Showing posts with label instagram. Show all posts
Showing posts with label instagram. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Edisi Instagram : Gmbr Makanan

Tak tau lah nak buat entry apa.
Bingung dah.
Layan gmbr instagram je lah.
Gmbr makanan.
Beribu gmbr aku kat insta tu bkn ada gmbr apa pun.
Merepek je byk nya. Haha.

Ini masak lps balik dari kg tu.
Simple.
Nasi goreng. Pastu ciken finger (ya.. i know.. makanan awet-frozen food - tak baik utk kesihatan, tp sesekali ja.. hihi). Ayam goreng kunyit (sira ngan kicap saus ABC - kan aku da ckp aku da addict ngan kicap tu), ulam salad. Abis citer. Air buat jus oren + carrot. Lama tak juicing oih.. kang gemok balik baru tahu.

Ni kat ofis smlm.
Akak2 ofis ni rajin plak nak buat rojak buah.
Nah... aku makan je. Aku kan pemalas... org buat, terus makan (T___T).

Ada yg tak tahu ini apa?
Ini adalah sago gula melaka.

Dulu aku tak suka. Rasa cam eh apa ni..apa ni?
Tapi smlm ada sorang akak ofis ni buat sendiri. Dan aku try rasa sesudu. Eh..apsal cam sedap nih. Dah bersudu2 plak aku telan. Akak tu tgk aku selera je, nah Da.. amik bawak balik katanya. Dia tapau kan susu n gula melaka. Wah... terliur plak rasa. Ada lagi dlm peti ais nih. Ptg kang nak makan. Sejuk2 sedap nih. Manessss... air gula tu tak leh buh byk. Pening kan kepala.

Tuesday, March 12, 2013

Edisi HKK 2013 : Instagram #3

HKK 2013 sudah pun melabuhkan tirainya semalam.
Jumpa lagi di HKK 2014. Insyaallah... jika panjang umur.

Tapi, dlm pada nak ketemu HKK thn dpn tu ada je lagi promosi lelain cam Promosi Kerja Kahwin dll. Cuma tak sebesar dan se grand HKK ni lah.
Pada yg tak sempat dtg - tkpe, next time cuba lagi.
Pada yg dah dtg - terima kasih daun keladi yer. Hihi.

Anda juga turut membantu meningkatkan ekonomi usahawan kraf (walau pun ada yg dtg beli nasi tumpang ja. Hihik. Eh. Tp kengkawan saya yg datang seme bawa balik produk kraf walopun FM cuma. Hihik).

Jadi, ini gmbr2 HKK yg last lah. Tggu thn dpn lak.
Wif Kak Lin. Masa Majlis Peragaan Pertandingan
Rekaan Batik & Fesyen. Malam. Ah. Cubaan utk
taknak bagi napak perut yg 'michelin' itew. Pakai
pareo. Begitu lah jadinya (T___T)

Masa bawa lawatan berpandu Jabatan Audit Negara.
Ramai2 tgk org buat kraf sokkaba.

Gmbr dari jauh ja. Malas nak g dedekat.
Ada tarian singa. Ramai btul org tgk.

Kuih kegemaran masa HKK thn ni. Kuih cakar ayam.
Enak. Rangup. Tak terlalu manis. Just nice.
Mmg fresh la sbb mmg acik2 tu masak kat situ jugak.
Demo masakan.

Last. But  not least.
Hasil rembatan dari HKK tahun ni.

Tak beli apa sgt pun thn ni. Mostly utk orang. Ada member kirim kaftan 5 psg. Dpt la RM25/piece utk yg leher V. Pastu crepe batik 2 pasang utk my mom. Ada kaftan lagi utk anak2 buah. Aku punya hanya yg ayat2 tu. Nati nak g frame kan, pastu gantung kat wall (makan tahun jugak la ni. Asik tertangguh je nak men deco). Lps tu beli FM dari jerami (yg 3 akan dilanting jadi adiah teka tpt bercuti tu. Esklusif ya. Bkn sng nak jumpa FM gitu) Kaftan purple selai utk aku. Tudung and selai batik cotton buat 'basahan'. RM140. Ini pun tak plan nak beli. Tup2 masa Dee Harlinda dtg, dia beli. Aku pun terbeli. Hihi. Buat pakai gi ofis ari Khamis je kan. Cukup la tu. Dah jemu tgk batik byk2 nih (walo selalunya je rasa cam tak byk je lagi baju batik ni). Ada juga kedai yg jual RM120. Tp corak dan jenis kain adalah berbeza.

