Tuesday, May 15, 2012

Cuti Cuti Cinta Krabi : Jalan2, Makan2 Di AoNang

Tpt kami pegi ni mmg Krabi, tp secara spesific nya kami stay di Ao Nang. Alah, cam kalo kita g Melaka tp duduknya di Pengkalan Balak. Ha. Begitu lah. Krabi tu kira cam pekan dia lah. Kami tak pegi pun Krabi town tu walo Ahad mlm tu ada nite market. Sbb rasa cam takde apa pun kot kat situ. Tambang teksi juga agak mahal. Kalo ramai2 mungkin oke. Nite market ni ada dari hari Jumaat - Ahad. Tp skali lagi diingatkan, Krabi, Ao Nang seme ni bukan pulau yer. Cuma dia terletak di tepi laut dan byk pulau pulau yg ada di sekelilingnya.

Tips : sila jgn duk 3 hari 2 mlm kat Krabi ni. Mmg ko akan merasa rugi lalu terpaksa dtg lagi. At least, 4 hari 3 mlm. Sbb byk xtvt kat sana. Rugi woh. Sgt rugi. 
Aku pun rasa 4 hari 3 mlm itu terlalu sekejap. Tp kira cam cover la. Sempat buat xtvt darat dan air walo tak cover seme tempat.

Ptg lps rilek2 kat hotel after check-in tu, kiterang gi jalan2 kat pekan AoNang. Nak carik pakej2 utk buat tour, Island Hopping seme tu.
Tanya kat hotel mana arah town. So, tak la jauh sgt. Lalu je kat gerai2 yg jual memacam. T-shirt, beg, 2 piece dan berbagai lah.

Sbb hari pertama tu aku masih 'baik', maka ramai lah bagi salam. Ada kedai2 india (ke pakistan tah) yg approach suh makan kedai derang smbil bagai salam. Eh. Ko dah kenapa? Aku dtg Thailand, then nak makan kat 'mamak'. Mmg tak la. Dok cakap halal.. halal.. (T___T)

Jalan2 jumpa pancake dgn tanda 'halal bulan bintang'. Order pancake yg org katakan sedap.sedap. Banana Nutella yang berharga 35baht. Dan mmg sedap!. Giler sedap!. Apsal pisang dia rasa sedap nehh?? Padahal aku tak sker pun pisang. Lps tu amik air mango shake - 25baht and coconut shake-25baht. Mango sedap, tp coconut cam byk sgt ais. Benti makan kejap. Mujo ada cam pondok kat situ. Makan.

Lps tu jalan2 smpai la dpn McD. Sbb kat blog ramai kata makan kat dpn McD tu sedap dan berpatutan. Trus kami duduk di gerai namanya Farinda. Begitu lah lebih kurang. Amik seafood fried rice n tomyam. Sbb aku macam kenyang lagi. Mydear yg makan fried rice. (fried rice + tomyam : 120baht)


2kali aku tgk org pakai baju putih tu. Oh. Bkn laki aku. Huhu.
Hari pertama je pun kami da shopping2. Haiya...mencik....! Soping kat sini senang je rega dia. 100,80,200,250 etc.etc. Dan dia mmg tak letak tanda harga. Ko kena bargain giler2 lah. Penjual akan tekan  kalkulator letak rega, pastu nak bargain, kita tekan la ikut suka rega kita nak. Mmg memula cam susah sbb kita kat sini seme menda da ada price tag. Jadi kalo nak bargain start dari price tu lah. Ni takde rega. Dia yg suh kita letak rega. Pergh. Jadi kalo tak reti sgt, letak je rega macam tak masuk akal, lps tu baru dia letak harga sepatutnya. Ha. Padan muka. Hihi.



Second day, kami menyusur lagi pekan AoNang slps wat jungle trekking tour. Tour tu half day, maka dlm kul 5ptg tu kami jalan2 la lagi. Kali ni kami buat massage. Buat di kedai yg namanya PU Spa. Dkt2 ngan McD tu gak la. Seberang jalan. Aku rasa tpt ni paling bes kot antara yg lelain. Sbb ada je org kuar masuk. Dia nyer tukang urut pun ada baju khas. Jadi cam bes.

