sbb apa. Mesti sbb perut yg makin membuncit ne. Heh! Ni yg nak buat proses menyedut lemak neh.

Kelakar nye la hai.

Tp mana lah tau, rezeki pagi Jumaat nan indah ni.
Cukup 40org buat spekulasi aku mengandung, akhirnya bln dpn derang bebetul leh ber tahniah.

Utk sekian sekian org yg menspekulasi tu, dan sekiranya meke adalah pembaca kebun stoberi ini, saya dgn ini mengesahkan - 

'manade saya mengandung... kalo betul mengandung, saya akan buat PC, bagi seme org tau, usah dengar rumours2 tu, kang tggu punya tunggu, smpai thn dpn saya masih tak cuti bersalin. Sila dapatkan pengesahan dari empunya badan sendiri yer. Tk susah pun, dail je 223 dan tanya trus. Saya tk marah punya'

Hahaha.
Oke, dah time lunch. Nak balik umah ni, nak wat UPT, kut btul ke mengandung. Bahahahhaa.

Oh yer, keadaan begini adalah biasa utk opis saya. Tuan punya badan pun tatau, tp ada org lain yg lebih tahu.
Sekian terima kasih


23 comments:

Zana Adieyza said...

kata2 tu satu doakan.. ramai yg ckp kita pregnant, mana tau betul2 pregnant.. hihihi.. 2 minggu tu maybe telur dah start keluar ke..

Diana @ BKKC said...

kita yg baru 3 bulan kawen pon org duk tanya dah ada isi lom..yg kelakar siap usap2 perut kita yg membuncit ni cam ada baby kat dalam

Daleela said...

Lepas raya mesti mcm tu komen kan... wak, raya ade orang tanya2 pasal baby x? Setakt kita beraya ni, adalah 2 orang.. nyampas tol...

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kalau betul bestnyer!!!

kalau x de jgn putus asa yew.cuba lagi dan lagi dan lagi...

eKa said...

haisssyyy..macam2...takpe.aminkan je la

syanasaid said...

hehehe doa ari jumaat tu
mana tau ade rezeki

Hida Kadiso said...

aduyai.. pening gak kalo nak melayan orang2 cam ni.. tak pe la kak ida, senyum aje le.. semoga mereka mendoakan ke'pregnant'an kak ida.. aminnn.. heeheheheh...

anie said...

mana nak tau masin pulak..
benda baik xpe nak kate...hihi

Z.U.E said...

eheheh! biase la tuh kek da.. kat opis kita ni pun ramai gak yang selalu menyakat CINTA.. takpe semua tuh doa kan?

mekchu said...

hahaha.. nasib baik tak sentap.. acane bleh ke situ pulak ye.. mekchu ri tu pun sakit pe ntah mc 3 hari.. semua ingat pegnen.. tak bleh langsung mc....

puanstoberi said...

ZANA :

Ouch... da kuar yer. Nak terai beli test kit tu la nati. Amacam?? Hihi

puanstoberi said...

DIANA :

Moga2 dgn usapan tu, nati ada la hendaknya kan. hihi :D

puanstoberi said...

DALEELA :

Bkn takat lps raya, sblm raya pun ada. Nampak no da buncit cam peknen ni gayanya. haha.

Retu tak pegi raya sgt, jd tak la kena sgt (ada citer kat blog TTC sayer.. hihi )

puanstoberi said...

KINA :

Mmg takdo..tah mano derang dpt cito tu. Baby on progress namo ea. mano nak ado laie. Bahahah (T__T)

puanstoberi said...

EKA :
Camtu la kalo duk kat opis ramai2 ni Eka.
Kadang derang plak lebih tahu dari diri kita sendiri.
TP akak sonang je. Akak tau derang ramai bc blog akak yg ni, sbb tu akak sng je nak balas balik kat sini. (T__T)

puanstoberi said...

SYANA :

Hihi. Yer. Anggaplah doa kan.
Moga ada rezeki sebagaimana kata2 meke itu :D

puanstoberi said...

EDA :

Hihi. Akak pun nak tergelak rasa. Sbb nye macam terpikir, apa yg menyebabkan dia kata akak peknen eh. Peliks tau derang ni :D

puanstoberi said...

ANIE :

Kalo masin ler. Kalo masin pun utk bln dpn la sbb status skang : making baby in progress.. Bahahah (T__T)

puanstoberi said...

CINTA :

Ini bkn menyakat ni CINTA. Ni meng spekulasi. Masuk2 je toilet, napak muka akak trus ucap tahniah. Terkejut mak nak.. Hahah :D

puanstoberi said...

MEKCHU :

Tak larat nak sentap sbb rasa klaka amat deh. Haha.
Sapa je la bawak citer tu tau.

Kita keja keliling org prihatin ni terpksa hadap la. Tatau apsal sker sgt buat speku org peknen kan. Hahaha.

Cik Anita said...

tak taulah Nita nak cakap apa, sebab belom kahwen kan. Jadi nak komen pasal peknen2 ni rasa takut salah cakap ke. hehe. Xpe, biar orang cakap hari2 then jadi doa!

:)

puanstoberi said...

NITA :

Hihi. Takpe lah Nita. Doakan akak jugak yew :)

Aida Tamrim said...

Ala Reen, kalau ada org ckp cmtu, ko jwb je "Insyallah, Coming Soon" sambil tersengih2 .. Bg diaorg lagi berspekulasi ... Ahakss ~