MyDH nak suh aku buat kurung moden ala-ala yg Shiera Ayob pakai.
Dia suka. Haha. Org tu comel lah pakai begitu. Aku ni comot. Huhu.

Hasil carian - google.
Rasa dah pernah tempek. Tp takpe. Tempek lagi.
Nak buat gini nati. Hihik.

Monday, March 4, 2013

Edisi HKK 2013 : Instagram #2

Nampaknya kena gak buat disclaimer walo kat atas tu terang2 dah tulis HKK 2013.
Oke, aku tak marahkan korang. Mungkin ada yg tak tahu apa kah jadahnya HKK tu kan.
Takpe. Aku rajin nak repeat lagi buat kesekian kalinya.
Dan acapkali juga tiap kalo aku post berkaitan HKK. Aku akan buat disclaimer.
HKK itu adalah Hari Kraf Kebangsaan. Yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Yang terletak di Jalan Conlay. Sehingga 11 Mac 2013. 
Nak citer panjang, aku tak larat. Tolong la rajin2 klik link ini : HKK 2013.
Kalo nak detail info, baru tanya.
Tapi, jgn la bila aku dah cerita yg seme gmbr ni dari HKK, tp ada yg tanya lagi, "beli kat mana tu, dapat mana tu, dsbnya"
Boleh gitu. Deal ya. Deal. Good.

Oke, ni gmbr2 instagram seterus. Sekitar HKK. Takde kat memana. Hanya di HKK. HKK. HKK. (3x dah aku berzikir ni... harap dimaklumkan yer sekalian yg membaca)

Persediaan untuk majlis perasmian. 3 ribu goodie bag
disediakan. Oh. Kelihatan adik ku yg berdedikasi.
Tak sesia ai bagi tinggi markah utk LNPT :)

Mar dtg bawak Deeja ari Sabtu.
Dia nak beli batik. Awal dah smpai. Tp dia tggu aku
abis rehearsal. Kejap je dia beli. Zass zass.. siap!
Hihi. Harap puas ati dengan rega batik RM330 utk
2 pasang crepe tu ya :)

Majlis perasmian. 4 Mac 2013.
By Permaisuri Agung.
Bertugas sbg petugas sambutan & protokol.
Debo oii buat menda ni. Risau sehingga lah tamat majlis.
Ye lah, nati kut ada yg tak dpt makan ke, tak dpt beg ke.
Risau! Tp semuanya goes well.
Alhamdulillah.

Nasi tumpang n wajik.
Dpt masa hari perasmian. Tak penah makan nasi
tumpang ni, tp aku terus kata aku tak suka. 
Jadi, sbb org dah bagi, aku try lah. Wajik tu mmg aku
suka. Lagi plak dia buat dgn gula enau. Sedap.
Entah. Cam mengimbau kenangan waktu kecil je 
makan wajik ni.

Wall of fame HKK2013.
Haha.
Sebahagian dari petugas sambutan & protokol.
Yg pakai pink tu mmg org kraf lah. Yg grey tu
dari KPKK. Minta bantuan meke juga :)

Jadi, itulah. Kali ni takde gmbr2 produk kan. Kalo ada yg bes nati, ai update lagi yaw.
Lenguh kaki dah.
Nak rest kan kejap kaki nih.
Bai!

update : Ada yg kata masuk kena bayar ke tak? Rasanya takde mana2 pameran dan jualan anjuran kerajaan yang mengenakan bayaran. Kraftangan Malaysia adalah sepenuhnya kerajaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kerajaan ya. Cumanya kami ni badan berkanun persekutuan. Tp tetap kerajaan. Jadi, begitu jugalah HKK ni. PERCUMA. Parking pun PERCUMA. Siap ada disediakan pengangkutan terus ke kawasan pameran. PERCUMA jugak. Shuttle (van) dari LRT Ampang Park pun PERCUMA. Yg kena bayar bila nak membeli dari usahawan2 tu. Kalo seme nak pree, tokei mas pun bule bankrap...
Takkk.... acik tak marah lah... acik cakap ja.. walo sebenarnya, dlm iklan, dalam laman web, dlm banner dan apa sajalah yg tunjuk pasal HKK ni dah tulis 'masuk percuma'. Takpe... saya akan tulis ni juga byk2 kali. 

