Thursday, August 18, 2011

~Pasal Sehari Di Kedai Tinted~

Oh. Ni citer ari Sabtu lepas. Citer dimana bermula nyer punca aku beli dan belah di PaRam utk juadah berbuka.
Seperti yg tlh diappoinment, aku pun pi la redeem deal yg aku beli kat MAD.
Deal utk tinted keta.
Yeaa... keta ku itu sudah pun ber umo 7thn. Kalo budak, da sekolah pun. Baru ku nak pakai kan dia cermin mata gelap. Huhu. Asik bertangguh tangguh saja nak tinted kan.
Maka dah beli deal yg ber rega RM245 (yg kata org kedai tu rega sebenarnya RM980), maka mari lah kita membuatnya sblm raya agar balik kg beraya nati tak la panas dlm keta (eh. Selama 7 thn ni tahan je plak kan). Haha.
Igt nak upgrade kepada security tinted film. Tokei tu kata bleh kalo nak, tambah RM150 je kalo tak silap. Tp.. takpe lah. Tak payah la kot. Tggu keta baru nati yer. Eh??. Haha.

So, as aku da pilih, aku pi kat Sri Rampai punya. Berpusing2 situ hampir sejam. Masuk segala kat area JJ Wangsa Maju. Rupanya kat Krismaya (tpt Ana Lulu berlakon tu) tu. Masa call tokei kedai tu kata kat area Shell and Paparich. Mmg la dkt. Tp tu Rampai Bis Park kalo tak silap aku. Ceh!

Memula ada 2 keta lain. Maka kiterang pi la jalan2 dulu. Area situ byk lak kedai peralatan umah ni. Ada kedai lampu, ada kedai elektrik. Saja la survey2 barang utk umah baru nati kan. Pehtu masuk Krismaya. Skali budak tu kata 'barang hantaran ada kat tingkat atas'. Aku mcm apakah?? apakah aku ni masih napak dalam mood couple dan baru nak kawin? Haha. So, utk nak 'bunuh' masa, masuk la NSK yg seme org dak kata 'murah..murah..' tu. Hurm. Takde apa menarik pun. Bes Tesco lagi kut. Ada la 2,3 aku menda aku beli gak walo takde menarik tu. Hihi.

Lps tu balik ke kedai tinted tu. Skali keta kiterang lum bikin apa lagi. Eh. Dkt sejam dah ditinggalkan. Maka kami amik keputusan tggu di situ. Ha... lps tu baru laju2 derang buat.


Ha... tggu la smbil baca paper. Org pun ramai gak kedai ni. Ada je yg duk tanya tanya. Sedang elok elok duduk tgk derang bikin keta aku skali tgk ada api uolsss.. ha..gemparrrr... mmg aku ada bau bau hangit sblm tu. Api dari fius box kedai tu. Ha..seme mcm ter gamam. Aku trus lari kuar. Gila ko. My dear bleh lak terpaku tgk. Eh..??
Udah la fius box tu dkt je ngan keta aku. Mcm dlm gambar tu. Yg napak cemin biru tu, sblh tu la fius box. Giler!
Mujur ada sorang customer time tu yg amik fire extinguisher. Kalo tak leh plak cina tu sembur ngan dia nyer air yg tempek film tinted tu. huhu. Tu cina yg tgh duk buat cermin blakang keta aku tu ler. Heh!

Begitu lah keadaannya. Tu bkn asap. Tp habuk2 dari fire extinguisher tu. Menyebabkan org2 ramai da ter jenguk jenguk. Dlm tu still ada keta aku woh. Haha. Eh. Aku mmg ketawa time tu. Yelah..wisau, wisau gak. Tp kelakar pun ada. Sbb per. Sbb asal aku je ada menda berlaku, asal menda berlaku je ada aku. Sempat aku kuarkan kamera. Ada budak pompuan yg tgh tanya2 pasal tinted tu tgk je aku kuarkan kamera dr hbeg. Kalo dia blogger misti dia kata 'ni misti nak masuk blog'. Tkpun dia kata 'takkan gmbr ni pun nak masuk FB'. Hahah.

Lps tu laju2 la pekerja kedai tu kuarkan 3 bijik keta yg ada dlm kedai tu termasuk keta aku. Keta aku paling teruk sbb paling dkt ngan fius box. Putih abis. Dan tokei kedai tu trus suh staff dia basuh kan keta aku. Oh. Hikmah. Rezeki. Rezeki. Sbbnya kiterang pun da lama tak cuci keta. Hihi.


