Pelajar yang desak PTPTN dimansuhkan perlu pulangkan pinjaman
2012/04/16
KUALA LUMPUR: Pelajar yang terbabit dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.
"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di sini, hari ini.
Kredit : Berita Harian
*****
Kecohnya la hai. Apa yg kecoh sgt dgn PTPTN ni? Patutkan la entry aku Settle. Lega! ni tetiba up naik plak 2,3 hari ni. Harus sbb org carik berkenaan PTPTN lalu termasuk ke entry itu. Tweheheh. Sori lah yer, kalo yang dicari tu takde kat situ. Situ takde pasal pemansuhan PTPTN. Situ pasal settle PTPTN ada.
Sana bising, sini bising. Senyap2 sudah. Buat taktau jer.
Aku tak rasa seme orang (pelajar) nak mintak mansuhkan PTPTN. Kalo mansuhkan interest tu mungkin ramai yg sokong kot. Walau pun, agak geram la kalo tetiba interest mansuh, sedangkan aku byr interest je dah half dari yg aku pinjam. Tp takpe. Rezeki adik adik baru ni la.
Tp yg bising2 mansuh, mansuh ni, nak mintak PTPTN tu takde langsung ke, atau nak duit, tp mansuhkan pembayaran?
Kalau nak duit, tp nak suh mansuh pembayaran semula tu, agak keterlaluan la napaknya. Ate, seme kome nak pree yer.
Tp kalo dah sign perjanjian 'hutang' tu, ndak taknak, kena la ikut adat yer (syarat sebenarnya). Adat berhutang kan, dah pinjam kena la bayo. Kalo camtu, kome terai la beli kereta, lepaih tu cakap ke bank, saya nak mansuhkan pembayaran. Saya nak kereta je. Buleh dak ghoper itu?
Aku tau, yg membuat sakit tu, lagi lama tak baya lagi byk interestnya. Tak kata ke orang lain. Aku pun cemtu. Ate' cemana nak membuatnya. Udah itu yg di sign tu ari. Ni pun interest tinggei 1% je. Aku dulu ha.. 4% eh, ke 3%. Lupa dah.
Takpe ye anak-anak, adik-adik. Pilihan di tangan anda. Tak mau bayar, tak usah pinjam. Menabung lah dan biayai lah pendidikan sendiri. Atau pun kalo nak juga pinjam, belajar2 lah betul2. Dptkan first class degree. Insyaallah..percuma lah ia (Ex-bf ku dulu dapat pengecualian bayaran tu). Pilihan di tangan kita. Kita yg menentukan hidup kita. Bukan orang lain. :))
Proton Preve tu cantik juga yer. Rega pun buleh tahan napaknya. Full spec pun blum 80k. #tetiba
11 comments:
ntah la sis...diorang ni sume nk pree...dh namanyer utang...bayo la yopp...huhu
nape la jd mcm nie
Ouh yeke? Punya lah ida tak amik tahu psal PTPTN ni.. hiihhi
PTPTN memang perlu untuk anak orang yang tak berkemampuan. Tapi, kalau dah abis belajar guna PTPTN tu jgn laaa buat dek je.. bayooo aaaaa weh..
Masa pinjam dulu syiok laaaa kan? Sekarang, tak mao bayar plak dah. Belasah mau?
hahaha
nasib baiklah saya belajar dulu tak amik PTPTN, tak habis² isunya.. hihihihihi.....
iyerlah cantikkan proton preve ni.. tp baru beli kereta.. x kan nak beli lagi yg baru.. haruuuu
kalau nak mansuh ptptn tu cam x logik lah..hmm. sebab hutang tetap hutang, mana lah ada benda semua nak free. Melainkan special kes pointer ke apa. hmm. entahla..
ni sume mainan politik..kenkdg diorg ni bkn panjang akal, tp pendek akal! dh bg pinjam, bayar la balik..ni nk mitak mansuhkan..bodoh ke hape..klau xnk bayar, jgn lah pinjam..kerajaan ni nk tolong org yg susah/x mampu supaya dpt sambung belajar n pegi lbh jauh..itu matlamatnye..buat rusuhan bagai x mendtgkn hasil, tp menyusahkn diri sendiri dan org lain!
ni sume mainan politik..kenkdg diorg ni bkn panjang akal, tp pendek akal! dh bg pinjam, bayar la balik..ni nk mitak mansuhkan..bodoh ke hape..klau xnk bayar, jgn lah pinjam..kerajaan ni nk tolong org yg susah/x mampu supaya dpt sambung belajar n pegi lbh jauh..itu matlamatnye..buat rusuhan bagai x mendtgkn hasil, tp menyusahkn diri sendiri dan org lain!
ET :
Tu la pasalnya...geram je kan.
ANUM :
Ntah la Anum..apa yg derang nak
EIDA :
Err...Eida tak amik PTptn eh??
AIN :
Tu la tu..org peluh2 nak bayar, sesenang nak mintak mansuh. MOtip??
MASYA :
Tak amik ptptn mmg satu kelegaan.
CIKANITA :
TU la, nak pree sila la dpt 1st class degree
SUE :
Entah..susah nak ckp
Post a Comment