Sunday, August 14, 2011

~Pasal Puasa Untuk Raya?~

Puasa hanya untuk sambut raya

Oleh Noraini Abd. Razak

HARI ini genap dua minggu umat Islam berpuasa. Tentunya pengalaman berpuasa pada tahun ini ada bezanya dengan tahun lepas. Manakala tahun depan belum tentu kita dapat melalui pengalaman berpuasa sekali lagi. Panjang atau pendek usia kita takdir yang menentukan.

Yang pasti seawal hari pertama meraikan kedatangan bulan ibadat penuh berkat ini, jualan hari raya heboh di sana-sini. Segala-galanya tentang hari raya. Perabot, langsir, kuih-muih, hiasan diri malah ada juga yang menawarkan harga runtuh untuk kereta raya. Ada juga tawaran pakai dulu bayar kemudian. Yang penting hari raya anda bermakna - selepas beraya baru mulakan ansuran, itu pun kalau poket tidak merana.

Itu baru hari pertama berpuasa. Apa pula iklan yang berkumandang di radio selepas seminggu umat Islam menahan lapar dan dahaga di siang hari? Tentu ramai yang mendengar iklan di corong radio tentang keluhan seorang isteri bimbang tidak dapat beraya di kampung sendiri dan kampung suami. Jawapan si suami - jangan susah hati. Ada bank menawarkan pinjaman peribadi mencecah RM100,000 untuk balik kampung! Bukan satu iklan, ada dua atau tiga iklan nada yang sama. Maknanya, berhutanglah supaya anda boleh balik kampung. Sebab kalau tidak balik kampung bagi kebanyakan orang bukan raya namanya. Penutup iklan, si isteri dan suami gembira kerana ada bank yang boleh membantu mereka mencapai impian balik kampung berhari raya.

Bank-bank nampaknya semakin memahami serta prihatin keperluan orang ramai terutamanya orang Melayu beragama Islam yang ghairah bercakap pasal raya walaupun baru satu hari berpuasa. Tidak hairanlah jika mereka semakin kreatif dan agresif menawarkan pelbagai ‘kemudahan’ yang akhirnya pasti menyusahkan.

Begitu juga dengan pusat beli-belah, syarikat-syarikat serta pelbagai pihak lagi. Mereka membuat tawaran kerana ada permintaan. Jika keghairahan orang Melayu tidak seperti sekarang ini, maka tentunya perihal sambutan hari raya tidak diperkatakan seawal sehari berpuasa. Tentu juga tidak akan ada tawaran-tawaran yang hakikatnya memberi kesenangan singkat kepada pengguna.

Jika dibandingkan dengan satu Ramadan zaman dulu-dulu amat jauh berbeza. Orang tidak bercakap tentang hari raya seawal puasa. Ramadan adalah untuk berpuasa bukan semata-mata untuk membuat persiapan hari raya. Hari raya pula adalah bagi meraikan kejayaan mengharungi segala cubaan dan dugaan sepanjang sebulan berpuasa. Maka tidak sepatutnya menjadi amalan songsang di mana Ramadan menjadi persiapan untuk hari raya tanpa memastikan kesempurnaan berpuasa. 

Bacaan selanjutnya : 

******
Masa baca artikel kat Mingguan mmg aku setuju je. Skang mmg kebanyakan minda da tune - puasa adalah untuk hari raya. Padahal yg lebih byk keistimewaan adalah bln Ramadhan ni. Time ni la pahala jadi berlipat lipat ganda. Tp ter tune jugak pasal raya raya raya. Heh! aku tak ckp org lain la, aku sendiri pun mcm tu. Jenuh nak tune palotak nih. Mana tak nya dah sana sini mcm tu.
Pandang kanan ada tulis 'hari raya sale', pandang kiri 'aidilfitri sale'. Mana tak nyer. Seme nye pasal raya. Sebuk nak beli baju raya, padahal tak raya pun beli baju baru gak. Pelik je. Nak jugak berimpit impit cam nasik impit (see, makanan raya gak) dlm Sogo tu. Padahal nak beli jeans je. Macam la bln lain tak beli kan. Eh. Aku kata diri aku sendiri yer. Sbb siang tadi aku bersesak ngan ramainya umat kat Sogo tu. Heh! Tp kejap je la kat dlm tu. Kul 12 da balik. Ghimas oh. 

Next wiken lagi la me remut remut maknosia dlm Sogo tu. Maklum la, ada yg bergaji awal, tak kurang penjawat awam kita yg dpt half mth tu. Sengih smpai telinga la kan. 

Bab iklan pinjaman duit sbb nak balik kg tu mmg tak kena bebeno lah. Apa ke hey nyer nak balik kg pun kena bergolok gadei. Ate', kalo tak ghaya, tak balik kg ke deme deme ni. Isk. Eklan ni kena kaji bebtui ni. Ke dia da kaji, org ramei tak blk kg sbb takde duit. Heh!. Ate kg deme kat Ostolia ke smpai nak meminjam minjam.

Apa pun, tepuk dada tanya selera iman. Kena salu muhasabah diri... tgk apa yg penting... apa yg kehendak.. apa yg keperluan... kalo tak 'daya' tu tak payah la buat 'kehendak' tu jadi 'keperluan'.

No comments: