Thursday, April 12, 2012

Wedding : Adik Dee Di Banting

Tetiba datang roh rajin utk memenuhi jemputan. Eh. Memenuhi jemputan tu wajib kan. Unless kita mmg ada masalah utk datang. So, harus dtg. Sbb Dee ajak dan bagi kad jemputan.
Dee ni namanya Harlinda (pjg lagi namanya tu), tp panggil Dee sbb dulu kamiorang kenal kat mesra dot net, nick dia Disember Dee. Yerp. Byk kali dah kot aku citer dlm blog ni, meke ni adalah rakan2 BFF yg perkenalan cuma dari forum internet. Masa tu takdak la muka buku, muka buku ni. Tp blog ada dah. Time tu aku pkai blogdrive pun lagi.
So, mmg lama giler dah kawan ngan meke ni. Dee, Hana n Kak Julie, bleh dikatakan shbt susah senang gak la. Geng karoke pun yer gak. Hanya ngan meke ni lah aku bleh ber karoke. Hihi. Bes. Kenal dlm tahun 2004 camtu la.

Gigih la kami somi isteri ke Banting Ahad lepas. Aku penah lalu skali je la time gi Gold Coast Morib bulan 2 tu ari. Yg course tu kan. So, mmg tak familiar sgt la sbb time tu naik bas. Idak la pandang kiri kanan. Mujur Dee da guide. Maka, kami guna MEX - lalu Dengkil - masuk jalan Banting. Dan sampai. Bajet dlm 2 jam la smpai. Kut sesat ke apa ke kan. Skali 1 jam da sampai. Bebtul tepat kul 1pm smpai. Mendapat la org kemahin ramai time tu.

Takde citer byk. Amik gmbr je.
Tu pun amik gmbr ngan kakak pengantin. Ngan pengantin tak kenal. Hihiks

Baby Irfan yg comel. Tp takleh nak dokong sbb dia meragam.
Panas la kotnya. Hihi
Am wearing bawal Crown. Handbag nak ckp tak?
Kuikuikui :D
Hana tau je beg tu yg beli kat HK tu ari.

Lepas tu kiterang zass gi beli kerepek. Ada byk kedai2 kerepek area Banting tu. Tp kamiorang gi kedai kerepek Kak Ros. Sbb kedai dia je ada signage yg jelas dan terang. Hihi. Pandai dia buat promosi kan. Gud.gud *wondering. kedai mana arwah Sosilawati pegi tu ari yer? Hihi*

Alang-alang da smpai, kami  ke Morib la terus. Bukan buat apa pun. Lagi plak dgn baju kurung bagai kan. Ko mampu gi bersiar2 ngan kurung crepe batik bagai. Mmg tak la kan. Lepak jap, gi solat kat masjid berhampiran pantai tu n pulang. Igt nak la lalu Sepang (Bagan Lalang), tp tak jadi lah. Hujan 'petus' pun time tu. Lagi plak mmg jauh kut situ. Kuwasa lah.

Ekceli, kamiorang somi isteri ada la plan nak tido hotel area Bagan Lalang or GCMR hari Sabtu tu. Tapinya lambat plan kan. Mmg penuh la. Tnya kat Seri Malaysia pun penuh. Kat pusat latihan LKIM tu pun penuh. Tkpe lah. Golkos Morib tu mmg penuh la, nak2 derang redeem voucher kan. Tkpe lah. Nxt time lah kan.

On d way balik, beli buah-buahan kat gerai2 tepi2 jalan tu. And smpai KL tepat waktu Asar :)

4 comments:

Anum said...

tahniah

Zana Adieyza said...

masa gie morib tu pun zana ikut dengkil & banting.. dr putrajaya ke sana x sampai sejam.. mmg dekat cuma jalan tu banyak lori yg lalu..

borong kerepek apa jer kak?

::EIDA:: said...

Bawang crown name nye.. cantik!! Beli kat mana? heee~

::EIDA:: said...

Eh bawang lak! HHAHAHHA!! Bawal.. =p