Wednesday, May 16, 2012

Cuti Cuti Cinta Krabi : Island Hopping

Paling ditunggu tunggu - ayuh melompat pulau - Island Hopping. Kalo kat Krabi ni ada 3 jenis 'lompatan pulau' yg famous iaitu Phi Phi Island (full day : 9pg - 4ptg), 4 Island (9pg - 3ptg) and Hong Island (9pg-3ptg). Seme tu harga berbeza dan tempat yg berbeza. (Sbb tu aku kata tak cukup kalo duk sana 3 hari 2 mlm cuma).

Paling bes tentu lah yg Phi Phi Island. Aku amik yg tu lah. Yg aku kata reganya 1100baht/person. Aku amik ngan AoNang Photo Travel. Semua pakej dia pakai speed boat. Tp kalo lelain sykt ada juga pakai long-tail boat. Oh. Aku rasa aku tak berani guna longtail boat. Ala-ala sampan gitu. Oh.. tidak...

So, hari ke3, 8 Mei (Selasa) kami buat island hopping ni. Cam biasa. Dia amik kat hotel. Tp agak terlewat lak dia amik. Dah dkt kul 9 time tu. Naik kenderaan cam lori. Huhu. Lps amik kiterang, tu yg aku kata dia masuk Krabi Resort yg cantik tu. Merasa pun  masuk dlm area situ. Dlm 'lori' tu gak la ada orang Thai yg duk sebelah aku duk kompiden cakap Thai ngan aku. Aaaa.... Haha.

Seme kami dikumpulkan kat pantai yg namanya Nopparat Thara Beach. Jadi dia bagi ikut grup dan ikut hotel jugak. Memula tu kami dah terpinggir dah. Seme orang ada grup dah. Nak sedih dah ni. Kang aku cakap Thai kang baru tahu. Huhu. Tp rupanya guide kami lambat sket. Lps tu baru ada naik nama hotel kiterang. Memula tu grup kami ada la dlm 15 org camtu. Campur2 la, ada Thai, ada omputih, Brazil, Mexico dan memacam lah.


Lps tu dia benti 2 tpt, amik orang. Memula tu aku oke je. Siap sonok2 dah amik gmbr. Skali bila dia dah benti amik org tu, aku mula dah pening2. Aaa...kenapa dia amik orang uolsss.... Peningg.....


Kat tpt ni, jeti tu bersimpang siur cam ulau. Start situ la aku da mula pening. Mengong btul.

Dlm boat tu, tour guide tu ada la gitau itu ini. Lps tu dia bagi peralatan snorkeling. Cuma kena bagi cam deposit la. 200baht/unit. Kalo rosak ke apa, dia amik la duit kita tu. Kalo kita pulangkan dlm keadaan baik. Oke, dpt la balik duit tu.
Pompuan Thai yg tak napak sgt muka dia tu sgt cantik.
Aku sik tgk je dia. Igt nak amik gmbr ngan dia. Tp tk smpat.
Guide kiterang Alex namanya. Oh. Pandai bukak penutup botol coke hanya dgn botol air mineral. Huhu. Dlm boat tu dia dah bagi coke (air botol) and air mineral. Aku tak minum pun. 
Tetiba dah jadi orang local.
Lama yer atas boat tu. Dari tpt mula naik nak menyampai ke hentian pertama tu pun ada 45minit. Hentian pertama dia bawak open sea snorkeling. Yer. Open sea. Kt sini aku makin pening. Mood nak amik gmbr mmg ntah kemana. Mydear je gi snorkel. Aku cuba gagahkan jugak la. Skali lagi, time Alex tu nak ajar pakai peralatan snorkeling tu dia pi ckp bahasa Thai ngan aku. Adoi.. mmg derang igt aku local lah. Huhu.

Tp cannot. Dgn pening segala. Tak payah lah. Tp napak je pun ikan2 dari atas boat. Aduyy..... select btul lah. Boleh lak pening.