Tp kami tak buat body massage mahupun Thai Traditional Massage. Tp hanya foot massage. Ah. Aku tau body massage tu harus mmg satu badan di massage nyer termasuk di situ situ. Takmo... tak kuasa aku nak diperuli uli kan. Huhu. Blanja my dear juga foot massage. *Thai Traditonal Massage tak pakai minyak urut yer. Mungkin kesat. Tah aku tatau.
Erk. Cam kaki gajah je napak ha.
Oh. My dear sgt seronok sbb dpt di foot massage oleh pompuan yg comel. Yg boleh berbahasa melayu sket2. Duk tanya 'sakit..? sakitt??" Itu je pun dia tau kut. 1 jam 200baht. Murah banget. Kalo body massage 350baht.

Hari kedua ni aku dah tak berapa nak 'baik'. Pepaham sendiri lah kan. Makanya, ramai yg igt aku local. Kat kedai massage tu pun, tokei dia kata igt aku org Thailand. Ngeee.... bkn dia saja, masa aku buat island hopping pun org Thailand siap ber kap kung kap dgn aku. Yer, sekiranya aku tak bertudung, mmg aku cam local agaknya. Ceh!. (T____T)

Lps buat massage, gi makan. Igt nak repeat kat Farinda, tp ramainya orang. Mat mat saleh pun makan situ gak. Carik gerai lain. Kali ni seafood fried rice lagi. Aku paksa my dear amik padthai. PadThai ni pun makanan wajib kat Krabi. Tp tak sedap pun :(

Padthai
Kenapa mendalah mi tu cam 'getah' je. Mydear tak abis pun. Aku rasa sket. Manis. Apa hal ni? Apsal org kata sedap. Mungkin sbb gerai tu buat tak bes la tu kot. Lagi skali minum coconut shake ngan watermelon shake. Kali ni coconut shake tu sedap!. Bes btul kat sana, duk minum menda2 cam tu je.

On d way balik, beli pancake. Kat gerai Sara Pancake. Dkt Krabi Resort. Beli dan bawak balik makan kat bilik. Pun Nutella Banana juga. Kali ni tak berapa sedap pancake nye. Nak beli kat Yaminllah sbb orang kata sedap. Tp time tu da dkt kul 9, gerai da nak tutup. Sedih.

Third day kami jalan2 waktu malam sbb tour kami smpai kul 4.30ptg. Pegi makan kat Chaba Thai yg mostly blogger sebut2 kan kalo ke sini. Tp kat sini, argh. Mencik. Order tomyam, pineapple fried rice utk mydear and seafood fried rice utk aku. Skali smpai pineapple fried rice je. Siap dia bagi 2 pinggan. Aku cam pelik. Rupanya dia tak buat utk aku. So, aku suh dia buat la fried rice aku. Skali dia buatkan pineapple fried rice gak. Aaaaaa..... tak lalu nak abiskan. Tp tomyam is super sedap. One thing lah. Sotong kat sini sedap. Tak liat. Aku yg tak berapa suka sotong pun duk makan je.


Sebiji nenas ni akhirnya aku suh pack je. Bawak balik. Tp tak makan pun. Eiii..rugi sbb sebijik nasik goreng nenas ni 95baht hokeyyyyy. Geram aku. Tau aku mintak nasik putih kosong je. Aku pang jugak kang.

Lps tu siap tukar duit lagi. Hihi. Utk nak buat massage. Hihik. Senang je tukar kat sana. Melambak kedai tukar duit. Duit Malaysia pun terima. Tp rugi dlm 50baht la bila tukar kat sana. Aku tukar RM50, dpt 450baht. Suppose kalo tukar kat KL, dpt 500baht.

Igt nak buat foot massage tp tukar buat manicure n pedicure. 300baht utk sejam. Bes jugak yer di mani n pedi. Tp buat kat kedai lain lak. Tak se best kat PU Spa tu lah. Kerusi pun cam dah lama je.

