Aku seboleh bolehnya mmg malas nak buat entry ni. Tp rasa cam nak kena buat jugak. Last year aku tak buat. Lagipun time tu aku balik kampung. Ni da sementelah aku kat KL, dan duduk plak bebetul tgh KL yg menyebabkan aku pikir 39kali utk ke Pesta Buku, maka aku nak catat gak la dlm kebun stoberi ni.
Yg aku pikirkan adalah - apa yg org2 berhimpun siang tadi - 28 April 2012 di sekitar2 KL ni, dapat?
Kepuasan? Hanya tu saja. Lain-lain?
Malas aku nak kata BERSIH 3.0 ke point 5 ke Duduk Bantah ke apa ke. Yg nyata mmg tak napak apa pun kebaikannya. Yg join seme ni tak rasa menyusahkan orang ke? Sedari pagi aku tgk twitter #kltu duk cakap roadblock di sana sini. Esp nak masuk ke pusat bandar. Yg aku geram tu, aku nak gi pasar cokit pun susah. Langsung tak masak utk lunch (cea...saja carik alasan. Huhu) sbb tak gi pasar. Takde la. Kalo bukan pasal nak ke Cokit tu pun, tetap aku rasa menyusahkan banyak pihak. Derang ni langsung tak rasa bersalah ke. Tak kata la peniaga jalan TAR tu kan. Tu mmg kena tempias abis la. Takde pasar malam mahupun org membeli belah ke Sogo. Tkpe la yg tu, mungkin boleh bagi orang rehat sehari, tp nyer in case ada kecemasan ke, nak gi spital ke apa ke, dah jadi satu kesusahan plak sbb road block sana sini.
Oke. Skang put aside perihal parti politik ke apa. Jgn kata aku keja kerajaan maka, entry ni bersikap bias. Tidak begitu. Aku rasa, tak kira parti politik apa pun, yg kita mahu adalah keAMANAN. Ada ke orang tak suka hidup dalam AMAN?
Pelik sungguh lah. Dan semakin pelik melihat kegigihan mereka semua ini. Kata mereka, kalo takde kat situ (kat tpt perhimpunan) jgn bising2. Jadi, kita yg tak gigih, yg tak sanggup nak berpanas kepalahotak ni, yg tak sanggup berpeluh2 tiak bagai, elok lah memuji kegigihan mereka ni.
Gigih sungguh memanaskan bontot atas jalan tar. Kalo aku mmg idak la. Ni tghari ni. Gigih gigih.
Ni pun gigih jugak. Takpe lah. Mungkin mereka ada pegangan dan prinsip yg sgt sgt perlu diperjuangkan dan hanya cara begini saja yg ada untuk memperjuangkannya. Biarkan. Mereka ni mmg aku pasti takkan mintak keja kerajaan kalo dah kalo dah tamat belajar nati (sekiranya derang ni belajar la kan).
Lagi yg gigih. Bersama anak-anak juga. Biar anak ini kenal erti perjuangan. Bagus. Bapak yg sudah mencorakkan masa depan anaknya.
Gigih buang kawat berduri tu. Ni kalo upah kat kebun kelapa sawit mak aku tu oke jugak ni. Suh tolong buh kawat berduri ni keliling kebun.
Kena pancutan air dan gas pemedih mata. Apadahal. Teruskan perjuangan. Gigih. Gigih.
Yang buang sampah ni pun gigih juga. Bagus la kan. Bagi la kotor tpt ni alang-alang dah KOTOR kan nama negara.
Gmbr ni takde la gigih sgt. Cuma aku nak fokuskan pada adik yg tetiba kepala nyer terjengul dari balik iklan telefon bimbit tu. Ko dah kenapa dik?? Haha. Ni namanya perjuangan berani berani takut. Tp kalo tgk memacam yg boleh dikategorikan dari gmbr atas ni. Siap ada pakai baju hujan. Kaler kuning gak. Persediaan awal sebelum dipancut. (eh. 'berbunyi sesuatu' plak ayat ni)
Tapi tak boleh lawan kegigihan pakcik sorang ni. Siap duk dpn polis tu, posing lagik. Tp kalo baca komen kat FB mmg klaka la. Ce klik sini.
Dah. Byk lagi gmbr bleh tgk kat blog2 ke forum ke. Ni seme aku amik kat FB PDRM. Tp yg jadi dpn Sogo tu mmg menyakitkan hati. Lantak la kata putar belit cerita ke apa. Tp menda tu tak seharusnya jadi. Apa ke tetiba naik antu camtu. Yg tu bukan gigih. Tu gile.
Lps tu biasa la. Merata kuar video ngan gmbr polis pukul orang la apa la. Haha. Gelak je lah kan. Pepandai la orang yg menengok tu menafsirkan yer.
Lps tu biasa la. Merata kuar video ngan gmbr polis pukul orang la apa la. Haha. Gelak je lah kan. Pepandai la orang yg menengok tu menafsirkan yer.
Tp ada satu gmbr ni mmg lawak. Tatau la bebetul ada 'power rangers' kuning. Atau derang saja tempek. Last year punya derang tempek gmbr bumble bee. Huhu.
Kredit : Mynewshub |
Kredit : google |
But then, ada satu emel yg kawan aku share kan. Aku tak pasti dia dpt dari mana. FB kot. Mungkin ada yg dah baca. Ekceli panjang. Tp aku amik yg atas je. Sbb entry aku kali ni pun dah berjela. If korang nak baca selebihnya, copy sket memana ayat dia then google. Aku rasa ada. Good point utk direnungi bersama.
Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0
Bismillah....
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.
## to my dear sista - Nurafliana, selamat pengantin baru. Senang nak igt date anniversary, sbb bersekali date dgn Bersih 3.0 ni. Teheheeee.....