Aku kalo bleh mmg maleh je nak tulis pasal topik 'berat' ni. Selain dari bidang tugas aku yg tidak memungkin kan aku utk tulis perkara 'berat' tu, aku jugak malas nak 'berat'kan blog ni ngan isu2 camtu.
Tp yelah. Kengkadang perlu gak. Kira mcm cuba utk me review kan sesuatu isu bkn dari sudut emosi. Ha.. kau.. tu aku malas tu.
Tp kadang, perlu gak utk meluahkan apa kita rasa. Sempena bulan yg seme orang bersemangat patriotik kononnya.
Remaja - mmg mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Aku pun pernah lalui zaman remaja. Zaman yg tgk apa yg kawan ada, kita pun nak ada gak. Tk byk, sedikit mesti ada. Masa aku remaja dulu (remaja yg aku definisikan berumur lps PMR hingga masuk U), aku pun camtu gak. Tgk org ada beg camtu, mau beg camtu. Tgk org ada baju camtu, mau jugak. Dan bila zaman hp da berleluasa, aku pun tak kurang juga. Zaman remaja aku, hp masih dikategorikan sbg barang mewah yer. Starter SIM PACK pun berharga RM199 okeh. Dan jgn harap ada top up seploh hinggit, lima hinggit ni. Tk silap aku top up bermula RM30 ke atas. Ke RM50 tah. Giler mahal kan. Kemain susah nak dpt hp. Tp dari berdikit2 dan dibantu oleh FaMa (sendri phm la apa maksud FaMa ni), maka dpt gak la guna 3310 yg glamer amat time tu. Eh, hampir seme org ada 3310 ni. Bahahah. Tp sblm tu aku ada je guna Sony Ericson yg flip tu. Masa tu line kat Lendu tu pun cam sian amat. Ikut angin. Nak ckp kena duk kat tingkap bilik.
Dan time tu, kalo org ada PC pun cam mewah, apatah lagi laptop. Aku rasa, tak ramai ada laptop. Ada PC pun cam bagus abis dah. Jgn cakap internet, broadband ke hapa la. Tk penah mimpi pun bleh berinternet guna bband time tu. Tu, kalo ber internet sila la ke CC atau pun booking nama kat library. Dpt la barang sejam. Huhu.
Dan skang, zaman semakin canggih. Bak kata org selalu ckp tu - maklumat dihujung jari je. Tp terpengaruh dan dipengaruhi tetap ada. Itu mmg lumrah anak remaja. Dan sbg anak yg dah tak berapa remaja ni, kengkadang mmg rasa a little bit anoyyed la tgk. Tp anak remaja tak bleh ter sentap hati dgn statement ini, sbb nati bila dia da tak remaja pun dia akan rasa camtu gak. Mcm aku dulu la gak. Aku mcm pelik bila mak pak aku bising aku bergayut kat talipon. Derang kata takde paedah dsbnya. Tp masa tu aku rasa cam apsal plak, aku call bf aku je pun, sembang2. Tp skang ni, mmg berbulu mata oh tgk anak2 buah aku camtu. Skang derang tak call sgt la, tp hp tak lekang dari tgn- ber SMS.
Smlm gi KLCC, seme anak2 remaja, majoritinya berpesen tudung shawl. Aku tak la annoyed. Lantak pi la kan, tp kadang tu da tak rupa berselendang aku nengoknya, udah rupa memakai towel di atas kepala. Tak.. jgn sentap. Please. Kami kakak2 atau makcik2 ni menegur utk kebaikan. Sila jgn memberontak. Tak seme org kena dgn shawl itu. Ikut muka jugak. Kalo da camtu better pakai tudung bawal je kot. Tp kang dikata outdated plak kan. Mujur zaman aku blaja dulu glamer tudung2 jenis mudah pakai je cam tudung 4 segi bunga2 tu, lps tu tudung Turki tu, dan latest sblm aku grad - tudung bawal. Kut skang ni shawl, mau kalo kelas kul 8, jam 6 aku da siap utk melilit tudung. Ate, katanya nak ikut trend. Huhu.
Lps tu trend terkini (oke, jgn kecik ati tau, acik nak tulis sket jeeee....), adalah amik gmbr sendiri guna hp dan buat2 pipi kembung sbb nak bagi napak cute. Lps tu wat mulut itik (ke duck face ke apa tah) pun guna hp jugak. Seme tu aku napak sendiri kat KLCC smlm. Takpe la. Trend kan. Kang takde gmbr gitu dlm FB dikatakan cam org tua plak. Hahah (wah...kata org memacam kan, yg ko gmbr spegeti pun nak amik lps tu up dlm FB tak pe lak kan. Bahahahahhaha)
Then perihal berhibur. Ini paling tak dinafikan zaman skang ni. Segala mak nenek hiburan juga just in ur finger tip. Remaja seakan dah sinonim dgn hiburan. Mana ada remaja mesti ada hiburan. Dan utk menambat hati remaja - hiburan saja lah jalannya. Karnival, konsert - itu saja yg bleh dibuat utk remaja. Biarkan mereka ter lalai dan ter leka dgn hiburan. Dan berharap agar mendapat sokongan mereka setelah disogok dgn sesuatu yg mereka suka. Sedangkan itu lah 'senjata' utama org Barat utk kita, Islam terutamanya.