Balik tu singgah gerai Yaminllah. Beli pancake Nutella. "no pisang adik.." kata makcik tu. Skali boleh berbahasa melayu pulak beliau. Ye, pancake Yaminllah ni sgt sedap. Rangupppp.. crispy btul. Aku sker. Walo dibeli bawak balik. Dah kena air-cond pun, still rangup. Jadi korang yg nak ke Krabi carik gerai Yaminlah ni yer. Time aku pegi tu ari kedainya kat dpn Krabi Resort. Yg last skali.

Jadi gitu lah. Tp bila aku scroll balik, tkde gmbr aku pun ya. Haha. Tkpe lah, kat FB ada byk dah kan. Sini kasik taruk gmbr2 lain pulak la.

Pas ni kita story pasal naik gajah plak yer. Stay tune!

****
Entry Cuti Cuti Cinta Krabi yg lain :
1. Permulaan
2. Penginapan

21 comments:

::EIDA:: said...

Kekda, nak tanya.. kekda jalan jalan tu, jalan kaki ke? or sewa motor ke? Or naik bus , van? tut tut ke?

Suwaibah YS said...

hurrmmm
member sya pun cakap , kalau gi karbi jgn lupa bli pancake dia..msti sedap sgt nih..huuuuu

bila nak jejak ke sni...

Ria said...

bila nk p lak ni..jeles seh..

Anum said...

bestnya . bila anum dpt pg nie

aLyNnZ said...

hi k.ida pic masa akak ikut jungle tracking n tour yg lain xder ker kak..?

Masya said...

tergelak² saya baca cerita makan kat krabi ni.. terliur pun iyer jugak..

Cik Anita said...

tak terkomen dah ni sebab rasa cam alaaaa...bestnya! kira kat sana benda2 makan senang lah kan.. teringin plak nak merasa tomyam super sedap tuh! comfirm lah sedap sebab sana memang tempat dia.. hmm. bila nak g sana ni. uwaa

Zana Adieyza said...

pancake tu kiranya menu wajib yg harus dicuba la kan? sbb kalau org gie sana mesti cerita ttg pancake.. nmpk pun dh tau sedappppppppp...

bab urut2 tu zana suka!! adiey lagilah suka.. murah la urut2 kat sana kan.. kalau kat sini, mahal..

azurazimi said...

Meleleh air liur tgk semua makanan tu.. Original Thai.. Doakan kami pulak ke sana yer..

kekucingkatz said...

yep padthai pun aku rasa sedikit manis bagi aku yg tak suka manis.... kuih manis takpe, tp kalo makanan bergoreng ala ketiau ni..rasa muak pun ada kalo dia manis...geli tekak... sepatutnya rasa dia ada combine semua... tapi yg pernah aku rasa semua manis...

puanstoberi said...

EIDA :
Jalan kaki :)

puanstoberi said...

SUWAIBAH :
Yer, jgn lupa terai.. sedap.. ada pelbagai perisa :)

puanstoberi said...

RIA :
Tiket tgh murah..sila beli dan pegi. Hihik :)

puanstoberi said...

ANUM :
Tiket tgh murah skang, sila beli dan pegi. Hihi :D

puanstoberi said...

ALYNZ :
Ha.. ni misti skip tak baca abis ni.. hihiksss... kalo akak skali kan, mau makan satu cerita, tp 2,3 pages :D

puanstoberi said...

MASYA :
Haha. Sengal kan esp bab kedai makan tu..

puanstoberi said...

CIK ANITA :
TOmyam mmg sedap.. dah tpt dia kan. Dia kalo pedas tom yam, kalo tak pedas tom kha apa tah namanya.

puanstoberi said...

ZANA :
IYer, wajib dicuba.. akak 3 hari duk makan tu je.. sedap..!

Mmg murah massage sana. cam kat bali gak. Eh. Bila masa aku ke bali??

puanstoberi said...

AZURA :
Insyaallah..boleh..tggu taufik beso sket :)

puanstoberi said...

KEKUCINGZ :
Oh. mmg begitu yer rasa dia.. kalo camtu, mmg aku tak suka. Sekian.

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.