Sunday, August 21, 2011

~Pasal Sembelit~

Setakat ini, Alhamdulillah, aku ni takde masalah penghadaman.
Begitu juga masalah pembuangan (ke pengkumuhan?).
Kalo ari tak puasa, hehari mesti ada xtvt pembuangan. Cumanya, aku nyer timing hanyalah waktu pagi. Selain dari itu, mmg tak. Kalo ada gak, itu mmg ada tak kena ngan perut.

Tp bln puasa ni aku rasa aku kena sembelit plak. Giler oh kalo kena. Setgh jam duk dlm jamban hokeh. Gilers.
pic kredit : dailyhaha
Jadi meh goggle apakah sembelit ini 

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiaporang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.
(ye mungkin aku kurang minum bln puasa ni, serta tk byk makan sayur n buah)

Tgk pula tanda dan gejalanya

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
• Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
Perut kembung, kejang atau sakit.
Kurang selera makan.
• Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
• Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Dan penyebabnya adalah :

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. 
Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Seterusnya rawatan untuk sembelit adalah :

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
• Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
• Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
• Anda dalam kesakitan.
• Anda mendapati najis anda berdarah.
 
Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
• Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
• Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.

(kesemua info ini adalah dipetik dari : 
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Sembelit.pdf )

8 comments:

eKa said...

alor siannya dia...byk2 mkn buah taw

honeylily said...

same la kita...pergh memang naya kan...tapi kemudian lebihkan minum air masak..satu lagi, kalau i kan dah beberapa hari tak g toilet minum teh tarik or teh ais je confirm lepas tu kena g toilet..

hanidatul shatira said...

hani da 3 hari tak membuang..hahahaha...memang jenis susah taw..smpi kene jumpe doc..die bg ubat..abeh ubat....kene balek..minum air banyak, makan sayur pon cam xde perubahan jep

PUANSTOBERI said...

EKA :

Takde masa lak rasa nak makan buah. Hihi. Tp dia kena waktu bln puasa je. huhu

HONEYLILY :

Tu la tu..igt kalo kena lagi, kena beli yogurt drink la. Kasik lawas sket.

HANIDATUL :

OWh. ye ke? Apa kata minum yogurt drink. Mmg bleh melawaskan

ZaNa aDieyZa said...

kak, try la makan buah betik.. mana tau nanti senang proses pembuangan tu.. lagi 1, akk jgn minum milo or hot chocolate.. sbb nnti lagi sembelit.. masa buka, banyakkan minum air masak or air oren..

ch@ said...

ahaaa, bila pregnant lagiiila. stengah jam jadi sejam jadi sejam stengah. huhuuu. mengah duduk dlm tandas tapi hasil ciput je.

PUANSTOBERI said...

ZANA :

Akak tak sker betik. ngeee. tp tu la tu, bln puasa je truk. bln lain, Alhamdulillahh... oke.

CHA :

Takut nyer kalo jadi camtu kan. Kena byk minum air la.

ch@ said...

kena banyak minum air, kena banyak makan buah, kalau boleh nasi tu pun kena bubuh kuah bebanyak. jgn la pula kuah pedas mencohong pi buat banjir, cemana nak makan nnt.