Friday, August 26, 2011

~Artikel Ramadhan 26 : Duit Raya~

HARI RAYA Aidil Fitri bakal menjelma tidak lama lagi. Semua orang sudah pasti bergembira khasnya kanak-kanak. Seluruh umat Islam ternanti-nanti ketibaan bulan Syawal.

Kanak-kanak cukup gembira pada Hari Raya kerana mereka berpeluang mencuba baju baru, kasut baru dan jika boleh serba-serbi baru.

Pada pagi Hari Raya, selepas sahaja solat sunat Hari Raya, ibu bapa akan membawa anak-anak berkunjung dari rumah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai untuk berziarah. Ini memang digalakkan dalam Islam. Ketika berziarah, bolehlah bermaaf-maafan dan menyambung silaturrahim.

Bagi kanak-kanak, yang terpenting ialah mendapat duit raya. Duit raya, adalah berupa wang berbentuk sedekah yang dihulurkan oleh tuan rumah kepada anak-anak ketika berkunjung dan ini sudah menjadi tradisi. Anak-anak akan tersenyum riang menerima duit raya yang dimuatkan dalam sampul ini. Malah mereka berpeluang merancang mengumpulkan pendapatan hasil daripada 'pungutan duit raya' ini. Dengan adanya duit raya mereka berpeluang membeli pelbagai keperluan dan barang mainan dan sebagainya. Malah mereka bertanding untuk meraih duit raya yang terbanyak.

Pada asasnya, memberi duit raya dan mendapat duit raya tidaklah salah. Elok kita menggembirakan anak-anak. Bersedekah itu juga baik. Menerima duit raya yang dihulurkan secara ikhlas tidaklah ada salah apa-apa.

APA YANG SILAPNYA?

Namun di sebalik kemurahan hati tuan rumah dan orang-orang dewasa menhulurkan duit raya, ada kecenderungan sesetengah ibu bapa memperalatkan anak-anak berkunjung dari rumah ke rumah dengan niat khusus mengutip duit raya. Sesungguhnya mendapat duit raya tidak harus dijadikan matlamat sebaliknya ehsan kepada anak-anak.

Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak berkunjung dari rumah ke rumah dengan niat sekadar berziarah dan bermaaf-maafan dengan tuan rumah, bagi merapatkan silaturrahim. Seandainya dapat duit raya, ambillah dan jika tidak dapat, usahlah merungut apa-apa. Itulah yang saya ajar kepada anak-anak saya.

Jika anak-anak diajar mengutip duit raya, maka dalam minda anak-anak ini, berkunjung ke rumah jiran-jiran dan bila bersalaman dengan orang dewasa, mesti dapat duit raya. Jika tidak dapat atau diberi dalam jumlah yang kecil, mereka mulalah mengata-ngata tuan rumah sebagai kedekut dan sebagainya.
(aku penah kena yg ni wes, dgn budak2 ni, siap ckp 'rumah besar, tp bagi duit raya sikit' - masa tu aku bagi singgit kalo tak silap - tp dlm bentuk siling)

Hal ini sudah tentu bertentangan dengan prinsip pendidikan akhlak anak-anak. Menurut maksud sebuah hadis Nabi s.a.w., seperti diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., baginda bersabda:
"Muliakanlah anak-anakmu dan didiklah mereka dengan baik." (HR Ibnu Majah).

Diriwayatkan dari Ayub ibn Musa, dari bapanya, dari neneknya, Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya:
"Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu kepada anak yang lebih utama daripada sopan santun yang baik."

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa ibu bapa harus melatih anak-anak berakhlak, bersopan-santun termasuklah ketika berinteraksi dengan orang lain. Jika ibu bapa mengarahkan anak-anak meminta duit raya, apatah lagi, selepas itu sianak itu merungut jika tidak mendapat duit raya, sudah tentu ini bertentangan dengan maksud hadis di atas.

Sikap anak-anak ini boleh menyebabkan tuan rumah yang mungkin tidak mampu untuk menghulurkan duit raya berasa malu. Selain itu, sikap ini juga menyebabkan anak-anak kita tergesa-gesa apabila berkunjung ke rumah jiran-jiran, sampaikan tidak mahu menjamah kuih, sebaliknya hanya inginkan duit raya. Lebih menyedihkan ada juga yang seolah-olah menipu apabila kembali semula dalam kumpulan kanak-kanak lain untuk mendapatkan duit raya lagi.
(yg dtg byk kali ni mmg kerap je jadi kat umah kg aku tu. Selalu sgt...tp bila da cam tu, kita ckp la, td dah dtg kan.. so, dia pun tersipu sipu lah malu)
Sumber : 
http://familiharmoni.blogspot.com/2008/09/rencana-khas-hari-raya-2-duit-raya.html

5 comments:

Anum said...

macam2 kan

ZaNa aDieyZa said...

kalau part budak suka dtg berulang tu, mmg banyak terjadi jugak kat rumah zana.. kdg2 tu sampai 4 kali..

duit raya ni sebagai sedekah kita pada kanak2 tu.. tapi kalau parents x bagitau tujuan sebenar orang bagi duit raya, maybe budak2 akan mula rasakan duit raya adalah wajib diberi.. so kena didik anak2 ttg tujuan sebenar pemberian duit raya ni..

PUANSTOBERI said...

ANUM :

Tu la tu..

ZANA :

Haha. camtu la Zana. Geram je ahkak. Kalo akak kenal muka mmg tak dapek la ekau da pastu. Derang ni da ter didik, dtg umah org, dpt duit. duit lak harus nilai nya besar. geram.

kekucingkatz said...

kawasan rumah aku tak ramai bebudak datang beraya....ramai balik kg...kalo ada yg dtg pn deme bukan nk mkn minum....nak duit raya je....pas tu ada jugak datang dari jauh nak kutip duit raya...dahsyat betui bebudak skang ni..ramai yg mata duitan....huhuhu!!!

PUANSTOBERI said...

KEKUCING :

Sbb da diajar gi umah org dapat duit raya. tu la pasal nyer