Monday, August 15, 2011

~Artikel Ramadhan 15 : Keluarga Syurgawi~

Salam Ramadhan ke 15. 
Artikel Ramadhan untuk hari ni saya ingin berkongsi mengenai ceramah yg dibuat di opis saya Jumaat lepas.
Ceramah ala ala Semanis Kurma yg namanya Semanis Kurma Ramadhan - Keluarga Syurgawi.

Disampaikan oleh Y.Bhg. Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood & Y.Bhg. Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.

7 Asas Keluarga Syurgawi yang boleh dikongsi bersama
1. Keluarga yang dibina atas landasan iman dan taqwa.
- Antaranya adalah suami yang beriman, setia kepada isteri dan begitu lah sebaliknya.

2. Al-Mawaddah Ar Rahmah - kasih sayang
- Sayang ini datangnya dari a) Kata-kata, dan b) Perbuatan.
- Kita boleh tunjukkan dari bahasa kasih sayang iaitu :
a) dari perkataan - dengan memanggil ahli keluarga dengan perkataan baik  
b) Hadiah 
c) Sentiasakan luangkan masa bersama keluarga 
d) Sentuhan.

3. Pergaulan yang baik
- Sebagai contoh tidak mengeluarkan kata-kata tidak baik kepada anak-anak.

4. Amanah dan Tanggungjawab.
- Bertanggungjawab mendidik anak-anak, keluarga ke arah jalan syurga.

5. Rezeki yang halal.
- Sumber rezeki mesti lah dari yang halal agar mendapat keberkatan. 
- Zakat juga tidak boleh dilupakan.
6. Berdoa kepada Allah.
- Selalu berdoa agar Allah melindungi keluarga kita, dijauhkan dari kemungkaran.

7. Keredhaan ibu bapa
- Tanpa ibu bapa tiada lah kita, maka segala perbuatan hendaklah mendapat keredhaan ibu bapa.

Agak ringkas, tp itu lah yang asasnya untuk mendapatkan keluarga syurgawi.

Dan diakhiri dengan gambar kami dengan ustazah. Hihi.

Ramai-ramai.

Me and my adik adik seunit.

6 comments:

Nor Suhada said...

semoga kita sentiasa bahagia ngan keluarga kita kan kekda...amin

Anum said...

bestnya

Nazz@Purple said...

kat opis nazz pun ade ustazah dtg..tp nazz tak bekesempatan pergi..thanks akak berkongsi..

Zana Adieyza said...

bestnya dpt dgr ceramah live.. info yg berguna.. thanks for sharing sis!!

mekchu said...

manisnya kurma ini..... hehehehe... sebelum ni tak pernah tgk.. tp lepas MH terus tgk dan mmg best sbnarnya..

puanstoberi said...

SUSU :

Insyaallah..moga keluarga kita tergolong dlm keluarga syurgawi :)

ANUM :

:)

NAZZ :
Akak kalo takde apa2, akak turun lah. Tp masa ni retu, bleh katakan seme org opis turun. :)

ZANA :
Hihi. Salu je buat cemni. Cuma kali ni kita wat ala2 semanis kurma :)

MEKCHU :

Mmg bes. Tp salu je terlepas. Sbb tu ustazah tak marah pun dgn sepah, sbbnya lagi mcm promo rancangan tu. Hihi