Wednesday, May 30, 2012

Langsung Tak WW : Pinggan Pun Jadi Hal

Terkadang, klaka pun ado tgk orang komen2 kat laman sosial ni. Esp laman sosial yg pemiliknya adalah dari golongan artis.
Aku kurang folo FB artis. Tp kat twitter n instagram ada.
Mmg ramai artis yg aktif kat twitter. Aku pernah folo Iqram Dinzly, tp aku unfollow sbb galak nau dia bertwitter. Cam 24jam je dia ada dlm tu. Pas twit dia, dia.. lps tu dia..dia lagi. Smpai penuh TL ngan twit dia smpai aku tak pasan twit yg lain. Malas haku. Lagi pening bila dia reply2 twit orang.  Cam Rita Rudaini tu, ada yg support, ada tuduh memacam. Hai.. entah la. Susah nak cakap. Kadang tu budak je pun yg menghamburkan kata2 tu. Yelah, budak2 je pun ada masa ngadap mendalah tu 24jam. Cam kekita ni, kengkadang je. Dan kalo bebudak tu, ignore jelah apa dia cakap tu. 

Lps tu kat instagram. Sini, kalo boleh aku malas la nak folo retis2 ni sgt. So, aku had kan. Kang asik ada gmbr derang je kat newsfeed tu. Eh. Ye ke newsfeed, ke nak panggil timeline. Entah. Tp pepaham udah la kan. Retis aku follow kat instagram tu (tp derang confirm tak follow kita punya) adalah Sazzy Falak, Fasha, Lisa ngan Dato CT (and Hanis Zalikha, if kita boleh gelarkan dia sbg artis, sbb da berlakon drama skang kan). Sazzy tu aku tak la minat sgt, tp aku sker sbb dia salu update gmbr twin dia yg dia hashtag as #imanlilytiararose. Comel tau! Lps tu Lisa sbb saja suker2. Tak la pun admire sgt ke dia. Dia ni kejap aktip, kejap tak. Lps tu aku follow Fasha. Ni memula malas, tp tgk kat twitter dia asik update gmbr kat instagram, lalu rasa cam kena folo gak utk tgk gmbr tu. Lebih mudah. Then paling latest Dato CT. Oh. Kalo nak folo DCT ni kena tggu approval dia dlu. Tp dia approved je.

Tp nama pun artis kan. Memacam la komen dapat. Ada skali tu gmbr Fasha Sandha ngan kawan2 dia. Pakai pun tau la cemna kan. Skali ada orang tarbiah kat situ. Kata begitu begini. Oke. Oke. Yer, mungkin aku la terkhilaf dalam menafsirkan. Mmg umat islam ni kena tegur menegur, kerana itu tanggungjawab sebagai saudara sesama islam. Tp entah ek. Aku nak kata tak sesuai nak tegur kat situ, tp kang kat mana lak nak menegur. Mungkin satu hari dia baca teguran tu, maka terus dia tergerak hati nak berubah. Who's know kan? So, takpe la kut. Teruskan menegur. 

Tapi.... yg paling tak bleh blah pinggan pun jadi isu.
Gmbr hiasan. Kredit : Here
Begini, ada la satu hari tu Fasha up gmbr lauk2 dia kat umah. Dia masak pun simple pajeri ke kari tah, ikan goreng, sambal ngan sayo ke apa camtu la. Sokay la. Orang2 pun komen kata sedap la apa la. Skali masuk komen kata Fasha patut pakai pinggan yg lawa sket la. Aku pun scroll balik ke atas (sbb komen dah byk ni). Aku tgk idak la dia pakai pinggan sompek ke, pinggan kantin sekolah kaler oren tu ke, pinggan putih biasa, ada satu yg melamine kut yg pada aku, normal lah kan. Makan ngan husband dia je. Lauk simple pinggan simple. Senang. 

Ramai la yg kondem balik pada si yg mengomen tu. (termasuk aku. huhu). Yelah, pinggan pun nak jadi isu. Apakah sbb dia Fasha Sandha maka harus pinggan mangkuk dia bertatah kan berlian dan berlapikkan emas? Sumpah pelik. Tp dah namanya artis. Seme la orang belek dan kelek. Ketiak lecak pun orang tengok kan. Itu lah yg harus dibayar dalam life derang.

Tp kalo si Fasha ni letak pinggan mahal pun kena kata gak. Mungkin dia akan kata, wah... lauk simple tapi pinggan mahal nak mampus. Entah ek. Ada je tak kena kan. Sama la jugak cam blogger2 ni. Up gmbr ngan pinggan lawa kata nak menunjuk, up gmbr pinggan buruk kata itu pun nak tunjuk
Gmbr hiasan juga. Kredit : Here
Tp tu lah. Setiap orang ada pandangan dan persepsi memasing. Sebagai public figure (artis) derang kena hadap dan telan menda2 tu seme. Lagipun tak berkudis pun kut kalo org cakap pasal pinggan tu. Dan utk para blogger ni pun sama gak. Ada yg tak suka, ada yg suka. Kita tak boleh cakap, ko tak suka ko blah, takyah baca blog aku. Tak boleh, sbb lagi dia tak suka, lagi dia suka nak baca blog tu. Percaya lah. Lagi suka dia nak stalk. Sbb ada bahan dia nak jadikan 'bahan'. Jadi, lantakkan lah. Kalo kita selesa ngan cara kita, teruskan.  Susah nak puaskan hati semorang.

