Hoho. Tetiba edisi Mak Bee halanya.
Eh. Org Kedah tak makan kuah rojak Mak Bee dah yer? Sbb masa kat imigresen kastam, org imigresen kastam tu siap cakap (atau sindir ke tatau la. Sinis je bunyi nya)
"Beli mak bee yer, kami org Kedah tak makan Mak Bee, manis"
Lps tu dia tgk aku beli dlm bekas besar tu, dia kata
" larat nak makan byk2 tu"
Haha. Sedih dgn org camni kan.
Pertamanya - lantak hang la tak makan Mak Bee. Manis? Bukan aku nak tala hari2 buat air ke apa. Oke, aku harus memandang dari sudut positif. Pegawai imigresen tersebut menasihati.
Keduanya - susah hati pasaipa aku beli byk ka sket ka. Aku beli mesti la ada sebabnya. Hang jeles pasaipa. Ghamai lagi saudara mara yg aku nak sedekahkan kuah rojak tu.
Eh. Terus tertukar slang.
Yer. Aku pun salu dgr skang ni, org Kedah mmg tak beli Mak Bee dah.
Tapi tak kesah lah kan. Dah smpai Kedah, itu je yg glamer nya pun nak dibawa sbg buah tangan. Lps tu org cawangan pun takde la nak kata apa. Suh beli tpt lain ke apa. Bukan aku nak balun Mak Bee tu hehari pun kan. Aku pun tak kesah Mak Bee ka, Mak Bedah ka, Roziah tu ka, asal kuah rojak. Tp ada gak kuah rojak yg cam cilanat rasanya yg menyebabkan baik aku buat sendiri cicahnya dgn kicap campo gula campo cabai burung tu. Lagi sedap.
Oke. Kami dibawa oleh driver cawangan Kedah ke rumah Mak Bee tu trus. Kira cam tpt dia buat la. Berkotak2 oke Mak Bee ada, tggu masa je nak org amik. Aku beli setgh kilo (dlm bekas besar tu). Nati baru aku masuk dlm bekas plastik tu bagi2 org. Assistant aku beli yg bekas biasa tu. 12 bijik dia beli. Sebijik dpt RM3.
Eh. Ni outstation ke jalan jalan? Haha. Yer, kami amik flight paling awal. Jam 8 sudah landing di bumi Kedah. Singgah makan roti canai jap. Smpai cawangan derang jamu makan lagi sbb derang mmg ada perhimpunan. Aaaa...kenyang. Makan sket je nasik goreng, ratah ayam. Buat buat keja seme. Meeting, then g ziarah staff cawangan yg sakit, then lunch. Lps lunch tu wrap up seme apa yg dibuat, dlm kul 3.30 settle. Mmg kena settle la sbb Kedah tutup ofis awal hari Khamis. Derang 3.30pm da balik sbb Jumaat cuti. Bleh lak aku pun lupa. Huhu.
Dah la flight balik kiterang kul 8.30pm. Nak tukar 3.40pm tak dpt. Kalo MAS oke je. Dia kata nak tukar dlm tempoh 48jam. Haha. Dpt tiket tu pun kurang 48jam cekkk...
Tu yg kiterang smpat ke rumah Mak Bee la, Pekan Rabu la apa tu. Huhu.
So, my 1st time ke Pekan Rabu. Ada eskalator nak naik dari parking seberang jalan tu. Kagum jap uols. Teheee. Apa je menarik kat Pekan Rabu tu? Ntah. Aku belikan kuih loyang kat adik2 kat ofis je. Tatau apa nak beli situ. Kat situ Mak Bee dapat 3 bijik RM10.
Lalu kat menara KL Alor Setar. Lalu je la. Tp cawangan tgh set up nak buat pameran kat situ. Ada pameran apa tah. Ada Nat nat nama pamerannya.
Jadi, begitu lah. Kisah seharian di Kedah. Aku mmg jarang ke Kedah ni. Kira Kedah yg Alor Setar ni lah. Kalo Langkawi pun Kedah gak kan. Tp tu cam tetiap tahun pun pegi.
Cawangan Kedah. Angin kuat masa ni. |
Ni pun da nak masuk 9 thn keja, Cawangan Kedah tu baru 1st time aku jejak. Cawangan lain seluruh negara dah pegi termasuk Kota Belud sanun. Bleh lak Kedah tu tak penah smpai. Huhu. So, dgn pemergian smlm baru la sempurna seme cawangan opis aku da pusing. Ehhhh.. ada lagi satu lah. Betong, Sarawak. Tp tu just inkubator. Bkan pejabat cawangan.
Coming nak settle Kelantan, lps tu Sabah Sarawak pun dah lama tak buat pemeriksaan aset. Adehh.....
8 comments:
awat tak makan pulak...cik abg kami tu dok pulun sakan mak bee..siap MIL kirim hat bekaih besaq tu tolong beli lagi kalau kami balik sana..depa jeles la tu..hehe
kalau sy jaga aset...mmg akak la org yg sy cari.. hahaha
oh mak bee.rindu sama mak bee.sejak clash dgn exboy dulu mmg tak jejek kaki kat kedah dah...png pun susah dpt stok makbee...suka je mak bee ni...walaupun kedah ni berjiran je ke penang, eka ttp pesan kat kawan tiap kali cuti skolah...alergik dah nak ke sana...teringat kenangan lama pulak kang
Mangga muda cicah dengan rojak Makbee, memang terangkat! hihi
NANA : tu la..akak beli hok besar tu la. sng nak usung.
CBL :
Haha.. tau je kan bila tulis pemeriksaan aset tu kan. ate nyer.. da tugas hakiki. bleh je nak tanya apa2 berkenaan aset :)
EKA :
Owwww... ada kenangan lama di situ yer..
EIDA :
Mashhaammmm mangga muda.. akak sker cicah jambu bidor je. Teheee
zana pernah pergi kedah sekali jer kak.. tu pun masa zaman muda remaja.. hihihi..
zana selalu kirim dgn kawan2 yg balik sana jer utk beli kuah rojak tu.. tu pun kadang2 jer.. kalau agak2 teringin..
iyer²lah tu x makan mak bee ....
sy pun beli jugak.. tp kat r&r mahallah satu bekas rm5, jadilah makan sendiri pun hihihihihi...
awat x mkn lak....kalu nak kat sini ada jual online kuah rojak mak bee
nak besaq ka kecik kaa pilih ja..Tq
Post a Comment