Friday, September 9, 2011

~Pasal High Heel Pula~

kredit : here
Maaf, gmbr kaki jadi pembuka bicara.
Aku rasa seme pompuan sker kasut, sker beli kasut, sker bergaya dgn memacam kasut.
Tp rasanya tak seme sker ber high heel.

Bagi aku, aku sker dan mmg minat pakai high heel.
Sbb dgn memakai high heel aku rasa lebih confident.
(Maklum la, mak ni kan jenis kemetot. Hihi.)

Tp aku baru terpikir nak google berkaitan kesan pemakaian high heel ni.
Sbb ada adik unit aku tegur, kasut aku tinggi dan halus je tumitnya
Ha. Kasut raya aku thn ni sengaja aku pilih yg camtu.

Tp baru aku tingat perihal yg kata kalo salu pakai kasut bertumit tinggi ni, sukar gak dpt anak. Hurm. Let's google.

Jumpa ini dari blog ini - sinar harapan

Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.

Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut betumit setinggi 12.7 cm memberi kesan kepada organ dalamam dan kesuburan wanita.

Tp itu kalo pakai secara berterusan la. Aku pakai pun kat opis je. Ato gi meeting2 formal kat kementerian ke apa. Aje keja giler plak kalo aku nak ber high heel kalo gi jalan2 soping ke hapa. Itu aku lebih selesa dgn sandal flat je lah. Lantak la napak huduh pun. Hihi.

Kata blog itu lagi

Bagi mengelakkan mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 cm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.

Dari web ini plak - beauty info

Most important are the potential problems that wearing high heels can cause in relation to fertility, menstrual cycles and abdominal functions. When you wear high- heels the pressure on the front of the foot causes you to compensate by excessive forward tilting of the pelvis. If left unchecked, this can lead to menstrual dysfunction and increases in period pains as well as affecting the ability to conceive.

Erm. Cena? Tp aku tak pakai secara berterusan pun melebihi 3 jam. Kat opis pun byk duduk dari berjalan. Lps tu skali, assisstant aku kata cemni plak

"alah..artis tu ha..lagi tinggi ber inci inci, elok je beranak".

Hurm.. kalo da namanya rezeki kan, pakai apa je pun senang je mengandung. Da blum ada rezeki lagi tu. Terima dgn redha. :)

*Aku sker high heel yg tak bertutup penuh. Kira yg cam gambar tu la. Apa ke namanya. Stiletto ke. Eh. Pendek kata mmg aku tak minat yg bertutup penuh la sbb aku mmg jarang pakai kasut bertutup unless utk interview atau duty usherrete (tu pun kengkadang mengelat gak - sakit kaki woh)

15 comments:

ZaNa aDieyZa said...

zana pun suka pakai heel.. dari zaman study dulu.. tapi masa zaman study pakai yg 2 inci jer.. dah lepas keje, baru beli yg lebih incinya.. hihihi.. barulah lebih yakin bila pakai heel.. maklumlah, zana pun kemetottttt.. hahahaha

tp zana pun pakai hanya wktu keje, jamuan mkn, kenduri or mjlis2 tertentu jer.. kalau gie shopping, zana selesa pakai sandle jer, selesa!

betul tu kak, semua tu bergantung pd rezeki.. cuma kita kalau boleh elak, try la elak dr pakai heel utk tempoh yg lama..

AdiaLuze said...

Dolu2 zmn anakdara, slalu je pakai kasut heel 3-4 inci dan siap leh berlari2 kesana kemari .. Almaklumla .. Dulu kerja sales consultant curtain .. Jadinya, mmg tak duk diam .. hehehe

Laaa ni, lebih suka pakai yang heel rendah jee .. Almaklum la.. Badan mankin montel, kalau pakai heel tinggi sngt, lenguh kaki .. ^^

Ala Ida .. Rezki Tuhan ni kita takleh nak jangka kan .. Teruskanlah BERUSAHA, BERDOA, BERSABAR dan TAWAKAL .. Insyallah .. Sama2 la kita yeee ...

P/S : Akhirnya, dapat gak ai tiket free dari Nuffnang ^__^

Cik Anita said...

errr??

tak pernah pulak Nita dengar pasal yang susah nak dapat anak tu. 1st time dengar.. Takutnya! sebab Nita memang suka gila high heels nih~ tapi tu kan semua rezeki. betul2~ :)

walaupun suka pakai, hakikatnya...kakit sakittt gila! :D

Teratak Hami said...

Dah surrender dari pakai heel yg runcing camtu. Badan dah berat, takut je patah. Lagi satu, urat kaki timbul2, tak cantik!!

Bagus jgk info itu. Anak2 dara elok baca !!!

Amyra Chuari said...

Suke gak kasut kat atas tu.. ade butterfly... hehehe...

PUANSTOBERI said...

ZANA :

Tu la tu..kena gak pakai high heel utk kita2 yg kecik2 ni kan. Kang org kata budak sekolah lak. Haha. Pasan woh.
Akak kalo duty je la pakai lama. kalo tak, mmg takde la. Sbb keja pun duduk je kan. Huhu

PUANSTOBERI said...

ADIALUZE :

Yeah..itu seme rezeki kan.
Oh.haibat la yu leh berlari2 ngan kasut 4 inci. hihi :D

PUANSTOBERI said...

CIKANITA :

Dari skang, bleh elak2 kan pakai. Bleh je pakai, tp tak selalu la kan :)

PUANSTOBERI said...

TH :

Ha.. tu la tu..kena baca sedari anak dara, tp sy ni rasa mcm da tau dari dulu tp dok la pakai gak. Tp idak la kerap. kalo gi majlis2 formal je :D

Yan said...

Kalau berkemungkinan high heel ni antara punca susah nak peknen... cubela amalkan.. mungkin sudah ade kajian dibuat.. dan ianye terbukti..

untuk yan.. mmg dari zaman anak dara ke.. sampai la ni.. tak pakai high heel.. sekali je penah.. ms nikah & sanding tp tupn kejap je kan... hahahaa...

nanti dah peknenpun.. tak leh pakai heels.. utk keseimbangan.. tp penah gakla tgk ibu2 mengandung yg pakai heels p checkup.. dahtu ape lg harusla kene sembur dek misi2 kan... hehehe

eda_ej said...

huhuhu.. tak reti la pakai tumit tinggi2 nih.. jalan cepat penat.. kaki pon sakit.. heheheh..

Anum said...

anum memang x reti nak pakai heel
tp anum suka tgk cantik

PUANSTOBERI said...

YAN :

Tu la tu.. nak cuba elakkan dari pakai utk waktu yg lama la. Sbb keja opis kan YAn. Mmg kalo ikut prosedur kasut misti bertumit. :)

PUANSTOBERI said...

EDA :

Kalo jalan2 ke soping ke jgn le pakai heel, terpeleot kaki kome kang. hihi :D

PUANSTOBERI said...

ANUM :

Cantik...pakai la.. tp Anum da tggi kut kan :)