Flaming Crunchy ke apa tah namanya.
Tgk ramai da update pasal KFC ni.
Jadi, ntah cemana, setelah berbulan lama, akhirnya aku 'mencemar duli' gak menjejakkan kaki ke KFC - semata mata nak rasa KFC baru tu lah. Kut sedap nau kang tak merasa lak kan. Kan kalo KFC rasa lelain ni dia kejap ja.
Jadi masa puasa last Thursday gi beli utk mkn buka puasa.
Tak lupa gak my feveret eva lah.
Cezi Wejes. Huhu
Kelabu - da aku edit ngan instagram |
Sebenarnya bukan la berbuka dgn KFC ja. Balik tu aku sempat masak. Daging masak kicap ngan sayur bayam. Ada gak ikan kering kecik2 tu. Tah. Bila tahun punya ni. Ada ja dlm esbox tu. Kasik abis kan. Sok nak pindah sonang. Haha. *cam kan la nak pindah dah esuk*
Selera tajam. Maklum la. Buka puasa. Eh. Tp aku smpai umah dah kul 6. Smpat lagi masak. Oke. Gud. Ini praktis bila bulan puasa nati. Tp masak simple camni mmg boleh la kan. Sap sap sui sajork. Harap2 thn ni aku boleh buat cam thn lps. Masak setiap hari. Hihi. Sbb tu lah tak boleh pindah lagi sblm puasa sbb nati jem. Umah situ jauh sket. Sket ja. Ngeee.
Oke, berbalik ke review Flaming Crunch KFC tu. Urm. Cheesy Wedges sedap! Lama tak makan. Ayam. Urm. Kentang putar tak smpat makan. MyDH tala sengsorang. Cam rasa nak merajuk. Haha. Ayam. Urm. Roti tak makan. Taktau. MyDH kut makan abiskan. Kenyang. Nasik lagi. Ayam. Hah. Susah nak review bab ayam ni.
Takpe la. Tak berahi dah kut nak beli lagi. Maaf yer. Semenjak 2 menjak ni mmg saya bias. McDonald juga pilihan hati. Crunchy apa je pun. Tah....
Dan esuknya plak (Friday), adik2 unit belanja KFC. Lagi. Igt cukup lah sudah. Tak mahu repeat. Tp meke dah blanja. Sbb kan aku last day di unit itu. Jadi, makan. Meke beli combo.
Tiada pilihan. Ada drumstick n bhgn yg byk isi tu. Tiada pilihan. Aku mmg tak suka drumstick. Aku sker wing. Skali woh. Oily nya part kulit drumstick tu. Hoh!
Kenapa yer. Ayam KFC ni cam berminyak lah. Lps tu dia cam lembap2. Which McD tu dia cam kering sket. Pun lagi aku rasa isi dia juicy la. Terasa la rempah tu. Cam manis2 je isi ayam tu. Isk. Dulu mmg aku tk 'berahi' sgt ayam goreng McD ni. Tp skang sebut je dah cam terliur. Isk. Udah tingin plak ayam McD. Dahhhh.... Bila la nak pantang fast food ni. Ni pantang gak. Pantang sebut....... (T______T)
*lapau nasik. Jap lagi nak turun bawah. Acik bawah ni ajak makan kenduri umah dia. Pegi ler. Idup bermasyarakat sket. Hihi. Nati dah nak pindah dah. Huhuhu.
4 comments:
Tengok kotak kfc tak terliur kak reen. Tapi tengok daging masak kicap tuh terus tertelan air liur. Sedapnya...
nana pon da lame kekda tak makan kfc ni..mmg tak lalu da skang ni..macam kekda ckp la, kulit tu berminyak-minyak..tak selera..huhu
kfc.....ehmmmm...delicious
CARMELLO :
Oh... hikhik..jadi, masak ler.
NANA :
Kan..oily sgt lah.
SMILE :
:))
Post a Comment