Saturday, September 17, 2011

Pasal Drama : Kasih Alia, Bila Tamatnya?

Ada yg follow drama bersiri Kasih Alia?
Apa komen anda citer tu sehingga kini?
Makin bes ke cemana?

Bagi aku, aku tgk da makin meleret plak.
Jgn marah plak yer Kak Shiela Rusly.

Bkn per, byk plak watak2 tempelan yg tak sepatutnya ada.
Dan byk tul kematian. Hingga ke episod Khamis lps, sudah ada 7 org mati.
Intan (ha..Yan, Reen da igt Intan tu siapa. Bleh lupa plak retu. Hihi), Qasrina, laki Qasrina tu (lupa apa tah nama dia), abg Fatin (pun lupa nama dia), Fatin yg gile meroyan tu and bapaknya si Qabil n Kaseh dan latest budak yg Iqram jaga tu. Apa tah nama dia.
(edited : ChentaHati telah mengingatkan saya ada lagi sorang mati iaitu Zarina Zainuddin yg jadi maknya si Qabil dan Kasih. Menjadikan semenya 8 orang. Oh. Intan tu, pada sesapa yg lupa - adalah awek lama si Fazril yg Fazril anggap adik je tu, yg kepala terhantuk dek peragut tu)
Jgn jd cam citer Sembilu udah la yer.
Nak memanjangkan citer memacam konflik di keluarkan.
(laki aku ni kan, kalo aku cakap citer Sembilu, misti dia kata 'citer smpai Mak Jah yg jadi org gaji pun da naik pangkat jadi chief org gaji. Arah2 org buat keja je - ye ke dia jadi camtu? aku tk tgk pun sgt. Bahahaha).

Aku sbb da terikut sedari awal, maka tgk je lah walo aku rasa cam eh, dia ni tak perlu ada pun takpe kot dlm drama ni. Cam Fazril n family tu. Tak perlu ada pun tak pe kut. Sbb just nak jadi penyebab konon adik Fazril tu guna jantung Qabil, tp rupanya tak. Aiyark. Alia tu blaja tinggi kot, takkan dia trauma smpai tak leh pikir yg tak semestinya family Fazril amik jantung Qabil. Tp mungkin dia stress sgt smpai tak bleh berpikir secara rasional. Sokay la. Tkpe. Lps tu udah la Fazril ni keja opis ada 2 org je. Dia ngan mamat india sorang tu. Itu je la staff yg ada kat opis nyer. Haha.

Tp paling tk bleh blah adalah adegan di balai polis (agaknya). Time Iqram (Qabil) bawak budak yg dia jaga tu jmpa mak pak budak tu yg kena tgkp polis sbb isap dadah. Muka pun lalok abis la kan kononnnya. Rupanya derang tu bkn mak pak budak tu. Dia kutip budak tu dari tong sampah katanya. Sokay la bab bukan anak tu, tapi bleh ke laki bini duk satu balai - oke, mungkin bleh selagi blum sumbat dlm pusat serenti. Jadi Qabil taknak budak dia jaga tu terasa hati, dia suh je la dorang tu jgn ckp yg derang hanya kuarga angkat. Tp derang leh plak ugut Qabil suh bagi duit, baru derang nak ngaku. Aduhai nyer. Please. Please. Bukan ke kalo kena tangkap derang tak bleh pegang duit langsung. Adoi. Tak perlu buat pun takpe kut scene tu. Heh.

Itu tak kata lagi pasai adegan peluk2 bagai tu. Tk perlu komen lelebih yg tu sbb ini bkn blog gosip hiburan. Bahaha. Tp entah ek, kalo dulu aku tak rasa apa kut tgk pesen ketat2, tudung pendek ni, tp skang aku ada rasa 'something'. Bertudung, tp singkat tudungnya. Bertudung, tp ketat pakaiannya hingga menampak susuk tubuh. Bertudung tapi berpeluk dgn lelaki yg dah sah2 bukan muhrim. Oh. Aku tau, aku pun bukan org yg patut nak bebel2 ttg ini, tp aku juga sedang berdikit2 utk mengelakkan diri dari mengenakan pakaian yg aku sendiri rasa sakit mata tgk org buat. Mudah-mudahan.

Ni ending dia cemna ni? Adakah mama Anis tu mati gak, dan Qabil akan memaafkan dia. Owh. Eric pula dgn Alia yer. Hihi. Ada yg tak sker napaknya. Aku pun rimas gak dgn Eric tu. Haha. Tp takpe lah dari si kawan dia yg dok bro..bro..bro tu. Lagi la terhapa hapa.

Cpt la abis aih. Rimas aku dah. Oh. Lps drama Kasih Alia ni, citer Soffiya lak masuk. Lakonan Tiz Zaqyah. Aku kureng sket TZ ni berlakon, tp misti la my dear aku layan, maka aku terpaksa layan gak. Beliau kan mmg sker tgk drama melayu. Haha.

4 comments:

||aLeaSaRa|| said...

hahaha samalah kite terperangkap tgk kasih alia ni.dahlah balik office sampai runah kul 6.30 pm.terkejar2 buat keja rumah,kul 7 pm kasih alia dah start.

benagng ingatkan dr minggu lepas patut drama ni dh blh habis,eh 'eh tak hbs2 lagi?meleret2....hurm bosan tgk iqram still tak blh maafkan mama anis,bosan tgk alia yg skt2 ngs,adeihhh.next drama tiz zaqyah pulak dah...tak tau nk layan ke tak hehehehe

ChentaHati said...

stoberi, ada sorg lg. mak kasih dn qabil... zulaikha aka zarina zainuddin. btw, sape plk intan tu? blh plk aku lupeeee!

puanstoberi said...

ALEASARA :

kalo start tgk, nati kena tgk gak walo sedar citer tu da meleret. hihi.


CH :

Okeh. Thanks 4 remind me. Maknanya 8 org da mati dlm citer tu. Intan tu aweknya Fazril yg lama tu. Huhu

Zana Adieyza said...

zana pun layan cerita ni kak.. mula2 mcm ok gak, tp lama2 mcm meleret2 kan.. tapi meleret pun zana layan gak..

bila akk ckp 8 org mati, betul la kak.. zana pun baru perasan yg cerita ni ramai yg mati..

cerita lepas ni x taulah ank ikut ke x.. tp dgr2 mcm best..