Keh. Keh. Keh.
Nak gelap trus jadi putih. Opss.. keta saya mmg penuh stoberi. Tu baru napak sejibik. Ada lagi di merata merata ceruk.

Masa kena tu, keta aku, ada 2 lagi cermin je tak siap. Maka derang siapkan gak la. Akhirnya kul 3.30ptg baru siap. Hoh. Dari jam 11 pagi sehingga 3.30ptg.

Tp aku takde la rasa nak marah ke hapa. Ye lah. Bkn salah derang pun kan. Lagipun tokei kedai itu pun sgt la nice. Say sorry sorry sorry bebyk kali. 

Dan kami pun pulang dgn dpt Touch n Go pree. Hihi. Sbb mmg ada dlm deal tu dah. First 50 customer yg redeem leh pilih samada nak adiah payung or T n G. Aku payung da melambak. Maka amik T n G walopun aku sebenarnya da  ada Zing Card, dan my dear pun da ada T n G. 
Err... ada sesapa nak?? aku leh bagi jer. Balik kg ni elok la ada T n G. Senang sket.

Begitu lah ceritanya sehari di kedai tinted. Skang keta aku tgh berpantang. Tak bleh bkk tingkap. Dia tulis kat situ 48jam je, tp my dear kata bia la 7 hari. Hihi. Nak pass staff card kat palang nak masuk opis pun bkk pintu je. Misti org igt cermin tingkap rosak. Hihi.

11 comments:

ejaMaria said...

eh... tinted diorg tu bole buat utk tinted tingkap rumah tak... nak yg tinted security... ok gak kan utk security rumah ?

Anum said...

banyaknya habuk

ZaNa aDieyZa said...

nasib kereta akk x apa2 kan.. pakej siap basuh tu.. rezeki kan kak..

Cik Anita said...

walah-walah..

kok jadi camtu. nasib baiklah tak jadi pape kat akak and kereta akak tu. hish. boleh pulak akak gelak eh, sebab Nita rasa macam tak lawak. serius je cerita akak ni..haha. periang sungguh akak ni..

ch@ said...

hahaha kejadian yg best sewantu menunggu. ada juga acara utk hilang bosan. ha'a tgk kekDa tak mcm org dh berkahwin pun, apatah lagi kekDa suka bangat buat iklan gigi. hihiii.

PUANSTOBERI said...

MARIA :

Aku rasa ada je yg bleh buat tinted kat umah. Tak silap aku, aku penah tgk yg deal2 tu. Ada kut kat umah. Bleh tnya derang. Btul. slamat sket kan.

ANUM :

Abis satu keta Num. hihi

ZANA :

Tu la tu. Bleh lak akak cam blur tak rasa apa2 kut kat keta tu. Lps tu baru pikir, kalo meletup fius tu, keta haku la kena dulu. Huhu

ANITA :

Hiihi. Kalo pikir balik mmg la takut. Sesilap tak balik raya dibuatnya. Tp nak gelak sbb apsal dia tak jadi smlm ke esuk ke, time ahkak jugak la dia nak ter bako.. hhihi

D_08 said...

rezeki.......bulan2 pose....
kekeke...pree2 je dapat basoh kete..... kighe jenoh jugak le sekaghang ni kalo nak bayo tol ke.....jenoh kene bukak pintu kete ...... tapi satu je yang awok tak paham...macam mane tetibe fius box tu bulih terbako??? fius box kate kedai tu ke??? ato kat kete???

PUANSTOBERI said...

CHA :

Hihi. Tu la tu. Terpikir gak, asal akak je ada je menda nak jadi. Hihi.

Errr.. ada muka tak kawen lagi kah? Urm. Mebi sbb blum kendong anak. Kan?? hihi.

YOB D_08 :
Fius box kedei tu Yob. (awak da edit entry ni takut org kompius gak). Litar pintas la gamaknya sbb kan derang duk pakai pemanas cam hair dryer tu kan.
Esuk dan 6 ari, bleh da gak bkk tingkap. Hihi.

farah hairuddin said...

kak reen...sya nak TnG..hehehehe...senang ckit nak nek LRT.xlarat beratur.hehe.

eKa said...

haissyyy...sabar aje la...bahaya betul kan...

PUANSTOBERI said...

Farah :

Nak ke? meh amik kat akak :)

EKA :

Hihi. tu la tu..tp akak rasa cam lawak plak. ngeee