Dlm 30minit la dia bagi snorkel tu. Lps tu gi tgk Viking Cave. Tpt itu sgt cantik. Dia bentikan boat. Ha.. time benti boat lagi aku pening, rasa nak termuntah belahak. Giler. Langsung aku tak menghayati oke. Kalo tak dia bagi kita amik gmbr hujung boat ala-ala Titanic gitu. Aaaaa....aaa...dan aaa... aku da lembik time ni sbb pening. Mengong. Tu yg aku kata kelaka lahabau. "Darat" sgt pasaipa tah. Aku tak suspect langsung aku pening sbb aku tak penah mabuk laut. Aku gi Pangkor oke, aku gi Island Hopping Langkawi oke, jadi aku tak prepare langsung minyak angin ke, asam ke apa. Skali kau... Dlm hotak ni asik pikir bila nak cecah darat ni.

Jadi utk tidak menghampakan diri sendiri, aku tepek gmbr Viking Cave yg dipinjam dari google. Yer, begini lah. Cantik.
kredit : Here
Lps tu baru dia gi bawak kat Maya Bay. Tpt lokasi film The Beach tu. Situ mmg amazing, stunning beach hokey. Pun takde gmbr sbb aku tggl kamera dlm boat! Haha. Kalo dah pening tu apa pun tak boleh. So, aku mandi je lah situ. Bes amat. Aku sker. Tp tepian pantai dia cam kecik. Jadi berderet2 orang tepi2 tu. Tu bukan hari wiken ke apa. Kalo tak lagi la ramai agaknya. Tp aku tak napak seorang pun umat melayu kat situ. Oh. Mungkin dah jadi 'thailand' cam aku gak gamaknya. Haha.

Lagi gmbr utk tidak menghampakan. Maya Beach. Aku suka sini. Ombak kuat time aku pegi tu.
kredit : Here
Kredit : Here
Seterusnya gi lunch kat Phi Phi Island. Ha, sini cam pekan kecik. Ada kedai makan, ada kedai2 jual cenderamata. Kiterang lunch secara bufet - termasuk dlm pakej. Tp aku tatau pun ada lauk apa tah. Sbb aku tak makan. Tgk cam paprik je. Tak kelaluan dah. Kang aku muntah belahak lak situ. So, minum, makan buah temikai je. Lps tu jalan2 kat kedai2 situ. Beli baju I Love Phi Phi Island. Sbb situ je ada jual t-shirt camtu. Limited edition oh. Harus la kena beli, igt senang nk smpai Phi Phi. Siap muntah belahak baru smpai. Haha. Nangeessss... (T____T)


Kat Phi Phi Island ni orang naik beskal je. Jadi bila beskal nak lalu derang akan buat 'phi phi.....phi phi'. Jadi, mungkin nama island ni pun berasal dari situ la kut. Souvenir kat sini cam mahal je dari AoNang. Beli kat AoNang lah lagi bes. Sempat la aku beli asam kat 7 Eleven situ. Takut balik kang pening lagi. *ops.. toksah nak speku aku pening sbb ada isi ke apa yea. Sbb kalo pregnant mmg tak boleh naik speed boat tu. Giler kuat hentakan dia. Mmg boleh buat terberanak kalo pregnant naik menda tu. Aku baru je pas peyed ni. Eh...*

Lps Phi Phi suppose ada open sea snorkel lagi. Tp bila ditanya suara ramai, seme taknak open sea snorkel. Phew... good then. Aku pun tak sker buat open sea. So, kiterang trus ke last pit stop. Bamboo Island. Lepak situ sejam. Bleh gak snorkel. Tp takde la ikan sgt pun. 

Bamboo Island ni dari kata guide kiterang tu tpt tu dulu byk buluh. Tp skang derang dah tebang seme, letak pokok pine. Lps tu ada mat saleh tu kutip kulit2 kerang yg cantik2. Bila naik bot, guide tu tak bagi bawak balik. Sbb katanya kalo bawak pun, nati kat immigration tak lepas. Satu kulit kerang tu katanya 2000baht ke cemtu lah. Sbb derang nak kekalkan nature pantai tu lah. Jadi seme kulit2 kerang tu dicampak balik dalam laut. Huhu. Mujo aku takde keinginan nak kutip pun.



