Disclaimer : Entry ni merujuk kpd prosedur pada hujung thn 2010. Mungkin skrg ni prosedur dan berubah. Apa2 kemusykilan bleh terus tanya developer atau rujuk trus BPP.
Oke. Ini entry panjang. Saja buat utk rujukan diri sendiri juga dan kut kalo ada yang nak cari cara nak buat pinjaman perumahan. Tp yg nak di story ni pasal pinjaman perumahan yang dibiayai oleh govt a.k.a Treasury a.k.a MOF a.k.a Perbendaharaan. Yerp. Byk tul a.k.a nyer.
Oke. Ini entry panjang. Saja buat utk rujukan diri sendiri juga dan kut kalo ada yang nak cari cara nak buat pinjaman perumahan. Tp yg nak di story ni pasal pinjaman perumahan yang dibiayai oleh govt a.k.a Treasury a.k.a MOF a.k.a Perbendaharaan. Yerp. Byk tul a.k.a nyer.
Seperti yg seme orang tau, seme penjawat awam ada kemudahan membuat pinjaman perumahan dgn treasury. Akta/SPP/PP boleh rujuk link ini - BPP [Pekeliling]
Oh. Ini prosedur kalo pinjaman perumahan pertama. Kalo kedua, ketiga tu aku blum arif sbb rumah aku baru sebijik. Ngeee....
Step dia bermula sebaik sahaja dah tgk umah yg berkenan, dan dah letak duit booking. Kalo keja govt, terus la mohon dgn treasury. Gunakanlah benefit yg kita ada. Tp kalo nak pinjam kat bank pun takde masalah.
Sebelum tu, kena tgk jugak kelayakan pinjaman kita. Masa aku beli retu, cukup2 je harga rumah tu ngan kelayakan aku. Sbb masa tu govt blum revise lagi gaji bulanan ngan kelayakan pinjaman. Pulak, time tu aku masih dlm jawatan lama. Tp mujur loan boleh lepas dgn rega rumah. Alhamdulillah. Jadi, aku amik full loan dgn tempoh pembayaran semula - 360bulan. Huhu. Tp kena refer HR dulu la, sbb takut, walopun layak tp gaji tu tak lepas plak sbb ada loan lain2. [Info : Kelayakan Pinjaman]
Jadi, bila dah layak, boleh lah isi borang.
Borang ni boleh di download saja dr web BPP - Borang. Kadang2 developer akan bagi borang ini juga. Isi dan baca peraturan dia betul2. Kena buat cpt agar tak kena 'late interest' pembayaran. Sbb borang ni kena sertakan skali SnP yg kita dah dpt. Cam aku, kena gak late interest tu. Mujo tak byk dan aku nak appeal utk waive kat developer. Tp rasa cam tak boleh kot. Sobsss..... Cerita lanjut perihal aku buat loan ni bleh tgk kat entry lama sini.
Bila dah isi, dpt seme pengesahan majikan, dah pilih sykt insurans kita nak (seme tu bersekali dlm borang), dah sertakan processing fee seme boleh la hantar. Samada nak office hantarkan, hantar sendiri atau pun developer hantarkan. Cam aku mudah ja, developer hantar. Jadi dia akan check apa yg ada, apa yg takde. Segala dokumen hakmilik bla bla bla seme ada dlm tu nati utk dihantar. So, sng. Biasanya, utk rumah pertama yang dlm pembinaan, Insyaallah, tak byk masalahnya.
Lps hantar borang, dlm seminggu 2 akan smpai surat kelulusan yang namanya Kelulusan Pembiayaan Perumahan Perbendaharaan Secara Islam (SPPPI) - sbb aku amik yg secara Islam punya. Dia sertakan surat setuju terima dan berapa kita nak bayar tetiap bulan. Jadi complete kan seme tu dan hantar semula laju-laju yer. Kalo tak, dikatakan tak bersetuju nak terima. (memang urusan awal2 ni kena buat laju laju, kalo tak... pasti ada poblem nati). Biasa majikan akan sertakan cover letter skali.
Dan slps itu adalah dokumen2 yg akan diuruskan oleh peguam. Ada perjanjian antara kita dgn Treasury dan ada la bayar serba sedikit. Sediakan lah duit apa2 yg patut. Oh, utk seme ni, jgn risau, kita tak perlu pun memanjat treasury sanun. Seme ni deal ngan lawyer kita ja. And luckily office lawyer sgt lah dkt ngan ofis aku. Alhamdulillah.
Bila dah complete seme, maka, bermulalah sessi membayar oleh treasury. Mengikut stage rumah yg sedang dibina tu. Masa ni kita tak kena bayar lagi. Dun wori....boleh lagi berjimba jimba, bercuti cuti cinta sana sini. Haha.
Dan bila smpai surat cinta sebegini - Arahan Potongan Gaji
Kredit : Entry sini |
Ha...siap la kau... lps tu tgk la slip gaji dgn muka sedih yer. Bebetul slps 18 bulan loan kita diluluskan (atau dari bulan pertama yang treasury bayar tu). Memula mmg rasa hazab. Tp lps tu.... oke ja.. dan kemudian baru la terasa, sblm bayar duit rumah ni kemana halanya allocation duit tu. Jadi, kut sapa yg rasa ragu2 nak beli rumah, sila la beli.... boleh je sebenarnya nak survive. Cam aku retu, memula mmg rasa takde la nak kemana2 dah ni. Duk jelah bersila panggung kat umah tu, tp lps 2,3 bulan, oke dah. Boleh je cuti cuti cinta. Ahaks. Gilossss....
