Dah lama aku tak men-drive. Lama. Lama sgt sgt. Mmg sejak kawen aku jarang amat pegang stereng tu dah. Balik kg nak jugak bawak, tp mydear jarang nak bagi.
Kengkadang serasa tak percaya, aku penah jadi single female driver (ke female single driver?). Dari beli keta tu bln Jan 2005 till aku kawen, Disember 2008. 4 tahun woh. Serasa tak percaya boleh drive sengsorang dari KL ke kampung aku. Lebih kurang 300km gak tu (pegi shj). Masa aku bawak sorang2 dulu, mmg takkan lebih 3 jam. Kurang 3 jam itu biasa. Huhu. 120-140km/jam itu juga mmg biasa. Tp dgn mydear, kurang 3 jam itu luar biasa, dan lebih 3 jam itu biasa. Yer, suami saya mmg pemandu berhemah. Syukur.
Tu tak masuk aku leh gi sengsorang ceruk2 dlm KL ni. Kadang aku sendiri yg rasa, eh, btul ke aku penah gi sini sendiri dulu. Balik dari Putrajaya sengsorang malam2. Tu kira oke la. Org pun kata, apa la sgt Putrajaya. Mmg apa la sgt, dpt ko sesat dlm tu berpusing2 la ko semalaman. Tp yg paling aku tak boleh blah dari Seremban ke KL. Salunya mmg hampir tgh malam la. Apo ko buek? No komen. Kisah lama tak perlu diungkit. Haha. Tp masa tu oke la keta baru. Tk smpai setgh jam, aku dah touch kuar dr tol Sg. Besi. Haha. Tak pikir apa langsung time tu. Padahal time tu arwah ayah ada lagi. Kalo la jd apa2 kat aku tgh jalan tu. Haih. Tak boleh nak pikir lah hai. Ayah aku beli keta kat aku utk senang gi keja, skali aku buat utk anto pakwe la, bawak g dating la. Haih lagi skali.
Lps tu cakap la nak gi mana. Bleh je gi sendiri. Pusing sana pusing sini. Cilok sana sini. Berani nih.
Tapi skang... yer, skill tu dah ilang. :(
Nak balik umah dari ofis yg sejengkal cuma pun menggigil kaki. Tu lah, bila ada org diharapkan, maka lama kelamaan skill tu ilang. Sayang.
Hari ni buat julung kalinya aku drive balik keja.
Pergh. Lemasnya. Cannot! Cannot! Pening tgk kerenah pemandu.
Yg ni mmg salu terjadi. Mmg kalo lalu pun wajib ada. Abaikan myvi BJB sbb dia ikut peraturan. Tgk Kenari tu je la. Pemandu dia cina. Mmg dia angkat tgn. Aku bg je laluan walo sepatutnya dia tak boleh cross mcm tu. Napak palang2 byk tu. Derang dah langgar palang tu. Geram je. Dulu masa bujang, kalo balik ngan osmet aku kat sini mesti kiterang kata nak dtg mlm2 buat benteng ngan simen. Giler btol. Buat sesak jalan je. Ni sapa biasa jalan Tun Razak sure familiar jalan ni. Kuar dari terowong tu, arah ke Menara Tokio Marine nak ke semarak / kg baru.
Seterusnya kisah lady driver yg kalut bila pegang steering. Beria rapat je dgn keta dpn bila napak aku bagi signal nak masuk line. Allah!. Amenda tah. Bagi je la masuk. Takkan rugi masa tu. Sbb lagi ko tolong orang, lagi Allah bagi laluan. Insyaallah. Yakin la tu. Aku nak mintak masuk tu sbb lorong nak masuk umah kat dpn tu je. Kedekutnya ya Allah. Bawak myvi je pun. Kut bawak lori treler 28 tayar tu aku salute la gak.