Friday, March 1, 2013

Edisi HKK 2013 : Instagram #1

Aku saja buat #1 tu. Ntah ada ke tidak # seterusnya. Tgk keadaan la ya.
HKK masih berlangsung. Sedang berlangsung. Dan akan berlangsung sehingga 11 Mac.
Perasmian - 4 Mac by Permaisuri Agong.

Oke lah. Tk sempat kut nak citer panjang. Mari tgk antara gmbr yg amik dan terus masuk ke instagram. Disclaimer : Semua gambar adalah di Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK), Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dan produk yg dipaparkan juga memang terdapat di HKK. Jemput lah datang!

1st Day - bawa lawatan isteri2 peg tinggi kerajaan

Pelan. Ada 2 khemah besar (A,B) utk aneka kraf,
seramik, anyaman dll dan lot basemen
yang menempatkan 100++ usahawan batik.

Program Bicara Agama. 1 Mac.
Ramai btul nak amik gambo ngan ustaz Don.
Takpe la.. kome amik ler...

Dah lama kot nak beli mendalah ni. Maklum la
dulu takde umah sendiri. Skang baru dpt beli. Hihi.
Nak beli lagi utk letak pada seme switch yg ada.

Fridge Magnet. Dari jerami. Belum beli. Buleh buat
adiah GA kan?? :)

Ada masakan tradisional. Ini namanya nasi tumpang.
Dari Kelantan. Org Kelatan sendiri kata dah jarang jumpa.
Nasi yg dimasuk dalam kelongsong daun pisang -
campur lauk skali (udang, telur). Jgn tanya rasa, sbb aku 
tak makan. Sedap la kut.

#p/s : Ada ramai pulak nak kirim FM ni. Bkn tak sudi nak belikan, tp menda2 camni nak pos pun cam tak baloi. Unless uols bule nak amik COD, then I'll  buy for uols. Tak ngapa, jgn susah2.. saya buat GA je nati nak? Tp kalo barang tu lebih RM50 (cam batik yg lebih RM100++ kan..) then, kalo nak pos, mmg takde masalah. Bkn per, sian kat uols je.. menda tu murah je, tp nak membayar mahal plak bila dah jadi kos pos seme.

Tuesday, October 23, 2012

Edisi Masukkan Gambar Instagram Di Side Bar Blog

"how to put instagram photo on your blog/ side bar"

Aduh.. minta maaf bebanyak pada yg tanya cemana nak letak gambar instagram kat blog dan aku belum bagi jawapan.
To Suria Qistina..sori yer.. asik mem bizi..trus langsung lupa nk bagitau awak.
Lps tu Angel Adriza pun ada tanya.
(itu je la 2 orang yg tanya..dan bajet cam ramai nau tanya smpai nak wat tutorial kan..)

Ah, ai bukan pandai pun nak bagi tuto tuto nih. Ai pun sendiri sedang ber tutorial ngan lecturer2 ai. Hihi. Oke, takpe. Reni meh la ai terus tunjuk cemna nak buh widget instagram tu.

Oke, first n foremost, gmbr tak buleh di private.
Ini aku tak pasti sgt, sbb takde pun dia mention.
Tp retu aku tukar setting kat instagram. Aku buat privacy setting, which sapa nak jadi kawan, aku kena approved dulu. Tup2 yg aku dah buh kat side bar tu sudah tiada. Haha.
Jadi, public kan saja. Tak mengapalah. Biar lah seme orang tau. Asal jangan bubuh gambar bukan2 dlm tu cukup. Setakat gmbr bihun goreng, jadi tak mengapa.

Mudah giler.
Masuk je sini - snapwidget

Masukkan segala yg dia perlukan tu.

Username : letak username yg kita guna kat instagram kita if kita nak gmbr kita yg keluar. Kalo nak gmbr orang lain pun buleh. Letak username beliau. Kalo nak letak instagram Aaron Aziz pun buleh, buat usernama dia. Tp apa kes???