Oh. Walo kita tak masuk lagi rumah kita tu, kita tetap kena bayar yer tuan puan. Jangan wat terkejut lak, eh, saya lum masuk umah saya, kenapa saya kena bayar. Itu dah termaktub dalam perjanjian yer. Jangan nak wat hal. Tp dun wori lah. Bayar mmg tetap kena bayar (dah meminjam kan, apa hal lak nak minta waive plak cam PTPTN tu kan. Eh..?) tapi..... treasury (bank pun sama aku rasa) takkan bayar 100% selagi rumah tu tak siap. Treasury bayar ikut stage. Dia tak bayar segedebuk camtu. Ada stage nya. Jadi selagi tak siap, selagi tu lah takkan habis bayar ke developer.
Jadi, bersabar lah menanti sket. Smpai lah dpt surat "collect key" tiba. Itu tandanya rumah dah sedia diduduki. Masa tu nati lah treasury akan bayar habis. Bila dah habis, boleh lah collect key dan bayar apa2 yg patut utk masuk rumah tu.
Begitu lah prosedurnya, secara rough la. Skang MOF dah laju. Dulu mmg dgr macam2 problem dan aduan. Skang dah oke dah. Dan Alhamdulillah, aku nyer prosedur pun smooth. Tapi sesket tu ada la. Biasa lah kan.
So, kepada yg nak membeli rumah, selamat membeli. Sila lah beli. Pelaburan kan kata orang tu. Aku ni ha, blum masuk lagi dah ada org SMS tnya nak jual ke idok rumah tu. Tu sok kalo dah dpt kunci lagi la byk SMS (dari property agent) masuk tu. Dlm masa setahun dua, rumah tu dah naik 100% dari rega asal. Phewww....
20 comments:
tak lama lagi slip gaji chenta bakal berubah le jgk....rumah siap 2013 katanya amik kunci baru tolak gaji..just wait n see la..bila gaji nk ditolak..tapi serious pinjaman perumahan for gov servant sgt cepat...hari ni submit lusa dapat sms pemberitahuan kelulusan pinjaman rumah...sama ada lulus / tidak...rumah sekarang dah mahal...rasa mampu sila la beli cecepat..harga rumah makin lama makin tinggi..tak macam keta makin susut nilainya..
teringin nak beli rumah sndiri..baru dok dlm gov 5 tahun..aim lagi 2 tahun kot nak beli rumah..area blm tahu lagi..
gitu rupanya...cnfm ensuami den x tau walaupon kje gomen..hehehe..
tq utk info ni ye kak...
Gud info. Sgt2 berguna nih. Thanks for sharing.
~Berangan nak beli rumah jgk
info yg sgt2 berguna kak.. tq for sharing!!
mmg harga rumah skrg ni cepat betul naiknya.. untunglah kekda, dah ada rumah sendiri.. leh deko2 nnti..
semoga urusan masuk rumah baru kekda dipermudahkan hendaknya..
Nory kerja swasta, susah x nak lepas pnjaman rumah ek...gaji pon ciput jeni...huhuh....teringin gak nk rumah sndiri...=)
pelaburan yg sgt2 untung
lagi2 bile kite pilih lokasi yg best
mencanak rege naik
ye betul tu kekda...GOOOOOODDDD!!!hehehe
(^____^)v
MC :
Yerp..skang MOF da cpt pun.. dan luckily la umah u boleh bayar after rumah dah masuk. mmg dlm agreement camtu yer.. Best la :D
AZRINE :
U mmg orang KL kan..so, mmg misti nak carik area KL kan.. 2 thn lagi apmt kos rendah pun dah cecah 200k agaknya. tp takpe..buat aset pelaburan :)
EKIN :
Tau dia tu..takkan taktau. hihi :)
AZURA :
Jgn berangan..kena impikan.. mesti boleh punyaa.... :D
ZANA :
Haha.. dah lambat sgt ni Zana beli rumah. Orang lain umo akak siap ada 2,3 bijik dah..
NORY :
Utk swasta ada skim pinjaman perumahan pertama. ada masa nati akak buat entry pasal tu yer.. :)
SYANA :
TU la..tp kalo ikutkan jauh la nak dpt umah besau yg luas dan selesa kalo di tgh KL dgn kelayakan pinjaman yg dpt tu. Huhu
CHINTA :
ALamakk...org BPP dah bersuara lah. ihikssss
MASYA :
Pissss!! :)
ok kak...nory tggu next entry akak..hehe...teringin sgt nk beli rumah sndiri...=)
ADLINZ :
Ok, skang ni mmg tgk ada yg boleh isi online. Btul la tu. Skang dah boleh isi online then print out. Mmg entry baru ni, tp kesah tu ujung thn 2010. Jadi, dun wori, btul la apa developer awak ckp tu. Nati saya edit sket, gitau skang mebi prosedur dah tukar sket :)
Post a Comment