Yg lawak tu, dia masuk lorong aku nak masuk. Sokay la. Saja aku bawak laju2 cam nak folo dia. Dia cam perasan aku folo dia. Lps tu time aku nak bagi signal nak masuk lorong lagi satu, dia cam acah2 bagi signal. Masuk lorong lps tu tak jadi. Haha. Woi bodo.... ko igt aku nak folo hang ka..??? pirraaahh..... tak hengen. Aku nak balik umah aku. Haha. Mesti pastu dia kata 'ha..ikut aku lagi, padan muka salah masuk lorong. Padan muka'. Haha. Padahal aku da siap melepak dalam umah dah chek oiii.
Apa kes?? Wahai lady driver?? Kedekut sgt nak bagi jalan. Org dah bagi signal sayang. Tu satu hal tak bagi masuk line. Yg kalo jalan sempit, kita benti bagi laluan kat dia ni, hemmppp.... jgn harap nak angkat tangan. Buat muka pasan cantik ada la, siap jeling lagi. Haha. Pelik. Mydear la. Dia mmg berhemah kan. Salu je benti kat jalan sempit, kasik keta dari dpn lalu dulu. Aku kat sblh ni kadang ni dah 'menggelegak' je kan. Tgk pulak pompuan yang bawak. Bajet cam org nak ngorat dia je. Haha. Dan yg salunya yg jenih bawak Mvyi. Haha. Sori tau pemandu myvi yg tak buat camni. Tp yg bajet handal (tp sebenarnya kalut nak mampuih) adalah myvi lady driver yg memakai tudung. Haha. Smlm je kat twitter #kltu ada sorang tu duk maki lady driver myvi. Siap bagi no keta lagi. Antara yg di twit nya 'sundalism, takyah la pakai tudung'. Haha. Marah benar beliau. Tp tu la aku kata. Ek lebih bebudak pompuan bawak mvyi ni. Aku kata bebudak je sbb duk kalut sayang sgt jalan tu. Kedekut sgt nak bagi orang masuk. Bertimbang rasa la sket dik. Tk rugi pun bagi jalan kat org. Kalo takut sesak, baca doa
kredit : google |
Aku dulu kalo sesak, mmg aku baca ini je. Insyaallah, laluan tu dipermudahkan. Cubalah.
Dan dgn itu aku merepek juga di twitter. Eh. Ni twit bkn atas jala raya lah. Ni dah atas katil waktu da smpai umah. Takkan dlm keta aku nak twit twit. Tkde makna. Aku tak handal nak taip2 tgh drive kalo pakai touch screen nih.
Skali kawan aku nun di Algeria menambah
Jadi, boleh tak aku simpulkan yg kalo pompuan ni seme sama je. Dpt pegang stering, kaluit tak abihh... Dan pompuan yg takde kriteria kalut cam aku cakap kat atas tu, yg tak kedekut nak bagi jalan, yg angkat tangan bila orang bagi laluan, toksah la dok hangat hati. Korang pastinya tidak la pangai camtu. Harus berhemah dan bersopan santun.
Aku pompuan?? Btui la aku pompuan.
Tp aku tak jadi single lady driver dah... aku double lady driver, huhu. Yg most of d time mmg jadik mem kat sit sebelah je. Boleh la aku buat kesimpulan camtu. Lalalalalalaa.
Kbai!
18 comments:
heee.. mmg jadi stress klu driver sorg2 time jem.. tapi saya perasan, pompuan jarang nak bgi laluan, tapi lelaki ok..:)
huhu... scary giler rs nk drive.. tu psl tak amik lesen hehe..
i'm a single lady driver wpon dah ada laki... sbb laki i tu bkn jenis nak bwk bini dia kemana bini dia nak pegi kalo xder kaitan dgn dia... pegi la ko sesorg selagi boleh (xboleh pun kena bolehkan jgk...). blik perak pun biasa tukar2 drive jgk tp anak2 komplen ummi bwk slow xmcm abah. pdhal dah 120km/j dah tu
nasib ku dpt laki mcm tu n nasib dia baik dpt bini yg biasa n boleh gerak sndiri jgk
tp saya jgk nak bangga sket sbb tau tak ramai pompuan leh bwk keter manual tp saya boleh..!!! dok lam jem tnpa sangkut keter mati pun tau... hahahahah
Hmmpp...betullah.. Kenapa erk pemandu perempuan susah bagi laluan..