Sblm balik dia bagi makan buah. Settle tour dalam kul 4pm. And naik balik lori yg amik tadi dan dia drop la kita kat hotel kita. Dlm boat nak balik, aku tak pening dah. Aku berdiri, jd tak terasa sgt hentakan tu. Bila da turun boat, ada orang jual gmbr sbb sblm pegi tu derang amik gmbr. Alah... cam island hopping Langkawi tu gak lah. Ter beli gak. Gmbr siap ada frame skali lah. Satu gmbr 100baht. Kiterang beli je. Buat kenangan katanya. Hihiks.

Masa kiterang pegi ni cuaca tak panas. Jadi mmg tak sunburn lah. Walo sblm tu dah di sunblock kan segala muka. Lagipun aku pakai swimming suit muslimah tu, jadi tangan kaki seme terpelihara lah dari sunburn. Lain  lah kalo pakai 2-piece kan. Hihi. Eh. Kata 'local', kalo pakai pun orang taktau. Ngeeee... :P

Tips : Kalo sekadar nak rilek2 kat beach, better amik Hong Island. Dia benti kat tepi pantai dan boleh rilek sambil snorkeling. Ada lunch kat tepi pantai je. Bes kan. Kalo pakej 4 island ada pegi Chicken Island. Yg bentuk ayam ni. Masa nak turun, dari atas flight pun dah napak chicken island ni sbb bentuk dia unik.
kredit : Here
And also picnic kat tepi pantai jugak. Bes gak utk rilek2. Tkpe. Next time boleh pegi amik yg ni plak. Idak la aku nak naik speed boat yg terlambung2 lama-lama tu lagi.

So, nak settle dah pun entry Cuti Cuti Cinta ni. Ada satu je lagi before kita launch Giveaway Cuti Cuti Krabi.
Terima kasih la sudi baca citer panjang berjela-jela ni ye :)

****
Entry lain - Cuti Cuti Cinta Krabi :
1. Permulaan
2. Penginapan
3. Jalan2 dan Makan2 di Ao Nang
4. Jungle Trekking - Emerald Pool & Elephant Trekking

11 comments:

::EIDA:: said...

Nak settle dah? citer ida jugak yang tak habis2.. hahahhaa

Chekgu Azrine said...

cantik sangat krabi.. bila la dapat pegi nih.. huhu

suwara entertainment said...

kekda sebut pening, saya pun dah naik pening n rase mual..huhuhu..bhahahaha..gedik je kan nk tiru..one day kena g jugak krabi ni..geram je tgk n3 n dgr cite2 org..ish2..

Luv said...

BESTTTTTTTTTTTTTTTT sgt suke....

Masya said...

FUHHHH.... Memang panjang..... tapi seronok... ayat kekdaa sempoi mudah paham so xdelah boring baca panjang...

aLyNnZ said...

akak alin teringat masa naik spead bot g langkawi tasik dayang bunting..satu tu kami sefamily jew..melambung2 boat terhentak2 dibuatnyer..aduh sib baik mak yg mmg otai muntah x terbelahak..anak alynn plak siap layan tido haha..

puanstoberi said...

EIDA :
Akak punya citer berjela..mana tak abis cpt. hihi

AZRINE :
Insyallah... boleh pegi nati :)

puanstoberi said...

SUE :
Haha.. mmg bongok je rasa diri ini sbb boleh lak pening.. haihh..

LUV :
Orang ajak takmo pegi. Eh..? Ada ajak ker?? Hihii :D

puanstoberi said...

ALYNN :
Itu speed boat thp geli2 je tu.. tak rasa apa pun, yg ni ha... hii.. tak boleh tahann.... dah la lama.. lps tu kalo dia benti.. hergghh....

Masya said...

rasa semalam dah baca... takde gambar kekdaa.. dalam bot.. ke.. saya yang tak perasann... kikikikiki...

Nory Zoulkefle said...

Awesome!!! canteknyer Krabi...