Hashtag (#) : kalo taknak guna username, buleh guna hashtag. Katakan la suka tgk gmbr kucing #kucing. Nati keluar la segala jenis gmbr yg orang hashtag sbg #kucing. Kalo kowang dah salu hashtag gambar anak2 kowang, maka leh juga letakkan kat situ.

Widget type : amik slideshow lah kalo utk letak kat tepi. Yg lelain tu aku tak penah try lagi.

Yg lelain, tak payah usik pun takpe.
Then try preview.
Dah puas hati kalo click "get code"

Copy semua code tu, masukkan la dalam add a widget kat layout blog kita (add html/java script)
(ni takyah gitau detail la kut..seme pun dah tahu cara nak letak widget kat side bar kan)

Dah settled.
Mudah kan? Semudah ABC.
Mihihihi (",)

Sunday, July 1, 2012

Mengapa Instagram Down?


Haa....sepanjang Sabtu takde gmbr dari Instagram. 
Padan la muka aku yg addict sgt ngan instagram kan.

Bukan je nak masuk gmbr tak boleh. Dok la dia cannot load katanya.
Adoi...
Igt kut tak update application ke apa.
Baca kat blog Aniff, rerupanya ribut punya hal la....

Bacaan selanjutnya, tgk kat blog Aniff - Instagram Mengalami Gangguan Perkhidmatan

Tapi, hari ni dah oke kan.
Ada gedik2 upload gmbr umah baru tadik. Hikhik...

1 Julai 2012.
Bulan baru.
Unit baru.
Rumah baru.
Semoga semuanya berjalan lancar. Insyaallah... :)

Wednesday, May 30, 2012

Langsung Tak WW : Pinggan Pun Jadi Hal

Terkadang, klaka pun ado tgk orang komen2 kat laman sosial ni. Esp laman sosial yg pemiliknya adalah dari golongan artis.
Aku kurang folo FB artis. Tp kat twitter n instagram ada.
Mmg ramai artis yg aktif kat twitter. Aku pernah folo Iqram Dinzly, tp aku unfollow sbb galak nau dia bertwitter. Cam 24jam je dia ada dlm tu. Pas twit dia, dia.. lps tu dia..dia lagi. Smpai penuh TL ngan twit dia smpai aku tak pasan twit yg lain. Malas haku. Lagi pening bila dia reply2 twit orang.  Cam Rita Rudaini tu, ada yg support, ada tuduh memacam. Hai.. entah la. Susah nak cakap. Kadang tu budak je pun yg menghamburkan kata2 tu. Yelah, budak2 je pun ada masa ngadap mendalah tu 24jam. Cam kekita ni, kengkadang je. Dan kalo bebudak tu, ignore jelah apa dia cakap tu. 

Lps tu kat instagram. Sini, kalo boleh aku malas la nak folo retis2 ni sgt. So, aku had kan. Kang asik ada gmbr derang je kat newsfeed tu. Eh. Ye ke newsfeed, ke nak panggil timeline. Entah. Tp pepaham udah la kan. Retis aku follow kat instagram tu (tp derang confirm tak follow kita punya) adalah Sazzy Falak, Fasha, Lisa ngan Dato CT (and Hanis Zalikha, if kita boleh gelarkan dia sbg artis, sbb da berlakon drama skang kan). Sazzy tu aku tak la minat sgt, tp aku sker sbb dia salu update gmbr twin dia yg dia hashtag as #imanlilytiararose. Comel tau! Lps tu Lisa sbb saja suker2. Tak la pun admire sgt ke dia. Dia ni kejap aktip, kejap tak. Lps tu aku follow Fasha. Ni memula malas, tp tgk kat twitter dia asik update gmbr kat instagram, lalu rasa cam kena folo gak utk tgk gmbr tu. Lebih mudah. Then paling latest Dato CT. Oh. Kalo nak folo DCT ni kena tggu approval dia dlu. Tp dia approved je.

