Friday, January 27, 2012

Ketam Goreng Cili Campur Telur

ketam cili, ketam telur, ketam sambal, ketam sambal telur

Astaga. Citer ketam je aku ni kan. Haha. 
Lelama tukar nama blog ni jadi Dunia Cik Crab. 

Tah. Aku mmg peminat tegar ketam. Seafood lelain pun minat. Tp ketam mmg can't resist lah kata org tu.  Kali ni ketam yg aku masak sendiri plak. Beli kat Bagan Lalang retu lah. Ala, beli 2 eko je pun. Tp isi byk. Fresh kan. Sedap. Dap. 2 eko tu pun da dkt sekilo. 700gm.

Aku buat ketam goreng bercili. Biasa aku tak penah lagi buh telur. Kali  ni saja nak terai. Lps tu jadi cam kering plak. Tp takpe, meh share je resepi. *sebenar utk aku gak ni, nati lupa plak cena nak buat. Huhu

Ketam Goreng Bercili Campur Telur.

Bahan-bahan (utk makan 2 org) :

2 ekor ketam (dibelah dua)
Sebiji bawang besar (sederhana)
2 biji cili masak
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi.
Sedikit kiub ikan bilis *optional. If tak sker, tak perlu pun takpe.
Kalau nak rasa masam2 sket, bleh perah limau sket.
Garam
Kalo suka bleh tambah sos tiram, sos tomato. Tp aku letak sos tiram je. Sesudu kecil.

Cara-cara :

1. Bersihkan ketam. Kerat dua.
2. Blend segala bawang, cili seme tu.
3. Tumiskan bahan blend.
4. Tambah air. Sbb nati bila da masuk telur dia jadi kering sgt.
5. Masuk ketam.
6. Gaulkan smpai rata seme. Smpai ketam masak.
7. Pecahkan telur dlm mangkuk. Pukul kejap. Curah dlm kuali.
8. Kacau2 telur tu supaya tak berketul. Tp kalo berketul pun oke je. Lagi sedap telur tu nati.
9. Biarkan kejap. Pastikan ketam masak betul.
10. Tutup api.

Settle. Mudah je kan. Ada gak resepi yg goreng ketam dulu apa. Tp aku sker lagi goreng camni. Lagi meresap seme rasa bahan blend tu.

Tp aku ada baca petua mana tah, dia kata kalo nak bagi cili padi tu pedas, bilangannya mesti ganjil. Tp tatau la kebetulan ke apa kan, sehari sebelum aku masak ketam ni, aku ada buat ikan goreng cili. Aku buh 6 bijik cili. Mmg tak pedas apa pun. Aku pikir, cili tu tak pedas lah. So, the next day, masa buat ketam cili ni aku taruk la 9 bijik. Skali, pedas meletop. My dear tak kuat pedas, sian nengoknya berpeluh2 masa ratah ketam ni. Huhu. Kasihan. Jadi, btul la kot. Nak kasik pedas, bilangan mesti ganjil. Hihi.

*gmbr dari FB. Kalo FB di block mmg tak bleh tgk. Huhu.

23 comments:

::EIDA:: said...

Betul kekda.. mak ida pun cakap macam tu... ida pernah test betul ke tak petua tu.. ternyata betull.. tak tahu kebetulan ataupun memang betul.. hehehhe

eKa said...

nyamannya...leh cuba ni nanti


oh ye ke...eka baru tau pasal cili padi tu

yannie bunny said...

sodap ehhhhhhh. terliur ni! ;p

Qaseh Suhaida said...

perghhhh...telan air liur tgk ketam goreng cili padi ini.

BENA said...

hakak !! kalo tuka name blog cik crab pun comelll jugakk tuh . heheeh :)


bena suka makan ketam , tapi pemalas nak ketok sane . ketok sini . kerassssss ! hehehe :)

Masya said...

memangs sedapp saya pun suka masak mcm ni pakai cili kering.. ltk daun limau purut.. memang mantoppp

duniaanita74.blogspot.com said...

ok tu memang sedap...kak ita but lebih kurang mcm ne juga...cuma masukan rempah kari sikit..telur tu bagi hancurkan..kira-kira mcm isi ketam terkeluar lah..he..he..sebenarnya telur...

ejaMaria said...

eh... ratio 6 ke 9 tu banyak tau!... ce klu nko bubuh 7 je... tak pedas kottt... ;p

anie said...

dapnyeeeeeee.....

PutriesNoora said...

gulps!sodaaaaaaaaaaaaaaap=D

kekucingkatz said...

Bukan setakat cili je kena letak angka ganjil...kalo masak semua kena ganjil..kata Pn Masitah.. Pas tu jgn lupa bc Bismillah ms nak masak... :)

puanstoberi said...

EIDA :
Ada eh petua tu. AKak baca kat mana tah retu. Tu yg terai tu. Huhu

puanstoberi said...

@EKA :
Siler terai..nati kut ada anak murid bagi ke kan.

puanstoberi said...

YANNIE :
SIler le masak nati. Hikss :D

puanstoberi said...

QASEH :

Hiks..tkpe..skang musim ketam, leh la beli n masak nati :)

puanstoberi said...

BENA :

COmel kan..bleh la tukar nama. Hiksss...

Akak siap ketuk da sblm goreng. Jadi nak makan is senang. Hikss

puanstoberi said...

MASYA :

Ala2 thai la kalo camgitu kan.

puanstoberi said...

@KAK NITA :

Oh. buh rempah kari sket ye. Oke, noted.. :D

puanstoberi said...

MARIA :

AKu pikir tak pedas... tu aku buh lagi banyak tu. Tu pun mujo..kalo aku buh 11. Hahhaha :D

puanstoberi said...

ANIE :

Hiksssss :D

puanstoberi said...

NORA :

Hiks..sila la buat nati :D

puanstoberi said...

KEKUCINGKATZ :
Okeh..akan ku praktikkan.

Ha..bkn je baca Bismillah, siap ada doa2 bagai smbil kacau2 tu.. mohon kebahagian rumah tangga, sentiasa baik sebagaimana masakan kita yg kita tgh gaul sebati tu :)

::EIDA:: said...

Kekda, ida try resepi kekda ni yer... =)