Kadang seronok tgk gelagat orang ni. Memacam. Tu baru pasal pinggan, lum lelain lagi tu. Hari tu skali Lisa up gmbr dia secara penuh, leh plak ada orang komen cam tak senonoh sket. Eh. Aku nak tulis pun rasa cam tak patut. Lps tu cakap 'pandai Yusry'. Bodo. 

Tu lah. Hiburan adalah artis, dan artis adalah hiburan. Jadi, dgn mem folo derang ni terhibur gak la. 

18 comments:

::EIDA:: said...

Huuu~ ida taktahu nak komen pe.. sbb ida takde semua tu.. Tp ida merasa lah dengan blog.. Upload tu , orang kata ini.. Upload ini, orang kata itu.. ishk.. Blogger serupa retis kan... hihihiihi

Chekgu Azrine said...

Bkn sng nk puaskan hti smua org ek..klu artis apatah lg..huhu

nad said...

saya pun takde mende2 alah tu
tapi cambest gak kan? =p

tu la..lain org lain ragam
lagi2 la artis
sume benda pun org nak belek..
hmmmm....

p/s:
kekda makan pakai pinggan ape?
ekeekekek! ni nyebuk namanye =p

ejaMaria said...

biasa la kalau tak puas hati tu... aku senang je... lantak la... bukan nko yg komen tu perfect pun... ntah-ntah lagi tak ada dari kita yg ada...

Cik Anita said...

hihihihi.. lawak lah, pasal pinggan pun nak jadik isu. Nasib Fasha lah..sebab dah tak suka kan, semua benda pun negatif memanjang! kalau suka, makan atas lantai pun oke kot.. kan? hehe

bila cakap pasal twet2 ni, baru sedar Nita dah lama x bukak twitter.. malas nak bukak, sebab tak ada sapa kat sana..

Masya said...

lumrah hidup glamour pinggan pun blh jadi isu... huhuhuhuhu....

tp saya bukan artis pun kalau ajak jiran² makan lbh suke pakai polistrin hihihihi... maklumlah x reti nak beli pinggan memahal ni.. biar p lantaklah jiran²ku nak kate apepun.. janji ikhlas menjamu makan.. jimat tenaga...

suwara entertainment said...

bkn senang nk puaskan hati semua org..nak2 klau diorg tu artis..diorg tu public figure, so mmg sentiasa menjadi perhatian umum..

ekinashikin said...

roda hidup retis..sumer kena perhati..kita pki pinggan kedai 2 hinggit ke sompek ke x de org nk nyibuk..hihihi

Bitt (double IS) said...

hahahhaa lawakk baca entri ni...cenggitu la lumrah manusia kann puan stowberi...

puanstoberi said...

EIDA :
Sbb kita dah berumah di tepian pantai, maka kita kena harus berani di lambung ombak. Begitu lah.. Lain orang lain pendapat, so terima sajorkk....

puanstoberi said...

CHEKGU AZRINE :
Tu la pasal.. senang buat tatau je. abis citer. gigih artis ni sebenarnya.. :P

puanstoberi said...

NAD :
Mmg... kalo duk bosan2 tu, belek2 la Twitter derang, instagram tu. Twitter tu bes bila kita tgk rantaian tu. Mean, orang yg kutuk2 tu la. Haha. Jadi terleka. Lalu bateri pun abis cpt. Haha.

Akak pakai pinggan pree je, orang bagi masa kawen tu. Huhu (T___T)

puanstoberi said...

MARIA :
Tu betul..betul sesgt. Kadang tah apa jakinya tah. Tgk entry kita, buat entry kondem. Tp lantak lah. Ko tak suka, beribu lagi yg suka. Tu la falsafah artis agaknya. (*_*)

puanstoberi said...

CIK ANITA :
Akak lagi sker kalo tpt yg tak ramai org kenal kita. Mudah je. Lagi sng nak merapu entah hapa2. Sbb kat FB fedap sket. Ada je tak kena. Bosan dah.

puanstoberi said...

MASYA :
Kita bukan artis, jd takpe.. lagi sng tak payah nak basuh. Hihi.

puanstoberi said...

SUE-RYA :
Begitulah lumrah kehidupan :)

puanstoberi said...

EKIN :
Haha..pinggan sompek jgn pakai.. tak elok.. hiks :D

puanstoberi said...

BITT :
Tu lah..kalo seme pun sker, tak bes lak life ni kan. Jadi, telannn saja lahhh...