Memana konsert, kita bleh tgk berapa ramai remaja Islam (dan mungkin tak berapa nak remaja juga) berkumpul. Sbg contoh, konsert yg dibuat bebaru ni. Disiarkan secara live dkt 2 stesen tv. Dan sekiranya tetiba kita buat forum Ehwal Islam Perdana khusus utk remaja adakah bilangannya tetap sama.
Oh. Aku bkn siapa2 utk bercakap soal agama. Tp aku bercerita utk diri aku, utk mengingatkan diri aku supaya tidak terlalai sgt dgn hiburan. Cumanya mmg susah nak ditidakkan kehadiaran hiburan dlm masa skang ni. Kira sekeliling kita ni mmg penuh dgn hiburan, hiburan, dan hiburan. Tk perlu dicari, ia akan dtg sendiri.
Dan aku juga tak cakap yg aku langsung tak pentingkan hiburan. Bleh je berhibur, tp berpada pada dan tidak sesekali lalai pada perintah Allah. Sekali lagi - apa aku tulis ni mmg peringatan utk diri aku juga.
Moga dalam diri dan jiwa kita masih ada benteng yg dapat membezakan mana yang baik, dan mana yg buruk. Amin...Dan aku juga tak cakap yg aku langsung tak pentingkan hiburan. Bleh je berhibur, tp berpada pada dan tidak sesekali lalai pada perintah Allah. Sekali lagi - apa aku tulis ni mmg peringatan utk diri aku juga.
*tu aku malas tu, dpt menulis, da meleret plak jadinya. Heh!
8 comments:
apabila ida iereen menyuarakan apa yg tersirat.. layan pulak mekchu baca... hehehe.. kuat membebel nih...
bila umur cecah 3series baru kita nampak kan apa yg Mak+Bapak slalu bising2 'itu tak betul, ini tak kena'... klu tak dulu ikut hati sendiri je... hati org 'ada aku kesah' ... gitu la kaedah nya... hehehehe...
MEKCHU :
Haha. Ce tgk kat bawah skali. "BEBEL BY PUANSTOBERI at 10.20 PM"
Mmg dkt signature pun da ada word bebel maka mmg kuat bebel. Sbb tu la tak sker wat review2 isu semasa ni. Tmbh lagi kita keja bidang ni kan. Tsskkk (T__T)
EJAMARIA :
Begitulah adanya. Jadi kalo derang marah2 kita balik tu, terima gak la walo dlm hati mmg geram je. Sbb nyer dulu pun kita rasa camtu gak. Biarlah kita yg da berumur sket ni beralah. (konon la kan. Hik hik)
PnStoberi dah start berleter .... larikkkk!!!
Akak pun setujulah dgn awak pasal tudung2 tu. Kekadang cantik dorang pakai, kekadang cam towel?? Wei tak sampai hati nak cakap camtu .. hehehe tapi takpe, awak dah tolong cakapkan. Kalau tengok si artis Yuna punya pesen, dah macam keturunan Singh le pulak. Hodoh!!!
tak masuk 3 siries pon sy dh rasa yg sama..
agak nye lepas berkahwin kot.. uhuhuh
sedih tgk anak2 skrg nih..
pasal yg shawl tu.. masa jaga booth kt shah alam bulan2 lepas.. pelik2 btol pesen memasing.. tp baju ketat... shawl lilit2 mmg x nampak kepala dah.. tp baju.. alahai.. siap pakai legging lg..
nk ckp byk kang.. kite pon x berapa bagus lg...
zaman dah berubah.....
apa yang akak cakap ni semuanya penuh dengan kebenaran. Nita pun pakai shawl, tapi bila tengok makin ramai yang pakai shawl pelik2 rasa cam seram pun ada. hehe. Takut Nita ni pakai orang cakap-cakap jugak. :P
peringatan utk eka juga...huhuhu...kadang2 kita terlampau alpa sehingga menampakkan keaiban diri sendiri...
kekda...eka pun smpat merasa zaman 3310...tu masa eka kat matrix...pas spm kan jauh dari parent...abh bg hp n sim kada siap ada cd apa tah lam simkad tu...rege 200 simkad saje...campur hp kat 500 tak silap...eka pun tak igt dah.skang ni kalu harga gitu leh dapat hp canggih lagi ha
Post a Comment