hihi.
memang sayang lah kak bila skill keberanian tu dah hilang, tapi oke la sekurang-kurangnya kot lepas ni ada benda urgent ke, akak boleh drive bila2 masa je. cuma sebab ada yang tersayang boleh diharapkan, so no hal lah. hee.
Lain la Nita, belum ada keberanian sangat, maybe belum ada keta kot. Kot nanti ada kereta sendiri, lagi laju dari akak yg berani dulu ke? upss. haha
Kekda, sue dari dulu smpi skang mmg drive senirik klau nk g memane..klau shopping ngan hubby pun, kdg2 sue yg drive..thihihi..kereta manual bole bwk, kereta auto lg la bole bwk..alhamdulillah, bab nk celah mencelah kt KL ni bole la skit2..cuma kdg2 kt jln yg x biasa tu agak terkial2 jugak la..tp klau area shah alam/melaka, mmg terror la..hahaha..tp xde la mcm lady driver yg agak sengal tu kan..bajet betul..sue pn slalu jugak hangin ngan org yg suka potong Q n mencelah klau kt trafik lite..ingat dia sorg je nk g opis! geram plak dibuatnye..hehehe
mak drive myvi.
mak pakai tudung.
tapi mak tak terasa.
kerana mak pemandu berhemah.
eceh berhemah-ler-sangat :)
kekda, zana bawak kereta myvi.. hahahahaha..
zana x berani bawak kereta sgt.. huhuhu.. selalu encik adiey jer yg drive.. nak gie mana2 semua dia hntr.. makanya, lagilah x pandai nak drive sgt.. teruk betul la zana ni kan..
bila nnti berjauhan dgn encik adiey, mesti zana gabra bnak drive.. huhuhu.. ni hari2 try drive tapi mcm x biasa lagi.. nyampah!!
dulu nama jer ade lesen.. tp penakut.. laaa.. ni pun berani bawak dr rumah keopis jer.. ketempat lain ketaq lutut huhuhuhu...
SUWAIBAH :
Kan.. tp kalo ada org bagi laluan kita angkat la tgn tanda terima kasih. Eh. tu kalo berdepan la. Kalo masuk lane, jenuh nak angkat tgn. Tehhee :D
YAN :
Knapa tak amek. Oke je Yan. Memula scary, lps tu oke je :)
AYANG :
Balik Perak pun tuko2 ke..?? hihik. kalo Aizul bawak rasa 2 jam je dia pecut tu.. cam Shah Alam KL di kala jem je tu :D
CARMELLO :
Tu biasanya cik kak, kakcik yg baru dpt keta atau dpt lesen. kalo da kertu ni malas nak layan.. ha..masuk je lah...
NITA :
Dia kalo da terpaksa tu boleh je lah. Tp skill tu kurang sket la. Dah 2 ari baru dpt balik. Tehee.. tp pasni nak bawak gak skali skala walo incik asben ada. :)
SUE :
Akak kan..kalo abg Lan ada, mmg tak la akak nak bawak. Malas giler nak drive. Kalo kuar ngan kengkawan pun, kawan2 yg mai amik kt umah ke opis ke. Nama nak bawak keta, mmg malas giler dah.
MYA :
Ha..ai tau u bawak Myvi. Tehee.. tp takpe.. u mmg berhemah.. ai knowww.... :))
ZANA :
Bila kita terpaksa, akan ada satu aura yg dtg secara otomatik dan kita akan jadi berani. so, dun wori :)
MASYA :
Kena bawak gak..rugi skill yg ada nati.. lps ni try bawak ke tgh2 KL plak :)
Post a Comment