Tp nama pun artis kan. Memacam la komen dapat. Ada skali tu gmbr Fasha Sandha ngan kawan2 dia. Pakai pun tau la cemna kan. Skali ada orang tarbiah kat situ. Kata begitu begini. Oke. Oke. Yer, mungkin aku la terkhilaf dalam menafsirkan. Mmg umat islam ni kena tegur menegur, kerana itu tanggungjawab sebagai saudara sesama islam. Tp entah ek. Aku nak kata tak sesuai nak tegur kat situ, tp kang kat mana lak nak menegur. Mungkin satu hari dia baca teguran tu, maka terus dia tergerak hati nak berubah. Who's know kan? So, takpe la kut. Teruskan menegur. 

Tapi.... yg paling tak bleh blah pinggan pun jadi isu.
Gmbr hiasan. Kredit : Here
Begini, ada la satu hari tu Fasha up gmbr lauk2 dia kat umah. Dia masak pun simple pajeri ke kari tah, ikan goreng, sambal ngan sayo ke apa camtu la. Sokay la. Orang2 pun komen kata sedap la apa la. Skali masuk komen kata Fasha patut pakai pinggan yg lawa sket la. Aku pun scroll balik ke atas (sbb komen dah byk ni). Aku tgk idak la dia pakai pinggan sompek ke, pinggan kantin sekolah kaler oren tu ke, pinggan putih biasa, ada satu yg melamine kut yg pada aku, normal lah kan. Makan ngan husband dia je. Lauk simple pinggan simple. Senang. 

Ramai la yg kondem balik pada si yg mengomen tu. (termasuk aku. huhu). Yelah, pinggan pun nak jadi isu. Apakah sbb dia Fasha Sandha maka harus pinggan mangkuk dia bertatah kan berlian dan berlapikkan emas? Sumpah pelik. Tp dah namanya artis. Seme la orang belek dan kelek. Ketiak lecak pun orang tengok kan. Itu lah yg harus dibayar dalam life derang.

Tp kalo si Fasha ni letak pinggan mahal pun kena kata gak. Mungkin dia akan kata, wah... lauk simple tapi pinggan mahal nak mampus. Entah ek. Ada je tak kena kan. Sama la jugak cam blogger2 ni. Up gmbr ngan pinggan lawa kata nak menunjuk, up gmbr pinggan buruk kata itu pun nak tunjuk
Gmbr hiasan juga. Kredit : Here
Tp tu lah. Setiap orang ada pandangan dan persepsi memasing. Sebagai public figure (artis) derang kena hadap dan telan menda2 tu seme. Lagipun tak berkudis pun kut kalo org cakap pasal pinggan tu. Dan utk para blogger ni pun sama gak. Ada yg tak suka, ada yg suka. Kita tak boleh cakap, ko tak suka ko blah, takyah baca blog aku. Tak boleh, sbb lagi dia tak suka, lagi dia suka nak baca blog tu. Percaya lah. Lagi suka dia nak stalk. Sbb ada bahan dia nak jadikan 'bahan'. Jadi, lantakkan lah. Kalo kita selesa ngan cara kita, teruskan.  Susah nak puaskan hati semorang.

Kadang seronok tgk gelagat orang ni. Memacam. Tu baru pasal pinggan, lum lelain lagi tu. Hari tu skali Lisa up gmbr dia secara penuh, leh plak ada orang komen cam tak senonoh sket. Eh. Aku nak tulis pun rasa cam tak patut. Lps tu cakap 'pandai Yusry'. Bodo. 

Tu lah. Hiburan adalah artis, dan artis adalah hiburan. Jadi, dgn mem folo derang ni terhibur gak la. 

Wednesday, April 25, 2012

WW : JalanRaya, LebuhRaya

LebuhRaya
JalanRaya
LebuhRaya

Proton Preve'. Hikhikhikkkk.....

WW : Awan Nano Nano Nano

April 22, 2012
April 22, 2012

Senja - April 21, 2012

WW : Ipoh, Kuala Lumpur

IPOH - April 21, 2012

KUALA LUMPUR - April 22, 2012
KUALA LUMPUR - tak igt date!
# jem Maybank2U ari ni napaknya. Seme serbu sbb gaji baru kan. Huhu. Kena hold dulu lah seme pembayaran online. Kang tak memasal 'hang'. Alhamdulillah. Gaji baru, serta KGT juga. Pelarasan?? Tu kena tanya full govt. Kami seme selamat dahhh.... Huhu (T____T)