Tuesday, September 18, 2012

KSU Reno : Progress [Part Last (Malas Dah)]

Malas dah nak buat satu satu cerita. Sekali harung je lah yer.
Ni kita part of renovation gak.
Dan penambahan aksesori dalam rumah tu.
Ini jugak antara rujukan aku kemudian hari. Jadi toksah cemuih ya.
Ni masa pasang Coway - date paling mudah ingat iaitu 31 Ogos 2012.
Mengong tau masa ni. MyDH yg tak senang marah2 tu pun dah naik hangin.
Yer lah, before kita pasang tu, hehari dia push push tanya bila nak pasang.
Padahal table top tak siap lagi. Mana nak letak kan? Atas bumbung?
So, bila kita fix date, boleh plak dia dtg lambat.
Kita fix - Jumaat tu - pukul 10pagi. Tp bila kita call boleh lak orang dia gi minum la apa la.
Tunggu lagi dah dkt kul 11 pun takde lagi.
Hurm. Dah la ptg tu after solat Jumaat kita ada nak gi Bukit Jalil tu kan.
Kiterang dah nak cancel dah. Padan muka.
Lps tu laju2 sales dia pun dtg skali masa technician dia tgh pasang.
Baru kau tahu kan.
Ni pasang hood n hob.
1 Sept. Seme dah oke, tapi buleh plak saluran wire utk hob tak buat.
Mengong giler.
Memula ingat nak tebuk top. Tp lagi macam leceh.
So, other option, kita panggil je apek wiring tu.
Suh dia buat lagi satu plugpoint.
Melayang RM250 utk pemasangan lagi satu plug point 15amp.
Ni pasang tv.
Hari yg sama dgn aku pindah - 8 Sept.
Ini paling sempoi. Aku beli tv, nun melantun kat kedai Cheras sanun. Dkt2 dgn Tesco Extra. Bukan sbb murah ke hapa, tp masa tu saja nak tengok. Sbb beli window dressing kat Baagus yg dkt dgn kedai dia. Tp rupanya terbeli pula. Tp oke la kedai ni. Tak byk hal. Letak downpayment. Datang buat bayaran final, esuknya dia dtg pasang. Senang. Lagipun murah gak rasanya. Upah untuk hantar n skali pasang bracket  (termasuk bracket tu) RM150 je dia amik.
Pegi gak Perfect Living ni. Pegi on 30 Ogos -after office.
Selagi tak dpt apa yg dimahukan kan. Jadi pegi. Dapat lah.
Lps tu beli gak kabinet utk letak dlm bilik air. Juga tpt sangkut2.
Ini plak masa ada sale kat Sogo. Yg MaybankCard dgn SCard tu. After office gak pegi - 6 Sept.
Borong menda2 dlm bilik ja. Comforter, bantal.

Ini temanya terpaksa akur.
Oleh krana built-in wardrobe da makan banyak ruang, aku tak buleh nak adjust divan ni.
Mencik!
Aku nak buat headboard dia kat tepi dinding, tp tak buleh.
So, terpaksa redha headboard dia kat tepi tingkap.
Mmg tak suka dan tidak seperti prosedur meletak katil di dalam bilik.
Tp apa nak buat.
Redhoo...

Perabot - datang masa aku kat ofis.
MyDH handle. So, mmg takde gmbr la.
Perabot pun aku just beli dining table, coffe table (yg tetiba rasa cam tak perlu pun, tp dah ter order), consul table, display cabinet, rak kasut, tpt letak dapo gas n cermin besar letak kat dinding. Lelain, sila guna barang lama.

Ini.

Yer, menyakitkan hati.
Malas nak cakap.
Sampai aku buat aduan melalui emel.
Padan muka kan. Sesenang hati je kan. Dekat 2 minggu dia tinggalkan rak tu camtu.
Dah bayar semua taknak dtg betulkan.
Aku call, dia buat tak hal je kan. Mendapat la kau.
Jangan buat lah dgn sykt tu. Cantik mmg cantik, tp terhapa je tah.
Nama syarikat - kalo tgk instagram aku, mmg ada la tulis.
Tp hari Sabtu tu ari dia betulkan dah sbb aku tulis dalam emel tu if derang tak amik apa2 tindakan, aku akan bagitau dalam laman sosial derang (FB page) n forum yg derang salu promote tu.

Begitu lah.
Skrg ni ada lagi menda tak kemas.
Jadi, kena kemaskan dulu.
Housewarming - kemungkinan besar pada 22hb ni.

18 comments:

Anum said...

cantiknya rumah sis

::EIDA:: said...

Selesai sudah? Lega kan kekda?

Bitt (double IS) said...

mesti u tengah penat ni :)

Nor Suhada said...

alhadulillah,,,selesai sudah,,
lepas ni boleh rehat tenang2 ya kekda

myaini said...

mesti lega lepas semuanya selesai kan...saya baru je nak start bagai....

Nory Zoulkefle said...

bestnyer, akhirnya siap gak umah kekda..

Amy Hilmirda Daud said...

Lega kan dah siap... Amy aje yg tak siap2 lagi huhuhu.

Irtiyah said...

Salam
Ieda.. tahniah dah pindah rumah sendiri.

Zana Adieyza said...

banyak betul dugaan dan cabaran yg kekda lalui untuk masuk rumah baru ni.. tp lagi banyak kenangan indah yg telah & akan tercipta dalam rumah baru ni kan.. seronoknya dapat rumah sendiri..

ch@ said...

huih, skaligus snapas kita baca. best. itu baru kekDa dgn hubby, kita yg dgn anak2 ni, acaner lak gaya pindahnya. tunggula ye...hahaa. nak sibuk housewarming tu leh tak? ihikssss...

mekchu said...

bila dah siap, dapur mmg kehlassss.. follow kat instagram.. hihihi..

AyangAizul said...

bestnyer ada umah sndiri. kitorg ntah bila ada rezeki ntah nak ada umah sndiri

puanstoberi said...

ANUM :
Alhamdulillah..terima kasih.. tp idak la cantik mana pun Anum. Dah tak reti ngemas. Nak pakai ID bajet tak mencukupi. huhu

EIDA :
Nak kata selesai tu tidak la.. tp buleh la..

puanstoberi said...

BITT :
Penattt...tatau bila nak abis nya dan duduk bermalas malasan saja.

SU :
Belum...boleh..rehat.. lagik.. huhu

puanstoberi said...

MYAINI :
Oke, buleh start pelan pelan. Kalo tetiba cam kiterang ni yg penat :)

NORY :
Siap tu mmg siap, tp ntah rupa apa tak tahu lah kan. Huhu

puanstoberi said...

HILMIRDA :
Sket sket je ni. Insyallah rumah Amy siap la tu nati :)\

IRTIYAH :
Yer..thanks.. lama tak napak awak.. winduhuu :)

puanstoberi said...

ZANA :
Penat dan memacam citer. Kadang pikir lawak pun ada. Haha.

CHA :
Yer, dipersilakan menyibuk.. hikhik :)

puanstoberi said...

MEKCHU :
HIkhik.. ha..gmbr seme kat instagram ja.. sini amik sket sket ja.. ngeee

AYANGAIZUL :
Eh, takpe... ada tu nati rezeki.. Insyaallah.. :)